You are on page 1of 2

ADAT BERINAI Malam berinai merupakan satu majlis keramaian yang dilakukan oleh keluarga yang berpegang kuat

kepada adat istiadat dan perkahwinan budaya melayu. Setiap majlis yang berlangsung sedikit berbeza mengikut adat kebudayaan negeri masing-masing. Pengantin perempuan akan memakai inai pada kesemua jari tangan dan jari kaki termasuklah tapak tangan. Manakala bagi pengantin lelaki pula, mereka hanya memakai inai pada jari kelingking, jari manis dan jari hantu sahaja. Majlis berinai dalam masyarakat melayu mempunyai tiga peringkat iaitu bermula dengan berinai curi, berinai kecil dan diikuti berinai besar. Majlis berinai curi Kebiasaannya majlis berinai curi dilakukan pada waktu petang hari selepas hari tapak tangan dan tapak kaki bakal pengantin perempuan diinaikan. Bakal pengantin perempuan dihiaskan dan didudukkan di atas pelamin. Majlis ini diadakan tiga malam sebelum majlis perkahwinan berlangsung. ujuan majlis berinai curi dijalankan hanya untuk tatapan saudara mara terdekat sahaja. Majlis berinai kecil Majlis berinai kecil dilakukan selepas majlis berinai curi dijalankan pada keesokan harinya. Majlis ini diadakan sehari sebelum bakal pengantin perempuan berkahwin. Sama seperti majlis berinai curi, majlis ini diadakan kebiasaannya untuk tatapan saudara mara terdekat, jiran tetangga dan juga shabat handai. Majlis berinai besar Majlis ini melibatkan persandingan kedua pasangan pengantin yang telah selamat dinikahkan. Pasangan pengantin akan mengenakan pakaian tradisional yang kebanyakkan nya berbeza mengikut negeri masing-masing. Majlis ini hanya diraikan oleh rakan rapat pengantin dan saudara mara terdekat kedua-dua pengantin yang diadakan di rumah pengantin perempuan. ujuan majlis ini diadakan selain untuk meraikan kehadiran keluarga pengantin lelaki ia juga lebih kepada untuk berkenalan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan antara keluarga pengantin perempuan dan keluarga pengantin lelaki.!al ini kerana ia tidak dapat dilakukan dengan sempurna pada hari persandingan kerana kehadiran tetamu yang ramai. "alam majlis ini, pengantin lelaki akan dinaikkan terlebih dahulu di atas pelamin diikuti pengantin perempuan di hadapan sekumpulan tetamu. Majlis bermula apabila para tetamu lelaki naik ke pelamin untuk membuang sedikit nasi kunyit pada sebelah kanan kiri pengantin lelaki diikuti dengan bertih, tangkai daun wangi dicelup air daun setawar. #khir sekali, tetamu akan mengambil sedikit pes inai dari longgok di tengah dulang dan selepas meletakkan pada daun sirih yang disediakan oleh emak pengantin, akan meletakkannya pada tapak tangan pengantin lelaki. "aun sirih pula bertujuan untuk mengelakkan tangan pengantin kotor. Kemudian emak pengantin akan merapatkan kedua-dua tangan pengantin dan diangkat sehingga paras dada sebagai tanda menyembah kepada tetamu yang melakukan upacara tadi. etamu

yang melakukan upacara ini mestilah dalam bilangan yang ganjil. Setelah tetamu lelaki siap, para tetamu perempuan akan turut mengikuti upacara dengan cara yang sama. Setelah semua tetamu siap melakukan upacara ini, seorang wakil dari tetamu akan membacakan doa selamat dan pengantin lelaki akan pulang ke rumah sendiri. Manakala pengantin perempuan akan meneruskan upacara tersebut dan diakhiri dengan jamuan nasi dan kari. Kepelbagaian budaya dari setiap negeri di Malaysia menyebabkan majlis berinai besar bagi setiap negeri adalah berbeza mengikut budaya negeri masing-masing. http$%%www.pengantin.com.my%yarntz& http$%%azzalynnbridal.blogspot.com& http$%%ms.wikipedia.org%wiki%#dat'resam'kahwin'Melayu(Berinai& http$%%www.ashtech.com.my%adat%berinai.html&
http$%%www.pengantin.com.my%)*%component%content%article%*-adat-istiadat-perkahwinan%+*,-majlismalam-berinai-adat-istiadat-perkahwinan.html& http$%%titassemtwo.blogspot.com%-../%.+%adat-

berinai.html

You might also like