You are on page 1of 2

500 keturunan Cik Mat Riau berhimpun

KUALA TERENGGANU 15 Mac - Kira-kira Kira-kira 500 ahli keluarga keturunan Cik
500 ahli keluarga keturunan Cik Mat Riau al- Mat Riau al-Qudsi daripada lima
Qudsi daripada lima generasi menghadiri generasi menghadiri perhimpunan
perhimpunan keluarga di Perbadanan keluarga di Perbadanan Perpustakaan
Perpustakaan Awam Terengganu di sini Awam Terengganu, Kuala Terengganu,
kelmarin. baru-baru ini.

Ia diadakan khusus bagi mengeratkan


silaturahim antara ahli keluarga berkenaan.

Pelbagai acara diadakan sempena perhimpunan keluarga kali ketiga itu termasuk
pengenalan ahli-ahli keluarga, anugerah kerjaya cemerlang dan permainan untuk
kanak-kanak serta remaja, bermula dari pagi hingga petang.

Koordinator program, Ibrahim Mohd. Hassan al-Qudsi berkata, pihaknya merancang


mengadakan perjumpaan besar ahli keluarga berkenaan sejak lima bulan lalu di mana
usaha-usaha menghubungi ahli keluarga yang berada jauh di perantauan dilakukan.

Beliau berkata, pihaknya juga mengadakan perbincangan bagi mengisi program


perjumpaan itu serta membuat tempahan tempat dan makan minum untuk keluarga
yang besar itu.

"Perjumpaan ini dilakukan atas permintaan ahli-ahli keluarga, terutama yang berada di
luar Terengganu memandangkan dua perjumpaan yang pernah diadakan sebelum ini
mendapat sambutan menggalakkan," katanya.

Perjumpaan pertama ahli keluarga tersebut diadakan pada 2004 sempena sambutan
Hari Raya Korban dan pertemuan kali kedua pula pada 2007.

"Insya-Allah selepas ini kita adakan pula sambutan hari keluarga bagi meraikan ahli-ahli
keluarga baru generasi Cik Mat Riau dan sanak-saudara lain yang tidak dapat hadir kali
ini," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Mengikut sejarah, Cik Mat Riau atau nama sebenarnya Mohd. Hassan Riau yang
berasal dari Pulau Riau Lingga datang ke Terengganu dan ditugaskan menjaga harta
seorang kerabat diraja bernama Tengku Embong Fatimah.
Ibrahim berkata, selepas itu Cik Mat Riau berkahwin dengan lima orang wanita
tempatan dan dikurniakan 28 orang cahaya mata.

Sehingga kini, katanya, Cik Mat Riau mempunyai 122 cucu, 361 cicit dan 155 piut yang
kesemuanya berjumlah 638 orang.

Ibrahim berkata, pihaknya terharu dan berasa puas hati dengan sambutan hari keluarga
itu yang berjaya mempertemukan ahli-ahli keluarga daripada lima generasi di mana ada
kalangan mereka yang tidak pernah bertemu sebelum ini.

"Kita harap lebih banyak program bagi merapatkan persaudaraan antara ahli keluarga
ini dapat dilakukan pada masa-masa akan datang," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0316&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_02.htm

You might also like