You are on page 1of 6

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA

DAN PERTANDINGAN KALAM JAMAIE


SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-8
TAHUN 2016 M/ 1437 H
(MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK)

TEKS PENGACARAAN MAJLIS MUZAKARAH HAKIM

BIL
1

MASA

TENTATIF
Majlis bermula
pembuka kata

PENGACARAAN

Bismillah Hirrahmanirrahim.
Alhamdulillahi rabbil alamin,
wassolatu wassalamu ala asyrafil anbiya iwal mursalin,
waala alihi wasohbihi ajmain
RabbisyrahliSADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL UQ
DATTAN MILLISANI YAF QOHUL QAULI...

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAAHI
WABARAKAATUH

Sayang selasih berisi minyak,


Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Ahlan Wasahlan mulanya kata,
Saya sembahkan pembuka bicara.
Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal BismilLah pembuka bicara.

Yang berbahagia
Puan Hjh Kamariah binti Isa
Timbalan Pengarah
Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam
Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan
Malaysia,
Pn. Farhana Binti Abd. Rashid
Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Akhlak dan Syiar
Islam, Bahagian Pendidikan Islam
Merangkap Pengerusi Jemaah Hakim, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Tuan Haji Yazit bin Kechik,
Ketua Sektor Pendidikan Islam,
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.
Yang dihormati,
Barisan hakim Pertandingan Kalam Jamaie Sekolahsekolah Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat
Kebangsaan Tahun 2016 Masehi, bersamaan 1437
Hijrah seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang
dikasihi sekalian,
Di tanah rata tumbuh sebatang,
Pepohon nangka di hujung kuala,
Pemanis kata selamat datang,
Tirai dibuka majlis bermula.
Ahlan wasahlan wamarhaban bikum dan
Selamat Datang ke Majlis Muzakarah Hakim
Pertandingan Kalam Jamaie
Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
peringkat Kebangsaan Kali ke-8.
yang diadakan di kampus induk Universiti Malaysia
Pahang, Kampus Gambang.

Bersyukur ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah


kurnia serta inayah NYa, dapat sama-sama kita
berkumpul pada malam ini di Bilik Muzakarah Hakim
bagi menjayakan Pertandingan Kalam Jamaie
Peringkat Kebangsaan Kali ke-8 tahun 2016 Masehi

bersamaan 1437 Hijrah.

Seterusnya nyanyian Lagu Negaraku, hadirin diminta


berdiri.
Hadirin dipersilakan duduk.
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.
2

Bacaan doa

Untuk itu, saya menjemput


Al-Fadhil USTAZ Wan Hamzah bin Wan Abdullah
untuk memimpin bacaan doa.
Fal ya tafadhal masykura.
[ BACAAN DOA]
Aamiin, ya robbal aalamin.
..
Syukran jazilan buat Al-Fadhil USTAZ Wan Hamzah
bin Wan Abdullah atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Serah Majlis kepada


Pengerusi Majlis /
Pengerusi Jemaah
Hakim

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya


menjemput Tuan Haji Yazit bin Kechik, Ketua Sektor
Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan
Haji Yazit bin Kechik atas ucapan itu tadi.
Seterusnya , majlis menjemput Pn. Hajjah Kamariah
Binti Isa , Timbalan Pengarah Pengurusan Dakwah
dan Syiar Islam, Bahagian Pendidikan Islam ,
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis
Perasmian Pembukaan Muzakarah Hakim kali ke 8
tahun 2016. majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn.


Hajjah Kamariah Binti Isa atas ucapan dan perasmian
itu tadi.
Seterusya, Penyerahan Fail Tugas.
Justeru, majlis menjemput Pn. Hajjah Kamariah sekali
lagi diiringi oleh Tn. Haji Yazit bin Kechik untuk
menyerahkan Fail Tugasan kepada Pengerusi Jemaah
Hakim, Pn. Farhana Bt Abd Rashid, majlis
mempersilakan.
Seterusnya, sesi fotografi.
Seterusnya, Taklimat Etika Kehakiman.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn.
Farhana Bt Abd Rashid selaku Pengerusi Jemaah
Hakim Pertandingan Kalam Jamaie untuk
menyampaikan taklimat. Dipersilakan.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn.
Farhana Bt Abd Rashid atas taklimat itu tadi.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua hamba pohonkan.

Ucapan terima kasih


Dan penyampaian
cenderahati

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Para Hakim


yang akan bertungkus lumus
dalam memastikan kelancaran pertandingan
Kalam Jamaie yang akan diadakan pada 12 haribulan

Ogos ini nanti.


Harapan kita , moga diperkenankan Allah dengan niat
yang ikhlas agar majlis ini nanti akan menjadi suatu
majlis yang bersejarah, cemerlang, berjalan lancar dan
dapat melahirkan bakat anak-anak yang terbaik bagi
mencapai objektif sebenar pertandingan.
Tahniah kepada semua hakim.
Tanpa melengahkan masa, Dengan ini, majlis
menjemput Pn. Hajjah Kamariah Bt Isa diiringi oleh
Tuan Hj. Yazit bin Kechik untuk menyampaikan
cederahati kepada para hakim. Dipersilakan,
1. .
2. .
3. .
4. .
5. .
6. .
7.
8. .
9. .
10. .
11. .
12. .
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn.
Hajjah Kamariah Bt Isa dan Tuan Hj Yazit b. Kechik.
Sebelum mengakhiri Majlis malam ini marilah samasama kita membaca tasbih kaffarah dan surah al Asr
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh

You might also like