You are on page 1of 2

4.

PENDIDIKAN ZAMAN ABASSIYAH DAN UMAIYYAH


By Cikgu Azid 0
SOALAN : Bincangkan ciri-ciri sistem pendidikan Islam pada zaman Kerajaan
Umayyah dan Abbasiyah.

Pendahuluan :

Pendidikan dalam Islam merupakan suatu proses yang berlaku sepanjang hayat.
Tidak dapat dinafikan pendidikan Islam mengalami perkembangan pesat pada
zaman kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiyah. Hal ini disebabkan penglibatan
dan sikap pemerintah yang mencintai ilmu pengetahuan sama ada ilmu agama
mahupun ilmu-ilmu berkaitan keduniaan.

Isi-Isi :

Ciri-ciri sistem pendidikan Islam pada zaman Kerajaan Umayyah dan Abbasiyah:

i) Sumber utama al-Quran dan hadis :


Sebagaimana zaman awal Islam, sumber utama pendidikan Islam ialah al-Quran
yang merupakan suatu sumber yang sah dan hakiki, diikuti sunnah atau hadis.
Selain itu, pendidikan Islam juga berpandukan kepada sumber akal dalam bentuk
ijtihad dan qais bagi menjelaskan perkara-perkara yang tidak diterangkan secara
jelas oleh sumber al-Quran dan sunnah.

ii) Mewujudkan pembangunan yang seimbang antara aspek aqliah dan naqliah :
Sesuai dengan perkembangan semasa, pendidikan Islam pada zaman kerajaan
Umayyah dan kerajaan Abbasiyah bertujuan untuk mewujudkan pembangunan
yang seimbang antara aspek aqliah dan naqliah bagi membolehkan manusia
mengenali pencipta-Nya serta mentaati segala perintah dan suruhannya.

iii) Berlangsung secara formal dan tidak formal :


Pendidikan Islam pada kedua-dua kerajaan tersebut berlangsung secara formal dan
tidak formal. Pendidikan tidak formal berlaku di masjid, manakala pendidikan formal
berlangsung di institusi yang didirikan oleh kerajaan seperti kuttab dan institusi
pengajian tinggi serta madrasah seperti Bait al-Hikmah di Baghdad.
iv) Kandungan kurikulum :
Kandungan kurikulum pendidikan yang terdapat pada kedua-dua kerajaan ini
merangkumi ilmu naqli dan ilmu aqli. Antara ilmu naqli seperti tafsir, hadis, fikah
dan usuluddin, manakala ilmu aqli seperti falsafah, sejarah, bahasa (nahu),
matematik dan ilmu alam.

v) Ulama tersohor menjadi tenaga pengajar :


Ciri seterusnya pendidikan Islam pada zaman kerajaan Umayyah dan kerajaan
Abbasiyah ialah munculnya ulama-ulama tersohor yang menjadi tenaga pengajar di
institusi pendidikan seperti Abdullah b. Abbas, Hassan al-Basri dan Wasil b. al-Basri.

vi) Wujudnya kaedah halaqah :


Ciri pendidikan Islam lain yang ketara pada kedua-dua kerajaan ini ialah kewujudan
kaedah halaqah. Melalui kaedah ini, murid-murid akan berkumpul membentuk
bulatan yang mengelilingi guru, mendengar apa yang disampaikan oleh guru sambil
menadah kitab yang menjadi bahan pembelajaran. Pada zaman kerajaan Umayyah
dan kerajaan Abbasiyah, pendidikan Islam mendapat sokongan padu daripada para
pemerintah. Umpamanya, pada zaman kerajaan Umayyah, Khalifah Umar b. Abdul
Aziz telah mendirikan banyak masjid dan meneruskan pendidikan percuma di kuttab
bagi golongan yang tidak berkemampuan. Pada zaman kerajaan Abbasiyah pula,
muncul tokoh- tokoh pemerintah yang mencintai ilmu pengetahuan seperti Khalifah
Harun al-Rasyid dan Khalifah al-Makmun.

viii) Wujud aktiviti penterjemahan :


Ciri lain yang ketara pada sistem pendidikan kedua-dua kerajaan ini ialah
kewujudan aktiviti penterjemahan karya-karya asing khasnya daripada bahasa
Yunani. Di Baghad, aktiviti tersebut giat dilakukan di Bait al-Hikmah manakala di
Nisabur, Universiti Nizamiyyah bukan sahaja berperanan sebagai institusi pengajian
tinggi bagi umat Islam mendalami ilmu pengetahuan malah juga sebagai pusat
penterjemahan.

Kesimpulan :
Sokongan padu pemerintah dan kemunculan ulama menjadikan kerajaan Umayyah
dan Abbasiyah cemerlang dalam aspek pendidikan dan menjadi pusat
perkembangan ilmu pengetahuan.

You might also like