You are on page 1of 2

PERBINCANGAN KULIAH (SOALAN 4)

Soalan: Dasar terbuka yang dijalankan oleh kerajaan Abbassiyah telah membolehkan
golongan Mawali memainkan peranan penting dalam pemerintahan. Bincangkan
pengaruh dan peranan keluarga Barmaki dalam pemerintahan kerajaan Abbassiyah.

Keluarga Barmaki merupakan bangsa Parsi yang berasal dari Khurasan. Perkataan
‘Barmak’ berasal daripada nama datuk mereka yang menjadi penjaga rumah berhala majusi di
Balk. Keluarga Barmak, iaitu Khalid bin Barmak memeluk Islam selepas penaklukan Khurasan
oleh Qutaibah Bin Muslim pada tahun 85 Hijrah. Penglibatan Barmak dalam kerajaan Bani
Abbassiyah bermula ketika Qutaibah memimpin pasukan tentera di Khurasan dan keluarga
Barmak ini mengekalkan kuasa dan pengaruh di Khurasan sehinggalah mereka memainkan
peranan dalam kerajaan Bani Abbassiyah.

Keluarga Barmaki memainkan peranan yang sangat penting dalam pemerintahan


kerajaan Bani Abbassiyah. Sebagai contoh, Khalid Barmaki merupakan orang Barmak yang
pertama membuat hubungan dengan kerajaan Bani Abbassiyah. Beliau telah dilantik sebagai
Ketua Jabatan al-Kharaj dan Jabatan Hal Ehwal Ketenteraan oleh Khalifah Abu Abbas as-Saffah
pada tahun 132-136 Hijrah. Beliau berkhidmat sehingga Khalifah Abu Abbas meninggal dunia.
Selepas Abu Salamah al-Khalali terbunuh, beliau dilantik sebagai wazir atau menteri atas
kecemerlangan dan kelebihannya dalam menjalankan tugas. Khalid Barmaki kemudian dilantik
sebagai menteri ketika pemerintahan khalifah yang kedua iaitu Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur
dari 136-158 Hijrah. Ini menunjukkan pengaruh keluarga Barmaki dalam bidang pentadbiran
kerajaan amat kuat apabila orang Mawali dilantik sebagai salah satu pemegang jawatan dalam
kerajaan Bani Abbassiyah. Bukan itu sahaja, keluarga Barmaki juga terlibat dalam pentadbiran
kerajaan Bani Abbassiyah. Hal ini dapat dilihat semasa pemerintahan Khalifah Harun ar-Rasyid,
Yahya Bin Khalid iaitu anak kepada Khalid Barmaki telah dilantik sebagai Perdana Menteri dan
pengurus Baitulmal kerana sifat yang bijak dan pintar. Anak-anak beliau juga dilantik sebagai
pegawai tinggi kerajaan. Contohnya, Al-Fadhl dan Jaafar telah dilantik sebagai wazir sebagai
Yahya bersara. Hal ini membuktikan bahawa keluarga Barmaki membawa pengaruh yang besar
dalam pentadbiran kerajaan Bani Abbassiyah.

Selain itu, keluarga Barmaki turut memainkan peranan penting dalam aspek pendidikan.
Contohnya, Khalifah Harun ar-Rasyid telah dididik oleh Yahya Bin Khalid sejak kecil lagi. Yahya
juga telah membangunkan Darul Hikmah di samping mengukuhkan kewangan di baitulmal. Dari
aspek ekonomi pula, Khalid Bin Barmaki telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Al-Kharaj di mana
beliau berjaya mengukuhkan kedudukan ekonomi dan pendapatan negara melalui pungutan
cukai dan hasil kerajaan yang lain. Semasa Al-Fadhl menjadi Gabenor di Khurasan, beliau telah
memajukan infrastruktur negara dengan membina masjid, rumah-rumah kebajikan dan jalanraya.

Kesimpulannya, keluarga Barmaki memainkan peranan yang penting dalam kerajaan


Abbassiyah dalam pelbagai aspek seperti pentadbiran negara, ketenteraan, pendidikan, ekonomi
dan kewangan negara. Pengaruh keluarga Barmaki dalam kerajaan Abbassiyah melalui peranan
dan pembangunan yang dibawa dapat dilihat selama 17 tahun.

You might also like