You are on page 1of 17

Ammar Harith Bin Taufeq

Muhammad Alif Hafiz Bin Md Azmi

Pensyarah :Encik Arba Bin Kassim

Pismp Ambilan Jun 2015 Sejarah (SK) Sem 2 Tahun 2

SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIAH


SJHK 3083

ZAMAN
JAHILIAH
1
Pengenalan
• Definisi jahiliah : bodoh atau sesat.
• Zaman kegelapan yang tiada kesejahteraan hidup.
• Masyarakat tidak ada nabi dan kitab suci sebagai
petunjuk.
• Tidak mempunyai peradaban.
• Tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.
• Tidak boleh membaca dan menulis.
• Era Jahiliah : selepas keruntuhan Empangan Maarib
hingga tahun 610 Masihi, penerimaan wahyu pertama
oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Struktur Masyarakat Arab Jahiliah
• Masyarakat Arab Jahiliah terbahagi kepada dua
kelompok utama iaitu Badwi dan Hadari. Dalam
Masyarakat Hadari terdapat lima golongan iaitu:
• Golongan bangswan – ahli perniagaan dan
pemerintah tempatan.
• Golongan agama ( pendeta ) – tukang tilik dan
penyair.
• Golongan hamba.
• Wanita.
• Masyarakat awam dan rakyat biasa
Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliah :
Aspek agama
1) Aspek agama dan kepercayaan :
• Terdapat pelbagai agama dan kepercayaan di
Semenanjung Tanah Arab termasuklah Majusi, Nasrani,
Yahudi dan Hanif, Berhala, Animisme dan Tahyul.
Kepelbagaian ini berlaku kerana adanya pengaruh asing
disamping menaruh harapan yang tinggi terhadap alam
sekitar yang dipercayaan dapat mengawai dan
membantu kehidupan seharian.
• Kepercayaan Majusi disebarkan oleh orang Parsi yang
menjajah Bahrain, Oman dan Yaman. Masyarakat Arab
di kawasan ini turut memuja api sebagaimana
diamalkan oleh Masyarakat Parsi.
• Agama Nasrani disebarkan oleh orang-orang Rom
yang menjajah Hirah dan Ghassan di utara
Semenanjung Tanah Arab, mereka mempunyai
kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa
a.s telah dipinda berdasarkan kefahaman mereka
sendiri. Najran merupakan pusat agama ini.
• Agama Yahudi disebarkan oleh saudagar-
saudagar yang berasal dari Palestine. Penganut
asal agama ini ialah Bani Israeil. Mereka
mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa
oleh Nabi Musa telah dipinda oleh orang-orang
Yahudi. Mereka membohongi masyarakat Arab,
dengan menyatakan agama mereka benar
daripada Allah s.w.t. Agama Yahudi bertapak di
Yaman dan Madinah.
• Disamping itu terdapat segelintir orang Arab yang
menganut ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim
a.s digelar Hunafa dan bertempat Makkah. Nabi
Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail a.s sampai di
Makkah lebih awal. Maka ajaran Hanif
mendahului ajaran Yahudi dan Nasrani di Arab.
• Penganut agama-agama dari langit iaitu Hanif,
Nasrani dan Yahudi dikalangan masyarakat Arab
tidak ramai, mereka menjalani kehidupan
berdasarkan ajaran yang dianuti kecuali penganut
Yahudi didapati lebih kejam terhadap penganut
ajaran lain
• Kepercayaan yang paling dominan di kalangan
masyarakat Arab ialah penyembahan berhala.
Penyembahan berhala mucul selepas kewafatan
Nabi Ismail a.s Masyarakat berkehendakan
perantara bagi menghubungkan mereka dengan
Allah s.w.t Mereka mencipta berhala-berhala
daripada kayu-kayu dan batu dan diletakkan
disekliling Kaabah. Penyembahan berhala muncul
lebih awal dari agama Nasrani dan Yahudi.
Masyarakat Arab menganggap penyembahan
berhala adalah amalan nenek moyang mereka
yang perlu dipertahankan.
• Di samping mempercayaai berhala,
masyarakat Arab percaya kepada anamisme
dan tahyul. Objek cakrawala dan objek di bumi
disembah sebagai menandakan pengharapan
dan terima kasih ke atas apa yang mereka
terima. Mereka memuja tukang tilik dan
percaya tanda-tanda baik dan buruk yang
ditunjukan sesuatu objek.
• Kepelbagaian dalam agama turut
menyumbang kepada amalan-amalan lain
yang berbagai rupa termasuk amalan
berpolitik, berekonomi dan bersosial.
Aspek Politik dan pentadbiran :
• Tidak terdapat struktur pentadbiran/politik yang
tetap dan jelas dikalangan masyarakat Arab di
bahagian utara dan selatan. Hirah dan Ghassan di
utara telah dijajah oleh kerajaan Rom dan Yaman
di selatan di kuasai oleh kuasa Rom dan Parsi.
Masyarakat Arab di kawasan ini bercelaru dari
aspek pentadbiran, mereka tidak mampu
melawan penjajah dan sentiasa kalah. Di
bahagian selatan iaitu ketika kerajaan Himyar,
anak tempatan diberi jawatan tetap tetapi
statusnya hanya boneka kepada kerajaan Parsi.
• Di Makkah, struktur politik masyarakatnya agak
jelas. Terdapat Majlis Tindakan ( Darul Nadwah )
oleh jabatan-jabatan pentadbiran dan ada
pemimpin yang bergelar Sheikh. Namun ciri-ciri
politiknya mempunyai unsur-unsur jahikliah.
Mereka mengamalkan politik berkabilah yang
membawa kepada perebutan kuasa yang hebat.
Suasana pentadbiran menjadi gawat dan tidak
tenteram. Berlaku diskriminasi puak, memuja
kuasa, bersifat agresif, pendendam dan ingin
menguasai puak-puak lain. Perebutan kuasa
antara bani berlaku bagi mendapatkan kuasa
mentadbir Jabatan Haji, perdagangan dan
ketenteraman yang amat penting.
• Disamping itu ketua-ketua suku terpaksa
membentuk majlis ketua-ketua suku iaitu
Mala’ tetapi golongan berpengaruh berjaya
mempengaruhi keputusan Mala’ dan menjaga
kepentingan kaum yang lemah. Kecelaruan
politik masyarakat Makkah berlaku apabila
golongan bangsawan iaitu pentadbir lebih
cenderung untuk bergiat aktif dalam
perdagangan untuk mencari kekayaan.
Aspek Ekonomi :
• Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi utama
masyarakat Arab bandar. Hubungan perdagangan diantara
bandar di Syiria dengan di Yaman di selatan memberi nafas
kepada bangsa Arab. Namun akibat penjajahan oleh Rome
ke atas Syria oleh Parsi ke atas Yaman. Perdagangan Arab
turut terjejas, saudagar Arab Makkah menghadapi kesan itu
dengan pelbagai cara. Mereka mengeksport perdagangan
satu hala dengan suku Badwi yang menternak binatang.
Cara hidup Badwi berpindah randah mendatangkan
kesukaran kepada saudagar Makkah. Suku Badwi sentiasa
menyerang saudagar atau kafilah yang melalui kawasan
mereka sebagai tanda tindak balas ataupun untuk
memenuhi desakan kebendaan.
• Ketika Makkah dipimpin oleh Abdul Manaf, urusan perdagangan
diagihkan tugas kepada anak-anaknya. Misi-misi perdagangan
dihantar ke Syiria, Habsyah, Yaman dan Parsi. Barang rempah,
permata, emas, sutera dan lain-lain diimport. Manakala berhala,
buah tamar, kulit binatang dan lain-lain dieksport melalui
pelabuhan-pelabuhan. Pada zaman Hashim bin Abdul Manaf (
Moyang Nabi Muhammad s.a.w ) perjanjian perdagangan dua hala
dengan Maharaja Byzantine dan Parsi diwujudkan. Pakatan
dagangan juga diwujudkan dengan kabilah di Yaman dan Syam.
Sistem perniagaan bermusim juga diwujudkan bagi meneruskan
kegiatan perdagangan. Musim sejuk pedagang Makkah akan ke
Yaman dan pada musim panas mereka akan ke utara ( Syam ).
• Pasar-pasa diadakan di Makkah dan sekitarnya. Barangan bijirin,
buah-buahan, pakaian, hamba abdi yang tidak ditebus setelah
mereka kalah berperang dan barangan lain dijual di pasar-pasar.
Sistem tukar barang diamalkan. Penipuan dan riba turut berleluasa
Aspek Sosial :
• Struktur sosial masyarakat Arab agak mudah, terdiri
daripada golongan bangsawan dan hamba. Golongan
bangsawan wujud di bandar. Mereka berpuak-puak
berdasark pertalian darah dan semangat assabiyah amat
tebal. Setiap puaknya melantik seorang sheikh di kalangan
mereka dan menjadi ketua bagi kabilah itu. Hamba pula
dibeli untuk dikerah bekerja. Suku Badwi pula hidup
berpuak – puak dan ketua puak dipilij di kalangan anggota
yang berpengaruh. Sistem berkabilah ini bermula dari satu
keluarga dan kemudiannya bergabung menjadi keluarga
besar disebut bani. Suku Badwi tidak wujud bani kerana
kehidupan mereka yang sering berpindah randah dan
mereka percaya semakin kecil sesuatu kelompok semakin
kuat masyarakatnya.
• Semangat Assabiyyah menyuburkan cirri-ciri jahilian. Tingkah laku
mereka kasar terhadap puak lain. Peperangan mudah berlaku
walaupun disebabkan oleh perkara – perkara kecil. Peperangan
dilakukan untuk menguji kekuatan dan mengejar nama. Pernah
berlaku peperangan yang berlangsung lama dan pihak yang kalah
akan ditawan dan dijadikan hamba abdi.
• Akhlak yang runtuh dan tingkah laku yang kasar dan menurut
peraturan dan undang-undang hawa nafsu menyebabkan tindakan
mereka dilepas tanpa kawalan. Golongan bangsawan menikmati
kehidupan mewah dengan melibatkan kegiatan perjudian,
pelacuran dan pembunuhan. Kaum wanita dipandang hina. Bayi
perempuan ditanam hidup-hidup bagi mengelakkan kesempitan
hidup atau menanggung malu. Walaubagaimanapun terdapat
keluarga yang menyayangi anak perempuan mereka. Darun Nadwah
dijadikan tempat keramaian bagi mengisytiharkan anak perempuan
mereka sebagai perempuan dewasa apabila sampai tempoh akil
baligh.
Aspek Ilmu Pengetahuan :
• Kebanyakkan orang Arab Jahiliah buta huruf. Walaupun terdapat di
kalangan mereka saudagar-saudagar atau pedagang luar lebih maju
tetapi pedagang Arab tidak mengambil peluang untuk aktiviti
perdagangan yang lebih menguntungkan. Selain keuntungan
mereka mengejar keseronokan. Kemahiran bersyair dan bersajak
hanya digunakan untuk meluahkan perasaan melalui kata-kata yang
terhasil melalui pemikiran yang sepontan. Daya hafalan yang tinggi
dan keupayaan berkhutbah hanya melibatkan perkara-perkara yang
berkaitan dengan lampau yang kurang berkualiti ilmiahnya. Di
kalangan masyarakat Arab yang terkenal kerana kebijaksanaan
berniaga, hanya 17 orang sahaja yang boleh membaca dan menulis.
Faktor sikap saling membenci dan sering bertelagah dan juga
berperang menyebabkan ruang untuk menimba ilmu pengetahuan
menjadi tertutup. Dengan itu ciri-ciri kejahilan sangat ketara di
kalangan mereka.
Sekian Terima
Kasih

You might also like