You are on page 1of 7

1.

0 Pendahuluan

Secara rasminya kedatangan British di Tanah Melayu bermula pada tahun 1786 setelah
Francis Light menduduki Pulau Pinang dan perluasan wilayah sehingga ke Seberang Perai berlaku
dengan termeterainya perjanjian pada tahun 1800. Kedatangan kuasa Eropah ke Alam Melayu
dengan misi serampang tiga mata iaitu untuk mengembangkan agama Kristian(gospel), mencari
kekayaan (gold) dan mencapai kemegahan (glory). Bagi memastikan kelangsungan penguasaan
politik dan ekonomi, pihak British telah melaksanakan dasar “pecah dan perintah” dalam
pentadbiran. Peranan pentadbiran British dalam mewujudkan masyarakat berbilang kaum dan dasar
diskriminasi juga telah menyumbang kepada berlakunya kepincangan perpaduan antara kaum
terbesar di Tanah Melayu iaitu kaum Melayu, Cina dan India.Selain itu, kedatangan British turut
menyebabkan masalah ekonomi dalam masyarakat pluralisme yang berlaku dengan jelas melalui
pentadbiran pecah dan perintah yang dilaksanakan dalam pekerjaan penduduk pelbagai kaum di alam
Melayu. Akibatnya, kedatangan pihak Inggeris sesungguhnya hanya sekadar mengaut keuntungan di
Tanah Melayu dan manfaat yang seharusnya diperolehi kaum pribumi dinafikan misalnya keuntungan
pertanian, penguasaan tanah, hasil perlombongan, kemudahan pendidikan dan infrastruktur
perbandaran. Inilah manfaat yang sepatutnya dinikmati penduduk pribumi tetapi dinafikan oleh pihak
pentabir kolonial.Kesimpulannya, kedatangan British telah menyebabkan pelbagai impak yang
menjadi titik tolak berlakunya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

2.0 Dasar Pecah dan Perintah

Sewaktu tempoh penjajahan, British telah membuat dan melaksanakan pelbagai dasar yang
meliputi aspek sosial, ekonomi, dan politik.Dalam melaksanakan dasar-dasar penjajahan, secara
langsung ataupun tidak langsung telah mengubah wajah asal Tanah Melayu. Justeru itu, pada
bahagian ini saya akan membincangkan dasar-dasar yang dilaksanakan British sehingga mengubah
sistem kehidupan masyarakat Melayu yang sedia ada. Hakikatnya, semua dasar yang dilaksanakan
oleh British adalah berasaskan dasar ‘pecah dan perintah’.Walau bagaimanapun, berbeza dengan
negara-negara lain, dasar pecah dan perintah yang dilakukan oleh British di Tanah Melayu bukan
melalui paksaan.Ia dilakukan secara berhati-hati dan perlahan-lahan seolah-olah ianya berlaku secara
semula jadi.

Sehubungan ini, dasar pecah dan perintah (Divide and Rule) yang digagaskan oleh kerajaan
British di Tanah Melayu telah menyebabkan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai ras dan kaum
berpecah dan dimanipulasikan mengikut kepentingan British.Kaum-kaum utama yang wujud pada
masa itu yang terdiri daripada tiga teks kod rumpun utama iaitu Melayu, Cina dan India dikelaskan
mengikut jenis pekerjaan dan sistem pendidikan yang berbeza-beza.Melalui dasar ini, orang melayu
ditempatkan di kawan luar bandar yang kebanyakan mencari rezeki dengan menjadi nelayan dan
petani.Manakala kaum Cina pula menetap di kawasan bandar dan menguasai segala aktiviti ekonomi
serta melibatkan diri dalam bidang perlombongan yang begitu mnguntungkan.Masyarakat India pula
tinggal dan bekerja di pinggir bandar yakni di ladang-ladang sebagai penggerak utama industri
perladangan pada waktu itu. Masyarakat petani berbangsa Melayu, peniaga Cina dan juga buruh
ladang berketurunan India pada ketika itu merasa curiga antara satu sama lain serta tidak
berkomunikasi secara langsung disebabkan oleh taktik kotor yang diterapkan oleh British.
Natijahnya, dasar ini telah menyebabkan perpaduan dan perasaan saling ingin hidup
bersama tidak berlaku di Tanah Melayu. Secara keseluruhannya, pelaksanaan dasar pecah dan
perintah telah menjadi strategi yang paling berkesan dan efektif untuk menghalang kumpulan kecil di
Tanah Melayu untuk berinteraksi secara natural sesama kaum pada ketika pemerintahan British yang
menjadi tonggak utama goyahnya perpaduan antara kaum.

3.0 Implikasi Dasar Pecah Perintah dan Hubungan Etnik di Malaysia

Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering dikatakan akibat dasar
pecah dan perintah oleh penjajah Inggeris.Terdapat dua keadaan yang memungkinkan keadaan ini
iaitu Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang usaha
penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan dan Inggeris perlu mengekalkan
penduduk peribumi di kampung-kampung serta mengekalkan aktiviti pertanian orang Melayu bagi
memastikan bekalan makanan penduduk Tanah Melayu tidak terjejas.Tindakan membawa masuk
pekerja asing adalah bagi mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan aktiviti pertanian.Akibat
daripada dasar pecah dan perintah mengakibatkan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum,
interaksi sosial yang terpisah-pisah dan kemuncaknya telah berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

3.1 Pemisahan Tempat Tinggal dan Petempatan

Masyarakat tidak akan wujud tanpa kehidupan secara berkelompok. Adalah mustahil seseorang
individu mampu menyediakan keperluan hidupnya tanpa bergantung pada individu lain. Oleh itu
kehidupan berkelompok membolehkan satu anggota masyarakat berinteraksi dengan anggota yang
lain dan bergantung hidup dengan anggota masyarakat yang lain.

Kesan daripada dasar penjajahan British yang pertama iaitu pemisahan tempat tinggal dan
penempatan. Pemisahan ini wujud akibat daripada dasar ‘pecah dan perintah' yang diamalkan oleh
penjajah British pada masa tersebut. Pemisahan ini juga menyebabkan sesuatu golongan etnik itu
tidak mengenal atau berpeluang untuk berinteraksi dengan lebih kerap kerana tinggal di wilayah yang
berbeza.

Pada era ini pengenalan kaum diidentifikasikan mengikut tempat tinggal dan kegiatan
ekonominya iaitu kebanyakan kaum Melayu tinggal di kawasan luar bandar dan bergiat dalam sektor
pertanian.Sepanjang tempoh penjajahan British di Tanah Melayu, pihak British selalu menegaskan
supaya kependudukan dan budaya hidup orang Melayu tidak di ganggu. Inggeris berpendapat supaya
orang Melayu di kekalkan di kampung-kampung dan mengamalkan cara hidup bertani,bertukang atau
nelayan. Oleh itu, orang Melayu tidak di galakkan berhijrah ke kawasan-kawasan perlombongan,
ladang atau ke bandar untuk bekerja dengan Inggeris.Lokasi kaum Melayu pada zaman pemerintahan
ini tertupuh di negeri Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah dan Pahang. Manakala, kaum Cina pula
bergiat dalam ekonomi moden iaitu berpusat di bandar dan kawasan yg pesat membangun
terutamanya di negeri Pulau Pinang, Selangor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Kaum
India pula kebanyakannya tertumpu di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.Pola
kependudukan ini secara tidak langsung telah memisahkan kelompok-kelompok etnik ini dan
menunjukkan ketidakseimbangan taburan antara etnik.

Kesimpulannya, hal ini telah merenggangkan perhubungan dan interaksi serta memperkuatkan lagi
perasaan kekitaan dan etnosentrisme dalam kalangan anggota setiap etnik di Tanah Melayu.
Keadaan ini seterusnya telah menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan dalam
kalangan ahli sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain.

3.2 Perbezaan Tumpuan Sektor Ekonomi

Kesan penjajahan British dari aspek ekonomi, dapat dilihat melalui kewujudan sistem ekonomi
dualisme. Sistem ekonomi dualisme merujuk kepada dua tumpuan ekonomi yang berbeza namun
ianya bergerak seiringan dengan garis etnik (Dipetik daripada Ekonomi Malaysia edisi kedua :
Chamhuri Siwar dan Surtahman Kastin Hasan, 1985).Dua bentuk eksploitasi ekonomi utama yang
dilakukan oleh penjajah ialah perlombongan dan perladangan getah.Kajian yang di buat
memperlihatkan Melayu ketika awal kemerdekaan agak mundur berbanding etnik Cina. Malah etnik
India dilihat agak mundur akibat Dasar Pecah Perintah yang diamalkan oleh British pada ketika
itu(Dipetik daripada Ekonomi Malaysia edisi kedua : Chamhuri Siwar dan Surtahman Kastin Hasan,
1985). British juga telah menyusun kawasan-kawasan yang tertentu untuk diusahakan oleh etnik-etnik
tertentu di Tanah Melayu. Sebagai contoh, etnik melayu di berikan kebebasan untuk melakukan apa
sahaja mereka mahu dan mereka hanya meneruskan ekonomi sara diri seperti bercucuk tanam,
bersawah, ke hutan, ke laut manakala golongan Melayu elite diberi peluang membantu pentadbiran
British.

Impak dari pemerintahan British kita tidak dapat menafikan bahawa British mengambil langkah
yang sangat berhati-hati dengan memisahkan etnik ini dari bergaul antara satu sama lain. Maka tidak
hairanlah sehingga hari ini sentimen perkauman masih kuat dan jurang ekonomi juga ketara antara
tiga etnik utama ini.Tambahan pula, etnik di Sabah dan Sarawak mengalami situasi yang hampir sama
seperti mana etnik Melayu di Semenanjung cuma perkembangan ekonomi di Sabah dan Sarawak
masih tidak meluas kerana faktor geografi yang berbukit –bukau menyukarkan pembangunan
dilaksanakan.

Dalam hal ini, masalah ekonomi kadar kemiskinan juga turut bertambah disebabkan sistem etnik
ini.Sistem ekonomi penjajah tertumpu kepada perdagangan moden yang berasaskan perusahaan
getah dan perlombongan bijih timah. Sistem ekonomi ini berasaskan pasaran bandar dan diletakkan
di bawah kawalan British.Sistem ini banyak melibatkan kumpulan etnik Cina dan India.Manakala
sistem ekonomi tradisional ialah sektor pertanian di mana komoditi utamanya ialah penanaman padi
dan perikanan.Teknik pengeluaran, pemasaran, dan tenaga kerja didominasi oleh etnik melayu
dengan berteraskan budaya Melayu luar bandar atau budaya Melayu tradisional.Secara tidak
langsung, ekonomi dualisme ini telah melambangkan agihan tenaga kerja mengikut tiga etnik utama di
Malaysia.
Tuntasnya, kegiatan ekonomi yang berbeza ini telah mewujudkan jurang pendapatan yang
berbeza anatara satu kaum dengan kaum yang lain. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan
persaingan ekonimi secara tidak sihat dan pada kemuncaknya berlakulah peristiwa 13 Mei 1969.

3.3 Pengasingan Sistem Pendidikan

Hala tuju pendidikan semasa zaman penjajahan British bertujuan untuk menyekat peluang
orang Melayu daripada mengembangkan bakat mereka dan untuk memisahkan mereka daripada
perkembangan sosio-ekonomi negara.Pada keseluruhannya, pendidikan di zaman penjajahan British
ialah bersifat bebas atau laissez-faire kerana terdapat lima jenis pendidikan yang telah diwujudkan
dan tidak mempunyai keseragaman, iaitu Inggeris, Melayu, Cina, Tamil dan agama Islam.

Sehubungan itu, terdapat tiga peringkat pendidikan iaitu pendidikan British rendah dan
menengah dihadiri oleh kanak-kanak bangsawan Melayu dan hartawan Cina dan India.Seterusnya,
terdapat sekolah Melayu peringkat rendah dibantu oleh British dengan matlamat menjadikan mereka
sebagai petani yang lebih baik daripada ibu bapa mereka.Peringkat yang ketiga ialah wujudnya
sekolah vernakular Cina dan India yang berdasarkan negara asal masing-masing.Setiap jenis sekolah
tersebut mempunyai falsafah dan hala tuju pengajaran dan kurikulum yang berbeza.

Selain perbezaan dalam aliran pendidikan, kerencaman sistem pendidikan juga dapat dilihat
daripada sudut kurikulum, sukatan mata pelajaran serta orientasi matlamatnya.Sehubungan itu, aliran
pendidikan Cina dan India, kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasinya berkiblatkan negara
asal mereka.Keadaan ini menyebabkan interaksi sesama mereka hanya berkisar dalam kalangan
etnik yang sama.

Ini telah menyebabkan tiada keseragaman dari segi identiti dan fahaman kerana negara China
contohnya mengamalkan fahaman komunisme dan silibus yang diambil dari Negara China
mempunyai unsur-unsur komunisme tetapi lain pula dengan kaum lain yang berteraskan fahaman
yang lain. Selain itu tidak terdapat satu bahasa pengantar yang seragam telah menyebabkan setiap
kaum hanya tahu bercakap dalam bahasa ibunda masing-masing sahaja.Ini telah menyebabkan
timbulnya pelbagai masalah yang telah menggugat perpaduan kaum.Ini telah memberikan satu impak
buruk dalam pembentukan perpaduan kaum di Malaysia.

Kesimpulannya, kewujudan sistem pendidikan dalam zaman Inggeris ini telah mewujudkan
polarisasi di Tanah Melayu.Penubuhan sekolah-sekolah vernakular yang berasaskan kepentingan
kaum masing-masing ini telah membawa pemisahan yang sangat ketara antara penduduk di Tanah
Melayu.Sistem pendidikan yang bersifat perkauman yang kuat ini menyebabkan polarisasi di Tanah
Melayu begitu ketara sekali.

3.4 Fahaman Politik Berbeza

Di negara ini terdapat pelbagai parti politik yang berasaskan kumpulan etnik dan setiap parti
politik akan memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya. Politik perkauman ini
boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika
penyuaraan kepentingan etnik tertentu dibuat tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak. Jika
isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan dan ekonomi
dibangkitkan, maka tindakan ini tidak akan menyumbang kearah masyarakat yang bersatu padu.

Sehubungan itu, struktur masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbagai-bagai kaum telah
melahirkan banyak persatuan-persatuan politik sosial dan ekonomi yang berasakan kaum masing-
masing. Perkara ini telah memeperkuatkan lagi rasa syak wasangka di antara satu sama lain kerana
persatuan-persatuan ini hanya memperjuangkan kepentingan kumpulan kaum yang diwakilinya
sahaja tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Parti-parti politik yang berbentuk perkauman
seringkali mengeksploitasi perbezaan-perbezaan yang wujud di kalangan kaum hingga menimbulkan
rasa tidak puas hati yang ketara antara satu kaum dengan kaum yang lain.

3.5 Perbezaan Kepercayaan dan Nilai

Sejak zaman pemerintahan Britishsehingga tahun 1969 terdapat pelbagai perbezaan dari segi
agama, bahasa dan kebudayaan dalam masyarakat di Tanah melayu.Setiap kumpulan etnik
mempertahankan kebudayaan dan adat resam mereka, mengutamakan etnik mereka dan mungkin
juga menganggap kebudayaan mereka sahaja yang terbaik. Hal ini menyebabkan anggota etnik lebih
mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan pekerjaan
dan natijah akhirnya akan mewujudkan polarisasi antara etnik. Selain daripada itu kewujudan akhbar
yang pelbagai bahasa dengan mengutamakan kelompok etnik mereka akan memperkukuhkan lagi
perasaan kumpulan etnik masing-masing. Cabaran dari segi kepentingan nilai ini akan mewujudkan
masalah yang lebih besar jika fahaman etnosentrisme itu dijadikan pegangan dalam masyarakat.

Sehubungan itu, perbezaan budaya dan agama merupakan salah satu lagi punca berlakunya
masalah perpaduan kaum di Malaysia. Kaum Melayu sebahagan besarnya beragama Islam, kaum
Cina beragama sama ada Buddha, Lao-Tze, Taoisme, Confucius manakala kaum India beragama
Hindu. Disamping itu terdapat ramai juga yang beragama Kristian.Setiap kaum pula mempunyai
kebudayaan yang berlainan dan ini menambahparahkan lagi masalah perpaduan kaum di Malaysia.

Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama yang dianuti oleh kaum-kaum
yang terdapat di Malaysia menggalakkan penganutnya memusuhi agama lain tetapi ia berpunca dari
sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja
telah menyinggung emosi penganut agama lain. Kesimpulannya, inilah punca yang telah
mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969 berlaku
4-0 Rumusan

Penjajahan British di Tanah Melayu meninggalkan kesan yang sangat mendalam terutamanya
dari aspek politik, ekonomi, perlembagaan, pendidikan, agama, hubungan antara etnik dan
sosial.Kesemua aspek tersebut merupakan titik tolak tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 yang
merupakan satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara.Masalah 13 Mei 1969 jika dilihat dari satu
aspek sememangnya banyak memberikan kesan negatif terhadap negara kita tetapi jika dilihat pula
dari satu sudut yang lain ia sebenarnya banyak memberi kebaikan kepada kita semua rakyat
Malaysia.
Melalui peristiwa berdarah itulah kita kini dapat hidup dan membentuk sebuah negara Malaysia
yang aman damai, harmoni hinggakan menjadi sebutan dunia kerana sebuah negara yang rakyatnya
berbilang kaum dapat hidup bersama dalam keadaan dan suasana yang aman damai. Jika dilihat
faktor berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 kebanyakan disebabkan oleh peranan penjajah yang telah
membentuk satu masyarakat yang mempunyai kelas dan tahap tertentu demi untuk memelihara
kepentingan mereka di Tanah Melayu. Justeru setelah berlaku peristiwa 13 Mei kerajaan telah
mengambil langkah untuk membentuk semula masyarakat Malaysia menerusi dasar-dasar dan
tindakan segera yang telah diambil untuk memastikan bahawa kemakmuran negara akan terus
terpelihara dan terjamin.

Peristiwa 13 Mei merupakan satu titik tolak ke arah kebaikan kepada negara kita kerana selepas
sahaja peristiwa tersebut berlaku semua pihak mulai sedar dan saling bekerjasama membentuk
perpaduan yang lebih jitu seperti yang dapat kita saksikan kini. Apa yang perlu dilakukan kini oleh
rakyat Malaysia ialah terus mendukung aspirasi nasional tanpa mengira apa pun fahaman politik dan
saling membantu antara satu sama lain ke arah Malaysia yang lebih adil. Dasar-dasar yang dirangka
oleh kerajaan pula haruslah didokong dan diberi sokongan yang sewajarnya agar ia berjaya mencapai
matlamatnya. Selepas 13 Mei 1969 juga jelas menampakkan satu peningkatan yang amat
membanggakan bagi negara kita dari segi pemupukan perpaduan kaum dan ia adalah hasl daripada
usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan melalui dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Baru
(DEB), Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pembangunan
Nasional serta Wawasan 2020.

(c) Nyatakan keadaan yang menyebabkan wujudnya dwi-ekonomi di Tanah Melayu.


 Perdagangan berkembang pesat di pelabuhan utama di Tanah Melayu.
 Dasar British menyebabkan wujudnya dwi-ekonomi.
 British memajukan kawasan yang subur dan kaya dengan bijih timah.
 Membiarkan ekonomi dagangan dikuasai orang Eropah dan Cina.
 British mahu kekalkan orang Melayu sebagai petani.
 British meminggirkan ekonomi tradisional di luar bandar.
 Masyarakat Melayu masih terikat dengan ekonomi sara diri.
 British memberi tumpuan ekonomi di pantai Barat.
[2 markah]

(d) Nyatakan kesan kewujudan dwi-ekonomi.

 Industri perlombongan meningkat


 Penekanan terhadap pertanian komersil.
 Ekonomi dagangan dikuasai oleh pemodal Eropah.
 Orang Melayu kekal dalam ekonomi sara diri.
 Pembangunan tidak seimbang antara negeri di pantai barat dengan negeri pantai timur Tanah Melayu
 Pembangunan ekonomi hanya tertumpu di pantai Barat
 Taraf hidup tidak seimbang antara penduduk luar bandar dengan bandar.
 Kemasukan buruh asing ke Tanah Melayu.
 Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]

(e) Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk menghapuskan dwiekonomi di negara kita ?

 Memajukan ekonomi luar bandar


 Menggalakkan masyarakat luar bandar menceburi ekonomi dagangan
 Memberi bantuan modal untuk memajukan pertanian
 Menambahkan kecekapan pemasaran supaya hasil petani dapat dipasarkan
 Meningkatkan penggunaan teknologi mode

You might also like