You are on page 1of 2

KESAN PENJAJAHAN BRITISH TERHADAP PEMBINAAN NEGARA BANGSA MELAYU

1. Perubahan pada konsep kerajaan dan negeri masyarakat Melayu tradisional


- konsep kerajaan Melayu telah terhapus dan digantikan dengan konsep negara
- British menganggap setiap kerajaan Melayu sebagai negeri

2. Pentadbiran Tradisional Melayu


- Berlaku penghakisan kuasa sultan dan pembesar di negeri Melayu
- Sistem residen yang juga dikenali sebagai +istem Penasihat telah mengambil alih segalakuasa
birokratik dan perundangan yang selama ini dipegang oleh sultan dan para pembesar
- Pada sultan bukan sahaja kehilangan kuasa malah telah dinafikan peranan mereka dalam
pentadbiran British

3. Pembentukan masyarakat majmuk


- Berlaku kemasukan orang Cina dan India dari luar untuk dijadikan tenaga kerja
- Walaupun berlaku pengasingan kaum mengikut jenis pekerjaan, tetapi kemasukan kaum-kaum
lain akan menyebabkan berlaku pencampuran bangsa
- Kepelbagaian budaya terbentuk daripada cara hidup dan kepercayaan

4. Mentaliti sesetengah masyarakat Malaysia yang ingin mengagumi atau pro terhadap nilai-nilai
Barat
- Sikap yang suka meniru secara tidak rasional terhadap semua nilai daripada barat
- Tidak mampu menimbulkan idea ataupun pendekatan baru bagi menangani persoalan hidup
sebaliknya suka menggunakan nilai warisan tinggalan penjajah

5. Pluralisme
- Kepelbagaian yang terbentuk daripada proses kepelbagaian penduduk yang terbina daripada hasil
penjajahan
- Contohnya Divide And Rule mewujudkan pembahagian kaum dari segi penempatan sosial,
kegiatan ekonomi dan jenis pekerjaan
- Memenuhi prinsip kolonialisme bagi menghalang penyatuan yang memungkinkan
pemberontakan
- Ini akan mewujudkan masalah dalaman yang kompleks kepada negara yang terjajah apabila
dimerdekakan
- Ini menjadi ancaman kepada konsep kesatuan dalam pembinaan negara bangsa

6. Neo-Feudalisme
- Merujuk kepada sistem konservatif berkaitan pemerintahan yang terbentuk pada masa kini
- Merujuk kepada sistem pemerintahan golongan elit yang menguasai segala aspek ekonomi,
politik dan sosial
- Dibimbangi tercetus pemerintahan yang penuh dengan penyalahgunaan kuasa, penyelewengan,
penipuan dan kuku besi
- Pengawalan secara mutlak oleh sesebuah pihak dalam pemerintahan tanpa faktor pengimbang
- Kebijaksanaan menangani kewujudan sistem ini akan membantu proses pembinaan negara bangsa

You might also like