You are on page 1of 11

5.

BANDINGKAN BEZAKAN CIRI-CIRI KERAKYATAN MALAYAN UNION


(1946) DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (1948).

1.0 PENGENALAN
Pentadbiran Malayan Union yang diperkenalkan pada tahun 1946, telah
mendorong gerakan nasionalisme Melayu sampai ke kemuncak. Orang
Melayu menghapuskan ketuanan Melayu. Tentangan orang Melayu telah
melahirkaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Februari 1948.
Pentadbiran Malayan Union telah diisytiharkan oleh British pada 1 April 1946
di King’s House (Carcosa Seri Negara), Kuala Lumpur. Pentadbiran Malayan
Union dicadangkan bagi menggantikan Pentadbiran Tentera British yang
sebelum ini mentadbir Tanah Melayu dan gabenor pertamanya ialah Sir
Edward Dent. Tujuan penubuhan Malayan Union ini iaitu mengurangkan dan
mengawal kuasa politik orang melayu, menjimatkan perbelanjaan pentadbiran
British, menjamin terus pengusaan British, selain itu, memastikan sumbangan
golongan imigran,mengukuhkan pertahanan british,mewujudkan suatu
pentadbiran yang cekap dan seragam, serta menyediakan Tanah Melayu
kearah berkerajaan sendiri dan membentuk satu bangsa Malayan Union.
Namun Malayan Union ini mendapat tentangan dari penduduk tempatan,
antara faktornya iaitu, penghapusan kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu
dan ini akan menyebabkan kedaulatan raja-raja Melayu akan hilang kuasa,
takhta dan maruah. Selain itu, tamadun Orang Melayu akan terhakis (sistem
beraja,bahasa melay dan tulisan jawi) dan kerakyatan yang terlalu liberal,
dimana kerakyatan Jus Soli ancam status quo orang Melayu sebagai pribumi.
Seterusnya, membantah tindakan Sir Harold MacMichael kerana mengancam
menurunkan raja-raja Melayu daripada takhta sekiranya raja-raja tidak
menerima Malayan Union dan ini yang menyebabkan Malayan Union
ditentang hebat oleh penduduk tempatan. Namun ada yang pihak menyokong
Malayan Union ini dengan alasan yang tersendiri, antaranya Parti
Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM).
Persekutuan Tanah Melayu pula, akibat tentangan habis-habisan oleh
raja-raja Melayu dan penduduk tempatan terhadap Malayan Union, British
akhirnya bersetuju menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari
1948 menggantikan Malayan Union . Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
ini merupakan hasil kejayaan orang melayu bagi mendapatkan semula hak
dan kedudukan politik dan maruah orang Melayu. Pada mei 1946, Raja-raja
Melayu berunding dengan pihak British di Kuala Kangsar bagi menolak
Malayan Union dan atas ketegasan Raja-raja Melayu menolak Malayan Union
telah menyebabkan British mengadakan rundingan rasmi dengan Raja-raja
Melayu dan UMNO. Raja-raja Melayu dan UMNO telah menyediakan satu
memorandum untuk menyatakan bantahan secara rasmi terhadap Malayan
Union kepada pihak British. 25 Julai 1946; Sebuah Jawatankuasa Eksekutif
ditubuhkan. Jawatankuasa dianggotai oleh pegawai kanan British dan wakil
UMNO.
Perbincangan telah dibuat beberapa kali di King’s House, Kuala Lumpur.
Dalam rundingan tersebut beberapa perkara telah menjadi asas
perbincangan dan tuntutan (Harry, M., 1965). Antaranya Raja-raja dan orang
Melayu menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union, mereka mahukan
sebuah bentuk persekutuan bagi seluruh tanah melayu, menolak kerakyatan
“Jus Soli”, serta meminta taraf negeri naungan bagi negeri-negeri Melayu
dipulihkan dan Raja-raja Melayu menjadi Ketua Negeri Melayu. British
bersetuju menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu kerana tidak mahu orang
Melayu menentang British secara kekerasan disebabkan mereka bimbang
Parti Komunis Melayu(PKM) mempengaruhi cara orang melayu(rundingan
dan sederhana), serta seruan daripada PBB agar penjajah melaksanakan
dasar “dekolonialisasi”. Pada 21 Januari 1948 perjanjian penubuhan PTM
ditandatangani antara raja-raja Melayu,wakil UMNO dan pihak British, dan
akhirnya pada 01 Febuari 1948 persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk.
2.0 CIRI KERAKYATAN MALAYAN UNION

Dalam pentadbiran Malayan Union, ada menyentuh tentang kerakyatan


Malayan Union, iaitu memperkenalkan prinsip “Jus Soli”. Jus Soli ini merujuk
kepada kelayakan menjadi rakyat Malayan Union kepada sesiapa sahaja
yang lahir di Tanah Melayu, dimana mereka yang berumur 18 tahun dan
keatas serta bermastautin selama 10-15 tahun akan diberikan kerakyatan.
Selain itu mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun yang merupakan
anak warganegara, juga turut diberi kerakyatan yang sama yang
menyebabkan timbulnya ketidakpuas hati dikalangan penduduk tempatan.
Malah semua rakyat British daripada tanah jajahan taklunya bole menadi
Malayan Union. Menurut Ahmad Zaharuddin dalam buku Raksa Raya
Malaysia iaitu Perlembagaan Malayan Union menawankan syarat
kewarganegaraan yang longgar kepada kaum bukan Melayu mengikut prinsip
jus soil. Penerimaan kaum bukan Melayu menjadi warganegara boleh
mengancam kedudukan politik orang Melayu, apabila bilangan orang asing
melebihi bilangan orang Melayu. Pada tahun 1947, jumlah orang Melayu
hanya 49.46% sahaja daripada jumlah penduduk di Tanah Melayu. Ini
bermakna orang Cina dan India akan mengancam kedudukan politik dan
ekonomi orang-orang Melayu.
3.0 CIRI KERAKYATAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Dalam perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 1948, juga menyentuh


tentang kerakyatan penduduk ketika itu, dimana syarat kerakyatan
diperketatkan lagi. Menurut Comber lagi, orang Melayu bersetuju memberi
kerakyatan Persekutuan kepada mereka yang mencurahkan taat setia yang
tidak berbelah bagi kepada negara ini mengikut syarat yang telah disebutkan
dalam Perjanjian tersebut. Antara syarat kerakyatan PTM iaitu, Jus Soli hanya
terbuka kepada rakyat dan rakyat British, pemohon lahir diluar negeri tetapi
bapanya rakyat Raja dan British dan mereka yang berusia 21 tahun yang
telah menetp 8-12 tahun di Tanah Melayu serta bole bertutur dalam Bahasa
Melayu dan Inggeris.
Orang Melayu kebanyakannya telah berpuas hati dengan perlembagaan
baru ini tetapi tidak berapa mendapat sambutan dari kaum bukan Melayu
disebabkan ketidakpuasan hati mereka mengenai undang-undang kerakyatan
Persekutuan yang ketat.Peruntukan mengenai syarat-syarat kerakyatan di
bawah perjanjian Persekutuan telah menyebabkan orang bukan Melayu sukar
untuk memperoleh hak kerakyatan berbanding kaum Melayu.Namun begitu,
sebahagian besar dari kelompok warga asing boleh mendapatkan hak
kerakyatan berasaskan kepada permohonan, tetapi harus memenuhi syarat
seperti dalam Persekutuan Tanah Melayu yang telah termaktub sejak 1948.
Seperti pemohon yang berusia 21 tahun yang tidak mempunyai rekod
jenayah serta bersetuju taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu layak
mendapat kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu.
4.0 BEZAKAN CIRI-CIRI KERAKYATAN MALAYAN UNION DENGAN
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.

Kerakyatan (bahasa Inggeris: nationality) merupakan hubungan di


sisi undang-undang antara seseorang dengan sebuah negara. Jika sebuah
negara hanya mempunyai satu sistem undang-undang, undang-undang itu
akan bersepadan dengan persepsi yang umum, akan tetapi jika negara itu
dibahagikan kepada negeri-negeri yang berasingan, peraturan yang berbeza-
berbeza akan terjadi. Ciri-ciri kerakyatan antara Malayan Union dan
Perssekutuan Tanah Melayu amat berbeza.
Hal ini kerana MU, kewarganegaraan yang sama rata yang
menjadi asas kerakyatan Malayan Union, juga tidak mementingkan
kepentingan raja malah demi kepentingan pentadbiran Malayan Union itu
sendiri. Persekutuan Tanah Melayu pula lebih mengutaman kepentingan
rakyat Tanah Melayu terutama Orang Melayu pribumi, malah syarat PTM
diperketatkan lagi berbanding Malayan Union. Antara perbezaan ciri-ciri
kerakyatan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu:

Prinsip Malayan Union Persekutuan tanah


melayu

1. Secara kuatkuasa - Jus soli bagi mereka -jus soli hanya terbuka
undang-undang yang dilahirkan di kepada rakyat Raja
Malayan Union, dan rakyat British.
singapura dan tanah -pemohon lahir diluar

jajahan British negeri tetapi bapanya


adalah rakyat Raja
dan British
2. Sacara permohonan -pemohon yang lebih -pemohon yang
tinggal selama 5 berusia 21 tahun,
daripada 7 tahun dari tiada rekod jenayah
tarikh pemohon serta bersetuju taat
-anak angkat pemohon setia kepada PTM.
yang telah menjadi -mereka yg berusia 21
rakyat Malayan Union tahun dan menetap di
TM 8-12 tahun serta
bole bertutur dalam
bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris.
Agak longgar Diperketatkan
4.1 Perbezaan secara kuat kuasa undang-undang.

Perbezaan secara kuat kuasa undang-undang antara Malayan


Union dan Persekutuan Tanah Melayu seperti Malayan Union dimana Jus
Soli bagi mereka yang dilahirkan di Malayan Union, Singapura dan Tanah
Jajahan British yang lain layak mendapat kerakyatan Malayan Union ketika
itu, namun berbeza dengan Persekutuan Tanah Melayu(PTM) seperti Jus Soli
hanya terbuka kepada rakyat Raja dan rakyat British dan pemohon lahir di
luar negeri tetapi bapanya rakyat British dan rakyat Raja layak mendapat
kerakyatan PTM. Ini dapat dilihat bahawa kedua-dua pentadbiran berbeza
dari segi kerakyatan secara kuat kuasa undang-undang kerana MU
sepertinya agak mudah untuk mendapatkan kerakyatan dan PTM pula agar
sukar kerana lebih mengutamakan pihak pribumi.
4.2 Perbezaan secara permohonan.

Permohonan adalah suatu surat permohonan yang didalamnya berisi tuntutan hak

perdata oleh suatu pihak yang berkepentingan terhadap suatu hal. Bagi mendapatkan kerakyatan

Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu perlulah mengikut prosedur-prosedur seperti

melalui pemohonan. Semasa pentadbiran Malayan Union kerakyatan secara permohonan perlulah

dimana pemohon yang telah tinggal selama 5 daripada 7 tahun dari tarikh pemohonan dan anak

angkat pemohon yang telah menjadi rakyat Malayan Union layak menjadi rakyat Malayan Union.

Kerakyatan secara pemohonan Persekutuan Tanah Melayu pula iaitu, pemohon

yang berusia lingkungan 21 tahun, tiada sebarang rekod jenayah serta bersetuju mengikuti dan taat

setia kepada Persekutuan Tanah Melayu, serta pemohon yang berusia 21 tahun juga yang telah

lama menetap di Tanah Melayu 8-12 tahun dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa

Inggeris layak mendapat kerakyatan PTM.


5.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, Malayan Union telah diperkenalkan pada


tahun 1946 diikuti oleh Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.
Perbezaan kedua-dua ini hanya dua tahun, hal ini kerana malayan Union
telah mendapat pelbagai tentangan samada tentangan secara individu,
melalui akhbar, demokrasi, dan pelbagai kogres telah dibentuk bagi
menentang pembentukan Malayan Union. Kenapa Malayan Union ditentang?
Kerana MU akan memberi kesan terhadap Raja-raja Melayu kerana akan
kehilangan takhta dan kedaulatan jika Malayan Union diteruskan, selain itu,
tamadun Melayu akan terhakis, dan kerakyatan yang terlalu liberal yang
menyebabkan Malayan Union tidak mendapat persutujuan daripada raja-raja
Melayu. Penentangan ini telah membawa tertubuhnya UMNO dan Penubuhan
Persekutuan Tanah Melayu bagi menentang Malayan Union.

Persekutuan Tanah Melayu amat dipersetujui oleh ramai


penduduk kerana lebih mengutamakan Raja-raja Melayu serta penduduk
pribumi, yang menyebabkan Persekutuan Tanah Melayu ini masi diguna pakai
sehingga kini kerana amat sesuai di Tanah Melayu mahupun Malaysia masa
kini. Perbezaan kerakyatan antara Malayan Union dan Persekutuan Tanah
Melayu amat ketara, samada dari segi kepentingan dan persetujuan. Ini dapat
dilihat bahawa Kerakyatan Persekutuan tanah Melayu lebih baik daripada
kerakyatan Malayan Union ketika itu.
6.0 LAMPIRAN
7.0 RUJUKAN

You might also like