You are on page 1of 2

FAKTOR-FAKTOR PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan secara rasmi
setelah Raja-raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Penubuhannya didorong oleh beberapa faktor seperti penentangan orang Melayu terhadap
Malayan Union, cadangan Raja-raja Melayu dan UMNO dan sokongan pentadbir British.
Faktor penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union berlaku apabila orang
Melayu, Raja-raja Melayu, cendekiawan Melayu dan UMNO telah berganding bahu membantah
pelaksanaan Malayan Union. Hal ini disebabkan oleh Malayan Union memberikan kesan negatif
kepada orang Melayu dan Raja-raja Melayu. Dalam pada itu, bantahan orang Melayu terhadap
Malayan Union ini telah disaksikan oleh Gammans dan Rees Williams. Mereka tutut
melaporkan hasil tinjauan bahawa keadaan huru-hara akan berlaku di Tanah Melayu jika
Malayan Union diteruskan kepada Dewan Parlimen British selepas kembali ke England. Oleh
kerana pelbagaio penentangan dan bantahan dilakukan, persediaan untuk menggubal
Persekutuan Tanah Melayu telah dijalankan melalui rundingan Raja-raja Melayu. UMNO dan
British.
Faktor seterusnya ialah cadangan Raja-raja Melayu dan UMNO apabila mereka teah
mengadakan pertemuan dan perundungan dengan Malcolm Macdonald, Gabenor Jeneral dan
Sir Edward Gent iaitu Gabenor Malayan Union di Kuala Kangsar pada 27 Mei 1946 bagi
mengatasi konflik masyarakat dengan kerajaan British berhubung dengan isu Malayan Union.
Perkara-perkara yang dicadangkan oleh Raja-raja Melayu ialah penubuhan persekutuan
bertaraf naungan dan bukannya, perjanjian baharu untuk menggantikan Malayan Union,
jawatankuasa Pesuruhjaya Tinggi menggantikan Gabenor, raja berkuasa dalam perundangan
dan perkataan “Negeri-negeri Melayu” perlu muncul dalam persekutuan yang baharu.Lantaran
itu, Sultan Perak sebagai jurucakap Raja-raja Melayu menjelaskan kepada Sir Edward Gent
agar mendesak British menerima usul pembentukan persekutuan sebelum membincangkan
perkara lain.
Selanjutnya, pentadbir British telah menyokong konsep perubahan kerana dapat
mewujudkan keamanan, kestabilan dan kemajuan ekonomi. Hal ini kerana terdapat pegawai
British mendorong British membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Antaranya termasuklah Sir
Edward Gent, Malcolm MacDonald, Sir Ralph Hone, Gammans, A.T Newboult, Roland Braddell,
W. Lineham dan Theodore Adams. Tambahan pulaa Sir Ralph Hone mencadangkan agar
British melibatkan Raja-raja Melayu dalam pentadbiran berasaskan perlembagaan. Sebagai
tamsilnya, memberikan kuasa kepada sultan dalam Majlis Negeri dan Majlis Perundangan.
Pada bulan Mei 1946, Sir Edward Gent telah bertemu dengan wakil UMNO di Pulau Pinang.
Seterusnya, pada 18 Julai 1946, di King’s House, Kuala Lumpur, British memberikan peluang
kepada Dato’ Onn Jaafar dan Raja-raja Melayu mengemukakan cadangan balas. Menurut
pentadbir British, pembentukan Persekutuan dapat mewujudkan politik yang stabil. Keadaan ini
akan mendorong pelabur luar untuk melabur di negara ini. Pada masa yang sama, British perlu
melaksanakan dasar dekolonisasi yang disarankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) melalui Piagam Atlantik.
CIRI-CIRI UTAMA PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Jawatankuasa Kerja mengambil masa lima bulan untuk menyelesaikan kerja merangka
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Pada 20 November 1946, rangka Perjanjian
Persekutuan tersebut dibentangkan dalam persidangan yang dihadiri oleh Raja-raja Melayu,
wakil British dan UMNO. Ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, antaranya
termasuklah pentadbiran, kuasa Raja-raja Melayu, perundangan dan kewarganegaraan
Persekutuan Tanah Melayu.
Bagi urusan pentadbiran, persekutuan dibentuk menerusi gabungan sembilan buah
negeri Melayu dan dua buah Negeri-negeri Selat. Singapura kekal sebagai tanah .iajahan
British yang berasingan. Kerajaan Persekutuan diketuai oleh seorang Pesuruhjava Tinggi
British yang mempunyai kuasa eksekutif. Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab dalam hal
kewangan serta hal lain yang mempunyai kepentingan bersama. Majlis Mesyuarat Persekutuan
dan Majlis Perundangan Persekutuan juga ditubuhkan bagi membantu Pesuruhjaya Tinggi
British. Majlis Mesyuarat Persekutuan mengandungi ahli rasmi dan ahli tidak rasmi yng dilantik
pada peringkat permulaan oleh Pesuhjaya Tinggi British dan seterusnya ahli majlis
Perundangan Persekutuan terdiri daripada pelbagai kaum.
Selain itu, kuasa Raja-raja Melayu diperkukuhkan apabila sebuah Majlis Raja-raja
dibentuk untuk membolehkan Raja-raja Melayu memberikan pandangan daam perkara yang
tertentu. Di peringkat negeri pula, sultan bertanggungjawab mengesahkan rang undang-undang
yang diluluskan dalam Dewan Perundangan Negeri.
Di samping itu, bagi urusan perundangan pula Majlis Perundangan Persekutuan diketuai
oleh Pesuruhjaya Tinggi. Bidang kuasa Majlis Perundangan Persekutuan mencakupi hal ehwal
luar, ketenteraman awam, kehakiman, perdagangan, komunikasi dan percukaian serta Rang
undang-undang perlu mendapat perkenan Raja-raja Melayu melalui Majlis Raja-raja.
Selanjutnya, kewarganegaraan terbahagi kepada dua iaitu secara kuat kuasa undang-
undang dan kewarganegaraan secara pendaftaran. Pertama, kewarganegaraan secara kuat
kuasa undang-undang ialah apabila jus soli hanya terbuka kepada rakyat Raja iaitu orang
Melayu dan Orang Asli yang lahir dan tinggal di negeri Melayu yang mempunyai sultan dan
rakyat British iaitu mereka yang lahir di Melaka, Pulau Pinang dan mana-mana tanah jajahan
British yang lain. Tambahan pula, penduduk yang lahir di di luar negeri ayahnya mestilah rakyat
raja dan rakyat British dan seterusnya penduduk asal dari negeri Melayu yang lahir sebelum,
semasa atau selepas tarikh Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ataupun rakyat Raja dan
mereka yang telah serasi, memahami adat resam dan bertutur bahasa setempat (naturalised)
boleh memohon melalui mana-mana undang-undang yang dikuatkuasakan.
Kewarganegaaran secara pendaftaran pula bagi mereka yang dilahirkan dalam
Persekutuan Tanah Melayu dan bermastautin selama 15 tahun daripada tempoh 20 tahun dari
hari permohonannya. Mereka juga mestilah mempunyai tingkah laku yang baik, tiada rekod
jenayah, menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta bersetuju taat setia kepada
Persekutuan Tanah Melayu.

You might also like