You are on page 1of 6

NOTA SEJARAH 2 STPM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

1948
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

Persekutuan Tanah Melayu merupakan sebuah persekutuan 11


negeri di Tanah Melayu. Ia dibentuk pada31 Januari 1948 oleh
sembilan Negeri-Negeri Melayu dan dua penempatan British Pulau
Pinang danMelaka.
Perjanjian Persekutuan
Perjanjian Persekutuan telah digubal oleh Sidang Pleno Inggeris-
Melayu sejak antara Jun-Disember 1946. Di akhir mesyuaratnya
Sidang Pleno telah menghasilkan apa yang dikenali sebagai Blue
Book setebal 100 muka surat.[1]
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada
21 Januari 1948 di King House dan diumumkan oleh kerajaan
British . Perjanjian ini ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu, dan
Sir Edward Gent, sebagai wakil Kerajaan British . Perjanjian ini
adalah sebagai persediaan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah
Melayu pada 1 Februari 1948. Perjanjian ini penting kerana ia
memansuhkan Malayan Union dan menyatukan negeri-negeri
Melayu dalam sebuah Persekutuan untuk pertama kali. Kedudukan
Raja-Raja Melayu juga telah dikembalikan.
Antara 1946 - 1948, 11 negeri ini membentuk tanah jajahan British
yang dipanggil Malayan Union. Disebabkan bantahan
orang Melayu yang dipimpin oleh Dato Onn Jaafar, Malayan
Union dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah
Melayu, yang mengembalikan kedudukan simbolik raja-raja
Melayu. Malayan Union dibubarkan secara rasmi pada 21 Januari
1948.[2]
Dalam Perjanjian Persekutuan ini, walaupun negeri-negeri Melayu
menjadi negeri naungan British, Pulau Pinang dan Melaka kekal
menjadi tanah jajahan. Seperti Malayan Union, persekutuan ini
tidak dianggotaiSingapura, yang sebelum ini dianggap sebagai
sebahagian dari Malaya.
Persekutuan Tanah Melayu ini mendapat kemerdekaan
daripada Negara-negara Komanwel British pada 31 Ogos 1957.
[3]
Pada 1963, Persekutuan tanah Melayu bersama-sama
dengan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (yang dinamakan
semula sebagai Sabah) membentuk sebuah persekutuan baru
bernama Malaysia. Singapura kemudiannya dikeluarkan dari
Malaysia dan membentuk sebuah republik sendiri pada 9
Ogos1965.
Ahli persekutuan
 Perlis
 Kedah
 Pulau Pinang
 Perak
 Selangor
 Negeri Sembilan
 Melaka
 Johor
 Pahang
 Terengganu
 Kelantan
Sistem kerajaan
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ini diketuai oleh Pesuruhjaya
Tinggi British yang mempunyai kuasa-kuasa eksekutif dengan
dibantu dan dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan
Tanah Melayudan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah
Melayu.
 Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan mengandungi 7 orang
ahli rasmi dan 7 orang ahli tidak rasmi.
 Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan pula mengandungi
Pesuruhjaya Tinggi sebagai Presiden Majlis, 14 orang ahli rasmi
serta 50 orang ahli tidak rasmi yang mewakili Negeri-negeri Selat,
golongan peniaga dan semua kaum. Selain daripada itu 9 orang
Yang Di Pertua Majlis Mesyuarat Negeri, (Menteri Besar) dan 2
orang wakil dari Negeri-negeri Selat menjadi ahli tidak rasmi.
 Majlis Raja-Raja Melayu akan menasihatkan Pesuruhjaya
Tinggi mengenai dasar imigresen.Residen British digantikan
dengan seorang Menteri Besar di tiap-tiap negeri dalam
Persekutuan.
Syarat kerakyatan
Syarat-syarat Kerakyatan di bawah Persekutuan Tanah Melayu ini
diperketatkan lagi melalui kuatkuasa undang-undang dan
naturalisasi secara memohon. Dengan kuatkuasa undang-undang
mereka yang berikut secara otomatis boleh menjadi warganegara;
1. Rakyat kepada Sultan pada mana-mana negeri.
2. Rakyat British yang dilahirkan di Pulau Pinang atau Melaka
dan telah tinggal dalam Persekutuan selama 15 tahun terus-
mencrus.
3. Rakyat British yang dilahirkan di Persekutuan dan bapanya
dilahirkan di Persekutuan atau tinggal selama 15 tahun terus-
menerus.
4. Sesiapa juga yang dilahirkan di Persekutuan dan bertutur
dalam bahasa Melayu serta mengikut adat istiadat Melayu dalam
kehidupan sehari-hari.
5. Sesiapa juga yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu di
mana kedua ibubapanya dilahirkan serta telah tinggal selama 15
tahun berterusan.
Melalui proses naturalisasi (secara memohon) pula seseorang itu
boleh menjadi warganegara sekiranya;
1. dilahirkan di Persekutuan dan telah tinggal sekurang-
kurangnya selama 8 tahun daripada 12 tahun di Persekutuan
Tanah Melayu sebelum permohonan dibuat dan
2. Telah tinggal di Persekutuan selama 15 tahun daripada 20
tahun sebelum ia membuat permohonan.
Dalam kedua-dua perkara itu (melalui proses naturalisasi)
pemohon- pemohon mestilah berkelakuan baik, bersumpah taat-
setia dan menjelaskan tujuannya hendak menetap di Persekutuan,
dan mengetahui bahasa Melayu dengan baik atau bahasa Inggeris
dengan baik.
Persekutuan Tanah Melayu melalui perlembagaannya menjamin
hak-hak dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu serta hak,
kuasa dan kedaulatan Raja-Raja Melayu di negeri masing-masing.[4]
Pembahagian kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
Perjanjian Persekutuan menetapkan kuasa-kuasa Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Hal ehwal kewangan mestilah
dikendalikan oleh negeri masing-masing. DYMM Sultan diberikan
kuasa penuh ke atas hal-hal agama dan adat istiadat Melayu.
Masalah luar negeri dan pertahanan pula masih dipegang oleh
Kerajaan British. Perjanjian Persekutuan telah dijadikan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan diisytiharkan
dengan rasminya pada 1 Februari 1948.[5]
Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu
Dewan Perundangan Persekutuan Tanah Melayu mengadakan
persidangan pertama di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala
Lumpur pada 1948. Ia dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi
British Sir Edward Gent. Turut hadir ialah Menteri Negara bagi
Hal Ehwal Tanah Jajahan, Lord Listowel. Dewan Perundangan
Persekutuan itu adalah termaktub dalam Bahagian
Empat, Perlembagaan Persekutuan 1948. Ahli majlis mestilah
terdiri daripada :
1. Pesuruhjaya Inggeris sebagai Presiden
2. 3 orang Ex-Officio iaitu Ketua Setiausaha, Setiausaha
Kewangan dan Peguam Negara
3. 11 orang ahli rasmi
4. 34 orang ahli tidak rasmi.
Semua ahli majlis itu kecuali ahli Ex-Officio mestilah
warganegara Persekutuan Tanah Melayu ataupun rakyat British.
Dalam tahun 1948 terdapat :
1. 28 orang wakil Melayu termasuk semua Menteri Besar
2. 14 orang wakil Cina
3. 6 orang wakil India
4. 14 ahli bangsa Eropah yang menjadi ahli rasmi.

 Setiausaha Negara A.T. Newboult ialah orang yang pertama


berucap
 Dato' Onn Jaafar selaku wakil orang-orang Melayu
 Dr. Ong Chong Keng selaku wakil orang-orang Cina
 S.B. Palma wakil orang-orang India
 Lord Listowel selaku wakil Raja Inggeris
 Presiden Sir Edward Gent.
Dato' Onn Jaafar menegaskan bahawa rakyat Persekutuan Tanah
Melayu tidak ingin melihat campurtangan dan kuasa luar dalam
hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu. Wakil orang-orang Cina
pula menjelaskan bahawa orang-orang Cina akan taat setia kepada
Persekutuan Tanah Melayu. Dalam Persidangan Dewan
Perundangan Persekutuan yang pertama ini beberapa
Jawatankuasa kecil telah dibentuk iaitu :
 'Standing Committee On Finance'
 Jawatankuasa Pemilihan
 Jawatankuasa Keistimewaan.
Persidangan pertama itu telah meluluskan Rang Undang-Undang
Perbandaran Kuala Lumpur, Rang Undang-Undang Pemindahan
Kuasa dan Rang Undang-Undang Peminjaman dan Hutang. Dalam
persidangan itu, wakil-wakil tidak rasmi yang baru telah
menunjukkan kebolehan yang baik dalam perbahasan di Dewan
tersebut. Dengan cara inilah pihak kerajaan Inggeris membimbing
warganegara Persekutuan Tanah Melayu untuk terus maju ke arah
berkerajaan sendiri dan mencapai kemerdekaan.[6]
Pendaftaran PKMM ditolak
Pada 1950, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menolak
pendaftaran Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) sebagai
sebuah parti politik yang sah. PKMM mempunyai dua sayap
iaitu Angkatan Pemuda Insafdan Angkatan Wanita Sedar. Asalnya
PKMM tidak condong kepada komunisme. Setelah Mokhtaruddin
Lasso dilantik sebagai presiden PKMM yang pertama pada bulan
Oktober 1946, parti ini dipengaruhi olehkomunis. Kesatuan Melayu
Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, dan Dr Burhanuddin
Helmi menjadi presiden PKMM yang kedua.Dr Burhanuddin
membawa PKMM ke arah pembentukan Melayu Raya iaitu
gabungan Indonesia dan Tanah Melayu. Pada Disember 1947, Ishak
Haji Mohamed menjadi presiden PKMM ke-3 dan PKMM beralih
dari komunisme kepada nasionalistik. PKMM cenderung anti-
UMNO dan anti penjajah.PKKM menubuhkan Pusat Tenaga
Rakyat atau singkatannya PUTERA iaitu gabungan Parti-parti
Politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-
Malaya Council of Joint Action atauAMCJA yang menentang
habis-habisan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan
Persekutuan Tanah Melayu. PKMM menuduh pegawai-pegawai
yangf dilantik dalam Persekutuan Tanah Melayu sebagai 'boneka',
menari mengikut rentak 'Pejabat Jajahan'. Bagi PKMM tidak ada
unsur "menyediakan Tanah Melayu sebagai kerajaan yang
demokratik". [7]

You might also like