You are on page 1of 5

CARTA GARIS MASA SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN DI MALAYSIA

MALAYAN UNION 1946

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

KEMERDEKAAN TANAH MELAYU 1957

PENUBUHAN MALAYSIA 1963

MALAYAN UNION 1946 Ciri-ciri :1. Semua negeri Melayu serta Pulau Pinang dan Melaka disatukan di bawah sebuah kerajaan pusat. Malayan Union ini akan diperintah oleh seorang Gabenor British dengan bantuan Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Perundangan 2. Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan di bawah kuasa seorang Gabenor British 3. Kedaulatan Raja-Raja Melayu dihapuskan. Sultan hanya berkuasa dan boleh bersuara dalam soal yang berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. 4. Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengambil kira bangsa dan keturunan. Bagi yang menetap di Tanah Melayu sebelum Malayan Union, boleh menjadi warganegara secara automatik jika berumur 18 tahun ke atas dan telah menetap selama sepuluh daripada lima belas tahun sebelum 15 Februari 1942. Pengenalan Malayan Union memberikan hak warganegara kepada sesiap sahaja yang lahir di Tanah Melayu. Ini juga dikenali sebagai Jus Soli.

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 Ciri-ciri :1. Sembilan negeri Melayu terlibat dalam Persekutuan beserta Pulau Pinang dan Melaka. Singapura kekal menjadi tanah jajahan yang berasingan. 2. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan. 3. Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan akan terdiri daripada tiga anggota ex-officio, empat orang anggota rasmi ( dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi ) dan sekurangkurangnya lima dan selebih-lebihnya tujuh orang anggota tidak rasmi ( dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi ).

4. Majlis Perundangan Persekutuan terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi, tiga orang anggota ex-officio, Sembilan orang Yang Dipertua Majlis- majlis Mesyuarat Negeri serta dua orang wakil Majlis Tempatan Melaka dan Pulau Pinang dan 10 orang anggota rasmi dan 50 ahli tidak rasmi ( kesemuanya dilantik Pesuruhjaya Tinggi ). 5. Sultan diberi semula hak dan kuasa memerintah tetapi nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Perundangan Negeri. 6. Syarat-syarat kewarganegaraan diperketat. Misalnya, seorang yang layak mendapatkan kewarganegaraan secara permohonan mestilah lahir di Tanah Melayu dan bermastautin di sana selama lapan taun daripada dua belas tahun sebelum permohonannya atau telah bermastautin di Tanah Melayu tidak kurang lima belas tahun daripada dua puluh tahun sebelum permohonannya. Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut ialah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan bahasa Melayu atau Inggeris yang baik. 7. Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum Bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dalam kerajaan Persekutuan dan Negeri.

KEMERDEKAAN TANAH MELAYU 1957 Ciri- ciri :1. Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu rombongan ke London untuk berunding dengan Kerajaan British bagi menuntut kemerdekaan Tanah Melayu 2. Hasil rundingan tersebut, wakil kerajaan British dan Sultan-sultan menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang mengisytiharkan Kemerdekaan Tanah Melayu. 3. Tanah Melayu menjadi sebuah Negara yang berdaulat 4. Mengamalkan konsep demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri yang pertama. 5. Upacara sambutannya telah diadakan di Stadium Merdeka dengan laungan merdeka sebanyak tujuh kali.

PENUBUHAN MALAYSIA 1963 Ciri ciri :1. Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan satu cadangan untuk membentuk sebuah persekutuan yang lebih luas merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei. 2. Cadangan tersebut dibantah oleh Filipina yang telah membuat tuntutan hak ke atas Sabah. Ia juga turut dibantah oleh Indonesia yang melihat sebagai satu langkah untuk menjajah Borneo oleh Sukarno dan Parti Komunis Indonesia. 3. Cadangan ini mempercepatkan penggubalan perlembagaan Sarawak, Sabah dan Brunei. 4. Tentangan berterusan daripada Filipina dan Indonesia telah menyebabkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ) menghantar satu misi ke Borneo yang turut menyatakan rata-rata pandangan awam menyokong penubuhan Malaysia. 5. Pada 16 September 1963, Malaysia secara rasminya dibentuk dan ia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Brunei pula menolok usul untuk menyertai Malaysia.

http://kulanzsalleh.com/sejarah-penggubalan-perlembagaan-malaysia/ http://www.scribd.com/PEMBENTUKAN-PERLEMBAGAAN/d/21750407 http://pgsragama08.blogspot.com/2009/11/sejarah-ringkas-penggubalan.html http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm01&spesifik_id=405&ttl_id=61

You might also like