You are on page 1of 9

Tugasan 1 (Tugasan Individu)

Dengan merujuk kepada dokumen Perlembagaan Rakyat dan Perlembagaan Pesekutuan Tanah

Melayu 1948, bandingkan persamaan dan perbezaan kedua-dua perlembagaan tersebut. (15m)

Pendahuluan

Perlembagaan merupakan suatu dokumen undang-undang ataupun peraturan yang digunapakai di

sesebuah negara. Perlembagaan umpama tulang belakang yang merangkumi sejarah, nilai dan

tradisi sesebuah negara. Malah dengan perlembagaan kita akan dapat melihat pembahagian

kuasa, hak-hak rakyat dan seumpamanya.1 Malaysia salah sebuah negara yang menggunakan

perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara. Perlembagaan Malaysia adalah hasil

daripada gubalan Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil raja Melayu, UMNO dan

British pada tahun 1946.2 Kemudian perlembagaan tersebut diisytiharkan pada 1 Februari 1948

sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Walaupun begitu, sebelum perlembagaan

tersebut diperkenalkan, Tanah Melayu sememangnya sudah mempunyai perlembagaan hasil

daripada gabungan kerjasama PUTERA-AMCJA yang dikenali sebagai Perlembagaan Rakyat

pada tahun 1947. Perlembagaan Rakyat merupakan manifestasi hasil daripada penolakan rakyat

kepada Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada tahun 1946. Akhirnya

perlembagaan tersebut tidak diterima pakai untuk membentuk sebuah negara yang merdeka

daripada British kerana didokongi oleh pejuang kemerdekaan yang tidak sehaluan dengan

British. Oleh itu, kita dapat lihat perbezaan dan persamaa yang ada di dalam kedua perlembagaan

tersebut seperti daripada aspek, kuasa raja, kerakyatan, bahasa, lambang negara.

Kuasa Raja
1
Zainal Abidin bin Abd Wahid, Sejarah malaysia sepintas lalu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Percetakan
Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, 1983, hlm. 24
2
Mardiana Nordin, Hasnah Hussiin, Pengajian malaysia, Oxford Fajar Sdn. Bhd: Selangor Darul Ehsan, 2011, hlm.
24
Asas Perlembagaan Rakyat menegaskan prinsip Raja Berpelembagaan akan terus dijunjung.

Kedaulatan Raja-raja Melayu dikekalkan tetapi dibawah pelaksanaan Raja Berpelembagaan dan

Raja-raja Melayu akan menerima nasihat rakyat menerusi badan demokrasi.3 Melalui prinsip

demokrasi tersebut, wujudnya kebebasan bersuara, media massa yang bebas dan berkecuali,

pilihan raya diadakan secara konsisten, bebas dan adil, ada kebebasan berorganisasi dan

berpersatuan, pemerintahan berasaskan majoriti, hak golongan minoriti dihormati dan akhir

sekali wujud badan kehakiman yang sentiasa bebas dan berkecuali. Melalui sistem Raja

Berpelembagaan, sultan mempunyai hak untuk mengambil tahu hal-hal berkaitan dengan

pembuatan undang-undang.4

Manakala di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948, kita dapat lihat

dimana kuasa-kuasa raja tidak lagi berkuasa seperti sebelum kedatangan British. Selepas British

menguasai Tanah Melayu raja-raja telah kehilangan kuasa mereka. Meskipun bukan atas

kehendak raja-raja tetapi atas dasar paksaan British, mereka tidak punya pilihan yang lain

melainkan bersetuju dengan British jika mereka menginginkan kemerdekaan Tanah Melayu pada

ketika itu.5 Selain itu, kita boleh lihat juga dimana kuasa raja-raja hanya berfungsi dalam urusan

agama dan adat istiadat orang Melayu sahaja. Jika melibatkan urusan pentadbiran raja-raja

seolah olah tidak mempunyai kuasa dan semuanya diuruskan oleh kerajaan Bristih. Raja pada

ketika itu umpama boneka permainan kerajaan British. Mereka memberi sedikit kuasa kepada

raja-raja pada ketika itu dalam urusan agama dan adat istiadat supaya ianya tidak terlalu ketara

3
Zainal Abidin bin Abd Wahid, Sejarah malaysia sepintas lalu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Percetakan
Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, 1983, hlm. 46
4
Nazri Muslim, 2014, Institusi raja-raja melayu: peranannya dalam memelihara kedudukan islam dari sudut
perlembagaan, Dicapai daripada http://journalarticle.ukm.my/7761/1/Institusi_raja-raja_melayu_perananan...pdf
5
Ishak Saat, Caturan Politik Pelbagai Kaum di Tanah Melayu 1946-1957, Jebat: Malaysian Journal of History,
Politicis dan Strategic Studies 37, 2010, hlm, 68
penampakkan yang mereka ingin menguasai kuasa Tanah Melayu secara keseluruhan.6

Kerakyatan

Kerakyatan merupakan suatu isu yang penting di dalam kedua-dua perlembagaan sama ada

Perlembagaan Rakyat mahupun Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Perbezaan aliran

antara UMNO dan PUTERA-AMCJA menjadikan terma kerakyatan dalam kedua perlembagaan

tersebut berbeza tafsiran dan pelaksanaan.

Perkara penting yang terkandung dalam Perlembagaan Rakyat 1947 ialah kesediaan

PUTERA-AMCJA yang bertolak ansur dalam pemberian kerakyatan dan menerima pakai istilah

Melayu untuk semua kaum di Tanah Melayu tidak kira untuk kaum Melayu, India atau Cina.

Syarat kerakyatan Perlembagaan Rakyat 1947 adalah lebih longgar. PUTERA-AMCJA turut

menekankan konsep Melayu Raya dan Kerakyatan Melayu.7 Walaupun pada seketika waktu,

orang Melayu masih tidak boleh menerima cadangan kerjasama dan perkongsian politik bersama

orang asing di Tanah Melayu seperti yang dikemukakan oleh PUTERA-AMCJA. Bagi orang

Melayu, keseluruhan Tanah Melayu adalah hak orang Melayu. Walaubagaimanapun, cadangan

ini diterima baik oleh golongan imigran serta golongan radikal, tetapi ianya sukar dipraktikkan

pada waktu itu. Oleh hal yang demikian, Raja-raja Melayu serta golongan elit Melayu tidak

boleh menerima prinsip Perlembagaan Rakyat berkaitan kerakyatan orang asing. Langkah ini

diambil bagi tujuan mempercepatkan proses kemerdekaan Tanah Melayu. Disebabkan oleh

golongan berhaluan kiri seperti PUTERA-AMCJA tidak disukai oleh British maka cadangan ini

ditolak oleh penjajah.

6
Fauziah Shaffie, Sejarah malaysia, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Selangor, 2000, hlm. 31
7
AMCJA-PUTERA, The People’s Constitution For Malaya, Kuala Lumpur, 1947, hlm 35
Bagi Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 pula, masyarakat yang inginkan

kerakyatan untuk menetap di Tanah Melayu mereka hendaklah melalui beberapa proses.8 Dengan

adanya Perlembagaan Rakyat, syarat untuk mendapat kerakyatan adalah lebih ketat jika

dibandingkan dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Hal ini kerana, dalam

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, orang Melayu secara automatik menjadi warganegara

namun jika orang bukan Melayu mereka perlulah melalui proses undang-undang dan

permohonan terlebih dahulu. Oleh itu, bagi proses perundangan orang bukan Melayu ialah

mereka yang lahir di Tanah Melayu dan ibu bapa mereka juga lahir di Tanah Melayu atau telah

bermastautin selama 15 tahun maka mereka layak untuk mendapatkan kewarganegaraan.

Manakala untuk proses permohonan pula orang bukan Melayu yang ingin memohon kerakyatan

ini hendaklah lahir di Tanah Melayu dan bermastautin selama 8 hingga ke 12 tahun. Selain itu,

mereka juga hendaklah bersumpah taat setia kepada negara dan juga berkelakuan baik sepanjang

berada di Tanah Melayu. Kemudian mereka juga hendaklah mempunyai untuk terus

bermastautin di Tanah Melayu dan mereka harus mengetahui penggunaan Bahasa Melayu dan

juga Bahasa Inggeris. Berbanding dengan proses undang- undang tadi proses pernohonan ini

lebih ketat dan rumit kerana ianya boleh diterima dan ditolak.

Bahasa

Bahasa merupakan suatu pekara yang penting dalam pembangunan jati diri sesebuah masyarakat

dan menjadi identiti sesebuah negara serta Malaysia menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa

rasmi negara.9 Bahasa digunakan oleh dua pihak, iaitu penutur dan pendengar untuk melancarkan

proses komunikasi. Daripada aspek ini, Perlembagaan Rakyat dan Perlembagaan Persekutuan
8
Ramlah Adam, Pembentukan Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu 1946-1956 dan Kesannya kepada
Kedudukan Politik Orang Melayu, Malaysia Dari Segi Sejarah, 1993, hlm. 45
9
Mardiana Nordin, Hasnah Hussiin, Pengajian malaysia, Oxford Fajar Sdn. Bhd: Selangor Darul Ehsan, 2011, hlm.
46
Tanah Melayu 1948 sama dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Tindakan yang dilakukan oleh PUTERA-AMCJA mencadangkan bahasa Melayu dijadikan

sebagai bahasa rasmi amat tepat kerana pada ketika itu penduduk Tanah Melayu sudah berbilang

kaum dengan kemasukan imigran Cina dan imigran India. Bahasa yang digunakan mestilah tidak

melebihi daripada satu bahasa yang difahami oleh kedua-duan belah pihak bagi memastikan

proses komunikasi dapat berjalan denagn mudah dan lancar. Oleh itu cadangan ini adalah relevan

dengan keadaan penduduk Tanah Melayu pada ketika itu bagi menjamin kesepaduan penduduk

dalam proses mencapai kemerdekaan.

Manakala, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 turut menggunakan Bahasa

Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu yang digunakan ini pernah menjadi lingua

franca di Tanah Melayu dan Asia Tenggara pada satu masa dahulu. 10 Bahasa Melayu telah

digunakan dengan begitu meluas di kebanyakan negeri-negeri Melayu terutama bekas Negeri-

Negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Kedah, perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor. Selain itu,

Bahasa Melayu digunakan dengan meluas untuk tujuan rasmi contonhnya dalam majlis-majlis

mesyuarat, surat-menyuarat, surat menyurat dan penyediaan minit termasuk perjanjian yang

ditandatangani antara sultan dengan Inggeris.11 Bukan itu sahaja, di bawah Perlembagaan

Malayan Union 1946, bahasa rasmi untuk Majlis Mesyuarat Sultan-Sultan yang kini disebut

sebagai Majlis Raja-Raja adalah bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Demikianlah halnya dengan bahasa rasmi bagi Majlis, Mesyuarat Kerja Kerajaan Negeri

dan Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan Selat. Tetapi untuk bahasa rasmi dalam majlis Mesyuarat

10
Hanis Izrin Mohd Hassan, Siti Mhani Angterian, Mohd Sharifudin Yusop, 2017, Kegemilangan bahasa melayu
sebagai lingua fanca. Dicapai daripada http://journal.kuim.edu.my/index.php/JK/article/download/124/111
11
Fauziah Shaffie, Sejarah malaysia, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Selangor, 2000, hlm 27.
Malayan Union adalah dalam bahasa Inggeris dan disebabkan itulah penubuhan Malayan Union

telah ditentang kerana ianya mengenepikan Bahasa Melayu. Oleh itu, perjanjian Persekutuan

Tanah Melayu 1948 yang telah menggantikan Malayan Union meletakkan semula Bahasa

Melayu sebagai bahasa rasmi dalam majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan Persekutuan namun apa-

apa yang perlu dicatat atau ditukar ke dalam bentuk penulisan perlu dilahirkan dalam bahasa

Inggeris. Disebabkan itu, dapat dikesan bahawa penggunaan bahasa Melayu sesudah era Perang

Dunia Kedua telah mula kelihatan terhakis sedikit demi sedikit dari segi tugas dan peranannya.

Lambang Negara

Semasa pengistiharan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948, lambang ataupun bendera

tidak diberikan perhatian sehingga tiada diperuntukan di dalam perlembagaan tersebut. Manakala

di dalam Perlembagaan Rakyat, PUTERA-AMCJA menyatakan bendera yang terkandung di

dalam Perlembagaan Rakyat mempunyai warna-warna kebangsaan Melayu. Bendera ini

dinamakan sebagai Bendera Rakyat. Bendera ini dikibarkan secara rasmi di seluruh Tanah

Melayu pada 10 Disember 1947. Menurut akhbar Utusan Melayu, hampir kesemua bandar-

bandar dan pekan-pekan di Tanah Melayu mengadakan istiadat menaikkan bendera tersebut.

Antaranya ialah di Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Sungai Siput, Alor Setar dan Singapura.

Bendera Rakyat tersebut mempunyai makna yang tersendiri dan dijelaskan oleh Setiausaha

Agung PUTERA. Bendera tersebut ialah cogan persatuan rakyat yang berjiwa maju progresif. 12

Warna merah putih dipilih kerana mempunyai riwayat bagi penduduk-penduduk di Tanah

Melayu dan telah dipilih dengan persetujuan PUTERA dan AMCJA kerana ia merupakan warna

bendera kebangsaan Melayu di zaman Kerajaan Majapahit di zaman Kerajaan Majapahit semasa

abad yang keempat belas dahulu.


12
AMCJA-PUTERA, The People’s Constitution For Malaya, Kuala Lumpur, 1947, hlm 35
Gambar 1: Bendera Perlembagaan Rakyat 1947

Simbol-simbol yang ada pada Bendera Rakyat membawa maksud tertentu. 12 biji bintang

melambangkan 12 negeri yang bergabung di Malaya. Sembilan negeri Melayu iaitu Perak,

Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Perlis, Kelantan, Kedah, dan Johor.13 Manakala

tiga negeri selat ialah Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. 12 bintang diwarnakan dengan

warna kuning melambangkan keadilan dan kedudukan rakyat, Perlembagaan Rakyat diiktiraf dan

membayangkan semua negeri dalam keadaan aman dan makmur. Bintang berbucu lima

membawa maksud ketuhanan, kedaulatan rakyat, keadilan sosial, kebajikan, dan kebangsaan.

Warna merah bermaksud keberanian dan kuasa kemahuan rakyat untuk menentang semua

rintangan supaya tercipta keadilan dan demokrasi di Malaya. Warna putih bermaksud perjuangan

yang didasarkan kepada kejujuran dan kesucian untuk mencapai kebebasan yang teratur dan

tidak berdasarkan kepada haloba dan tamak, tetapi hanya dengan membawa cita-cita yang satu

iaitu pemerintahan sendiri yang berdasarkan kepada kedaulatan rakyat.14

Penutup

Secara kesimpulan, melalui kedua-dua perlembagaan ini iaitu Perlembagaan Rakyat 1947 dan

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 ini kita dapat lihat dimana kedua-duanya

13
AMCJA-PUTERA, The People’s Constitution For Malaya, Kuala Lumpur, 1947, hlm 57
14
Ibid
terdapat kelebihan dan kekurangan masing masing berdasarkan ciri-ciri yang telah dinyatakan.

Ternyata selepas Perlembagaan Rakyat 1947 telah ditolak atas sebab-sebab yang tertentu dan

ternyata juga semangat bertolak ansur semasa pembentukan Perlembagaan Persekutuan telah

membuahkan hasil yang memuaskan.

Bibliografi

AMCJA-PUTERA. 1947. The People’s Constitution For Malaya. Kuala Lumpur.

Fauziah Shaffie. 2000. Sejarah malaysia. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Selangor.

Hanis Izrin Mohd Hassan. 2017. Siti Mhani Angterian. Mohd Sharifudin Yusop. Kegemilangan
bahasa melayu sebagai lingua fanca. Dicapai daripada
http://journal.kuim.edu.my/index.php/JK/article/download/124/111

Ishak Saat. 2010. Caturan Politik Pelbagai Kaum di Tanah Melayu 1946-1957. Jebat: Malaysian
Journal of History. Politicis dan Strategic Studies 37.

Mardiana Nordin. 2011. Hasnah Hussiin. Pengajian malaysia. Oxford Fajar Sdn. Bhd: Selangor
Darul Ehsan.

Nazri Muslim. 2014. Institusi raja-raja melayu: peranannya dalam memelihara kedudukan
islam
dari sudut perlembagaan. Dicapai daripada
http://journalarticle.ukm.my/7761/1/Institusi_raja-raja_melayu_perananan...pdf

Ramlah Adam. 1993. Pembentukan Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu 1946-1956 dan
Kesannya kepada Kedudukan Politik Orang Melayu. Malaysia Dari Segi Sejarah.

Zainal Abidin bin Abd Wahid. 1983. Sejarah malaysia sepintas lalu. Universiti Kebangsaan
Malaysia. Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

You might also like