You are on page 1of 2

PUTERI INTAN NATASHA BINTI AB AZIZ/BA20110231

Indegenious atau pribumi merujuk kepada pengertian etnik manusia berdasarkan tempat
yang tidak berhijrah dari tanah airnya dan bukannya penduduk yang menetap atau penjajah.
Elemen warisan boleh dikatakan elemen yang telah lama wujud malah sebelum hadirnya
Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Selain itu, elemen ini adalah fungsi penting dan
memberi kebaikan dalam sejarah dan dalam proses pembentukan negara. Selepas
kemerdekaan elemen warisan ini dipandang tinggi dan dimaktubkan dalam Perlembagaan
Persekutuan. Elemen warisan mempunyai empat paksi utama yang membentuk
Perlembagaan Persekutuan iaitu Agama Islam sebagai Agama Persekutuan, Hak dan
kedudukan Istimewa Orang Melayu, Kedaulatan Raja-raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Rasmi.

Empat perkara tersebut telah dirangkumkan dalam sebuah perjanjian lisan yang
dikenali sebagai kontrak sosial. Kontrak Sosial merujuk kepada satu permuafakatan antara
kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan dalam kalangan rakyat dan
pemimpin yang terdir daripada kaum Melayu, Cina dan India. Istilah kontrak sosial ini tidak
ditulis dalam Perlembagaan Persekutuan 1957. Tetapi untuk mudah memahami kontrak sosial
adalah satu istilah yang mewakili kesediaan orang Melayu untuk memberi kewarganegaraan
kepada orang bukan Melayu dengan bayaran keempat-empat perkara tersebut.

Kewujudan kontrak sosial bermula daripada penentangan orang Melayu terhadap


Malayan Onion pada tahun 1946. Hal ini demikian kerana, dasar Malayan Union yang boleh
mengancam kedudukan orang Melayu dari aspek politik dan ekonomi di Tanah Melayu. Beralih
pula kepada Persekutuan Tanah Melayu 1948 selepas kegagalan membentuk Malayan Union.
Persekutuan ini diisytiharkan pada 1 Februari 1928 dibawah Perintah Majlis Persekutuan
Tanah Melayu 1948 yang meliputi Sembilan negeri Melayu dan dua negeri Selat iaitu Pulau
Pinang dan Melaka. Perjanjian ini adalah menunjukkan bahawa Koloni British memberi
pengiktirafan kepada status orang Melayu sebagai penduduk asal di Tanah Melayu buat
pertama kalinya.

Seterusnya, hal ini membawa kepada Kerjasama antara etnik dalam menuju
kemerdekaan. Oleh itu, penubuhan jawantankuasa perhubungan kau pada tahun 1949 yang
terdiri daripada pelbagai etnik telah berusaha menyelesaikan sesentengah masalah
perlembagaan, politik dan ekonomi. Suruhanjaya Reid dipertanggungjawabkan untuk
mengggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang ditubuhkan pada 1956. Hal ini
terjadi kerana rangka Perlembagaan perlulah ada peluang sepenuhnya untuk pertumbuhan
sebuah negara yang bersatu padu, bebas dan demokratik. Oleh itu, penekanan diberi dalam
sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957.
PUTERI INTAN NATASHA BINTI AB AZIZ/BA20110231

Antara elemen warisan ialah kesultanan dan pemerintahan beraja yang telah wujud
dalam sistem sosial dan raja berkuasa mutlak sejak berabad lamanya. Selepas merdeka,
pindaan dilakukan dengan berkonsepkan Raja Berperlembagaan yang bertindak atas nasihat
Kabinet yang mana dilindungi dibawah Perkara 38(4). Seterusnya, Agama Islam dalam
Perkara 160 membri definisi Melayu sebagai seorang beragama Islam, lazimnya bercakap
bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu, Dalam hal ini, Melayu dan Islam adalah
unsur yang saling berkaitan dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan
Perlembagaan. Selain itu, Bahasa Melayu dalam Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa
mereka. Akhir sekali, kedudukan istimewa orang Melayu disentuh dalam Perkara 153 iaitu
tanggungjawab YDPA memjamin kedudukan istimewa orang Melayu, Perkara 89 iaitu tanah
rizab Melayu dan 90 adalah undang-undang berkenaan tanah adat dan Jadual 13 iaitu
persempadanan kawasan pilihan raya. Perkara 18 Sarawak dan Perkara 20 Sabah dalam
Perjanjian Malaysia pada tahun 1963, persetujuan dalam tuntutan tentang imigresen, bahasa,
kewangan dan hak istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam
Senarai II dan Senarai III.

Kesimpulannya, masyarakat Malaysia dan Negara kini perlulah adanya individu,


keluarga dan organisasi yang beretika tinggi supaya tercapai faedahnya. Masyarakat Malaysia
akan menjadi lebih progresif, aman, damai dan harmonis. Negara juga turut aman, damai,
maju dan mempunyai imej yang tinggi di peringkat antarabangsa. Selagi sesuatu bangsa itu
dapat mengekalkan tahap amalan etika yang tinggi selama itulah bangsa itu akan terus maju
dan berkembang. Tegasnya, melalui elemen tradisi sebagai saluran etika dan peradaban di
Malaysia adalah tidak mustahil dan perlu dikekal sebaiknya. Dalam persekitaran kita, etika
memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harmoni seharian. Ini kerana ia berkaitan
dengan empat perkara utama iaitu etika dan kuasa, etika individu, etika undang-undang dan
etika dan agama.

Keseluruhanya, kesungguhan rakyat dan pentadbiran penting untuk memastikan


Perlembagaan mampu menjaga kelangsungan elemen warisan atau tradisi ini. Oleh itu, kita
perlu mengmbil iktibar dari pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu
dalam menghayati erti sedia berkorban, tolerransi dan rela berkongsi kuasa.

You might also like