You are on page 1of 20

TUGASAN INDIVIDU

SSSP1013 PENGANTAR SOSIOLOGI

Kumpulan B

Semester II, 2019/2020 (A192)

“NORMAL BAHARU” MASYARAKAT


DALAM ERA PANDEMIK

Disediakan oleh

Nur Shazwani Binti Jantan

No. Matrik: 272572

Disediakan untuk

DR. AHMAD SHUKRI BIN ABDUL HAMID

Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar Dan Kerja Sosial

Universiti Utara Malaysia

Tarikh serahan

1 JULAI 2020

iii
Untuki diisi oleh pemeriksa

RUBRIK PENILAIAN TUGASAN


Markah Hasil
Komponen
# Diperolehi CLO LOC
(a) Pengenalan 2 4 2
(b) Senario COVID-19 8 4 2
Penggunaan sumber rujukan bersesuaian 1 4 3d
Format & kekemasan 2 4 3d
(c) Huraian konsep & teori 10 4 2
Penggunaan sumber rujukan bersesuaian 1 4 3d
Format & kekemasan 2 4 3d
(d) Perbincangan pemerhatian #1 8 4 2
Perbincangan pemerhatian #2 8 4 2
Penggunaan sumber rujukan bersesuaian 1 4 3d
Format & kekemasan 2 4 3d
(e) Rumusan 5 4 2
Jumlah 50

Catatan tambahan (jika ada)

i
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN............................................................................................................................... 1

2.0 SENARIO COVID-19.................................................................................................................... 3

3.0 HURAIAN KONSEP DAN TEORI............................................................................................. 8

4.0 PERBINCANGAN PEMERHATIAN 1 & PERBINCANGAN PEMERHATIAN 2......10

5.0 RUMUSAN.................................................................................................................................... 12

RUJUKAN........................................................................................................................................... LIII

ii
1.0 PENGENALAN

Pada tahun 2020, penularan wabak covid-19 telah tular sejak beberapa bulan yang

lalu yang telah mengubah secara mendadak corak kehidupan bagi setiap individu di

seluruh dunia. Demi mengutamakan keselamatan dan kesihatan diri serta keluarga

yang tersayang, perubahan dan penyesuaian kepada normal baharu yang telah

menjadi teras penting dalam memutuskan rantaian covid-19 daripada terus merebak.

Dimana kerajaan telah menasihati bahawa kawalan kendiri perlu diamalkan oleh rakyat

iaitu rakyat perlu mematuhi atas perintah kerajaan, memakai pelitup muka, menjaga

kebersihan diri, mengurangkan pergerakan, mengamalkan penjarakan sosial sepanjang

1 meter, tiada perhimpunan secara beramai-ramai dan mendisiplinkan diri dalam

membanteras penularan rantaian covid-19 dengan mematuhi undang-undang yang

ditetapkan oleh kerajaan seperti SOP(prosedur operasi standard) bagi berhati-hati

daripada dijangkiti

1
Meskipun pengawalan pergerakan telah pun dikurangka, namun untuk keluar

kemana-mana di dalam negeri sekalipun masyarakat perlu mengambil tanggungjawab

sosial serta memainkan peranan masing-masing serta perlu mengetepikan sifat

pentingkan diri sendiri dalam mengutamakan kesihatan dan keselamatan diri. Oleh itu,

disebabkan penularan ini tidak akan berakhir dalam masa terdekat normal baharu perlu

diamalkan dan dititikberatkan dalam kehidupan seharian kita serta perlu dijadikan

amalan normal baharu secara berterusan. Hal ini demikian kerana, pengamalan

kawalan kendiri masyarakat adalah kunci kejayaan dalam membanteras daripada

penularan rataian covid-19.

2
2.0 SENARIO COVID-19

Corona virus(Covid-19) ini merupakan virus yang boleh menyebabkan jangkitan

kepada saluran pernafasan manusia. Terdapat 3 jenis coronavirus antaranya ialah sars

coronavirus penyakit sars(severe acute respiratory syndrome) dan mers(Middle East

Respiratory syndrome-related) coronavirus. Malah yang dijumpai di wuhan(hubei china)

adalah covid-19. Seterusnya, jangkitan coronavirus juga boleh menyebabkan spektrum

gejala iaitu daripada selesema biasa kepada radang paru-paru(pneumonia) yang teruk,

sebagai contoh demam, batuk yang teruk sehingga sakit tekak dan sukar untuk

bernafas.

Seperti yang kita sedia maklum, keseluruhan Negara telah digemparkan dengan

penyakit coronavirus (covid-19) yang telah tersebar luas keseluruh Negara. Covid-19

merupakan virus yang pertama berlaku. Pada mulanya, virus ini dijumpai di wuhan

(Hubei china) puncanya kerana masyarakat di sana menjual haiwan eksotik

terutamanya kelawar. Sebelum wujudnya covid-19 ini di wuhan tularnya video viral di

laman media sosial seorang wanita di wuhan memakan haiwan eksotik iaitu kelawar

secara enaknya. Wujudnya coronavirus ini disebabkan oleh makanan yang tidak sihat

seperti makanan eksotik iaitu kelawar yang tidak elok untuk kesihatan manusia.

Pertubuhan kesihatan Sedunia(WHO) telah mengiktirafkan Covid-19 sebagai pendemik

yang melibatkan keseluruh Negara.

3
Seperti apa yang kita lihat, yang terjadi di keseluruhan Negara pada mulanya,

kesemua Negara diserang wabak covid-19 ini telah berlakunya peningkatan kes secara

mendadak disebabkan virus ini akan merebak diantara manusia melalui kontak yang

rapat yang mempunyai simptom daripada titisan kecil yang dihasilkan oleh batuk, bersin

dan percakapan. Titisan yang kecil akan jatuh ke tanah mahupun di permukaan melalui

pergerakan udara dalam jarak yang jauh yang sudah tercemar oleh virus tersebut.

Selain itu, virus ini juga menyebarkan secara individu yang tidak bergejala dengan lebih

teruk kerana individu yang tidak bergejala mempunyai beban virus (viral load) yang

sama dengan individu bergejala. ia secara tidak langsung menunjukkan sama ada

individu itu bergejala ataupun tidak, mereka tetap boleh membawa virus covid-19

dengan jumlah yang sama bagi menjangkiti individu lain. Oleh hal yang demikian, Ini

menunjukkan penularan dapat dilakukan sama ada dari pesakit tanpa gejala atau

pesakit yang mempunyai gejala. Virus covid-19 ini juga akan cepat tersebar dan yang

paling senang dijangkiti adalah golongan bayi, budak, dan wargaemas yang

kekurangan sistem imunisasi.

Tamsilnya, seluruh Negara yang terlibat dalam wabak berjangkit ini,

terlaksananya normal baharu yang perlu dipatuhi bagi menghentikan penularan virus

ini. Sebagai contoh di Malaysia pada 18 mac 2020 kerajaan telah mengumumkan

bahawa terdapat beberapa fasa yang perlu dipatuhi rakyat antaranya adalah fasa

pertama penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan telah dilaksanakan, dimana

sektor pekerjaan, sektor pelancongan, sektor peniagaan, sektor perkilangan, sektor

ekonomi, sektor sukan, masjid-masjid, sektor pendidikan, sektor sosial, sektor

pengangkutan dan pusat hiburan ditutup sementara. Pada saat ini, rakyat Malaysia

4
sudah mulai panik dengan membeli barang-barang keperluan dengan begitu banyak

sehingga licin barang-barang di pasaraya. Di samping itu juga, rakyat tidak boleh

kemana-mana dengan hanya duduk dirumah jika tiada keperluan yang penting.

Fasa kedua pula, perintah kawalan pergerakan diperketatkan dimana kawasan

zon merah seperti di sungai lui hulu Langat, Selangor tidak boleh keluar daripada

rumah disebabkan kes yang banyak. Selain itu, pada fasa kedua ini, hanya pembukaan

pasaraya serta mana-mana premis yang menjual barang-barang keperluan sahaja yang

boleh beroperasi sehingga pukul lapan. Seterusnya, kerajaan menggalakkan bahawa

rakyat menggunakan pembelian secara atas talian sahaja bagi mengelakkan dari

dijangkiti. Dalam fasa ini, kerajaan juga telah menguatkuasakan bahawa dalam

kenderaan hanya tehad kepada seorang sahaja yang menaiki, hal ini adalah untuk

kebaikan semua rakyat supaya dapat melawan pandemik ini daripada tersebar kepada

orang ramai. Sekatan jalan raya juga dikuatkuasakan yang melibatkan pihak berkuasa

iaitu polis dan tentera bagi memantau rakyat daripada keluar rumah tanpa apa-apa

keperluan. Justeru itu melalui fasa ini, sesiap yang mengingkari atas undang-undang

yang disediakan akan dikenakan kompaun kerana ingkar atas perintah kerajaan.

Pada fasa ketiga pula, ia merupakan penyambung kepada fasa kedua adalah

dengan Matlamat yang sama iaitu memutuskan penularan rantaian covid-19 yang telah

berleluasa pada saat ini. Pada fasa ini, kerajaan meminta rakyat kekal sabar dan

berdisiplin dalam melalui tempoh pkp yang telah dikuatkuasa bagi membendung wabak

covid-19. Oleh itu, kerajaan memutuskan bahawa sesiapa yang melangggar perintah

5
kawalan pergerakan akan ditahan oleh pihak berkuasa. Pada saat ini, kerajaan

mengatakan bahawa beberapa sektor ekonomi akan dibuka secara berperingkat


mengikut garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang

diperketatkan. Oleh itu rakyat diminta bersabar jika mahukan kebebasan daripada

pandemik ini.

Melalui fasa keempat, negara kini telah mula menyaksikan kemasukan kepada

fasa pemulihan, kerana berlakunya peningkatan kepada kes pulih covid-19 dimana

kerajaanntelah mula bagi kelonggaran kepada rakyat bahawa ketua keluarga boleh

membawa bersama seorang lagi dalam pembelian barang-barang keperluan dimana

kelonggaran bergerak tidaklah melebihi 10km. di samping itu, fasa ini, telah membawa

kepada kesan yang positif kepada rakyat bahawa penularan ini dapat dihentikan

disebabkan oleh rakyat yang berdisiplin tinggi dan sabar atas usaha yang dilakukan

oleh kerajaan. Justeru itu, pada fasa ini, kerajaan telah membuka semua sektor

ekonomi berpandukan piawaian SOP yang telah ditetapkan. Walaupun, perkembangan

secara positif ini, bukan bermakna rakyat boleh sesuka hati melanggar pkp mahupun

undang-undang yang ditetapkan. Hal ini disebabkan, bagi langkah berjaga-jaga

daripada wujudnya kluster baharu serta peningkatan kes.

Seperti kata lain, wujudnya virus ini ia memberi impak yang besar kepada rakyat

dimana petugas hadapan bertungkus lumus dalam membanteras wabak covid-19 ini.

Dimana mereka tidak dapat mendekati anak-anak, keluarga mahupun suami mereka

disebabkan mereka terdedah dengan gejala ini. Disamping itu, juga ia ememberi kesan

kepada individu itu sendiri kerana apabila terjangkiti oleh virus ini mereka tidak dapat

bertemu dengan orang luar, keluarga, anak-anak, sanak-saudara mahupun isteri atau

6
suami sendiri bagi mengelakkan virus tersebut tersebar kepada orang ramai.

seterusnya, impak kepada ekonomi juga sangat besar kerana disebabkan wabak ini
tersebar keseluruh Negara dan sangat merbahaya kepada manusia, sektor ekonomi

telah pun ditutup. Oleh itu, ekonomi Malaysia telah pun berdepan dengan cabaran yang

sangat besar iaitu telah mengganggu perniagaan disebabkan perintah kawalan

pergerakan dijalankan oleh coronavirus. Kestabilan Ekonomi Malaysia pada saat ini

telah terjejas melaui beberapa saluran utama antaranya, pengangkutan udara seperti

syarikat penerbangan terpaksa diberhentikan sementara operasi penerbangan segmen

ke luar negara bagi memutuskan rantaian penularan covid-19.

Tambahan pula, sektor pelancongan juga terjejas akibat daripada sekatan

kemasukan pelancong luar Negara ke Negara Malaysia disebabkan kawalan yang ketat

oleh kerajaan bagi membendung wabak tersebut. Di samping itu, sektor pengangkutan

awam juga turut terjejas dimana kerajaan tidak bagi beroperasi sementara penuralan

wabak ini diputuskan. Jadi pengangkutan awam turut terjejas kerana berlaku kes covid-

19 dimana yang menaiki pengangkutan awam pembawa covid-19, justeru itu,

pengangkutan awam diarahkan tutup sehingga rantaian telah putus dan ianya dibuka

semula dengan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan bagi meningkatkan lagi ekonomi

Negara.

7
3.0 HURAIAN KONSEP DAN TEORI

Bagi pandangan saya konsep yang relevan dibincangkan berkenaan dengan

fenomena covid-19 adalah konsep masyarakat dan konflik sosial dimana kerajaan telah

mengarahkan sektor-sektor perkilangan serta premis-premis yang tidak berasaskan

kepentingan mahupun berkeperluan yang dinyatakan kerajaan bagi penutupan

sementara sehingga konflik ini berakhir. Pada masa itu, pkp yang dijalankan selama 3

bulan berturut-turut selepas sahaja fasa pertama yang diumumkan, jadi masyarakat

tidak bekerja selama tempoh itu, oleh sebab itu, ekonomi masyarakat tidak stabil pada

waktu itu. Disebabkan ekonomi kurang stabil pihak perindustrian ataupun perkilangan

terpaksa mengurangkan pekerja untuk menampung pembentukan semula ekonomi

yang telah merundum. Jadi bagi menaikkan semula ekonomi Malaysia pihak

perindustrian memberhentikan pekerja dengan memberi pampasan kepada mereka

selama sebulan kerana Itu merupakan konflik yang terjadi terhadap masyarakat dimana

masyarakat hilang pekerjaan disebabkan berlakunya covid-19.

Selain itu, konflik terjadinya fenomena covid-19 ekonomi Negara tidak stabil

sehinggakan harga minyak dan petroleum pada saat ini jatuh. Oleh demikian itu,

petronas juga telah mengurangkan pekerja mereka disebabkan tidak dapat membayar

pendapatan mereka selama mereka bekerja, jadi keputusan yang terbaik untuk pekerja

mereka adalan dengan memberhentikan dan memberi pampasan yang boleh

menampung kehidupan mereka. Bagi menstabilkan balik ekonomi Negara masyarakat

perlu bekerjasama serta membantu kerajaan dengan melancong dalam Negara

8
dimana sektor pelancongan telah pun dibuka pada fasa pemulihan bagi mengikut garis

panduan yang ditetapkan.

Sementalahan itu, selain konsep masyarakat, konsep budaya juga boleh

dikaitkan dengan fenomena covid-19 sebab pada waktu ini masyarakat perlu menjalani

kehidupan secara normal baharu dimana masyarakat perlu lebih mendisiplinkan diri

disebabkan pendemik yang melanda Negara. Seterusnya, masyarakat juga berfikiran

rasional dimana ianya melibatkan nyawa sendiri, keluarga dan masyarakat. Oleh hal

yang sedemikian, daripada konsep budaya apabila berlakunya musibah terhadap

Negara sendiri rakyat berkerjasama dengan petugas hadapan serta kerajaan dalam

membendung penularan wabak tersebut. Justeru itu, apabila berlakunya musibah

seperti ini iaitu wabak coronavirus yang memberi merbahaya kepada manusia,

kerjasama masyarakat dengan pihak yang berkuasa amatlah penting dalam

memutuskan rantaian covid-19 ini.

9
4.0 PERBINCANGAN PEMERHATIAN 1 & PERBINCANGAN PEMERHATIAN 2

Berdasarkan perbincangan pemerhatian 1 yang saya dapati dimana pandemik

covid-19 yang telah melanda keseluruhan Negara termasuk negara Malaysia pada awal

tahun 2020, krisis yang telah mengancam kesihatan dan keselamatan masyarakat.

Oleh disebabkan itu, dalam krisis ini telah mengakibatkan peningkatan kadar

pengangguran dalam sektor pekerjaan. Tambahan pula, covid-19 menyebabkan

ekonomi Negara tidak stabil dan merundum dimana sektor-sektor perkerjaan,

perkhidmatan, dan sektor perniagaan kini terjejas, oleh kerana perintah kawalan

pergerakan dijalankan dimana kesemua rakyat tidak boleh langsung keluar daripada

tempat tinggal mereka kecuali urusan yang penting seperti pembelian barang keperluan

serta berkerja. Kesan kepada pekerja dalam ancaman covid-19 ini merupakan situasi

yang berat oleh perkerja lalui kerana mereka hilang pekerjaan disebabkan majikan

terpaksa mengurangkan pekerja bagi membendung kerugian besar yang dialami

syarikat. Justeru itu bagi, meningkatkan lagi ekonomi Negara masyarakat perlu

berkerjasama dengan kerajaan dalam membantu dari segi pelancongan, perkhidmatan

dan membeli barang-barang keluaran tempatan serta menaiki pengangkutan awam.

Pemerhatian dan perbincangan yang saya dapati adalah merupakan budaya

kehidupan masyarakat telah berubah disebakan covid-19 ini berlarutan. Amalan normal

baharu telah diamalkan masyarakat pada saat ini, kerana virus covid-19 masih lagi

tercemar di luar sana, jadi masyarakat perlu menanam sifat displinkan diri dalam diri

10
masyarakat dimana masyarakat perlu menganbil langkah berwaspada dalam

memutuskan rantaian covid-19 dengan mengikuti kesemua perintah kerajaan seperti


mengamalkan kawalan kendiri seperti memakai penutup muka apabila berada di tempat

awam, menjaga kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan dan menggunakan

sanitasi tangan serta menjarakkan dri daripada individu lain sepanjang 1 meter.

Dengan itu, masyarakat perlu berhati-berhati walaupun wabak covid-19 di Negara

Malaysia semakin pulih tetapi virus ini virus yang tidak Nampak dengan mata kasar, jadi

rakyat jangan bersuka-suka dahulu sementara kita masih belum bebas sepenuhnya.

Daripada wabak tersebut.amalan normal baharu perlu dititikberatkan agar kita bebas

daripada dijangkiti wabak coronavirus, dimana aktiviti-aktiviti sosial yang berfaedah

tidak perlu tergesa-tergesa untuk memulakan balik seperti biasa ketika kita masih lagi

membendung wabak ini. Di samping itu, kebaikan berlakunya covid-19 ini kerana ianya

dapat mengurangkan masyarakat daripada melakukan perkara-perkara yang tidak

berfaedah seperti aktiviti sosial iaitu melepak, berlumba dan sebagainya.

11
5.0 RUMUSAN

Tuntasnya, secara keseluruhannya kita sediamaklum bahawa normal baharu

telah diterapkan dalam kehidupan masyarakat bahawa normal baharu ini perlu

diamalkan dalam kehidupan seharian kita pada saat ini. Jadi kesemua masyarakat

haruslah membiasakan diri dengan normal baharu yang harus dijalani oleh semua

lapisan masyarakat. Keadaan ini berubah secara mendadak disebabkan pendemik

covid-19 yang telah tersebar keseluruh Negara termasuk Negara Malaysia yang

memberi impak yang sangat besar kepada kesihatan dan keselamatan masyarakat.

Dimana kesemua masyarakat harus mengamalkan kawalan kendiri bagi memastikan

kesihatan dan keselamatan terjamin daripada dijangkiti wabak tersebut.

Ia juga memberi kesan kepada sektor pendidikan dimana kesemua sekolah-

sekolah dan institusi-institusi diarahkan tutup sehingga tahun depan demean menjalani

kelas secara atas talian. Hal ini kerana, kerajaan tidak mahu merisikokan masyarakat

daripada dijangkiti dan bagi memutuskan rantaian penularan covid-19. Malah, sektor-

setor dalam pekerjaan juga telah mengamalkan normal baharu dimana mereka pada

saat itu mula menjalani pekerjaan secara atas talian serta secara bergilir-gilir. Jadi kita

sebagai rakyat yang berdedikasi haruslah terus menyokong dan mangambil berat serta

membantu meringankan beban dalam setiap usaha yang dilakukan kerajaan, petugas

hadapan, dan majlis keselamatan Negara(MKN) dalam memutuskan rantaian penularan

covid-19.

12
RUJUKAN

Berita Harian online, Pesakit tanpa gejala bukan petanda baik. Diakses pada 23 Jun

2020, daripada

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/689144/covid-19-pesakit-

tanpa-gejala-bukan-petanda-baik

Bulletin TTKM, PKP Fasa kedua, peraturan lebih ketat. Diakses pada 30 Mac 2020,

daripada https://ttkm.com.my/2020/03/30/pkp-fasa-kedua-peraturan-lebih-ketat/

My Metro, Fasa ketiga PKP mulai hari ini. Diakses pada 15 April 2020, daripada

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/566696/fasa-ketiga-pkp-mulai-

hari-ini

Berita Harian Online, COVID-19: Fasa ketiga PKP bermula hari ini. Diakses pada 15

April 2020, daripada

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/677299/covid-19-fasa-

ketiga-pkp-bermula-hari-ini

liii
Selangor Kini, PKP: Fasa 4 tuntut komitmen jitu kerajaan, rakyat. Diakses pada April 29,

2020 daripada https://selangorkini.my/2020/04/pkp-fasa-4-tuntut-komitmen-jitu-

kerajaan-rakyat/

Astro Awani, Masyarakat perlu berubah, jadikan budaya hidup baharu perangi COVID-

19. Diakses pada Mei 16 2020, daripada http://www.astroawani.com/berita-

malaysia/masyarakat-perlu-berubah-jadikan-budaya-hidup-baharu-perangi-covid-

19-243213

Berita Harian, Warga Kerja Perlu Menjiwai Normal Baharu. Diakses pada 2 Mei 2020

daripada https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2020/05/684207/warga-

kerja-perlu-menjiwai-normal-baharu

liv

You might also like