You are on page 1of 15

1.

0 PENDAHULUAN

Isu kemiskinan sama ada di luar bandar atau di dalam bandar di Malaysia sudah tidak
asing lagi dan sering menjadi topik bualan hangat di kalangan ahli politik, ahli akademik,
pembuat dasar dan juga di kalangan masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam
(Mansur Jusoh, 1986:1). Sejak tahun 1970-an lagi, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak
kerajaan untuk membasmi dan memerangi kemiskinan seperti memperkenalkan Dasar
Ekonomi Baru (DEB). Walaupun terdapat pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak
untuk menangani masalah ini walaupun sehingga sekarang tiada kata putus dibuat (U. A.
Aziz, 1969). Perbincangan tentang kemiskinan juga melibatkan persoalan tentang konsepual
kemiskinan itu sendiri. Antara pihak yang terlibat membincangkan konsepual tersebut ialah
agensi-agensi yang terlibat dengan program membasmi kemiskinan seperti Bank Dunia
(2010) dan United Nations Development Programme (UNDP) (2004).

Terdapat dua perkara yang hampir sama ditekankan oleh Bank Dunia (2010) dan UNDP
(2004). Dua perkara tersebut ialah kepenggunaan dan pendapatan. Konsep kemiskinan yang
dikemukakan dari sudut kepenggunaan merujuk kepada keperluan hak asasi manusia untuk
hidup seperti ketiadaan pakaian serta tempat tinggal yang baik, buta huruf, kekurangan
makanan, kesukaran memperoleh barangan atau perkhidmatan, infrastruktur yang tidak
memuaskan, ketiadaan air bersih, kekurangan pendidikan dan komunikasi. Manakala dari
sudut pendapatan pula, Bank Dunia (2010) telah menetapkan garis kemiskinan berlaku
apabila seseorang itu hidup di bawah $1.25 atau @2.00 sehari. Dan individu yang memiliki
paras pendapatan bawah $2.00 sehari dikategorikan sebagai miskin relatif. Golongan yang
dikatakan miskin mutlak pula berlaku apabila seseorang itu memiliki pendapatan di bawah
$1.00 setiap hari berdasarkan Matlamat Pembangunan Milenium.

Keperluan dan kepentingan dalam penyediaan pembangunan kawasan luar bandar adalah
merupakan satu langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menjadikan kawasan luar bandar
sebagai satu kawasan yang mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri di
samping bagi membantu dalam menonjolkan sumber-sumber yang ada di kawasan luar

1
bandar tersebut. Ini kerana, kawasan luar bandar amat dikenali sebagai kawasan yang
mempunyai sumber dan hasil asli yang sangat unik dan estetik.

Ukuran kemiskinan adalah merupakan satu perkara yang subjektif dan tidak lari dari
pertimbangan nilai. Tidak ada satu pun definasi kemiskinan yang boleh dikatakan neutral
(Abu Sufian,1998). Oleh sebab wujudnya keadaan yang berbeza-beza dalam masyarakat
yang tinggal di luar bandar mahupun di dalam bandar ini maka ada pendapat yang
menyatakan bahawa kemiskinan bermaksud satu keadaan kekurangan (Husin Ali,1983).

2.0 PERMASALAHAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

2.1 PERMASALAHAN DALAM MEMBASMI KEMISKINAN DI BANDAR

Kemiskinan adalah masalah sosial dan ekonomi dam membasmi kemiskinan masyarakat
adalah menjadi impian semua orang tetapi realitinya perkara ini masih lagi wujud di negara-
negara maju. Kemiskinan adalah satu fenomena ekonomi dari pelbagai sudut dan dimensi
yang memberikan impak dan kesan di dalam sektor politik, ekonomi dan sosial. Kemiskinan
secara umumnya yang ditakrifkan oleh Charles Booth (Holman, 1978) sebagai seseorang
yang hidup dalam keadaan yang susah untuk memenuhi keperluan-keperluan hidup yang
mencukupi. Manakala bandar pula menurut Wan Ibrisam Fikry Wan Ismail (Halfah Piei,
1988) menyatakan bandar merupakan pusat kepada kekuasaan dalam bidang ekonomi, politik
dan sosial di dalam masyarakat. Kamal Salih (1983) pula mendefinisikan kemiskinan sebagai
golongan yang tidak mempunyai keupayaan pendapatan, golongan yang tidak mempunyai
kesampaian kepada sumber-sumber kuasa sosial seperti kuasa bersuara, kuasa politik,
pemilikan punca-punca pengeluaran, pendidikan dan sebagainya dan golongan yang tidak
menikmati keperluan asas seperti perlindungan, rumah, pendidikan asas, kesihatan, pekerjaan
dan sebagainya yang mencukupi mengikut ukuran hidup sesebuah masyarakat.

Kemiskinan bandar dapat dikategorikan kepada tiga iaitu kemiskinan mutlak, relatif dan
tegar. Kemiskinan mutlak ialah satu keadaan di mana isi rumah tidak berupaya mencapai
pendapatan yang boleh menampung keperluan. Kemiskinan mutlak ialah satu konsep yang

2
menggunakan jumlah pendapatan isi rumah sebagai kayu ukur garis kemiskinan sesebuah
masyarakat. Kemiskinan relatif pula berlaku kerana ketidakseimbangan pendapatan satu
kumpulan dalam sesuatu masyarakat. Konsep kemiskinan ini dilakukan adalah dengan
membandingkan purata pendapatan dan bahagian pendapatan daripada Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) dalam kumpulan penduduk sama ada mengikut purata pendapatan,
etnik, kawasan kediaman dan sebagainya. Manakala kemiskinan tegar pula adalah isi rumah
yang tidak berupaya mencapai sekurang-kurangnya separuh daripada Paras Garis
Kemiskinan (PGK) bagi menampung kehidupan asas mereka.

Menurut Lim Kar Yee (2010), terdapat beberapa punca kemiskinan di Malaysia dan
boleh dibahagikan kepada dua iaitu punca kemiskinan di bandar dan di luar bandar. Punca-
punca kemiskinan di bandar di antaranya adalah penghijrahan dari luar bandar ke bandar.
Kebanyakan penghijrah dari luar bandar merupakan golongan yang tidak mempunyai
kemahiran professional untuk mendapatkan pekerjaan yang menguntungkan. Selain itu,
golongan ini juga dikatakan tidak mengetahui tentang maklumat dan pengetahuan dalam
bentuk bantuan yang disediakan oleh agensi-agensi pemerintah. Mereka dipinggir dari
memperoleh maklumat dan pelbagai bentuk bantuan dan pembangunan serta terpinggir dari
sistem sosial dan sistem ekonomi bandar. Selain itu, kekurangan peluang pekerjaan kerana
majian zaman kini lebih gemar untuk mengupah pekerja-pekerja asing untuk menjimatkan
kos. Pasaran buruh kini dibanjiri oleh pekerja-pekerja asing yang dikatakan murah,
terutamanya dari sektor perindustrian dan pembinaan.

Menurut Lim Kar Yee (2010) lagi, punca kemiskinan di luar bandar adalah kerana had
pekerjaan kerana kebanyakan pekerjaan di luar bandar adalah tertakhluk kepada sektor
pertania dan pelaksanaan pemodenan dalam sektor pertanian adalah kurang menyeluruh
berbanding di bandar. Daya pengeluaran yang kurang lumayan menyebabkan keadaan
kemiskinan luar bandar tidak dapat diubah. Kebanyakan juga petani-petani di kawasan luar
bandar diekspoitasi dan dimonopoli oleh orang tengah menyebabkan golongan ini semakin
ditindas dan ketinggalan. Selain itu, taraf pendidikan yang rendah menyebabkan penduduk di
luar bandar tidak berupaya untuk mendapatkan pekerjaan yang mampu meningkatkan taraf

3
hidup. Kadar kemiskinan luar bandar sukar untuk dibanteras dengan kekurangan golongan
professional di antara penduduk-penduduk di luar bandar.

Seers (1979) menjelaskan bahawa pembangunan boleh ditunjukkan dengan terhapusnya


kemiskinan, kurangnya jumlah pengguran serta rapatnya jurang ketaksamaan. Kemiskinan,
pengangguran dan ketaksamaan. Kemiskinan, pengangguran dan ketaksamaan ini biasanya
mencirikan negara-negara Dunia Ketiga. Pembentukan kemiskinan bandar di Malaysia,
sepertimana di kebanyakan negara-negara Dunia Ketiga, berkemungkinan ada kaitan dengan
penjajahan koloni sejak abad ke enam belas. Bentuk dan fungsi pembangunan bandar serta
isu-isu yang berkaitan seperti kemiskinan, ketidakseimbangan dan pengangguran boleh
dilihat sebagai akibat daripada sejarah proses pengintegrasian kepada sistem kapitalis dunia
(Yusof,1989). Menurut Unit Perancang Ekonomi Malaysia pula, kemiskinan bandar di
Malaysia boleh digolongkan sebagai mereka yang tidak mempunyai sumber pendapatan
(menggangur) dan mereka yang terlibat di dalam sektor tradisi bandar yang kurang produktif
seperti peniaga kecil-kecilan, pemilik gerai, pembantu rumah serta aktiviti-aktiviti ekonomi
lain yang tidak memerlukan kepakaran dan latihan yang tinggi (Halipah, 2002).

Terdapat pelbagai usaha yang telah dibuat oleh kerajaan untuk mengatasi masalah
kemiskinan di bandar. Seawal tahun 1970-an, kerajaan telah memperkenalkan Dasar
Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan dalam tempoh 1970 sehingga 1990. Dua tujuan
utama dasar tersebut ialah menghapuskan kemiskinan dan meyusun semula masyarakat.
Dalam perangkaan yang dikeluarkan oleh kerajaan, jelas menunjukkan insiden kemiskinan
secara keseluruhan telah menurun di negara ini, misalnya daripada 8.7 % pada tahun 1995
kepada 6.1 % pada tahun 1997 dan 7.5 % pada tahun 1999. Kemiskinan adalah sebab utama
yang menimbulkan perasaan tidak puashati di kalangan rakyat dan bukan sahaja berlaku di
luar bandar, malah di dalam bandar juga. Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara
kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling tinggi di
kalangan orang melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional.

Pelbagai usaha lain juga harus dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini termasuklah
mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur, menambah

4
daya pengeluaran dan pendapatan, memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di
sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan, mengadakan
suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia dan memperbaiki taraf
dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan
lain-lain. Pihak kerajan, NGO atau agensi swasta atau sukarelawan juga harus memainkan
peranan dalam membasmi kemiskinan yang berlaku di kalangan golongan masyarakat yang
berbilang kaum, bangsa dan agama di Malaysia.

2.2 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis beberapa soalan iaitu:

i. Untuk mengenal pasti apakah faktor-faktor yang mengakibatkan kemiskinan


khususnya di kawasan bandar.
ii. Untuk meneliti usaha-usaha yang boleh dibuat oleh pihak kerajan, pihak
NGO atau swasta dan masyarakat sendiri untuk membasmi masalah
kemiskinan di bandar.

3.0 SOROTAN LAMPAU


3.1 DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan


masyarakat melalui amalan pecah dan perintah. Pihak British telah menggalakan kedatangan
tenaga buruh darui negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor
perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan. Penambahan penduduk dan
peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel
keretapi dan penbahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah
menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar menjadi
bertambah besar. Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah
diperkenalkan. Rancangan Malaya Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia Pertama

5
dirancang untuk menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan pembaharuan ekonomi.
Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dari segi strategi di mana corak atau sistem
semasa penjajahan masih berterusan.

Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung
Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin. Dari jumlah semua keluarga miskin,
86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar. Kadar kemiskinan
mengikut kaum adalah kaum Melayu sebanyak 64.8%, Cina 26.0%, India 39.2% dan lain-
lain sebanyak 44.8%.

Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu, kerajaan telah


mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang
melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama
dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan
perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya. Rancangan-rancangan
pembangunan di bawah DEB adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua
mata iaitu mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-
peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan penyusunan semula
masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut
fungsi-fungsi ekonomi.

Strategi membasmi kemiskinan telah diperkenalkan oleh DEB kerana kemiskinan adalah
sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puashati di kalangan rakyat. Ianya bukan
sahaja di luar bandar tetapi di dalam bandar juga. Terdapat pelbagai usaha dijalankan oleh
kerajaan melalui DEB iaitu mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan penganggur,
menambah daya pengeluaran dan pendapatan kepada masyarakat, mewujudkan kumpulan
perusahaan dan perdagangan bumiputera , memperbaiki taraf hidup melalui pendidikan yang
mencukupi, fasiliti seperti hospital atau klinik yang mampu memberikan perkhidmatan
kepada masyarakat dengan cepat, sistem pemparitan yang sempurna dan lain-lain lagi.

6
Dasar Ekonomi Baru ini yang bermatlamatkan perpaduan negara melalui proses
pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat di dalam konteks keselamatan
negara yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan dasar kerajaan semasa yang
diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan di atas.
Usaha ini bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya
memerlukan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta juga.

3.2 DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)

Tahun 1990 menandakan berakhirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam tempoh
perlaksanaan DEB dari tahun 1971 sehingga 1990, ekonomi Malaysia telah berkembang dengan
pesatnya walaupun menghadapi pelbagai bentuk cabaran. DPN telah dilancarkan oleh mantan
Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Mahathir bin Mohamad pada 17 Jun 1991 dan
ini bermaksud bermulanya satu era dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju
menjelang tahun 2020. Matlamat DPN adalah untuk memperkukuh demi kestabilan politik dan
sosial ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua
segi iaitu segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral , kestabilan, kualiti hidup, kecekapan
pentadbiran kerajaan dan kecemerlangan ekonomi.

DPN meneruskan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan
semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan
dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara. DPN juga telah
mengambil kira kemajuan yang telah dicapai di bawah DEB serta kekuatan dan kelemahan yang
wujud semasa perlaksanaannya. Ia mengandungi beberapa peralihan pendekatan dengan tujuan
mengadakan satu dimensi baru dalam usaha pembangunan, terutamanya dalam membasmi
kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Dimensi-dimensi baru DPN adalah seperti
memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk tujuan
menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin di samping mengurangkan
kemiskinan relatif. Selain itu, menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting ke arah
meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi,
meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses penyusunan

7
semula masyarakat dan memberi lebih tumpuan keapda pembangunan sumber manusia
termasuklah sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan
pengagihan yang saksama.

Antara pendekatan baru yang diambil dalam usaha melaksanakan DPN adalah
pembasmian kemiskinan. Kadar kemiskinan dijangka dapat dikurangkan ke paras 7.2% dalam
tahun 2000 berbanding dengan 19.1% dalam tahun 1990. Kadar pengangguran pula dijangka
berkurangan ke tahap 4% dalam tahun 2000. Dalam perlaksaan strategi pembasmian kemiskinan,
DPN mengambil kira beberapa perubahan dibuat terhadap peranan sektor awam. Oleh kerana
kadar kemiskinan yang terlalu tinggi di kawasan luar bandar pada akhir tahun 1960-an,
perlaksanaan DEB telah memperlihatkan penglibatan terus perkhidmatan awam melalui
pembukaan tanah-tanah dan pemberian subsidi besar-besaran kepada petani-petani kecil untuk
mewujudkan pekerjaan dan membantu meningkatkan pendapatan mereka. Peranan sektor awam
dalam membasmi kemiskinan akan ditumpukan pada program-program berikut iaitu pendidikan
dan latihan, kesihatan, jalan-jalan luar bandar, pengangkutan dan perumahan serta bekalan air
dan elektrik.

Seperti DEB, DPN juga meneruskan usaha-usaha mengurangkan ketidakseimbangan


ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga di antara golongan kaya dan miskin
dan antara wilayah. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan berasaskan prinsip
pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan
memperkukuhkan perpaduan negara.

8
4.0 METHOD DAN ANALISIS KAJIAN

Metodologi bagi kajian ini maklumat sekunder pula diperoleh daripada buku-buku, tesis,
disertasi, jurnal, majalah, laporan, dan bahan-bahan bercetak yang lain. Pengkaji
memperolehi data sekunder seperti buku-buku, tesis, disertasi dan jurnal menerusi soroton
kajian yang dilakukan di perpustakaan dan dalam talian.

Kajian ini menggunakan Analisis SWOT iaitu Strength (Kekuatan), Weakness (Kekurangan),
Oppportunities ( Peluang) dan Threat (Cabaran).

Kekuatan adalah ciri-ciri atau kelebihan berbanding yang lain. Kelemahan pula adalah
ciri kekurangan yang orang lain tidak boleh tahu. Peluang pula adalah boleh disama ertikan
dengan nasib manakala Cabaran adalah Satu usaha atau masalah yang dihadapi. Kemiskinan
di bandar berlaku apabila kos hidup yang tinggi dengan pendapatan yang rendah serta gaji
yang dibayar tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan. Masalah ini berterusan apabila
harga barang dan perkhidmatan naik yang menjadikan masyarakat jatuh ke dalam golongan
masyarakat yang miskin di banadar atau mencapai pendapatan garis kemiskinan. Harga
petrol yang tidak menentu, harga rumah yang juga naik serta barang-barang keperluan dijual
dengan harga yang mahal menyebabkan kemiskinan berlaku di bandar.

Dalam konteks pembangunan ekonomi dalam isu kemiskinan di bandar dalam Malaysia,
kekuatan yang boleh didapati dalam isu ini ialah kemiskinan di bandar dapat membuka
peluang kepada golongan yang miskin untuk meneruskan hidup dengan melakukan kerja-
kerja seperti berniaga untuk menampung perbelanjaan seharian. Kebanyakan tempat atau
negeri memberi peluang kepada mereka yang ingin memulakan bisnes kecil-kecilan seperti
menjual makanan dan minuman di tepi jalan dengan permit yang sah. Contohnya, sekitar
Seremban yang menggalakkan peniaga-peniaga kecil terutamanya golongan belia untuk
bergiat aktif dalam bidang perniagaan dengan menjual makanan dan minuman dan peluang
ini turut diberikan sokongan yang padu daripda Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu Dato’
Seri Utama Mohammad Bin Haji Hassan.

Kelemahan pula apabila berlakunya kemiskinan di bandar, peluang untuk memulakan


perniagaan juga amat tipis kerana persaingan di antara kedai-kedai yang sudah menapak atau
berkembang serta mempunyai francais-francais di seluruh negara terutamanya restoren

9
makanan segera. Dengan bermodalkan modal yang sedikit, kebanyakan peniaga yang ingin
memulakan perniagaan terpaksa mencari sumber pendapatan yang lain agar dapat
menampung modal yang sedia ada untuk memulakan perniagaan. Kelemahan ini
menyebabkan golongan miskin di bandar berputus asa untuk mencari sumber wang bagi
menampung kehidupan seharian.

Jika terjadinya kelemahan ini, maka terdapat pelbagai peluang yang diberikan oleh pihak
kerajaan kepada golongan miskin yang ingin memulakan perniagaan kecil seperti memberi
bantuan kewangan yang disalurkan melalui agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga
Pemasaran Persekutuan Malaysia (FAMA), TEKUN, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan
sebagainya. Dengan bermodalkan wang yang telah dipinjam daripada agensi-agensi ini, maka
golongan miskin yang ingin memperbaiki kehidupan boleh memulakan perniagaan mereka
dengan senang dan dapat memajukan diri mereka daripada tergolong dalam golongan miskin
di bandar. Kemudahan pinjaman wang juga lebih senang berbanding institusi kewangan
seperti bank komersial kerana faedah yang lebih rendah dan cara pembayaran balik yang
lebih mudah dan menyenangkan bagi golongan ini.

Setiap perkara mempunyai cabaran-cabaran yang tersendiri dan cabaran ini membuatkan
golongan miskin tidak berani untuk menyahut cabaran tersebut. Contohnya dalam bidang
perniagaan, cabaran seperti ditindas oleh peniaga-peniaga yang sudah maju, makanan atau
minuman yang dijual tidak menepati citarasa pembeli, harga terlalu mahal menyebabkan
golongan ini lebih cepat berputus asa. Tetapi, pihak kerajaan akan membuat pemantauan dan
pemeriksaan terhadap peniaga-peniaga kecil ini dan akan memberikan khidmat nasihat agar
dapat lebih mengeluarkan produktiviti yang lebih menguntungkan dan memberi kepuasan
kepada pelanggan.

Cabaran-cabaran lain yang dihadapi dalam membasmi kemiskinan di bandar ialah apabila
cabaran yang dihadapi oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar
memerlukan kerjasama daripada jabatan-jabatan lain bagi setiap program demi kelancaran
program yang dilaksanakan tetapi segelintir pihak tidak memberikan kerjasama sepenuhnya.
Selain itu, sikap pekerja-pekerja yang berkhidmat di kementerian tersebut tidak serius dalam
menjalankan tugas mereka kerana sesuatu urusan itu memerlukan masa yang panjang untuk
disiapkan. Selain itu, pihak kerajaan juga menghadapi masalah peruntukan dan bagi

10
mengatasi masalah ini, kerajaan telah mengambil langkah yang drastik dengan
menswastakan setinggan dan yakin bahawa pihak swasta mampu penyediakan perumahan
kos rendah yang lebih baik dan efisien tetapi kebanyakan pihak swasta mementingkan
keuntungan sahaja dan menjual rumah dengan harga yang tinggi ataupun menggunakan
barangan pembinaan yang kurang berkualiti dan bermutu rendah. Perumahan kos yang dibina
juga biasanya mempunyai ruang yang sempit dan tidak selesa. Perumahan kos rendah yang
dibina di kawasan yang jauh dari sektor ekonomi dan kemudahan awam juga menjadi
cabaran kepada perumahan kos rendah dan penswastaan setinggan.

Midgley mendefinisikan kesejahteraan hidup sebagai manfaat yang diterima hasil


daripada sumbangan yang dilakukan oleh golongan miskini di bandar demi membangunkan
potensi diri sendiri. Menurut beliau lagi, terdapat tiga indikator penting yang mewujudkan
keadaan ini iaitu (i) pengurusan masalah sosial, (ii) pemenuhan keperluan sosial, dan (iii)
penyediaan peluang sosial. Melalui tiga aspek ini, terkandung pelbagai faktor yang dilihat
menyumbang kepada kesejahteraan hidup antaranya seperti hubungan kejiranan, pendapatan
keluarga, perbelanjaan dan simpanan wang, kesihatan, pendidikan, tempat kediaman, dan
mobiliti sosial. Selain itu, peranan dan tanggungjawab pihak yang menyediakan kemudahan
prasaranan seperti khidmat latihan, bimbingan dan penguatkuasaan juga merupakan
penyumbang kepada kesejahteraan hidup masyarakat. Berikut akan menjelaskan lebih lanjut
tentang tiga indikator penting yang dinyatakan oleh Midgley (1995).

5.0 OUTPUT DAN PERBINCANGAN

S. Husin (1983) mentakrifkan kemiskinan sebagai keadaan kekurangan keperluan asas


seperti makanan, perumahan, pakaian dan kemudahan asas, ketiadaan atau kekurangan
kemampuan disebabkan tingkat pendapatan, pemilikan dan pekerjaan yang rendah dan golongan
bawahan dalam sistem susun lapis masyarakat. Pelbagai pihak perlu memandang serius terhadap
permasalahan ini agar masyarakat di Malaysia boleh memperbaiki kehidupan agar menjadi lebih
sempurna untuk tahun yang mendatang.

11
Terdapat pelbagai usaha-usaha dalam mengatasi masalah kemiskinan di bandar ini.
Antaranya adalah pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar
melaksanakan pelbagai program yang bersesuaian untuk menangani masalah kemiskinan bandar
di seluruh negara. Selain itu juga, kementerian ini berperanan dalam memperkukuhkan dan
memperluas program pembasmian kemiskinan bandar. Antara agensi-agensi yang bekerjasama
dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar adalah Jabatan Kebajikan,
Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, Jabatan Perdana Menteri serta agensi-agensi yang lain. Hal ini adalah bertujuan untuk
mengelakkan pertindihan tanggungjawab dalam pelaksaan pembasmian kemiskinan.
Kemiskinan bandar pada hari ini melibatakan golongan yang berpendapatan bulanan kurang
daripada RM3,000. Oleh yang demikian ramai masyarakat bandar yang terperangkap dalam
kehidupan maju dan taraf hidup yang tinggi di kawasan bandar. Ini kerana, pendapatan
masyarakat bandar rata-ratanya kurang daripada RM3,000 dan peningkatan taraf pendapatan
bulanan ini menyumbang kepada bertambahnya golongan miskin bandar.

Selain itu, kepesatan dan pembangunan bandar telah menyebabkan pertambahan penduduk
serta kebanjiran warga asing menyebabkan bertambahnya permintaan terhadapat sektor
perumahan. Perkara ini menjadi lebih meruncing apabila permintaan perumahan mampu milik
oleh golongan miskin di bandar tidak dapat dipenuhi kerana pertambahan penduduk yang pesat
sehingga tidak dapat menampung kepadatan penduduk di bandar. Hal ini secara tidak langsung
telah mewujudkan masalah setinggan yang merupakan satu sektor perumahan yang tidak formal
dan fenomena setinggan ini telah menjadi masalah kepada negara. Setinggan adalah satu
kawasan penempatan yang dibina secara rawak di atas tanah milik kerajaan, swasta ataupun
milik orang perseorangan. Antara usaha yang dilakukan ialah Program Pembangunan Rakyat
termiskin (PPRT). Program ini telah dijalankan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh iaitu
rancangan yang telah berlansung pada tahun 1996 sehingga 2000. Manakala projek Perumahan
Rakyat (PPR) pula ialah salah satu program yang dilaksanakan dalam PPRT. PPR telah
dilaksanakan oleh Jabatan Perumahan Negara dan antara objektif utama pelaksanaan projek ini
adalah untuk mengawal dan menempatkan semula setinggan dan memberi kemudahan serta
meringankan beban kepada golongan miskin. Di samping itu juga, Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) memainkan peranan dalam menangani masalah kemiskinan di bandar apabila PBT ini
mempunyai peranan yang strategik dalam melaksanakan setiap program dan rancangan

12
pembasmian kemiskinan bandar dan mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan projek
perumahan yang berskala besar bertujuan untuk menghapuskan ketidakseimbangan di kalangan
penduduk di kawasan bandar.

Kerajaan telah menubuhkan Dana Rumah Kos Rendah yang bernilai kiara-kira RM1.1 billion
pada tahun 1994. Pada tahun yang sama juga, kerajaan juga telah memperkenalkan Tabung
Pusingan Rumah Kos Rendah. Dana dan tabung yang ditubuhkan ini adalah bertujuan untuk
mengatasi masalah setinggan yang dihadapi oleh masyarakat miskin di kawasan bandar. Melalui
dana dan tabung ini, golongan miskin di bandar boleh mendapatkan modal untuk membina
rumah yang lebih baik jika dibandingkan dengan rumah di kawasan setinggan.

Pihak DBKL juga telah melaksanakan banyak langkah dalam mengatasi masalah perumahan
ini terutamanya yang melibatkan golongan miskin. Sejak tahun 1958 lagi, DBKL telah membina
rumah teres, rumah berkelompok, rumah pangsa, rumah transit untuk memenuhi keperluan
perumahan golongan yang berpendapatan rendah dan miskin di kawasan Kuala Lumpur. Antara
program perumahan untuk golongan miskin di bandar ialah Program Perumahan Rakyat Desa
Tun Razak sebanyak 1824 unit dan Program Perumahan Taman Mulia sebanyak 912 unit dan
banyak lagi program perumahan yang lain.

Agensi-agensi lain yang terlibat dalam membasmi kemiskinan bandar ialah Lembaga Zakat
Selangor (LZS). LSZ ini telah melaksanakan beberapa program seperti Skuad Jejak Kemiskinan
(SJK) yang bertujuan untuk menjejaki golongan fakir atau miskin melalui program ini. Golongan
ini akan diberikan bantuan dari pelbagai aspek seperti bantuan bulanan, bantuan pendidikan,
modal perniagaan dan sebagainya. Program ini bertemakan ‘ Kami Sedia Membantu’ iaitu LZS
membuat bancian dari rumah ke rumah untuk mencari golongan fakir dan miskin di kawasan
bandar Selangor yang layak untuk mendapatkan bantuan.

Di samping itu juga, pihak kerajaan telah mengambil langkah dengan menarik pelaburan
asing untuk meningkatkan peluang pekerjaan kepada golongan miskin. Kebanyakan pelaburan
yang dilakukan dalam sektor perkilangan oleh itu boleh dilihat banyak kilang yang dibina di
bandar-bandar adalah bertujuan untuk memberi peluang pekerjaan kepada golongan miskin dan
juga penganggur untuk meningkatkan pendapatan mereka.

13
6.0 KESIMPULAN

Masalah kemiskinan bandar merupakan satu masalah yang terpencil kerana kebanyakn
masalah kemiskinan biasanya dikaitkan dengan masyarakat luar bandar. Namun begitu,
kebanjiran penduduk dari luar bandar dan warga asing yang berhijrah di kawasan bandar telah
menyebabkan pertambahan kepada golongan miskin di kawasan bandar. Menyedari masalah ini,
kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membasmi kemiskinan bandar ini. Akan
tetapi dalam proses pelaksanaan program pembasmian kemiskinan ini, pihak kerajaan ataupun
pihak lain menempuhi banyak cabaran dan rintangan untuk menjayakan sesuatu program ini.
Walaupun pembasmian dalam kalangan masyarakat bandar ini tidak dapat ditangani sepenuhnya
namun hasilnya dapat kita lihat bahawa jumlah penduduk miskin bandar telah berkurangan.
Mereka kini mampu bersaing dan mampu meningkatkan taraf hidup dengan lebih selesa di
rumah-rumah kos rendah yang disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta dan menikmati
kemudahan-kemudahan asa yang lengkap dan selesa. Dengan program-program yang dijalankan
oleh pihak kerajaan, swasta dan NGO dapat mengubah kehidupan golongan miskin di
bandardengan menikmati kemudahan-kemudahan dan kelengkapan yang disediakan dalam
memastikan keselsaan setiap penduduknya dan mereka ini mampu bersaing dalam dunia
globalisasi dan proses perbandaran yang pesat membangun.

14
RUJUKAN

Ahmad Syahir Sarani, M. K. (2004). Pembasmian Kemiskinan Bandar dan Luar Bandar. Institut
Perkembangan Minda. Petaling Jaya

Chamhuri Siwar, M. H. (1988). Dasar dan Strategi Pembasmian Kemiskinan: Kumpulan


Rencana Tentang Kemiskinan. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur.

Haron, L. P. (2004). Kemiskinan di Malaysia. Isu Fundamental & Paparan Realiti dan Cabaran.

Hassan, N. (2006). Dinamika Masyarakat Bandar Malaysia. Ke arah Kualiti Hidup Mapan,
Universiti Malaya Kuala Lumput.

Mohamad, K. A. (2012). Kemiskinan Bandar. Penswastaan Kawasan Setinggan dan


Peminggiran Sosial.

Sakinah Mohamed. Diperoleh pada Mac 2014, 2012 daripada


http://kklw.bernama.com/news.php?id=464751

15

You might also like