You are on page 1of 20

BAB 7

PELAKSANAAN PENSWASTAAN
DI MALAYSIA

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Memahami objektif-objektif penswastaan dalam konteks
pentadbiran awam di Malaysia.
2. Mengenal pasti faktor-faktor yang membawa kepada
penswastaan dalam pentadbiran awam.
3. Membincangkan aspek utama dalam sistem pentadbiran yang
perlu dipertimbangkan dalam pelaksanaan penswastaan.
4. Mengenalpasti rekod-rekod dan jenis-jenis penswastaan yang
telah dilaksanakan di Malaysia.

7.1 PENGENALAN

Gerakan ke arah penswastaan di kalangan negara-negara sedang


membangun mungkin lebih merupakan faktor tekanan-tekanan luaran
iaitu daripada penderma-penderma antarabangsa dan agensi-agensi
pemberi hutang seperti USAID, Bank Antarabangsa bagi Pembinaan
Semula dan Pembangunan (International Bank for Reconstuction and
Development—IRBD) dan International Monetory Fund (IMF) atau Tabung
Kewangan Antarabangsa daripada sebarang perubahan ketara dalam
falsafah ekonomi atau politik negara-negara itu sendiri (Alyen, 1987: 68).
Delion mencatatkan bahawa sebab utama penswastaan ialah khusus
kerana pembangunan-pembangunan industri serta teknikal dalam
cabang-cabang seperti komunikasi (telekomunikasi dan penyiaran),
teknologi dan perniagaan dengan semua interaksi-interaksi dalaman dan
menyeberang sempadan industri (Delion, 1991: 65).

Cuba anda fikirkan sejenak apakah yang dimaksudkan


dengan penswastaan?

Faktor lain yang menambah kepada gerakan penswastaan ialah sama ada
defisit belanjawan atau ketidakmampuan kerajaan sendiri untuk

95
menguruskan sektor awam yang terlalu ramai kakitangannya,
sebagaimana yang jelas terdapat dalam kes di Malaysia. Walau
bagaimanapun, kelesuan bantuan atau aid fatigue di kalangan negara
membangun mungkin dapat disesuaikan dengan kelesuan pembangunan
atau development fatigue di kalangan elit-elit pemerintah di negara sedang
membangun dan penswastaan menyediakan penyelesaian-penyelesaian
yang praktikal terhadap hutang-hutang negara berkenaan. Tetapi,
pemikiran ini dikatakan sebagai bersifat spekulatif dan pembangunan
sebagai suatu ideologi mungkin masih lagi kuat dikalangan pemimpin-
pemimpin politik dan juga perancang-perancang pusat. Kenyataannya
ialah bahawa pengalaman daripada penyediaan awam (public provision)
untuk barangan dan perkhidmatan adalah terlalu tinggi perbelanjaannya,
bertambahnya hutang kerajaan, birokrasi yang tidak telus (bloated) dan
ketidakcekapan ekonomi. Oleh yang demikian, penswastaan hanya
menyediakan suatu penyelesaian alternatif untuk menilai semula
program-program sektor awam dan menukar (transform) beberapa
tanggungjawab (onus) kerajaan kepada sektor awam.

Manakala tanggapan umum terhadap sektor swasta itu lebih cekap


daripada sektor awam. Adalah tidak bijak untuk membandingkan
kecekapan kedua-dua sektor tersebut kerana ia dianggap suatu kes sama
seperti membandingkan buah limau dengan epal. Bagi pendokong-
pendokong (proponents) perusahaan awam mereka menyenaraikan hasil
penemuan mereka untuk menyokong pendapat yang mengatakan
penawaran swasta (private supply) itu lebih cekap daripada penawaran
awam. Sebaliknya, penyokong-penyokong sektor awam menunjukkan
bahawa perusahaan-perusahaan swasta dan awam tidak berbeza secara
signifikan dari satu dengan yang lain apabila dilihat dalam istilah
kecekapan produktif dan peruntukan (productive and allocative efficiency). Ini
pada asasnya merupakan satu cabaran untuk mendefinisikan semula
campuran antara awam dan swasta dalam pengeluaran barangan dan
penghantaran perkhidmatan-perkhidmatan.

7.2 OBJEKTIF-OBJEKTIF PENSWASTAAN

Gerakan penswastaan adalah suatu perkara yang baru dalam konteks


Malaysia. Tidak syak lagi, kepimpinan politik Malaysia begitu beria-ia
terhadap penswastaan ini. Bagi kerajaan sendiri, ia bukanlah satu
program yang kukuh pada lahiriahnya, kerana dikatakan selalu bersifat
berat sebelah ke arah swasta daripada penyediaan secara kolektif atau
bersama dan untuk satu bentuk harta yang dikatakan lebih baik dipegang
oleh pihak swasta daripada dipegang oleh negara. Sebenarnya kerajaan
memang telah merangka satu rancangan induk untuk program

96
penswastaan ini dengan bantuan daripada perunding-perunding luar
negeri supaya ia boleh dilaksanakan dengan lebih cepat dan dalam suatu
keadaan yang lebih tersusun.

Penswastaan dalam istilah yang lebih luas bererti mengurangkan peranan


langsung kerajaan dalam perniagaan dan peranan utamanya hendaklah
dipindahkan kepada sektor swasta. Dasar Penswastaan yang telah
diumumkan oleh Dr. Mahathir dalam bulan Mac 1983 bererti kebalikan
atau bertentangan dengan pemiliknegaraaan atau nationalization. Objektif
pemiliknegaraan ialah kerajaan mengambil alih hak milik ekonomi
melalui perusahaan-perusahaan awam, manakala penswastaan bererti
pemindahan perkhidmatan-perkhidmatan dan perusahaan-perusahaan
awam kerajaan kepada sektor swasta. Jika dilihat akan objektif ini secara
sempit, maka ia mungkin membawa kepada kerajaan menyahut seruan
penswastaan terhadap perkhidmatan-perkhidmatan awam (public
undertaking), malah bukan sahaja yang tidak cekap perjalanannya, tetapi
juga perkhidmatan awam yang cekap dan berjalan dengan baik pun akan
diambil alih oleh sektor swasta. Ini menimbulkan banyak persoalan di
mana sama ada kerajaan telah gagal memenuhi peranannya untuk
menjalankannya dengan betul.

Pengumuman dasar tersebut oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr.


Mahathir Mohamad di permulaan tahun 1983 telah diikuti oleh satu
arahan kepada semua jabatan kerajaan supaya mengenalpasti bidang-
bidang aktiviti jabatan-jabatan masing-masing yang boleh diswastakan.
Perdana Menteri sendiri telah menegaskan hal ini apabila beliau
memberikan ucapannya di suatu persidangan mengenai Industri Sekuriti
di Malaysia pada 28 April 1984. Beliau menekankan antara lain:

“… kerajaan-kerajaan di kebanyakan tempat di dunia memang


menghadapi ketidakcekapan apabila menguruskan perusahaan-
perusahaan, sekalipun dibantu dengan monopoli dan kuasa kerajaan.
Di satu keadaan yang lain, sektor swasta lebih bermotivasi dan
umumnya lebih cekap. Adalah diharapkan bahawa penswastaan akan
dapat memperbaiki perkhidmatan-perkhidmatan prestasi umum dan
ekonomi, yang memberi kesan pertumbuhan negara keseluruhannya
dengan yang lebih cepat …” (Ahmad Atory Hussain, 1998: 287)

Rasionalnya Dasar Penswastaan di Malaysia telahpun dinyatakan dalam


lima bentuk objektifnya iaitu
(i) Untuk mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan;
(ii) Untuk meningkatkan persaingan, meninggikan kecekapan dan
produktiviti;
(iii) Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi melalui pertambahan
peranan sektor swasta;

97
(iv) Mengurangkan/mengecilkan saiz dan kehadiran sektor awam
dalam ekonomi negara; dan
(v) Meluaskan peluang-peluang ekonomi bagi memenuhi sasaran
pemilihan Bumiputra seperti yang terkandung di dalam Dasar
Ekonomi Baru (Malaysia, 1991: 23).

Tetapi, sekiranya ditinjau dari istilah Eropah seperti yang disebutkan di


atas, terdapat satu perhitungan yang rendah (underestimation) terhadap
objektif penswastaan yang kedua dalam kes di Malaysia yang berkait
dengan pembaharuan pentadbiran. Justeru itu, objektif yang kedua inilah
yang dipertimbangkan dalam perbincangan di dalam modul ini. Di atas
kepercayaan bahawa penswastaan akan membawa suatu peningkatan
dalam aspek kecekapan, keberkesanan dan persaingan dalam
perkhidmatan awam Malaysia, maka Dasar Penswastaan diperkenalkan
dan terus berjalan sehingga hari ini.

SOALAN DALAM TEKS

1. Apakah yang dimaksudkan dalam objektif


penswastaan iaitu mempercepatkan pertumbuhan
ekonomi?
2. Bagaimanakah pelaksanaan program penswastaan
dapat mengurangkan beban kewangan dan
pentadbiran kerajaan?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

7.3 FAKTOR-FAKTOR PERLUNYA PENSWASTAAN


DI MALAYSIA

Empat objektif yang pertama penswastaan di atas dianggap lebih mirip


dan seterusnya kembali kepada perusahaan awam selepas hampir dua
dekad dalam genggaman korporatisme negara (state corporatism).
Penggunaan penswastaan adalah satu penyesuaian yang lebih pragmatik
dalam strategi pembangunan daripada kembali kepada falsafah ekonomi
bebas atau laissez faire seperti yang terdapat dalam tahun 1960-an. Realiti-
realiti ekonomi dan ketidakcekapan perusahaan-perusahaan awam dalam
tahun 1980-an telah membuktikan perhatian berat kerajaan ke atas hala
tuju kewangan awam.

98
Defisit belanjawan sektor awam yang semakin tinggi telah
mengakibatkan usaha kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan
dan pentadbiran kerajaan. Perbelanjaan mengurus (operating expenditure),
bayaran-bayaran pindahan dan hutang telah meningkat lebih daripada
separuh jumlah perbelanjaan mengurus federal/persekutuan.
Perbelanjaan telah meningkat dengan banyak dari RM12,433 juta dalam
tahun 1977 kepada RM37,183 juta dalam tahun 1986. Pertumbuhan
perbelanjaan kerajaan yang lebih cepat itu telah mengakibatkan
melebarnya jurang sumber (resource gap). Jika diambil tiga tahun berturut-
turut, didapati jumlah perbelanjaan awam naik mendadak daripada 28.7
peratus GNP/KNK pada harga pasaran dalam tahun 1970 kepada 40
peratus dalam tahun 1979 dan 61.2 peratus dalam tahun 1982. Manakala
defisit sektor awam yang disatukan (consolidated public sector deficit) hanya
3.5 peratus GNP/KNK dalam tahun 1970 dan ia telah naik kepada 8.8
peratus dalam tahun 1979 dan 26.3 peratus dalam tahun 1982 (Mehmet,
1986: 133).

Satu faktor utama yang menyebabkan begitu meningkatnya arah aliran


kewangan ialah pertambahan dalam aliran sumber belanjawan kepada
perusahaan-perusahaan awam badan-badan separuh kerajaan (quasi-
government) dan syarikat-syarikat kerajaan. Jumlah perbelanjaan
perusahaan-perusahaan awam sebagai satu peratusan GDP (Gross
Domestic Product) atau KKDN (Keluaran Kasar Dalam Negara) ialah 25
peratus dalam tahun 1985, naik sehingga lebih dari 100 peratus daripada
tahun 1970. Perusahaan-perusahaan awam (yang juga digelar Non-
Financial Public Enterprises—NFPES) atau Perusahaan-perusahaan Awam
Tanpa Pembiayaan Kerajaan adalah seperti badan-badan berkanun dan
syarikat-syarikat yang dimiliki kerajaan ataupun dikawal oleh kerajaan.
Dikatakan, memang tidak terdapat satu maklumat yang tepat mengenai
saiz sektor perusahaan awam di Malaysia. Angka-angka mengenai
bilangan syarikat-syarikat kerajaan meliputi 525 kepada 882 buah syarikat
kerajaan, yang mana kerajaan mempunyai lebih kurang 78 peratus
pelaburan, menurut anggaran awal atau 78 peratus menurut anggaran
kedua. Dalam tahun 1987, hutang luar bagi 525 buah syarikat kerajaan
telah meningkat dengan banyaknya kepada lebih RM41.9 bilion; 74
peratus daripada hutang-hutang tersebut telah dijamin oleh kerajaan
Persekutuan.

Jelaslah bahawa mengurangkan beban kewangan kerajaan dengan


mengecilkan saiz sektor awam adalah saling melengkapi akan objektif-
objektif dalam strategi penswastaan. Tetapi, kerajaan memang berminat
hendak meningkatkan pertumbuhan sektor swasta dan memperkenalkan
gerak kuasa persaingan dalam ekonomi juga. Prestasi yang lembap dari
sektor-sektor awam dalam tahun-tahun 1980-an mempunyai banyak
sebab, tetapi pertumbuhan perbelanjaan awam mungkin mempunyai

99
kesan crowding out atau punggah keluar dana/tabung yang tersedia dan
peluang-peluang kepada firma-firma swasta. Ia istimewa kerana
perusahaan-perusahaan awam yang bersaing dengan syarikat swasta,
termasuk firma-firma Bumiputera dan dalam banyak lagi bidang yang
berkaitan. Memperkenalkan gerak kuasa persaingan untuk
memaksimumkan kecekapan industri sebagai satu objektif kelihatan
menggambarkan pandangan yang berbeza di pihak Perdana Menteri
mengenai perusahaan-perusahaan awam secara umum. Dalam ucapan
beliau antara lain menegaskan:

“… perusahaan-perusahaan awam yang dimiliki kerajaan tidak pernah


menguntungkan dan cekap. Malah apabila perusahaan-perusahaan itu
bersifat monopoli, mereka tidak boleh memperoleh keuntungan dengan
cara mereka itu, dividen juga kurang berupaya dibayar kepada pemilik-
kerajaan. Lebih kerap pula perusahaan awam berkehendakkan subsidi
dan penambahan modal dari kerajaan …” (Mohd. Nor Ghani, et al.
1984: 4)

Prestasi kewangan yang buruk dari NFPE menggambarkan kesukaran


yang dihadapi oleh perusahaan-perusahaan awam. Kerugian yang
bertambah dari NFPE meningkat dengan banyaknya sehingga RM2.3
bilion sebagaimana yang dilaporkan pada akhir tahun 1987. Kawalan
kewangan dan disiplin yang buruk juga telah dikesan sebagai bidang
masalah utama dalam pengurusan perusahaan awam. Dalam masa-masa
ekonomi yang mewah, tidak siapa yang peduli untuk menyiasat akaun
perusahaan-perusahaan awam tersebut walaupun terdapat data-data
kewangan mengenainya. Walau bagaimanapun, dengan pengaliran keluar
kewangan perusahaan-perusahaan awam itu ke atas keupayaan fiskal
kerajaan di tengah-tengah ketidakpuashatian rakyat terhadap prestasi
buruk tersebut, maka dikatakan penswastaan menjadi satu proposisi
ekonomi dan politik yang menarik.

Sememangnya terdapat banyak alasan-alasan terhadap prestasi buruk


perusahaan-perusahaan awam. Radin Soenarno dan Zainal Aznam
Yusof (1985: 22) telah menyenaraikan empat masalah utama dalam
pengurusan perusahaan awam Malaysia. Pertama, objektif-objektif
beberapa perusahaan awam selalunya tidak jelas dan mengakibatkan
pertindihan fungsi-fungsi dan duplikasi. Kedua, terdapat kesamaran
dalam kriteria objektif (misalnya matlamat-matlamat perdagangan
bertentangan dengan matlamat sosial untuk pemilihan program-program
dan projek-projek). Ketiga, banyak daripada perusahaan-perusahaan
awam mempunyai pengurus-pengurus yang kurang pengalaman dan
terlalu bergantung kepada tenaga kerja pengurus yang diperolehi daripada
birokrasi kerajaan.

100
Keempat, tidak terdapat koordinasi atau penyelarasan, peraturan dan
kawalan terutama kawalan kewangan yang lemah, serta dikelilingi pula
dengan ketidakcukupan pangkalan data (data-base) di setiap perusahaan
awam dan kekurangan laporan prestasi berjadual oleh perusahaan awam
berkenaan. Pertindihan kuasa pengambilan keputusan (jurisdictional
authority) antara kerajaan pusat dan agensi-agensi perusahaan awam
menyebabkan kesamaran tanggungjawab, dan Parlimen seolah-olah tidak
mempunyai cara tertentu untuk memelihara akauntabiliti awam daripada
kebanyakan perusahaan-perusahaan kerajaan. Hanya dalam tahun 1985
kerajaan ada menubuhkan sebuah Unit Pusat Pengumpulan Maklumat
(Central Information Unit—CICU), yang diikuti pula dengan penubuhan
sebuah Unit untuk Mengawal Syarikat-syarikat dan Agensi-agensi
Kerajaan (UPSAK) untuk menjalankan amalisis berhubung dengan
NFPE dengan lebih lengkap. Justeru itu, penswastaan dianggap sebagai
penyelesaian yang terbaik terhadap kegagalan yang terdapat di dalam
sektor awam dan perusahaan-perusahaan awam (Ahmad Atory Hussain,
1998: 291-292).

SOALAN DALAM TEKS

3. Jelaskan apakah punca-punca yang membawa


kepada kegagalan perbadanan-perbadanan awam
mengalami masalah prestasi yang buruk?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

7.4 PELAKSANAAN PENSWASTAAN

Strategi-strategi penswastaan masa kini dihalakan ke arah


memperkenalkan perubahan-perubahan prosedur baru. Dalam hal ini,
suatu Jawatankuasa Pemandu untuk memformulakan strategi-strategi
tersebut telah dibentuk atau ditubuhkan dan diletakkan di bawah Unit
Perancang Ekonomi (EPU) (INTAN, 1988: 41). Dua manual
penswastaan telah dikeluarkan oleh EPU, iaitu
(i) Garis panduan penswastaan untuk sektor-sektor swasta, bertarikh
21 Januari 1985; dan
(ii) Pekeliling Am penswastaan untuk sektor awam, bertarikh 21
Januari 1985.

101
Tujuan utama garis panduan tersebut ialah untuk memberi panduan
kepada jawatankuasa dalam mengenal pasti isu-isu yang mungkin timbul
daripada penswastaan terhadap agensi-agensi kerajaan tertentu. Antara
isu-isu yang dipertimbangkan ialah seperti berikut:
(i) Dasar Ekonomi Baru (DEB) – Program-program penswastaan
hendaklah dihalakan ke arah memperkukuhkan prinsip-prinsip
DEB untuk menyediakan peluang-peluang bagi penyertaan kaum
Bumiputera. Walau bagaimanapun, jika usahawan Bumiputera
tidak mampu menjalankan perusahaan-perusahaan yang
diperuntukan kepada mereka, kerajaan akan menubuhkan
lembaga amanah untuk memegang aset-aset ini sehingga tiba satu
masa nanti individu Bumiputera mampu menjalankan
perusahaan-perusahaan itu;
(ii) Penswastaan dan Ekuiti/Dasar Pemilikan – Sebahagian besar
daripada pemilikan saham di dalam syarikat-syarikat yang baru
ditubuhkan daripada projek-projek yang diswastakan itu
hendaklah diawasi oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan
dengan pelaburan asing, di mana ia melibatkan kepentingan
dalam program-program penswastaan tersebut;
(iii) Aspek-aspek Perundangan – Sebarang aspek-aspek perundangan
yang berkaitan dengan rancangan-rancangan penswastaan
seharusnya menjadi perhatian utama agensi-agensi berkenaan.
Semua peraturan dan undang-undang perlu dirangka atau dipinda
dengan berhati-hati supaya program-program penswastaan boleh
dijalankan dengan licin dan berkesan;
(iv) Penilaian dan Penentuan Harga – Suatu penilaian menyeluruh
mengenai harga hendaklah ditentukan dengan hati-hati oleh
agensi-agensi berkenaan supaya aset-aset yang akan dipindahkan
kepada sektor-sektor swasta akan mewakili nilai aset sebenar, dan
juga yang dijangkakan akan menjadi satu faktor utama dalam
menentukan harga perkhidmatan yang dibeli oleh pelanggan-
pelanggan;
(v) Staf dan Perkhidmatan – Untuk menjadikan penswastaan itu
berjaya, ia bergantung sebahagiannya kepada sokongan kuat
daripada kakitangan atau staf. Oleh itu, skim-skim penswastaan
hendaklah mengandungi syarat-syarat yang akan menjamin
kebajikan-kebajikan dan faedah-faedah kakitangan mereka; dan
(vi) Rancangan Penswastaan – Agensi-agensi kerajaan dikehendaki
menyediakan rancangan-rancangan penswastaan mereka, dengan
mereka bentuk perancangan jangka pendek, jangka pertengahan
dan jangka panjang dan kemudiannya menyerahkan cadangan
mereka itu kepada Jawatankuasa Penswastaan. Ini membolehkan
setiap agensi bersama-sama mengkaji cadangan dan kandungan
program-program antara agensi. Dengan berbuat demikian,

102
mereka akan membantu EPU memformulakan Rancangan Lima
Tahun Malaysia dan juga perancangan jangka panjang negara
(Ahmad Atory Hussian, 1998: 292-294).

Melihat kepada garis panduan yang dicadangkan oleh EPU di atas, tidak
ada satu pun proposisi yang mempunyai hala tuju secara langsung ke atas
peningkatan kecekapan dan keberkesanan, tidak juga kepada peningkatan
persaingan di kalangan pegawai-pegawai kerajaan. Jelaslah bahawa
objektif utama penswastaan dihala tujukan ke arah meringankan beban
kewangan kerajaan dan mengurangkan saiz sektor awam.

Walaupun pada prinsipnya penswastaan melibatkan pemindahan (transfer)


kawalan dan autoriti serta kepentingan kerajaan kepada sektor swasta,
tidak semua program-program tersebut memenuhi proposisi
penswastaan sebab ia berkait dengan situasi politik yang kompleks.
Selain itu, konsep penswastaan telah diubah suai oleh kerajaan Malaysia
untuk menyesuaikan dengan pragmatisme dan kegunaan atau expediency,
dan bukanlah merupakan falsafah ekonomi. Misalnya, seperti yang
dijelaskan di atas, EPU telah menggunakan tiga kategori yang umum iaitu
bentuk-bentuk yang lengkap, sebahagian dan terpilih (selective).

SOALAN DALAM TEKS

4. Apakah hubungan penswastaan dengan aspek


perundangan?
5. Bagaimanakah masa depan kakitangan sektor
awam (perbadanan awam) apabila agensi
berkenaan terbabit dalam penswastaan?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

7.5 REKOD PENSWASTAAN

Setakat ini beberapa badan/agensi kerajaan telah diswastakan seperti


berikut:
(i) Syarikat Telekom Malaysia Berhad ditubuhkan pada 1 Januari
1987;
(ii) Malaysia Airlines System (MAS) ditubuhkan pada tahun 1985;
(iii) Malaysian International Shipping Corporation (MISC);
(iv) Hospital Lady Templer Rampai Muda dalam tahun 1984;

103
(v) Perbadanan Automobil (Proton) ditubuhkan dalam tahun 1983
dengan 70 peratus; saham dipegang oleh HICOM, dan 30
peratus oleh Mitsuibishi Companies;
(vi) Skim-skim untuk menarik syarikat kewangan swasta kedalam
projek-projek pembinaan seperti North Port jalan Tol merentasi
by-pass Jalan Jejambat Tol Kuching (fly over);
(vii) Memberikan kontrak perkhidmatan orang ramai kepada
kontraktor swasta bagi menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan
yang dahulunya disediakan oleh sektor awam seperti pemberian
kontrak berbagai aktiviti pihak berkuasa tempatan seperti
perkhidmatan pembuangan sampah, Telecoms – RM2.5 bilion,
projek-projek pembangunan telekomunikasi, perkhidmatan-
perkhidmatan Terminal Kontena Pelabuhan Kelang; dan
(viii) Pelancaran sebuah Stesen Televisyen Saluran Tiga (TV3) dalam
tahun 1984 yang dimiliki oleh System Televisyen Malaysian Berhad
(ibid., 294-295).

Projek-projek lain termasuklah:


(i) North - South Highway telahpun diswastakan;
(ii) Pengiklanan Radio Malaysia;
(iii) NEB (National Electricity Board) telah diswastakan (corporatized)
pada 1 September 1990;
(iv) Labuan-Beufort Inter-Connection Metrolink;
(v) Pemeriksaan Kenderaan Perdagangan (Commercial Vehicle
Inspection);
(vi) Percetakan Keselamatan (Security Printing); dan
(vii) Pelabuhan Melaka, Jejambat Bandar raya Kuala Lumpur (Kuala
Lumpur City Overhead Flyovers), Perkhidmatan Pembuangan
Sampah Bandar Raya Kuala Lumpur (Garbage Disposal Services of
Kuala Lumpur City) (Hanafiah Omar, 1983: 28).

Terdapat juga projek-projek yang masih lagi dalam pertimbangan dan


yang akan diswastakan seperti perkhidmatan-perkhidmatan pelabuhan,
Keretapi Tanah Melayu dan Lumut Dockyard, Jabatan Pos (yang telah
diswastakan pada 1 Januari 1992), Stor Perubatan Kerajaan, Desaru,
Syarikat-syarikat kerajaan dan RTM. Rekod-rekod penswastaan setakat
ini boleh dikesan semula semenjak tahun 1987. Misalnya, sembilan
projek telahpun berjaya diswastakan, kemudian sepuluh projek lagi
diluluskan, manakala 35 ke 40 lagi sedang dalam pertimbangan akhir (kini
sebahagiannya telahpun diswastakan).

Lembaga Elektrik Negara dikatakan agensi utama yang telah diswastakan


pada 1 September 1990. Objektif kewangan penswastaan dikatakan lebih
jelas dikenal pasti dan mungkin lebih muda dicapai daripada pencapaian
peningkatan persaingan, kecekapan ataupun produktiviti. Misalnya,

104
kerajaan dijangka akan dapat menjimatkan sebanyak RM5 bilion dengan
penswastaan hanya lima projek baru yang besar sahaja iaitu; Skim
Perbekalan Air Sungai Selangor (RM750 juta), Lebuh Raya Utara-Selatan
(RM35 bilion), Projek Pembentungan Kuala Lumpur (RM370 juta),
Metro-Link (RM134 juta) dan Projek Perbekalan Air Labuan (RM112).

Beberapa pengukuran bagi menilai prestasi memang diberikan oleh


kerajaan untuk menunjukkan sejauhmanakah kemajuan dalam
melaksanakan dasar penswastaan yang digubal itu. Satu penilaian boleh
dibuat berdasarkan kepada beberapa aspek seperti perolehan kecekapan
(efficiency gains), sumbangan kepada pertumbuhan dan juga pengurangan
beban kerajaan (government relief).

Terdapat petanda yang jelas bahawa penswastaan telah membawa kepada


peningkatan kecekapan dalam perkhidmatan yang diberikan di beberapa
agensi kerajaan. Beberapa contoh boleh dicatatkan sebagai gambaran di
sini. Sebelum penswastaan misalnya, purata masa menuggu giliran
(turnaround time) bagi setiap perjalanan (per vessel) di Kontena Terminal
Pelabuhan Kelang ialah 11.7 jam, tetapi dua tahun selepas penswastaan
masa menunggu giliran itu telah berkurangan kepada 8.9 jam bagi setiap
perjalanan (vessel). Pemberian lesen TV3 pula telah dapat
memperkenalkan persaingan ke dalam industri yang mana sebelum ini
dimonopoli oleh sektor awam. Kesannya telah menunjukan peningkatan
dalam kualiti penyiaran TV dan memberi faedah kepada penonton-
penonton. TV3 juga telah menunjukkan prestasi yang lebih cemerlang
dan telah berjaya menyenaraikan syarikatnya ke dalam bursa saham
selepas empat tahun beroperasi.

Semenjak pengkorporatannya, STM (Sistem Telekom Malaysia) telah


menghasilkan beberapa peningkatan/pembaikan dalam pengurusannya,
termasuk pengenalan sistem bil yang lengkap, yang mana berjaya
mengurangkan kesalahan dan aduan, memasarkan perkhidmatan-
perkhidmatan baru, dan seterusnya menunjukan satu peningkatan dalam
pemasangan telefon serta perkhidmatan-perkhidmatan kerosakan. Selain
TV3, kerajaan juga telah membenarkan sebuah lagi stesen TV swasta
beroperasi iatu TV4 yang bermula pada awal tahun 1996, ekoran
kejayaan TV3 selama sepuluh tahun beroperasi secara swasta.

Bagi projek-projek yang baru diswastakan seperti Perbekalan Air Labuan,


projek tersebut telah dapat disiapkan lebih cepat daripada jadual dan juga
sasaran asal. Penyelesaian yang dicadangkan oleh sektor swasta adalah
kurang kosnya daripada yang mula-mula dikemukakan oleh agensi-agensi
kerajaan (Ahmad Atory Hussain, 1998: 298).

105
Sumbangan kepada pertubuhan penswastaan dan pertubuhan ekonomi
adalah berkait rapat. Dalam banyak contoh, penswastaan telah membawa
kepada perluasan korporat dan eksploitasi peluang-peluang pertumbuhan
yang lebih besar melalui dorongan sektor swasta. Misalnya, STM telah
memperkenalkan, meningkatkan dan memasarkan secara agresif
beberapa perkhidmatan baru yang dikatakan kurang diketahui umum
sebelum penswastaan tersebut. Ini termasuk Malaysian Packet, Switched
Public Data Network (MAYPAD), Rangkaian Automatic Telephone
Using Radio (ATUR), INTELSAT Business Service, Telebanking,
Perkhidmatan Dail Terus Antarabangsa (IDDS), Perkhidmatan Data,
Talian Sewaan Swasta (private leased lines) dan lain-lain (ibid., 298).

Penswastaan juga mengakibatkan pelbagai kesan dalam ekonomi negara.


Pendekatan agresif TV3 telah membawa satu pemangkin untuk
pertumbuhan dalam pembuatan filem domestik dan industri
pengiklanan. Ini telah membawa kepada liberalisasi atau nyah-peratur
(deregulation) dan suatu unsur persaingan yang dilihat dalam penyiaran
televisyen.

Pertubuhan ini dihasilkan dalam suatu keadaan yang lebih langsung


melalui pelaksanaan berbagai-bagai projek ‘BOT’ (Build Own Transfer) dan
juga pemberian aktiviti-aktiviti yang berlesen. Terdapat suatu pertubuhan
keusahawanan swasta yang menggalakkan dalam sektor-sektor yang
dahulunya menjadi milik atau domain kerajaan. Projek-projek penswastaan
telah membantu pembangunan infrastruktur pada suatu ketika sektor
awam sedang memotong perbelanjaan pembangunannya. Pemberian
lesen untuk menjalankan perniagaan TV swasta misalnya membolehkan
TV3 melabur ekuiti sebanyak RM44 juta dalam pembinaan hingga
kepada operasinya.

Perkembangan penswastaan negara sangat menggalakkan dan di luar


jangkaan para penganalisis selama ini. Misalnya sehingga September
1996, sejumlah 401 projek telah diswastakan, termasuk projek
pembinaan, perkilangan, penyediaan infrastruktur dan projek-projek
pengangkutan dan perhubungan. Satu lagi perkembangan yang menarik
ialah langkah kerajaan menswastakan pusat-pusat pengajian tinggi negara.
Universiti Malaya misalnya telah dipilih menjadi model pengkorporatan
yang telah dilaksanakan mulai tahun 1998. Ini akan diikuti oleh universiti-
universiti lain.

Selain daripada pengkorporatan pusat-pusat pengajian tinggi, yang


menarik lagi ialah hasrat kerajaan untuk menswastakan hospital di negara
ini. Selama ini beberapa pihak begitu skeptikal akan kemampuan swasta

106
untuk mengendalikan perkhidmatan yang berbentuk sosial dan kebajikan
seperti pendidikan dan hospital, tetapi kerajaan Malaysia kelihatannya
melangkah terlebih dahulu untuk menswastakan hospital.

Jika ini berjaya, ia dianggap satu langkah paling berani dan terbesar di
dunia. Mengikut laporan dari Menteri Kesihatan Malaysia, kerajaan akan
menswastakan beberapa perkhidmatan sokongan perubatan (medical
support services) kepada sejumlah 123 buah hospital dengan konsesi
berjumlah RM7.5 bilion yang bermula pada 1 Januari 1997.
Perkhidmatan-perkhidmatan sokongan perubatan itu termasuklah
Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia, Institut Kesihatan Awam, Biro
Kawalan Farmasi Negara dan Pusat Pendidikan Kesihatan dan
Komunikasi. Syarikat-syarikat yang terlibat dalam projek penswastaan ini
ialah Faver Medi-Serve Sdn. Bhd., Radicare (M) Sdn. Bhd, dan Tongkah
Medivest Sdn. Bhd. (ibid., 300).

7.6 BEBERAPA JENIS DEFINISI PENSWASTAAN

Bagi mengaitkan penswastaan dengan pembaharuan pentadbiran,


seseorang itu haruslah mengenal pasti akan definisinya terlebih dahulu.
Dalam hal ini, Thiemeyer (1986: 143-146) telah menyenaraikan sejumlah
definisi terhadap konsep penswastaan tersebut dalam perbincangan
bentuk Eropah. Antaranya ialah seperti berikut:
(i) Pertukaran (transfer) jualan atau harta awam kepada firma-firma
swasta atau individu;
(ii) Peralihan kepada bentuk-bentuk perundangan swasta (private law
legal firms), misalnya pembentukan syarikat-syarikat di bawah Akta
Syarikat;
(iii) Peralihan tugas-tugas penawaran individu awam kepada orang
atau firma, misalnya contracting out atau pemberian kontark;
(iv) Peralihan kepada pengurusan perniagaan persendirian (swasta)
dalam bentuk yang berorientasikan keuntungan, misalnya
memperkenalkan kaedah-kaedah perniagaan kepada pentadbiran
awam;
(v) Perluasan margin autonomi untuk pengurusan perusahaan awam,
seperti menubuhkan satu sayap hubungan yang kuat antara
industri-industri negara dengan kerajaan;
(vi) Menyesuaikan syarat-syarat operasi perusahaan awam terhadap
firma-firma swasta;
(vii) Pengurangan sehala akan kedudukan dan skop perkhidmatan-
perkhidmatan awam seperti loading shedding;
(viii) Penswastaan sumber-sumber awam;
(ix) Penswastaan hasil awam; misalnya memudahkan modal swasta
kepada modal awam dan hasil-hasilnya;

107
(x) Penswastaan yang bersamaan dengan denationalization atau nyah-
nasionalisasi (pemiliknegaraan);
(xi) Perlucutan (dismantling) monopoli-monopoli negara;
(xii) Penggalakkan gerak-kuasa (force) persaingan;
(xiii) Pengurangan birokratisasi atau nyah-birokrasi (debureaucratization)
operasi-opersi yang dimilik kerajaan; dan
(xiv) Pemencaran/nyah-pemusatan (decentralization) pekerjaan-
pekerjaan, misalnya nyah-keistimewaan (deprivilege) pekerjaan
sektor awam dengan mengubah suai syarat-syarat upah dan syarat
bekerja dengan yang digunapakai di sektor swasta.

Rasionalnya penswastaan dalam pembaharuan pentadbiran ini dapat


diistilahkan sekurang-kurangnya kepada tiga definisi seperti yang
disebutkan di atas tadi (iaitu dari nombor xii ke xiv). Jelas di sini bahawa
objektif-objektif ini berkait pula dengan peningkatan/pembaikan
pengurusan dalaman atau usaha-usaha pembaharuan pentadbiran dalam
birokrasi-birokrasi awam dan tidak berkait dengan perubahan-perubahan
struktur dalam hubungan antara sektor swasta dan awam. Tetapi,
malangnya objektif-objektif ini telah disalah hitung dan tidak diteliti
dengan jelas apabila ia disarankan supaya penswastaan juga boleh
membawa kecekapan, keberkesanan, produktiviti dan lain-lain dalam
perkhidmatan awam itu sendiri (Ahmad Atory Hussain, 1998: 283).

Dalam perkataan lain, selain daripada objektif bersifat kewangan dan


ekonomi daripada konsep penswastaan tersebut, terdapat beberapa unsur
konsep yang boleh digunakan oleh sektor awam dalam hubungannya
untuk peningkatan kecekapan dan keberkesanan. Unsur-unsur tersebut
termasuklah memudahkan peraturan-peraturan awam mengenai syarat-
syarat yang dikenakan oleh kerajaan terhadap sesetengah aktiviti sektor
swasta, lebih tepat lagi apa yang disebut sebagai deregulation atau nyah-
peraturan itu sebagai pembukaan operasi swasta terhadap aktiviti-aktiviti
yang sebelum ini itu dikhaskan hanya kepada pihak-pihak berkuasa
awam. Selain itu, istilah deregulation itu juga kerap digunapakai kesan
daripada perpindahan konstren-konstren peraturan yang digunapakai
terhadap aktiviti-aktiviti swasta-awam, dan seterusnya penggunaan
deregulation itu ialah untuk digunakan sebagai kaedah-kaedah pengurusan
sektor swasta kepada sektor awam.

Dengan kata lain, tujuan penswastaan ini bukan sahaja untuk


memperbaiki operasi-operasi tetapi juga sebagai memperkenalkan
perubahan-perubahan peranan untuk mencapai matlamat-matlamat
organisasi. Di sini, sektor awam digerakkan ke arah memperolehi
keuntungan sosial (social profitability) yang mana berbeza daripada
keuntungan kewangan (financial profitability). Walau bagaimanapun,

108
penswastaan boleh dikaitkan dengan konsep keuntungan kewangan tadi
untuk tujuan kecekapan, perbandingan antara input-input dan output-
output, kos-kos dan keuntungan-keuntungan.

7.7 IMPAK PENSWASTAAN

Di bawah ini akan dibincangkan beberapa kesan daripada pelaksanaan


program penswastaan dalam pembaharuan pentadbiran di Malaysia
khususnya dalam menilai ke arah pencapaian objektif Dasar Penswastaan
itu sendiri.

7.7.1 Kelegaan Beban Kewangan dan Pentadbiran Kerajaan

Penswastaan telah berjaya mengurangkan beban pentadbiran kerajaan,


terutama dalam hal-hal personel/perjawatan dan tanggungjawab
kewangan. Kelegaan ini sangat signifikan dengan entiti penswastaan
yang besar seperti Jabatan Telekom yang mana sebelum
pengkorporatannya, terdapat sejumlah 20,000 pekerja dan purata
perbelanjaan tahunan RM831 juta dan perbelanjaan pembangunan
sebanyak RM1,371 juta. Penswataan telah menghasilkan jumlah wang
sebanyak RM755 juta daripada jualan kepentingan kerajaan dalam
berbagai-bagai syarikat. Selain itu, hasil tahunan daripada penswastaan
diperolehi dalam bentuk bayaran sewaan seperti dalam kes Terminal
Kontena Pelabuhan Kelang (KCT) dan lebih umum lagi dalam bentuk
cukai korporat. Selain itu, sebahagian daripada hutang-hutang kerajaan
telah dikurangkan melalui pinjaman kewangan semula (loan refinancing)
yang dijalankan oleh Syarikat Telekom Malaysia dan MISC yang
diswastakan itu. Jumlah kewangan yang dikatakan melegakan kerajaan
hasil daripada pelaksanaan projek-projek baru untuk pembangunan
infrastruktur yang berasaskan kepada konsep Build Own Transter (BOT)
atau Bina Milik Pindah adalah berjumlah RM5 bilion.
Penjimatan/simpanan tersebut mewakili jumlah yang akan dibelanjakan
oleh kerajaan jika projek-projek itu tidak diswastakan (ibid., 300).

Selain itu, pengurangan dalam beban kewangan kerajaan boleh dilihat


dari jumlah perbelanjaan modal yang tidak perlu lagi dikenakan terhadap
aktiviti yang telah diswastakan itu. Perbelanjaan modal agak besar dan
jelas sebagaimana yang terdapat di dalam Jabatan Telekom sebelum ini.

Jelaslah bahawa program-program penswastaan yang dijalankan antara


tahun 1983 dan 1988 merupakan langkah permulaan sahaja. Sehingga
Disember 1990, penswastaan diteruskan dengan tujuan untuk
meringankan beban pentadbiran dan kewangan kerajaan. Dalam hal ini,
sebanyak RM7.45 bilion atau 18.13 peratus daripada jumlah hutang
kerajaan Persekutuan sebanyak RM41.08 bilion yang dipinjam oleh enam

109
buah perusahaan milik kerajaan (Government-Owned Enterprises—GOE)
seperti Jabatan Telekomunikasi (sekarang Syarikat Telekom Malysia
Berhad) dan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC)
mempunyai baki pinjaman (outstanding loans) sebanyak RM4.54 bilion dan
RM269 juta masing-masing. Kedua-dua entiti ini sekarang merupakan
syarikat-syarikat yang disenaraikan di dalam bursa saham (ibid., 301).

Pindahan daripada beberapa agensi dan syarikat melalui program


penswastaan telah menyediakan kerajaan dengan satu lagi penjimatan
atau simpanan iaitu sebanyak RM704 juta. Jika kerajaan tidak
menswastakan lima buah projek pembangunan infrastruktur tersebut,
tentunya ia terpaksa membelanjakan sejumlah RM4 bilion wang awam
(public fund) untuk membiayai projek-projek tersebut. Dengan
penswastaan, tabungan datang dari berbagai syarikat yang menjalankan
projek-projek tersebut. Projek-projek itu ialah North Klang Straits By-
Pass yang menelan belanja RM20 juta, Jalan Kuching Interchange (RM86
juta), Perbekalan Air Labuan (RM126.5 juta), projek-projek Jalan
Interchange Kuala Lumpur (RM269 juta) dan Lebuh Raya Utara-Selatan
(RM3.4 bilion).

Terdapat empat buah perusahaan milik kerajaan (GEO) yang telah


dicadangkan untuk diswastakan iaitu-Lembaga Elektrik Negara (kini
Tenaga Nasional Berhad) yang telah menanggung hutang dari kerajaan
pusat sebanyak RM1.45 bilion, Keretapi Tanah Melayu (RM967 juta);
Malayan Shipyard and Engineering Sdn. Bhd. (RM120 juta); dan Food
Industries of Malaysia Sdn. Bhd. – FIMA (RM112 juta. Hasil yang
diperolehi oleh projek-projek penswastaan seperti Sport Toto Malaysia
Sdn. Bhd., MISC, MAS, Trade-winds dan Port Klang Container
Terminal berjumlah RM704 juta (ibid., 302).

7.7.2 Mengurangkan Saiz Sektor Awam

Mengurangkan saiz sektor awam merupakan satu lagi objektif


penswastaan. Dikatakan tidak ada ketentuan sama ada saiz sektor awam
telah benar-benar berkurangan, kesan daripada pelaksanaan penswastaan
tersebut. Ini kelihatan lebih retorik daripada kenyataan. Ini disebabkan
seperti yang disebut dalam modul 6, bahawa tidak ada maklumat yang
tepat mengenai saiz sektor awam dan dikatakan bahawa sehingga tahun
1991, kerajaan telah dapat mengurangkan hanya sebahagian kecil sahaja
tenaga kerja sektor awam, iaitu daripada 31,000. Walau bagaimanapun,
satu perkembangan yang mengkagumkan berlaku di mana hasil dari
penswastaan yang dijalankan secara terancang oleh kerajaan, sehingga
tahun 1996, telah dapat menjimatkan perbelanjaan modal berjumlah
RM96.2 bilion, sementara seramai 98,000 anggota awam telah
dipindahkan kepada sektor swasta.

110
7.7.3 Melengkapkan Dasar Ekonomi Baru

Akhir sekali ialah penswastaan juga bertujuan untuk melengkapkan


objektif Dasar Ekonomi Baru (DEB). Adalah tidak tentu apakah
keupayaan untuk menyerapkan kewangan Bumiputera yang mencukupi
itu benar-benar wujud bagi memenuhi faedah daripada penswastaan.
Manakala syarikat-syarikat kerajaan yang lebih kecil boleh diswastakan
kepada firma-firma yang dikawal oleh Bumiputera, adalah mungkin juga
bahawa untuk alasan-alasan politik dan juga kewangan, agensi Amanah
Bumiputera seperti PNB akan ditawarkan pilihan projek-projek
penswastaan yang strategi dan penting pada masa akan datang. Justeru
itu, skop dan bidang penswastaan mungkin dihadkan oleh ketersediaan
(availability) modal Bumiputera, sama ada keseluruhannya atau kerjasama
dengan lain-lain syarikat swasta (domestik atau luar negara), untuk
mengambil peluang-peluang atau bahagian penswastaan tersebut.
Masalah ini dikatakan bertentangan dengan onjektif-objektif keseluruhan
pelaksanaan penswastaan itu.

Tetapi, masih sedikit perhatian diberikan kepada hubungan antara


penswastaan dan pembaharuan pentadbiran, terutamanya dalam aspek-
aspek kelakuan, misalnya, kecekapan, keberkesanan dan persaingan di
kalangan pegawai-pegawai kerajaan. Empat objektif merupakan alasan-
alasan yang secara umumya diterima untuk tujuan penswastaan tersebut
(meningkatkan pertumbuhan dan kecekapan) manakala objektif yang
kelima (untuk memenuhi tuntutan DEB) sebagai satu alasan pengagihan
yang unik kepada situasi Malaysia. Pada penglihatan kepimpinan politik
dan pembuat-pembuat dasar, lima objektif ini membentuk satu pakej
yang bersifat holistik (berdasarkan pengalaman lalu) mengenai Dasar
Penswastaan Malaysia.

7.8 KESIMPULAN

Objektif-objektif utama Dasar Penswastaan di Malaysia adalah untuk


meringankan beban kewangan kerajaan, meningkatkan pelaburan swasta,
mengurangkan saiz sektor awam, menggalakkan persaingan, kecekapan,
keberkesanan dan produktiviti dan akhir sekali untuk memenuhi
matlamat-matlamat Dasar Ekonomi Baru. Jelaslah bahawa pelaksanaan
penswastaan dihala tuju ke arah menyelesaikan masalah kewangan
kerajaan dan ketidakcekapan ekonomi, manakala objektif penswastaan
dalam bentuk menggalakan persaingan dan kecekapan dalam
perkhidmatan awam telah diberi perhitungan yang rendah sekali
(underestimation). Oleh yang demikian, objektifnya kelihatan berkait
dengan pembaharuan pentadbiran.

111
Semenjak kerajaan memperkenalkan Dasar Penswastaan, terdapat
beberapa perubahan dan pembaharuan yang telah berlaku dalam
pentadbiran negara ini. Melalui slogan penswastaan, beberapa
perkhidmatan tertentu telah dicadangkan untuk diswastakan. Walau
bagaimanapun, Dasar Penswastaan telah menghasilkan impak struktur
yang agak besar ke atas perkhidmatan awam, di mana pelaksanaan
penswastaan di Malaysia adalah lebih kepada menswastakan cara-cara
pelaksanaan atau menswastakan pengeluaran perkhidmatan-
perkhidmatan awam.

Harus diingat bahawa dalam melaksanakan penswastaan dalam


perkhidmatan awam di Malaysia, banyak cabaran dan halangannya.
Faktor-faktor persekitaran dan keadaan ekonomi global turut
mempengaruhi perkembangan dan kemajuan penswastaan di negara ini.
Oleh itu, jika berlaku kegagalan dan ketidakupayaan beberapa agensi
kerajaan yang sudah diswastakan merupakan petunjuk bahawa tidak
semua yang diswastakan itu mampu mencapai matlamat seperti yang
telah ditetapkan. Namun, sekurang-kurangnya pihak kerajaan dapat
melakukan sesuatu pembaharuan dalam pentadbiran dan perkhidmatan
awam di negara ini.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah rasionalnya Dasar Penswastaan di Malaysia?


2. Nyatakan faktor-faktor penyebab perlunya penswastaan di
Malaysia?
3. Huraikan isu-isu yang mungkin timbul daripada pelaksanaan
penswastaan terhadap agensi-agensi kerajaan?
4. Bincangkan definisi konsep penswastaan yang dikemukakan oleh
Thiemeyer.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Pelaksanaan penswastaan dapat membantu mempercepatkan


pertumbuhan ekonomi kerana penswastaan membuka peluang
kepada sektor swasta bagi meningkatkan peranannya dalam
pembangunan negara. Ini kerana sektor swasta yang

112
berorientasikan komersial dan mengutamakan keuntungan
dijangka menjadi teras bagi pertumbuhan ekonomi yang lebih
pesat dan kesan daripada itu pihak kerajaan akan memperolehi
hasil daripada cukai korporat yang boleh digunakan untuk
pembangunan sosioekonomi.

2. Program penswastaan yang dijalankan oleh pihak kerajaan dapat


mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan kerana
kerajaan akan menyerahkan kegiatan komersial kepada sektor
swasta supaya kerajaan dapat menumpukan usaha ke atas fungsi
tradisi seperti mengekalkan keamanan negara dan memberikan
sokongan bagi mencapai objektif pertumbuhan dan pengagihan.

3. Antara alasan yang mengaitkan perbadanan-perbadanan awam


dengan prestasi yang buruk ialah
(a) Objektif penubuhan beberapa perusahaan awam
selalunya tidak jelas.
(b) Terdapatnya kesamaran dalam kriteria objektif
perbadanan awam yang adakalanya bertentangan di antara
matlamat sosial dengan matlamat perdagangan.
(c) Kebanyakan perbadanan awam mempunyai pengurus
yang kurang berpengalaman dalam mengendalikan aktiviti
berbentuk perniagaan.
(d) Tidak terdapatnya penyelarasan atau koordinasi,
peraturan dan kawalan dalam perbadanan awam seperti
dalam kawalan kewangan yang lemah dan tidak
mempunyai maklumat yang mencukupi.

4. Dalam pelaksanaan penswastaan ia melibatkan perubahan dalam


aspek perundangan. Bagi memudahkan pelaksanaan program
penswastaan, kerajaan telah meminda beberapa undang-undang
yang merupakan penghalang yang tidak disengajakan terhadap
program ini kerana penswastaan melibatkan aspek seperti
Perlembagaan dan Akta Pencen 1980 dan juga undang-undang
yang berkaitan dengan kerajaan seperti Akta Telekomunikasi
1950, Akta Lembaga Pelabuhan 1960 dan Akta Elektrik 1949.

5. Bagi kakitangan dari badan berkanun atau perbadanan awam


yang terbabit dalam pelaksanaan program penswastaan, masa
depan mereka masih terjamin dan mereka diberikan dua pilihan
iaitu sama ada menyertai entiti yang diswastakan atau tidak.
Mereka yang tidak memilih untuk berkhidmat dengan entiti yang
diswastakan akan disarakan dan diberikan hak persaraan mereka
dengan serta-merta. Manakala, mereka yang memilih untuk

113
berkhidmat dengan entiti yang diswastakan akan diberikan dua
pilihan skim perkhidmatan iaitu skim yang menyerupai skim
perkhidmatan kerajaan dan skim yang bercorak komersial.
Dalam skim komersial, kakitangan layak untuk membeli saham
entiti berkenaan dan mendapat bonus yang dibayar dari semasa
ke semasa berasaskan pretasi entiti berkenaan.

114

You might also like