You are on page 1of 6

GMGA2053 KERAJAAN TEMPATAN

1. PENGENALAN

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diwujudkan di bawah Akta Kerajaan

Tempatan 1976. Antara tujuan ianya ditubuhkan ialah untuk memberi peluang

kepada penduduk tempatan untuk mengambil bahagian dalam pengurusan

kawasan-kawasan yang didiami oleh mereka.Terdapat beberapa jenis kerajaan

tempatan yang ada di Malaysia dimana setiap satunya mempunyai fungsi, tugas

atau bidang kuasa yang berbeza antara satu dengan yang lain.

TAKRIFAN PBT

Takrifan PBT dibuat berdasarkan 3 undang-undang PBT seperti berikut :-

i) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) - PBT di Semenanjung Malaysia

Seksyen 2 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) mentakrifkan PBT sebagai

Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah manakala bagi

Wilayah Persekutuan, PBT ditakrifkan sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur

seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 3 Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.

ii) Local Authorities Ordinance 1996 (Chapter 20) - PBT di Sarawak

"Local Authority" means -

(a) a City Administration named in Part I of the First Schedule;

(b) a Municipal Council named in Part II of the First Schedule;

1
GMGA2053 KERAJAAN TEMPATAN
(c) a District Council named in Part III of the First Schedule;

Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) turut dimasukkan dalam (b) di atas.

iii) Local Government Ordinance 1961 (Sabah No. 11 of 1996) - PBT di

Sabah

"Authority" means any District Council, Town Board or Municipal Council

established under the provisions of Section 3.

Menurut Malcolm W.Norris (1989), kerajaan tempatan di Semenanjung

Malaysia merujuk kepada kerajaan di kawasan bandar, luar bandar atau

gabungan kedua-dua kawasan ini dan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan

negeri. Pada asasnya, penubuhan kerajaan tempatan bertujuan untuk memberi

peluang kepada penduduk tempatan mengambil bahagian dalam pentadbiran

kawasan mereka. Langkah ini bertujuan bagi memastikan segala keputusan

dapat dibuat dengan cepat dan selaras dengan kehendak penduduk tempatan.

Mengikut Perkara 4, Senarai Kedua, Perlembagaan Persekutuan, kerajaan

tempatan yang di luar Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan

Putrajaya) berada di bawah tanggungjawab kerajaan negeri masing-masing.

Sungguhpun kerajaan tempatan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri,

2
GMGA2053 KERAJAAN TEMPATAN
tetapi pentadbirannya berada di bawah kawalan kerajaan persekutuan menerusi

Bahagian Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Kerajaan tempatan berfungsi untuk memberi perkhidmatan perbandaran di

kawasan-kawasan yang ditetapkan seperti penjagaan kebersihan am, memungut

sampah, kesihatan am, menyediakan sistem tandas dan saluran najis. Badan

yang menyediakan perkhidmatan ini dikenali sebagai penguasa tempatan.

Kerajaan tempatan adalah satu unit yang sah yang mempunyai kuasa untuk

mendakwa dan didakwa, membuat kontrak, memiliki harta, mengutip cukai dan

sewa, menikmati autonomi kewangan serta membuat undang-undang kecil (by-

laws).

2. PE

BA

NG

UN

AN

3
GMGA2053 KERAJAAN TEMPATAN
MAMPAN

Pembangunan mampan ialah pembangunan yang dapat memenuhi

keperluan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi

keperluan pada masa depan. Pembangunan bandar yang mampan harus

dijalankan dengan mengambil kira keupayaan menampungnya, pengambilan

sumber, pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang dicetuskan

ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya. (White & Whitney, 1992).

Pembangunan bandar yang mampan perlulah mengambil kira keadilan

sosial, keperluan manusia asas, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dari

segi ruang dan masa. Salah satu cara untuk mencapai pembangunan mampan

tersebut adalah melalui kesihatan ekonomi bandar. Justeru itu, aktiviti ekonomi,

peluang pekerjaan dan kemiskinan perlu diambil perhatian dan daripadanya

peranan aktiviti informal serta perdanganan skala kecil (petty commodity sector)

menjadi penting. (David Drakakis-Smith, 1995).

3. KONSEP PEMBANGUNAN MAMPAN

Konsep pembangunan mampan mementingkan kesejahteraan rakyat yang

bergantung kepada kemakmuran ekonomi, dan pembentukan insan yang

hasratnya adalah keharmonian hidup bermasyarakat; serta penglibatan awam

dalam proses perancangan dan pembangunan.

4. TUJUAN PEMBANGUNAN MAMPAN

4
GMGA2053 KERAJAAN TEMPATAN
4.1 Pemuliharaan Sumber

Memastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada masa

sekarang dan akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif,

pengurangan sumber yang tidak boleh diperbaharui, pemuliharaan

kepelbagaian sumber semulajadi.

Pemuliharaan merangkumi penggantian sumber, perubahan dalam

cara pengunaan dan member perhatian kepada faktor ‘intagible’ seperti

nilai keselesaan dan nilai warisan.

4.2 Pembangunan Fizikal

Memastikan pembangunan alam bina akan berharmoni denganaam

semulajadi di mana hubungan mereka adalah seimbang dan saling

memanfaatkan. Selain itu, membantu menyedarkan komuniti tentang

peluang terdapat di kawasan tersebut.

Meminimumkan pembaziran sumber dan keburukan yang akan

dibawa kepada komuniti apabila sesetengah kawasan perniagaan

mengalami tekanan pembangunan yang melampau sedangkan

sesetengah kawasan mengalami kemerosotan perniagaan seperti

penutupan kedai dan kehilangan pekerjaan.

4.3 Kualiti Alam Sekitar

Mengelakkan pencemaran alam, melindungi kapasiti ekosistem dan

mengelakkan pembangunan yang akan mengancam kesihatan manusia

5
GMGA2053 KERAJAAN TEMPATAN
atau menjejaskan kualiti kehidupan.

Selain itu mengurangkan atau mengubah proses pengeluaran atau

perniagaan yang akan menjejaskan kualiti hidup manusia. Cara

pembuangan dan pelupusan sampah harus dititiberatkan.

4.4 Kesaksamaan Sosial

Mengelakkan pembangunan yang akan menambahkan jurang antara

golongan kaya dan miskin serta menggalakkan pembangunan yang dapat

mengurangkan ketidaksamaan social.

Mengurangkan pembaziran tenaga manusia. Kesaksamaan sosial

perlu dipelihara dari segi peluang ekonomi di sesuatu kawasan.

4.5 Penyertaan Politik

Menggalakan penyertaan komuniti dalam membuat keputusan.

You might also like

  • Bab 3
    Bab 3
    Document18 pages
    Bab 3
    Anonymous Y1wa9Zak
    No ratings yet
  • Dasar Dan Analisis Fiskal
    Dasar Dan Analisis Fiskal
    Document13 pages
    Dasar Dan Analisis Fiskal
    Anonymous Y1wa9Zak
    No ratings yet
  • Bab 7
    Bab 7
    Document17 pages
    Bab 7
    Anonymous Y1wa9Zak
    No ratings yet
  • Bab 8
    Bab 8
    Document6 pages
    Bab 8
    Anonymous Y1wa9Zak
    No ratings yet
  • Bab 6
    Bab 6
    Document12 pages
    Bab 6
    Anonymous Y1wa9Zak
    No ratings yet
  • Bab 7
    Bab 7
    Document20 pages
    Bab 7
    Anonymous Y1wa9Zak
    No ratings yet
  • Bab 3
    Bab 3
    Document15 pages
    Bab 3
    Anonymous Y1wa9Zak
    No ratings yet
  • Bab 8
    Bab 8
    Document16 pages
    Bab 8
    Anonymous Y1wa9Zak
    No ratings yet
  • Bab 6
    Bab 6
    Document14 pages
    Bab 6
    Anonymous Y1wa9Zak
    100% (1)
  • Bab 8
    Bab 8
    Document16 pages
    Bab 8
    Anonymous Y1wa9Zak
    No ratings yet