You are on page 1of 5

a)Tiga langkah terakhir dalam proses pembentukan pasukan ialah:

i)Penyesuaian
-Peringkat ini melibatkan ahli pasukan telah mengenali ahli lain dengan lebih dekat dan
hubungan semakin mesra
ii)Perlaksanaan
-Pada peringkat ini, pasukan lebih memfokuskan kepada perlaksanaan tugas yang diberikan
kepada mereka
iii)pembubaran
-Peringkat ini hanya akan berlaku apabila matlamat bagi menyelesaikan isu yang
diketengahkan kepada mereka berjaya

b)Dua jenis kuasa yang dimiliki seseorang pemimpin dalam sesebuah organisasi ialah:
i)Kuasa sah
-Merupakan keupayaan ketua mempengaruhi pengikut dengan kuasa yang diberikan
kepadanya
ii)Kuasa kepakaran
-Merujuk kepada keupayaanpemimpin mempengaruhi pengikutnya disebabkan oleh
pengetahuan atau kemahiran yang khusus dimiliki oleh pemimpin berkenaan

c)Dua perbezaan antara pemimpin formal dengan pemimpin tidak formal ialah:

Dimensi Pemimpin formal Pemimpin tidak formal


Jawatan Berdasarkan kelayakan yang Berdasarkan persetujuan bersama secara
ditetapkan secara rasmi oleh tidak rasmi dari sesebuah kumpulan yang
organisasi wujud dalam organisasi
Kuasa Kuasa sah melalui jawatan rasmi Kuasa yang diperoleh melalui pengaruh
yang disandang atau kedudukan sendiri dan kebolehan yang ada, iaitu
formal dalam organisasi kuasa rujukan dan kuasa kepakaran

d)Dua elemen atau syarat membuat tawaran ialah:


i)Tawaran mesti jelas, lengkap dan muktamad iaitu perkara yang berkaitan dengan barang,
tujuan, nilai dan tempoh masa
ii)Tawaran perlu dibuat kepada pihak tertentu iaitu kepada individu tertentu atau sekumpulan
orang
e)Dua jenis kontrak yang boleh dimasuki oleh seseorang di bawah usia 18 tahun ialah:
i)Kontrak keperluan hidup
-Orang yang membekalkan barangan keperluan kepada kanak-kanak berhak untuk mendapat
bayaran dari harta kanak-kanak tersebut
ii)Kontrak biasiswa
-Kanak-kanak berhak menandatangani perjanjian biasiswa walaupun belum mencapai usia 18
tahun dan perjanjian ini adalah sah serta mengikut di sisi undang-undang

f)Empat kebaikan komunikasi lisan secara bersemuka ialah:


i) Mesej boleh melalui saluran komunikasi dengan cepat dan sampai kepada penerima
ii) Maklum balas boleh diperoleh dengan cepat daripada penerima
iii)Gambaran lebih jelas melalui bahasa badan
iv) Komunikasi lisan kebanyakkannya secara tidak formal dan kejujuran dapat dirasakan

g)Dua kaedah mendengar secara berkesan ialah:


i)Mendengar secara kritikal dan nonjudgemental
Mendengar secara kritikal
-Merujuk kepada mendengar secara kritis dan cuba untuk memahami dengan tepat berkaitan
dengan apa yang hendak disampaikan, kemudian harus menganalisis apa yang didengar dan
juga memberi perhatian yang serius berkaitan dengan apa yang didengar
Mendengar secara nonjudgemental
-Merujuk kepada pendengar yang mendengar dengan pemikiran yang terbuka untuk
memahami apa yang disampaikan
ii) Mendengar secara cetek dan mendalam
Mendengar secara cetek
-Merujuk kepada tindakan seseorang itu mendengar mesej yang disampaikan berdasarkan
kepada maklumat-maklumat asas sahaja
Mendengar secara mendalam
-Pendengar akan cuba mendengar secara terperinci dan cuba untuk memahami maksud yang
tersirat dengan memberi maklum balas seperti memberi pandangan dan berhujah
h)Tiga elemen perundingan antara pengurus kilang keropok dengan pembekal ikan ialah:
i)Maklumat
-Dalam melaksanakan perundingan kedua-dua pihak perlu mempunyai maklumat yang
lengkap dan fakta yang tepat berkaitan dengan apa yang hendak dirundingkan
ii)Masa
-Merujuk kepada jumlah peruntukan masa yang ditetapkan semasa hendak menjalankan
rundingan
-Sekiranya perkara yang hendak dirunding adalah sukar maka jumlah masa yang
diperuntukkan adalah lebih berbanding dengan perkara yang mudah dirundingkan
iii)Kuasa
-Merujuk keupayaan seseorang membuat keputusan semasa rundingan dibuat
-Seseorang yang menjadi wakil dalam perundingan mestilah mempunyai kuasa yang
berpunca dari kuasa kepakaran dan kuasa sah

i)Maksud pembuatan keputusan secara kualitatif dan contoh alat pembuatan keputusan
kualitatif ialah:
- Pembuatan keputusan kualitatif ialah kaedah pembuatan keputusan berdasarkan faktor-
faktor subjektif yang berdasarkan tanggapan dan pengalaman pembuat keputusan
-Contoh:Analisis tulang ikan, Sumbangsaran, Teknik Delphi
Maksud pembuatan keputusan secara kuantitatif dan contoh alat pembuatan keputusan
kuantitatif ialah:
-Pembuatan keputusan kuantitatif ialah proses pembuatan keputusan berdasarkan faktor
objektif dengan menggunakan angka dan perangkaan
-Contoh: Statistik deskriptif dan pokok keputusan

j) faktor kecekapan seseorang pengurus terhadap keputusan yang dibuat ialah:


i)Personaliti
-Ciri personaliti Pengurus mempengaruhi kualiti keputusan yang dibuat seperti pengurus
yang konservatif sentiasa berhati-hati dalam membuat keputusan
ii)Kebijaksanaan
-Pengurus yang berpengetahuan tinggi dan pengalaman yang banyak akan membuat
keputusan yang lebih baik
2)a) Perancangan strategik yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohamad Hassan Kamil untuk
Takaful Malaysia ialah:
i)Kaitan kes: Syarikat Takaful Malaysia mengasingkan beberapa fungsi perniagaan dengan
memisahkan perniagaan insurans nyawa dan insurans am di bawah lesen yang berbeza
ii)Kaitan kes: Pelaburan di dalam latihan dan pengambilan calon yang sesuai adalah langkah
yang akan diambil oleh syarikat Takaful Malaysia untuk menyokong operasi perniagaan
pada masa depan
iii)Kaitan kes: Syarikat akan berkembang menerusi saluran pengedaran secara aktif merekrut
ejen korporat berbakat untuk mempromosikan produk Takaful Malaysia
iv)Kaitan kes: Syarikat Takaful Malaysia akan meluaskan rangkaian produk untuk memenuhi
permintaan pasaran

b) Jenis kemahiran pengurusan Datuk Seri Mohammad Hassan Kamil, sebagai Pengarah
Urusan Syarikat Takaful Malaysia ialah:
i)Kemahiran Konseptual
-Keupayaan pengurus melihat organisasi secara keseluruhan dengan menyelesaikan masalah
organisasi, melihat peluang serta ancaman dari persekitaran
Kaitan kes: Datuk Seri Mohammad Hassan Kamil optimis bahawa pengasingan lesen yang
dijalankan akan menyediakan peluang pertumbuhan yang lebih besar dalam jangka masa
panjang

ii) Kemahiran Pembuatan Keputusan


- Kemahiran pengurus memahami dan menganalisis masalah, membentuk alternatif-alternatif
penyelesaian dan memilih alternatif terbaik dalam menyelesaikan masalah tersebut
Kaitan kes: Syarikat Takaful Malaysia sedang menilai pilihan untuk mengembangkan
perniagaan menerusi penggabungan dan pengambilalihan dengan syarikat insurans M&A
dengan mengambilkira strategi pertumbuhan perniagaan syarikat dan penambahan nilai
pemegang saham

iii) Kemahiran Antara Perorangan


- Keupayaan seseorang pengurus bekerja secara efektif dengan orang lain
Kaitan kes: Syarikat Takaful Malaysia akan bekerjasama rapat dengan penggubal undang-
undang, pakar runding dan peguam untuk menyempurnakan peringkat awal struktur korporat
perniagaan Takaful Am dan Takaful Keluarga
iv) Kemahiran Teknikal
- Keupayaan dan kecekapan pengurus untuk memahami dan menggunakan teknik, kaedah,
peralatan dan prosedur tertentu dalam pekerjaan
Kaitan kes: Syarikat Takaful Malaysia akan mampu mengurus tekanan pendapatan dalam
jangka pendek melalui pengurusan perbelanjaan yang aktif dan berdisiplin

c) Kepentingan teknologi maklumat dalam perniagaan Takaful Malaysia ialah:


i) Pengunaan teknologi maklumat dapat mempertingkatkan lagi sistem komunikasi dengan
lebih mudah dan cekap
Kaitan kes 1: Melalui portal laman web, komunikasi antara pihak Takaful Malaysia dengan
pihak seperti agen syarikat dan rakan kongsi menjadi lebih mudah dan cekap
Kaitan kes 2: Melalui portal laman web, komunikasi pihak Takaful Malaysia dengan pihak
luar organisasi seperti pelanggan individu, pelanggan organisasi dan pihak bank menjadi
lebih mudah dan cekap
ii) Maklumat dapat disebarkan dengan cepat dan berkesan kepada pengguna
Kaitan kes: Menerusi muka utama laman Web Takaful Malaysia, pelanggan boleh mendapat
maklumat dengan mudah, cepat dan berkesan melalui pautan pantas tentang rangkaian
Takaful Malaysia, hospital dan klinik panel, kalkulator Takaful kenderaan, pertanyaan NCD
motor, pertanyaan nilai pasaran kenderaan dan pelbagai maklumat yang berguna kepada
pelanggan
iii)Meningkatkan kecekapan dan daya saing syarikat
Kaitan kes: Fokus syarikat Takaful Malaysia adalah ke arah memanfaatkan saluran digital
untuk memastikan produk dan perkhidmatan syarikat boleh diakses oleh pelanggan dan
rakan-rakan perniagaan syarikat dengan mudah dan lebih cekap bersaing di pasaran liberal

You might also like