You are on page 1of 4

LATIHAN

TAJUK : ANALISIS TULANG IKAN

1. Berikan maksud analisis tulang ikan dan lukiskan rajah analisis tulang ikan [6](P2_12)
2. Pn Liza adalah merupakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat pengeluar
beras. Sejak kebelakangan ini, syarikat tersebut telah mengalami kerugian. Pn Liza telah
diminta oleh lembaga pengarah syarikat untuk mengenal pasti punca kerugian tersebut.
Jelaskan bagaimana Pn Liza boleh mengenal pasti masalah tersebut dengan menggunakan
analisis tulang ikan. [8] (P2_11)
3. Dengan bantuan gambarajah yang sesuai, jelaskan bagaimana Analisis Tulang Ikan dapat
membantu syarikat menyelesaikan masalah pengeluaran merosot. [20] (P2_14)

[Gambar rajah lengkap = 5


Markah]
[Kepala=1m, Punca besar + punca
kecil= 4m]

Berdasarkan gambarajah tulang ikan di atas, syarikat boleh menyelesaikan masalah


pengeluaran merosot dengan mengambil langkah – langkah berikut :

Langkah 1 : Mengenalpasti masalah : [F1=1]


 Pernyataan masalah mesti dicatatkan pada bahagian kepala [H=1]
 Cthnya : Ahli kumpulan mendapati bahawa syarikat sedang menghadapi
masalah pengeluaran yang merosot [C=1]

Langkah 2 : Mengenalpasti punca/sebab utama : [F2=1]


 Ahli kumpulan perlu mengadakan sesi sumbangsaran bagi mengenalpasti
punca/sebab utama yang menyumbang kepada masalah [H=1]
 Cthnya : Empat punca utama yang menyebabkan masalah pengeluaran
merosot adalah seperti :
i. Manusia
ii. Mesin
iii. Kaedah
iv. Bahan Mentah [C=1]

Langkah 3:Mengenalpasti punca/sebab kecil/sampingan bagi setiap punca/sebab


utama : [F3=1]
 Ahli kumpulan perlu berbincang untuk memperincikan lagi sebab sampingan
yang tersirat disebalik setiap punca/sebab utama [H=1]
 Cthnya :
i. Manusia : Pekerja tidak cekap, pekerja tidak mencukupi [C1=1]
ii. Mesin : Kerap rosak, tidak mencukupi dan sudah usang [C2=1]
iii. Kaedah : Masih menggunakan kaedah lama dan manual [C3=1]
iv. Bahan Mentah : Lewat tiba dan tidak berkualiti [C4=1]

Langkah 4 : Mengenalpasti punca sebenar : [F4=1]


 Akhir sekali semua ahli kumpulan mesti mencapai kata sepakat mengenai
sebab sebenar yang menyumbang kepada masalah [H=1]
 Cthnya : masalah ketidakcekapan pekerja merupakan punca sebenar yang
menyebabkan pengeluaran syarikat merosot [C=1]

Wajib ada gambarajah


Tiada gambarajah huraian dan contoh tidak diterima
Rajah salah atau tidak lengkap, huraian diterima

You might also like