You are on page 1of 15

946/1 STPM

SMK SULTAN ABDUL JALIL, KLUANG

UJIAN PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN 1/2023


PENGAJIAN PERNIAGAAN

KERTAS 1
(1 Jam 45 Minit)

SKEMA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN


BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab semua soalan dalam Bahagian A

Jawab soalan 11 dalam Bahagian B

Jawab soalan 12 atau 13 dalam Bahagian B

Anda boleh menjawab kedua-dua soalan, iaitu 12 dan 13 tetapi hanya satu jawapan

yang pertama akan diperiksa.

Kertas soalan ini terdiri daripada lima halaman bercetak

1
Bahagian A

(50 markah)

Jawab semua soalan.

1. Jelaskan dua perbezaan antara organisasi perniagaan dengan organisasi bukan


perniagaan. [4]

Jawapan:

Dua perbezaan antara organisasi perniagaan dengan organisasi bukan


perniagaan.

Aspek Organisasi Perniagaan Organisasi Bukan Perniagaan.

Perundangan Ditubuhkan atau tertakluk Ditubuhkan atau tertakluk dibawah


(Penubuhan atau dibawah akta syarikat 1965 akta pertubuhan 1966
pendaftaran)
Sumber Pelabur, pemodal, Yuran ahli, sumbangan masyarakat
Kewangan keuntungan, pinjaman atau atau geran kerajaan
simpan peribadi
Pendaftaran Didaftarkan di pendaftar Didaftarkan di pendaftar pertubuhan
Organisasi syarikat
Aktiviti utama Penjualan dan penghasilan Bercorak kemasyarakatan , rekreasi,
atau pengeluaran barang dan aktiviti ssosial(penajaan Pendidikan)
perkhidmatan atau aktiviti sukarela
Matlamat atau Bermotifkan keuntungan Bermotifkan kebajikan ahli
tujuan
percukaian Dikenakan cukai Tidak dikenakan cukai
( Jawab mana-mana 2 diatas [1F+1H= 2 x 2m = 4m]

2. Huraikan tahap perniagaan dari perspektif yang berikut


a) Huluan [2]
b) Domestik [2]
c) Primer [2]
Jawapan: tahap perniagaan dari perspektif yang berikut
a. Huluan [2]
- Merujuk Kepada aktiviti perniagaan atau perusahaan yang berlaku
dahulu sebelum perniagaan lain dapat dijalan.
- perniagaan yang terlibat dalam mengeluarkan bahan mentah atau
separuh siap yang menjadi input kepada perniagaan hiliran.

2
b. Domestik [2]
- merujuk kepada perniagaan yang beroperasai didalam sesebuah
negara dan menggunakan matawang tempatan sahaja.
- Produk yang dihasilkan adalah untuk pasaran tempatan sahaja.
- Tiada cukai asing yang dikenakan kerana perniagaan menjual
keluaran kepada penduduk tempatan.

d. Primer [2]
- Merujuk kepada aktiviti pengeluaran bahan mentah dari sumber
semulajadi tanpa mengubah bentuk asalnya untuk proses
pengeluaran selanjutnya.
- Contoh perniagaan tahap primer ialah pembalakan, perikanan,
perlombongan dan lain-lain.
-
3. Huraikan hubungkait jabatan pengeluaran dengan jabatan sumber manusia.
[4]
Jawapan:
Hubungkait jabatan pengeluaran dengan jabatan sumber manusia ialah
- Jabatan pengeluaran membuat unjuran keperluan sumber manusia
kepada jabatan sumber manusia. [1]
- Jabatan pengeluaran memaklumkan kepada jabatan sumber
manusia apabila berlaku pemecatan pekerja atau pengurangan
pekerja dalam bilangan pekerja.[1]
- Jabatan sumber manusia memberi maklumat kebersediaan sumber
manuasia organisasi kepada jabatan pengeluaran untuk merancang
sebarang program jabatan.[1]
- Jabatan sumber manusia merekrut, membuat pilihan dan
mengadakan program orientasi dan lain-lain yang berkaitan dengan
Jabatan sumber manusia.[1]
( 4H x 1M = 4M)
4. Nyatakan empat alat kawalan kualiti. [4]
Jawapan:
Empat alat kawalan kualiti ialah:
1. Kawalan proses secara statistic. [1]
2. Analisis nilai tambah. [1]
3. Carta kawalan. [1]
4. Kajian kualiti /Kos. {1]
5. Pasukan penambahbaikan kualiti. [1]
6. Penanda Aras. [1]
(mana-mana 4F x 1M = 4M)

3
5. Senaraikan Langkah-langkah penyelidikan pemasaran. [4]
Jawapan:

-Langkah-langkah penyelidikan pemasaran ialah:


1. Mengenalpasti masalah dan menetapkan objektif penyelidikan. [1]
2. Membentuk rancangan penyelidikan.[1]
3.Melaksanakan penyelidikan dan menganalisis data.[1]
4.Menginterpretasikan data dan melaporkan penemuan.[1]
( 4F x 1M = 4M)

6. Lakarkan dan terangkan secara ringkas Matriks BCG . [6]

KELUARAN KELUARAN
BINTANG TANDA TANYA

KELUARAN KELUARAN
LEMBU KONTAN ANJING

1.Kuadran Bintang
• Kadar pertumbuhan pasaran tinggi (1m) dan syer pasaran relatif
tinggi (1m)
2. Kuadran Tanda Tanya
• Kadar pertumbuhan pasaran tinggi (1m) dan syer pasaran relatif
rendah (1m)
3. Kuadran Lembu Kontan
• Kadar pertumbuhan pasaran rendah (1m) dan syer pasaran relatif
tinggi (1m)
4. Kuadran Anjing
• Kadar pertumbuhan pasaran rendah (1m) dan syer pasaran relatif
rendah[1]
( Rajah lengkap 2 markah dan penerangan 1 markah setiap kuadran 2M
+ 1M X 4H = 6M)

4
7. Huraikan tiga jenis promosi jualan. [6]
Jawapan:
-Tiga jenis Promosi jualan ialah:
i) Sampel[1]
- merupakan tawaran suatu jumlah percubaan tertentu sesuatu keluaran,[1]
- contohnya Nescafe memberikan pek-pek kecil secara percuma untuk pengguna
merasa formula terbaru syarikatnya.[1]
(ii) Kupon [1]
-adalah sijil yang memberikan suatu penjimatan kepada pengguna apabila mereka
membeli keluaran tertentu. [1]
-Contoh kupon yang dikeluarkan oleh KFC.[1]

(iii) Rebat/ pembayaran Kembali wang tunai (cash refund offers)[1]


- merupakan satu tawaran pengembalian sebahagian daripada harga pembelian produk
kepada pengguna yang dapat menunjukkan bukti pembelian kepada pihak
pengeluar.[1]

(iv) Potongan harga[1]


- menawarkan pengurangan harga kepada pengguna.[1]
- Contohnya dua produk yang dilekatkan bersama dijual pada harga satu produk.[1]

(v) Premium[1]
- merupakan produk yang ditawarkan secara percuma atau pada kadar harga yang
rendah sebagai satu dorongan atau insentif untuk menggalakkan pengguna membeli
sesuatu produk.[1]

(vi) Promosi di tempat pembelian (point of purchase/POP)[1]


- termaksuk peragaan dan demonstrasi yang dibuat pada titik jualan atau pembelian.
-Contoh patung-patung yang digunakan untuk memperagakan pakaian di butik
pakaian.

(vii)Peraduan, cabutan bertuah , permainan[1]


- memberikan peluang kepada pengguna untuk memenangi sesuatu seperti wang tunai,
lawatan atau barangan tertentu yamg mendorong pengguna membuat pembelian.[1]

(mana-mana 3 1F + 1H x 2 = 6M *ayat boleh disesuailkan mengikut buku cikgu


zahari @ mana promosi jualan yang bersesuaian)

5
8. Jelaskan dua jenis risiko yang terdapat dalam pengurusan risiko. [6]

Jawapan:
Dua jenis risiko dalam pengurusan risiko:
1. Risiko boleh diinsurans.[1]
- Risiko yang kemungkinan berlakunya sesuatu kejadian dapat
ditentukan secara kaedah saintifik atau perangkaan.[1]
- Contoh risiko yang boleh diinsuranskan ialah kematian, kebakaran,
kemalangan, ketidakjujuran dan kecurian.[1]
2. Risiko tidak boleh diinsuranskan.[1]
- Risiko yang kekerapan kejadiannya tidak dapat ditentukan secara
perangkaan.[1]
- Contoh risiko yang tidak boleh diinsuranskan ialah bencana alam,
kejadian hutang lapuk dan kemelesetan ekonomi.[1]

9. Huraikan tiga kaedah menentukan keperluan sumber manuasia. [6] .


Jawapan:
Tiga kaedah menentukan keperluan sumber manusia:
1.Meramal sumber dalaman dan luaran[1]
i.Sumber Dalaman
-Membuat anggaran bilangan dan jenis pekerja dari sumber dalaman yang
diperlukan oleh organisasi pada masa depan.[]1
-Sumber dalaman merujuk kepada pekerja yang sedang berkhidmat dalam
organisasi. Pengambilan pekerja dari sumber dalaman dijalankan untuk mengisi
kekosongan jawatan yang wujud apabila seseorang pekerja dinaikkan pangkat.[1]
ii.Sumber luaran
-Membuat anggaran bilangan dan jenis pekerja dari sumber luaran yang
diperlukan oleh organisasi pada masa depan.[1]
-Sumber luaran merujuk kepada calon dari luar organisasi. Calon ini diambil
untuk mengisi jawatan yang dikosongkan oleh pekerja yang telah dinaikkan
pangkat .[1]
2. Carta Penggantian[1]
- Memberi gambaran secara keseluruhan berkaitan calon
dalaman yang layak menggantikan suatu jawatan yang
dikosongkan dddalam organisasi.[1]
3. Inventori Kemahiran[1]
- Fail peribadi pekerja yang mengandungi maklumat pekerja
sedia ada dalam organisasi seperti latar belakang pendidikan,
pengalaman kerja, minat, kemahiran dan latihan yang pernah
dihadiri oleh pekerja.[1]
(1F + 1H x 3M = 6M)

6
10. Nyatakan proses pengambilan pekerja. [4]
Jawapan:
- Proses pengambilan sumber manusia:

1. Merekrut(menarik minat)
2. Pemilihan
3. Penawaran pekerja
4. Mengadakan program induksi

7
Bahagian B
[ 50 markah ]

11. Baca kajian kes di bawah dan jawab soalan mengikutinya.

Naelofar Hijab

Label Naelofar Hijab merupakan gabungan antara minat serta kecintaan Neelofa dalam
dunia fesyen dan juga bisnes. Mempertaruhkan idea rekaan tudung sedia pakai yang
direvolusikan semula, impak yang diterima nyata di luar jangkaan. Kejayaan Naelofar Hijab
mengeluarkan rekaan tudung yang menarik dan moden sehingga dapat memasarkan
tudungnya ke pasaran luar seperti Turki, Iran, Jepun, Amerika Syarikat dan 30 negara lain.
Dengan hanya menjual 2 jenis hijab iaitu Instant Hijab dan Semi Instant Hijab. Menurut
laporan media BBC, sehingga kini hasil jualan Naelofar Hijab dikatakan mencecah melebihi
RM50 juta setahun. Apa yang menarik berkenaan Naelofar Hijab ini ialah harga tudung
yang dijual pada harga tidak melebihi RM100.

Hasil dari penyelidikan dan pembangunan yang rapi, Naelofar Hijab berjaya
melancarkan 16 gaya tudung dengan 30 warna-warna pastel bagi memudahkan
pelanggan membuat pilihan mengikut citarasa masing-masing. Kualiti kain adalah sifon
yang menjanjikan keselesaan kepada pengguna. Selain itu, elemen wajib yang
ditampilkan oleh Naelofar Hijab ialah penggunaan batu kristal atau mutiara Swarovski.
Untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun 2017, Naelofar Hijab akan
tampil dengan koleksi untuk pengantin.

Menurut pengasas Naelofar Hijab, Neelofa berkata pelbagai aktiviti telah


dirancang dan dilaksanakan oleh Naelofar Hijab dalam mempromosikan keluaran
terbaru itu termasuk mengadakan aktiviti jelajah di seluruh negara seperti membuat
jualan di bazar-bazar dan di expo-expo. Naelofar Hijab juga turut merancang untuk
mentransformasikan cawangan pengedaran mereka di seluruh negara sebagai langkah
dalam mengoptimumkan perkhidmatan yang disediakan. Langkah ini bertujuan untuk
meningkatkan keyakinan dan kesetiaan pelanggan. Selain itu, Naelofar Hijab akan
membuka butik di Publika, dan Solaris Dutamas. Dengan adanya butik fizikal maka
koleksi Neelofar Hijab akan terus „dekat‟ dengan para peminat.

Menurut Neelofa, latar belakang diri beliau sebagai selebriti hiburan, banyak
membantu memberi publisiti kepada Naelofar Hijab. Menurutnya lagi, “sebagai selebriti,
saya ada pengikut, mereka bukan sahaja minat, malah nak ikut apa saya pakai, termasuk
warna dan cara pemakaiannya. Dalam kebanyakan masa, hal itu menjadikan kos
marketing saya lebih rendah daripada orang lain”. Ini dibuktikan apabila rangkaian
melalui media sosial turut menyumbang kepada perniagaan Neelofa. Setakat ini Neelofa
mempunyai seramai 3.5 juta pengikut di Instagram dan 1.6 juta di twitter.
(Diolah daripada
http://www.encikshino.com/pengasas-naelofar-hijab-jenama-tudung-popular-di-
malaysia/
http://www.majalahniaga.com/bagaimana-neelofa-mempromosikan-perniagaannya
-melalui-

8
lakonan-beliau-2.html)

Berdasarkan kes di atas,

(a)Jelaskan strategi campuran pemasaran yang digunakan oleh Naelofar Hijab


untuk menghadapi persaingan yang semakin sengit pada masa kini. [20]

(b) Berikan maksud publisiti serta jelaskan dua kebaikannya kepada Naelofar Hijab.
[10]
Jawapan:
11.(a) Strategi campuran pemasaran yang digunakan oleh Naelofar Hijab untuk
menghadapi persaingan yang semakin sengit pada masa kin
Bil Fakta Huraian Kaitan kes
1 Promosi [1] Merujuk kepada kaedah yang Laporan media BBC yang mengenai
digunakan untuk hasil jualan Naelofar Hijab melebihi
menyampaikan maklumat RM50 juta setahun. [1]
berkaitan produk atau
perkhidmatan kepada Mengadakan pameran-pameran
pelanggan. [1] bergerak ke lokasi-lokasi yang
terpilih[1] seperti jualan di bazar-bazar
dan di expo-expo.[1]
2 Pengagihan[1] Perantaraan yang digunakan Mentranformasikan cawangan
oleh pemasar untuk pengedaran mereka di seluruh negara
mengedarkan produk dalam [1] sebagai langkah dalam
proses pemasaran atau mengoptimumkan perkhidmatan yang
merujuk kepada pemindahan disediakan. [1]
produk dari tangan pengeluar
ke tangan pengguna akhir. [1] Membuka butik di publika, solaris
dutamas. [1]
3 Harga[1] Merujuk kepada nilai yang Harga tudung yang dijual pada harga
diletakkan pada sesuatu tidak melebihi RM100.[1]
produk atau perkhidmatan [1]

9
4 Produk [1] Merujuk kepada barang, Mengeluarkan rekaan tudung yang
perkhidmatan atau idea yang menarik dan moden.[1]
ditawarkan kepada pelanggan.
[1] Melancarkan 16 gaya tudung
Mempertaruhkan 30 warna-warna
pastel sebagai warna neelofar hijab.[1]

Menjual 2 jenis hijab iaitu instant hijab


dan semi instant hijab.[1]

Kualiti kain adalah sifon yang


menjanjikan keselesaan kepada
pengguna. [1]

Penggunaan batu kristal atau mutiara


swarovski sebagai kelainan dari
produk yang ada di pasaran.[1]

(b) Berikan maksud publisiti serta jelaskan dua kebaikannya kepada Naelofar Hijab.
[10]
Jawapan:
Maksud publisiti

Satu komunikasi yang disampaikan kepada pengguna melalui sebaran media komunikasi
tentang produkdan perkhidmatan yang dikeluarkan [1] oleh sesebuah perniagaan dan tidak
perlu dibayar. [1]
Bil Huraian/Kebaikan Kaitan kes

1 Mampu meningkatkan permintaan Laporan media BBC yang mengenai hasil jualan
sesuatu produk / memperkenalkan Naelofar Hijab melebihi RM50 juta setahun. [2]
produk / mempopularkan sesuatu
produk. [1] Latar belakang diri Neelofa sebagai selebriti hiburan,
membuatkan peminat mengikut cara pemakaiannya.
[2]

2 Tidak perlu bayaran bagi hebahan Kos marketing lebih rendah daripada orang lain berita
[1] apabila rangkaian network melalui media sosial turut
menyumbang kepada perniagaan Neelofa. [2]

Setakat ini Neelofa mempunyai seramai 3.5 juta


pengikut di Instagram dan 1.6 juta di twitter.[2]

Definisi : 2m
Kebaikan : 2 x 1m=2m
Kaitan kes : 8 markah
Maksima = 10 markah

10
Jawab satu soalan sahaja.

12. Jelaskan prinsip-prinsip insurans. [20]


ATAU
Jelaskan lima cabaran pengurusan sumber manusia. [20]

SKEMA JAWAPAN

12. Jelaskan prinsip-prinsip insurans [20]

Prinsip insurans terdiri daripada:

a. Prinsip gantirugi[1]
- Merujuk kepada pemberian ganti rugi atau pampasan mengikut nilai lindungan
atau nilai kerugian yang dialami sahaja.[1]
- Prinsip ini bertujuan memulihkan si diinsurans kepada keadaan asal sahaja dan
menghalangnya atau mana-mana individu memperolehi keuntungan terhadap risiko
yang dilindungi atau diinsuranskan.[1]
- Syarikat insurans mempunyai hak ke atas harta pemegang polisi insurans.[1]
- Menurut prinsip ini, jumlah ganti rugi yang dibayar adalah nilai terendah antara
nilai lindungan iaitu had pampasan dengan nilai kerugian sebenar yang dialami.[1]
- Tiga prinsip tambahan ialah prinsip caruman, sabrogasi dan limpah.[1]
- Jika nilai kerugian adalah lebih rendah daripada nilai lindungan, maka pampasan
atau ganti rugi akan dibayar mengikut nilai kerugian sebenar sahaja.[1] Sebaliknya,
jika nilai kerugian melebihi nilai lindungan, maka ganti rugi akan dibayar mengikut
nilai lindungan.[1]

11
- Prinsip ganti rugi tidak diaplikasikan untuk insurans nyawa dan kemalangan kerana
nyawa manusia tidak boleh dinilaikan dengan wang ringgit.[1]
- Contoh:
Fauzi menginsuranskan keretanya terhadap kemalangan dengan nilai RM20 000.
Fauzi mengalami kemalangan, dan nilai kerugian yang ditanggungnya berjumlah
RM15 000. Penginsurans hanya membayar RM15 000 sebagai ganti rugi kepada
Fauzi atau pihak yang membaiki keretanya. Tetapi, sekiranya kerugian yang
dialaminya aadalah RM25 000, maka penginsurans hanya membayar amaun setakat
yang diinsuranskan iaitu RM20 000.[1]

b. Prinsip Doktrin Punca Terdekat[1]


- Prinsip ini memberi perlindungan bagi kerugian yang dialami atas risiko yang
diinsuranskan sahaja.[1]
- Kerugian yang berlaku bukan daripada risiko yang diinsuranskan tidak akan
dibayar ganti rugi.[1]
- Contoh:
Jika rumah dinsuranskan daripada risiko kebakaran sahaja, maka kerugian yang
disebabkan oleh banjir atau kecurian tidak akan dibayar ganti rugi kerana tidak
dilindungi.[1]

c. Prinsip Kepentingan Boleh Diinsuranskan[1]


- Prinsip ini menekankan bahawa si diinsurans mesti mempunyai kepentingan ke
atas hartanya atau nyawa yang diinsuranskan.[1]
- Ini bermaksud si diinsurans akan mengalami kerugian jika berlaku kerosakan atau
kemalangan ke atas harta tersebut atau nyawanya sendiri.[1]
- Menurut prinsip ini juga, seseorang tidak boleh membeli insurans untuk
melindungi nyawa atau harta orang lain yang tidak mempunyai hubungan dengannya
kerana dia tidak akan mengalami kerugian akibat berlakunya sesuatu risiko itu.[1]
- Contohnya, Ali tidak boleh membeli insurans kebakaran untuk bangunan milik
kawannya kerana dia tidak mempunyai kepentingan dan tidak mengalami kerugian
sekiranya bangunan milik kawannya musnah.[1]

d. Prinsip Penuh Percaya Mutlak.[1]


- Prinsip ini memerlukan sikap jujur dan kepercayaan antara penginsurans dan si
diinsurans dalam memberi maklumat masing-masing agar penipuan tidak berlaku.[1]
- Si diinsurans perlu memberi maklumat yang lengkap dan benar tentang harta atau
nyawa yang ingin diinsuranskan.[1]
- Penginsuraans pula mesti menyatakan semua maklumat penting tentang polisi
insurans dengan jelas kepada si diinsurans.[1]
- Penyembunyian maklumat dianggap sebagai pelanggaran kontrak insurans.[1] Hal
ini menyebabkan perjanjian insurans terbatal dan polisi insurans boleh
dimansuhkan.[1]
- Contohnya, Haris menginsuranskan bangunannya terhadap risiko kebakaran.
Semasa mengisi borang cadangan, dia tidak menyatakan bangunannya menyimpan
tong-tong gas yang banyak. Kebakaran berlaku namun pampasan tidak akan dibayar
kerana beliau tidak memberi maklumat yang benar.[1]
Pilih mana2 3H setiap fakta. 4F + [4F x 3H] + 4C = 20M

12
13. Jelaskan lima cabaran pengurusan sumber manusia. [20]
Lima cabaran pengurusan sumber manusia ialah:

a. Teknologi[1]
- Persaingan pasaran menuntut syarikat melakukan automasi atau syarikat
menggunakan teknologi tinggi untuk kekal berdaya saing.[1]
- Pekerja juga perlu didedahkan kepada perkembangan teknologi terkini atau cara
kerja baru seperti pengetahuan teknologi maklumat untuk meningkatkan kecekapan
mereka dan meningkatkan daya saing organisasi.[1]
- Oleh itu, program latihan dan pembangunan harus sentiasa disediakan kepada
pekerja.[1]
- Contohnya, pengurus sumber manusia syarikat pakaian terpaksa menyediakan
program latihan untuk melatih pekerja menggunakan teknologi pengeluaran pakaian
baharu.[1]

b. Perubahan ekonomi[1]
- Perubahan ekonomi mempengaruhi permintaan tenaga buruh di pasaran buruh.[1]
- Kemelesetan ekonomi mengakibatkan pembuangan pekerja atau pemberhentian
pekerja dan akan menyebabkan peningkatan pengangguran.[1]
- Pengurus sumber manusia akan memperkenalkan dan melaksanakan skim
pemisahan sukarela (VSS) kepada pekerja.[1]
- Selain itu, pengurus juga memberikan latihan kepda pekerja untuk mendapatkan
kemahiran baru atau menambah kemahiran.[1]
- Contoh :
Semasa pertumbuhan ekonomi pesat, akan wujud permintaan untuk meningkatkan
bilangan tenaga buruh dalam organisasi.[1]

c. Globalisasi[1]
- Syarikat perlu meningkatkan daya saing dengan mengurangkan kos dan
meningkatkan kualiti agar dapat bersaing dengan syarikat antarabangsa lain serta
meneroka pasaran luar yang lebih luas.[1]
- Pengurus sumber manusia perlu memastikan pekerja diberi latihan untuk berurusan
dengan rakan niaga atau kakitangan negara luar.[1] Pekerja juga perlu dilatih untuk
bertugas di seberang laut (ekspatriat).[1]
- Di samping itu, pengurus sumber manusia perlu menerapkan kemahiran, seperti
komunikasi dan bahasa kepada pekerja.[1]
- Proses globalisasi juga menyebabkan mobiliti buruh yang tinggi, iaitu tenaga kerja
mudah bergerak dari satu organisasi ke satu organisasi dan mengakibatkan perniagaan
terdedah kepada kehilangan tenaga kerja mahir.[1]
- Oleh itu, organisasi perlu memberi ganjaran yang setimpal bagi mengekalkan
tenaga kerja mahir.[1]
- Contohnya, pengurus sumber manusia syarikat pengeluaran pakaian terpaksa
menggunakan peruntukan besar untuk melatih pekerja agar pekerja dapat
meningkatkan kemahiran sesuai dengan keperluan semasa organisasi.[1]

d. Peningkatan bilangan pekerja wanita dalam sektor pekerjaan.[1]


- Peningkatan dalam pendidikan dan peluang pekerjaan meningkatkan jumlah
pekerja wanita.[1]

13
- Semakin ramai kaum wanita pada masa kini yang menjawata jawatan profesional
dalam pasaran buruh.[1]
- Oleh itu, organisasi perlu prihatin terhadap keperluan dan masalah pekerja wanita
serta menjaga kebajikan mereka.[1]
- Misalnya dari aspek cuti bersalin, penyediaan pusat penjagaan kanak-kanak dalam
organisasi, bilik menyusu, masalah dikriminasi daripada pekerja lelaki, gangguan
seksual di tempat kerja dan sebagainya.[1]
- Contohnya, pengurus sumber manusia syarikat pengeluaran pakaian melaksanakan
jadual kerja fleksibel kerana hampir 90% pekerja syarikatnya kaum wanita dan
sebahagian besar mereka sudah berumahtangga.[1]

e. Sistem Perundangan (Undang-undang dan peraturan)[1]


- Organisasi perlu memberi perhatian terhadap sebarang perubahan dalam akta
undang-undang yang berkaitan dengan sumber manusia agar tidak menghadapi
masalah atau tindakan undang-undang.[1]
- Antara akta tersebut ialah Akta Pekerjaan, Akta Kesatuan Sekerja, Akta Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja dan Akta Keselamatan Sosial.[1]
- Pengurus sumber manusia perlu mematuhi keperluan undang-undang baru, seperti
membayar pekerja kadar gaji minimum, cuti umum baru dan sebagainya.[1]
- Selain itu, pengurus perlu akur kepada peraturan permit pekerja asing.[1]
- Contohnya, bayaran caruman KWSP yang perlu dipatuhi untuk simpanan masa
depan pekerja.[1]

f. Kemasukan buruh asing[1]


- Mereka mempunyai budaya dan latar belakang yang berbeza dengan pekerja di
Malaysia.[1]
- Mereka perlu dilatih dan diberikan pendedahan tentang budaya organisasi dalam
negara ini supaya boleh disesuaikan dalam orgaanisasi.[1]
- Pengurus sumber manusia mengadakan program latihan kesedaran budaya, bahasa
tempatan dan cara hidup masyarakat kepada pekerja asing.[1]
- Pihak pengurusan juga terpaksa berdepan dengan masalah sosial pelbagai budaya
yang dibawa masuk oleh mereka.[1]
- Kemasukan buruh asing ini juga bertujuan bagi menampung kekurangan tenaga
kerja tempatan.[1]
- Pengurus sumber manusia memberi latihan kepada kakitangan pengurusan tentang
peraturan dan prosedur imigresen.[1]
- Contohnya, pengurus syarikat pengeluaran pakaian terpaksa berbelanja hampir
RM1 juta setahun untuk melatih buruh asing tentang budaya, bahasa dan cara hidup
tempatan.[1]

g. Kepelbagaian tenaga kerja[1]


- Organisasi perniagaan yang dianggotai oleh golongan daripada pelbagai kaum,
agama, orang kelainan upaya (OKU), berbeza umur, jantina, taraf perkahwinan, dan
golongan minoriti dalam organisasi.[1] Pihak pengurusan perlu mengambil kira
pelbagai keperluan berdasarkan latar belakang pekerja.[1]
- Pengurus sumber manusia tidak boleh mengamalkan diskriminasi berdasarkan
jantina dan orang kelainan upaya.[1] Setiap golongan perlu diberikan peluang yang
sama rata untuk mendapatkan kemudahan dan faedah.[1]

14
- Contohnya, pengurus sumber manusia syarikat pengeluaraan pakaian perlu
mengambil kira sensitiviti agama pekerja semasa mengadakan program hari keluarga
syarikat.[1]
5F + (5Fx2H) + 5C = 20m

Disediakan oleh : Disemak dan disahkan oleh


Pn. Jamaliah Rosman
Cik Nadzilatul‟ain Mohammad
Pn.Kamisah Halidi
Unit Pengajian Perniagaan Ketua Jabatan Pengurusan dan Ekonomi

15

You might also like