You are on page 1of 12

MIKROEKONOMI 994/1

BAHAGIAN C
BAB 2 :
PASARAN BARANG & HARGA

SMK ABAKA, TAWAU SABAH


STPM 2013

1. Persamaan permintaan dan penawaran ikan adalah seperti yang berikut:

P = 20 – 2Q,

P = 5 + 3Q,

Dengan P = Harga (RM/kg),

Q = Kuantiti ikan (000’ kg)

a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan. [2]

b) Sekiranya kerajaan memberikan subsidi sebanyak RM 2.00 sekilogram kepada

pengeluar,

(i) Berikan persamaan penawaran baharu, [1]

(ii) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan, [2]

(iii) Hitung jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan, dan [1]

(iv) Apakah kesan dasar tersebut terhadap pasaran ikan? [1]

c) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk penawaran ikan sebelum dan selepas

subsidi diberikan. [3]


STPM 2014

2. Jadual di bawah menunjukkan harga, kuantiti diminta, dan kuantiti ditawar bagi suatu
barang dalam pasaran.

Harga Kuantiti diminta Kuantiti ditawar


(RM) (unit) (unit)
6.00 22 14

8.00 20 16

10.00 18 18

12.00 16 20

a) Hitung nilai keanjalan permintaan harga apabila harga meningkat daripada RM 8.00

kepada RM 10.00. [3]

b) Hitung nilai keanjalan penawaran harga apabila harga meningkat daripada RM 8.00

kepada RM 10.00. [3]

c) Hitung jumlah hasil pada setiap tingkat harga. [2]

d) (i) Apakah kesan pada jumlah hasil jika harga jualan meningkat? [1]

(ii) Apakah kaitan antara jumlah hasil dengan keanjalan harga permintaan. [1]
STPM 2015

3. Persamaan permintaan dan penawaran daging kambing import masing-masing adalah


seperti yang berikut:

P = 70 – 2Q,

P = 10 + Q,

dengan P = Harga daging kambing per kilogram (RM),

Q = Kuantiti daging kambing (kg).

a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan. [2]

b) Hitung lebihan pengguna pada titik keseimbangan. [1]

c) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai ke atas daging kambing import sebanyak

RM 3.00 per kilogram,

(i) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan baru, [2]

(ii) Hitung perubahan lebihan pengguna dan jelaskan makna bagi nilai yang

diperoleh. [2]

d) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan dan penawaran sebelum

dan selepas cukai dikenakan. [3]


STPM 2016

4. Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta bagi barang X dan Y pada pelbagai
tingkat harga barang X.

Harga barang X Kuantiti diminta barang X Kuantiti diminta barang Y


(RM per unit) (unit) (unit)
1.00 50 4
2.00 40 6
3.00 30 8
4.00 20 10

a) Hitung jumlah perbelanjaan pengguna barang X pada setiap tingkat harga. [2]

b) Hitung nilai keanjalan permintaan harga bagi barang X,

(i) Apabila harga naik daripada RM 2.00 kepada RM 3.00 [2]

(ii) Apabila harga turun daripada RM 4.00 kepada RM 3.00 [2]

c) (i) Hitung keanjalan silang barang Y apabila harga barang X naik daripada RM

3.00 kepada RM 4.00. [2]

(ii) Berdasarkan jawapan di (c ) (i), jelaskan hubungan antara barang X dengan

barang Y. [2]
STPM 2017

5. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan bagi barang X di pasaran A


(DA) dan di pasaran B (DB).

Harga barang X (RM)

DA DB
200 250 350 Kuantiti barang X (unit)

a) Hitung keanjalan permintaan harga di kedua-dua pasaran jika harga barang X

menurun daripada RM 5 kepada RM 3.

[4]

b) (i) Hitung perubahan jumlah hasil di pasaran A. [2]

(ii) Hitung perubahan jumlah hasil di pasaran B. [2]

c) Berdasarkan jawapan anda pada (a) dan (b), buat kesimpulan anda tentang hubungan

antara keanjalan dengan jumlah hasil. [2]


STPM 2019

6. Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta bagi suatu barang pada pelbagai
tingkat harga.

Harga (RM) Kuantiti diminta (unit)


10 180

15 160

20 140

25 120

30 100

a) Terbitkan persamaan permintaan terhadap barang tersebut. [2]

b) Jika persamaan penawaran barang tersebut ialah

Qs = 60 + 6P,

dengan

Q = Kuantiti ditawar (unit).

P = Harga (RM)

(i) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan pasaran barang tersebut. [2]

(ii) Hitung lebihan pengguna [2]

c) Jika pemintaan bertambah sebanyak 20 unit pada setiap tingkat harga,

(i) Terbitkan persamaan permintaan yang baharu. [1]

(ii) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan pasaran yang baharu. [2]

(iii) Jelaskan kesan ke atas harga dan kuantiti keseimbangan pasaran barang

tersebut. [1]
STPM 2020

7. Persamaan permintaan dan persamaan penawaran bagi suatu barang adalah seperti
yang berikut:

P = 200 – 4Q,

P = 50 + 2Q,

dengan

Q = Kuantiti (unit)

P = Harga (RM)

a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan. [3]

b) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai RM 6 seunit kepada pengeluar,

(i) Tentukan harga dan kuantiti keseimbangan baharu, dan [2]

(ii) Hitung hitung keanjalan permintaan harga barang tersebut apabila harga

keseimbangan lama meningkat kepada harga keseimbangan baharu. [2]

c) Jika kerajaan menetapkan harga minimum sebanyak RM 120 seunit,

(i) Hitung kuantiti diminta dan kuantiti ditawar, dan [2]

(ii) Berdasarkan jawapan anda di (c) (i), apakah kesan yang berlaku ke atas

pasaran barang tersebut?

[1]
STPM 2021

8. Persamaan permintaan dan persamaan penawaran bagi barang X adalah seperti yang
berikut:

P = 120 – 3Q,

P = 20 + 2Q,

dengan

P = Harga (RM)

Q = Kuantiti (unit)

a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan barang X. [3]

b) Sekiranya kerajaan campur tangan dengan menetapkan harga keluaran pada RM75

bagi setiap unit keluaran,

(i) hitung kuantiti diminta dan kuantiti ditawar bagi barang X, dan [2]

(ii) berdasarkan jawapan anda di (b) (i), apakah yang berlaku kepada

keseimbangan pasaran tersebut? Jelaskan jawapan anda. [2]

(iii) hitung lebihan pengguna sebelum dan selepas kerajaan menetapkan harga

[3]
STPM 2022

9. Persamaan permintaan dan persamaan penawaran bagi sesuatu barang adalah seperti
yang berikut:

Q d= 50 – 5P,

Qs = 10 + 5P,

dengan

P = harga (RM)

Q = kuantiti (unit)

a) (i) Hitung kuantiti diminta dan kuantiti ditawar pada harga RM 3. [2]

(ii) Berdasarkan jawapan anda di (a) (i), hitung sama ada berlaku lebihan

permintaan atau lebihan penawaran. [2]

b) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan pasaran. [2]

c) Andaikan kerajaan mengenakan cukai per unit sebanyak RM 2,

(i) Terbitkan persamaan penawaran yang baharu. [2]

(ii) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan yang baharu. [2]


STPM 2023

10. Jadual di bawah menunjukkan harga barang X, kuantiti diminta bagi barang X, kuantiti

diminta bagi barang M, dan kuantiti diminta bagi barang N.

Harga barang X Kuantiti diminta Kuantiti diminta Kuantiti diminta

(RM/unit) Barang X (unit) barang M (unit) barang N (unit)

4 80 70 50

6 50 60 80

a) Hitung keanjalan permintaan harga bagi barang X apabila harga barang X meningkat

daripada RM4 ke RM6. [2]

b) Berdasarkan jawapan anda di (a),

(i) Tafsirkan nilai keanjalan permintaan harga bagi barang X, [1]

(ii) Nyatakan darjah keanjalan permintaan harga bagi barang X. [1]

c) (i) hitung keanjalan permintaan silang barang M apabila harga barang X

meningkat daripada RM4 ke RM6. [2]

(ii berdasarkan jawaapan anda di (c ) (i), jelaskan hubungan antara barang X

dengan barang M. [1]

d) (i) hitung keanjalan permintaan silang barang N apabila harga barang X

meningkat daripada RM4 ke RM6. [2]

(ii) Berdasarkan jawapan anda di (d) (i), jelaskan hubungan antara barang X

dengan

Barang N. [1]

You might also like