You are on page 1of 10

SULIT*

PANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANIIAEKONOMI
PANPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKO
NOMIPANPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITI

944/1 STPM 2021


AEKONOMIPANPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIP
ANITIAEKONOMIPANPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKON
OMIPANITIAEKONOMIPANPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIA
EKONOMIPANITIAEKONOMIPANPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPA
NITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONO
EKONOMI
MIPANITIAEKONOMIPANIIAEKONOMIPANPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEK
ONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANIT

KERTAS 1
IAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIP
ANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANPANITIAEKONOMIPANITIAEKON
OMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANPANITIAEKONOMIPANITIA
(DUA JAM)
EKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANPANITIAEKONOMIPA
NITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIP
ANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANIIAEKONOMIPANPANITIAEKONO
MIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANPANITIAE
KONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANITIAEKONOMIPANPAN
ITIAEK

JAWATANKUASA EKONOMI DAERAH BATU AHAT


PERCUBAAN STPM PENGGAL 1, STPM 2021

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Tandakan jawapan yang betul pada Borang
Jawapan Aneka Pilihan yang dibekalkan.

Jawab empat daripada enam soalan dalam Bahagian B. Anda boleh menjawab
semua soalan tetapi, hanya empat jawapan pertama yang akan diperiksa.

Jawab dua daripada tiga soalan dalam Bahagian C. Anda boleh menjawab semua
soalan tetapi, hanya dua jawapan pertama yang akan diperiksa.

Tulis jawapan pada helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan pada
halaman baharu helaian jawapan.

Tunjukkan semua penghitungan dan bundarkan jawapan anda betul hingga dua
tempat perpuluhan.

Kertas soalan ini terdiri daripada 9 halaman bercetak termasuk kulit


© Peperiksaan Percubaan 2021 Hak Cipta JKD Ekonomi Daerah Batu Pahat

STPM - 944/1 2021


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*.
1
SULIT*

Bahagian A [20 markah]

Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1 Faktor pengeluaran yang terhad dalam sesebuah ekonomi akan menyebabkan


A firma memperoleh keuntungan yang lebih besar
B pengeluaran barang awam lebih diberi keutamaan
C wujud ketidakseimbangan dalam agihan pendapatan
D sesuatu barang dikurangkan untuk menambahkan barang lain

2 Masalah asas ekonomi berpunca daripada


A pengeluaran ekonomi yang tidak cekap
B kehendak masyarakat yang tidak terhad
C penggunaan sumber alam yang tidak optimum
D pengagihan pendapatan yang tidak adil dalam ekonomi

3 Barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan masih tidak dapat memenuhi kehandak
masyarakat. Pernyataan ini berkaitan dengan konsep
A pilihan
B kos lepas
C kekurangan
D pembaziran

4 Jadual di bawah menunjukkan harga dan jumlah perbelanjaan seorang individu


terhadap barang X.

Harga (RM) Jumlah perbelanjaan (RM)


1.00 12
2.00 18
3.00 18

Fungsi permintaan bagi barang X ialah


A Qd = 12 – P
B Qd = 15 – P
C Qd = 12 – 3P
D Qd = 15 – 3P

STPM - 944/1 2021


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*.
2
SULIT*

5 Apakah faktor yang menyebabkan peningkatan penawaran rumah?


A Kenaikan upah buruh
B Kejatuhan harga simen
C Pengurangan bekalan simen
D Peningkatan pendapatan isi rumah

6 Jika pertambahan permintaan melebihi pertambahan penawaran terhadap barang X,


apakah kesan terhadap harga dan kuantiti keseimbangan barang X di pasaran?
A Harga turun dan kuantiti keseimbangan meningkat
B Harga meningkat dan kuantiti keseimbangan turun
C Harga dan kuantiti keseimbangan meningkat
D Harga dan kuantiti keseimbangan turun

7 Apabila pendapatan meningkat daripada RM800 kepada RM 1200 kuantiti diminta


terhadap barang X meningkat daripada 50 unit kepada 60 unit. Berapakah keanjalan
permintaan pendapatan barang X?
A -2.5
B -0.4
C 0.4
D 0.25

8 Setelah pelaksanaan dasar harga maksimum, maka tingkat harga dan kuantiti
keseimbangan akan

Harga Kuantiti
A naik naik
B turun turun
C naik turun
D turun naik

9 Berdasarkan jadual di bawah, apakah hubungan antara barang R dengan barang S?


Harga barang R Kuantiti diminta barang S
(RM) (unit)
5 10
10 50

A Barang bawahan
B Barang pengganti
C Barang Penggenap
D Barang tidak berkaitan

STPM - 944/1 2021


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*.
3
SULIT*

10 Pulangan sut berkurangan menunjukkan


A output berkurangan tetapi masih bernilai positif
B output berkurangan seterusnya mencapai negatif
C output meningkat dengan kadar semakin berkurang
D output meningkat dengan kadar semakin bertambah

11 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC) dan keluk kos tetap
purata (AFC) sebuah firma.

Kos (RM)

AC
90
90
70 70

20 AFC

0 1 2 3 Output (unit)

Berapakah jumlah kos berubah pada tingkat output 3 unit?


A RM50
B RM70
C RM150
D RM210

12 Tak ekonomi bidangan dalaman akan menyebabkan


A kos purata semakin menurun apabila output bertambah
B kos purata semakin meningkat apabila output bertambah
C kos purata semakin menurun pada tingkat output yang sama
D kos purata semakin meningkat pada tingkat output yang sama

STPM - 944/1 2021


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*.
4
SULIT*

13 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos sut (MC), keluk kos purata (AC), keluk
hasil sut (MR), keluk hasil purata (AR) dan keluk kos berubah purata (AVC) sebuah firma.

Berapakah jumlah kos tetap yang tidak dapat ditampung oleh firma tersebut?
A RM50.00
B RM250.00
C RM750.00
D RM1000.00

14 Keluaran keseimbangan sebuah firma dalam pasaran persaingan sempurna ialah 15


unit. Keluaran itu dijual pada harga RM4.00 manakala jumlah kos purata pada keluaran
keseimbangan ialah RM4.40. Firma itu mengalami
A keuntungan sebanyak RM6.00
B keuntungan sebanyak RM4.00
C kerugian sebanyak RM0.40
D kerugian sebanyak RM6.00

15 Pernyataan yang manakah tidak benar tentang sebuah firma persaingan sempurna?
A Kos sut firma tersebut sama dengan harga.
B Keluk permintaan firma tersebut adalah anjal sempurna.
C Firma tersebut perlu menurunkan harga untuk meningkatkan jualan.
D Penawaran dalam pasaran tidak terjejas walaupun firma tersebut memberhentikan
pengeluaran.

16 Manakah antara berikut bukan sekatan kemasukan firma-firma baru ke dalam pasaran
monopoli?
A Ekonomi bidangan
B Hukum pulangan bertambah kurang
C Kawalan input penting pengeluaran
D Perlindungan yang diberikan oleh kerajaan

STPM - 944/1 2021


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*.
5
SULIT*

17 Firma monopoli masih boleh mendapat untung lebih normal apabila kerajaan
menetapkan harga sama dengan
A kos sut
B hasil sut
C kos purata
D kos berubah purata

18 Jadual di bawah menunjukkan kos sut dan jumlah hasil sebuah firma dalam pasaran
persaingan bermonopoli.

Kos sut (RM)


Output (unit) Jumlah hasil (RM)

1 50 51
2 40 100
3 35 145
4 41 186
5 51 223
6 66 256

Jumlah output yang memaksimumkan untung ialah


A 3 unit
B 4 unit
C 5 unit
D 6 unit

19 Perolehan kepada sumber semulajadi yang mempunyai penawaran tidak anjal sempurna
dinamakan
A untung
B kadar Bunga
C sewa ekonomi
D perolehan pindahan

20 Input buruh akan terus ditambah jika


A kadar upah sama dengar keluaran hasil sut
B kadar upah lebih daripada keluaran hasil sut
C kadar upah kurang darpada keluaran hasil sut
D kadar upah kurang daripada keluaran hasil purata

STPM - 944/1 2021


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*.
6
SULIT*

Bahagian B [40 markah]

Jawab empat soalan sahaja.

21 (a) Terangkan dua kelebihan ekonomi perancangan pusat berbanding dengan ekonomi
pasaran bebas. [4]
(b) Huraikan bagaimana kerajaan boleh campur tangan untuk mengatasi kelemahan
ekonomi pasaran bebas. [6]

22 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan hukum penawaran? [2]


(b) Huraikan empat faktor yang akan mengurangkan penawaran suatu barang di
pasaran.
[8]

23 Dengan menggunakan gambar rajah, tunjukkan bahagian subsidi yang dinikmati oleh
pengguna dan pengeluar sekiranya keanjalan permintaan tidak anjal. [10]

24 (a) Bezakan kos sut dengan kos purata. [4]


(b) Bezakan jangka masa pendek dengan jangka masa Panjang. [2]
(c) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan hubungan antara keluk kos sut
dengan keluk kos purata dalam jangka pendek. [4]

25 Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan keadaan firma pasaran persaingan


sempurna tetap beroperasi dalam jangka pendek walaupun mengalami kerugian. [10]

26 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan


(i) sewa ekonomi? [2]
(ii) perolehan pindahan? [2]
(b) Dengan menggunakan gambar rajah huraikan perbezaan antara sewa ekonomi
dengan perolehan pindahan bagi keluk penawaran faktor yang tak anjal. [6]

STPM - 944/1 2021


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*.
7
SULIT*

Bahagian C [20 markah]

Jawab dua soalan sahaja.

27 Jadual dibawah menunjukkan pelbagai kombinasi pengeluaran barang X dan barang Y


bagi sebuah negara.

Kombinasi Barang X (unit) Barang Y (unit)


A 0 20
B 2 19
C 4 16
D 6 10
E 8 0

a) Hitung kos lepas untuk mengeluarkan


(i) seunit barang X pada setiap kombinasi pengeluaran. [2]
(ii) seunit barang Y pada setiap kombinasi pengeluaran. [2]

b) (i) Apakah jenis keluk kemungkinan pengeluaran bagi negara tersebut? [1]
(ii) Apakah jenis faktor pengeluaran bagi negara tersebut? [1]

c) Nyatakan keadaan ekonomi apabila negara ini mengeluarkan 4 unit barang X dan
14 unit barang Y. Berikan sebab bagi jawapan anda. [2]

d) Adakah kombinasi 3 unit barang X dan 19 unit barang Y boleh dicapai? Mengapa?
[2]

STPM - 944/1 2021


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*.
8
SULIT*

28 Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta dan kuantiti ditawar bagi suatu
barang pada pelbagai tingkat harga.
Harga Kuantiti diminta Kuantiti ditawar
(RM) (unit) (unit)

2 380 140
4 360 180
6 340 220
8 320 260
10 300 300
12 280 340
14 260 380
16 240 420

(a) (i) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan dan keluk penawaran.
[2]
(ii) Tentukan harga dan output keseimbangan. [2]
(iii) Berapakah jumlah perbelanjaan pengguna pada tingkat keseimbangan? [1]
(b) Kerajaan telah memberikan subsidi kepada pengusaha, kesannya ialah kuantiti
ditawarkan telah meningkat sebanyak 150 unit pada setiap tingkat harga.
(i) Lukis kesan ini pada graf (a)(i) [1]
(ii) Nyatakan harga dan kuantiti keseimbangan baru. [2]
(iii) Hitung jumlah subsidi yang dibayar oleh kerajaan untuk mengekalkan jumlah
hasil pengusaha yang asal. [2]

29 Jadual di bawah menunjukkan jumlah kos dan tingkat output bagi sebuah firma dalam
pasaran persaingan sempurna.

Output (unit) Jumlah Kos (RM)


0 10
1 21
2 30
3 41
4 54
5 69
6 86

a) Jika harga pasaran ialah RM 15, berapakah kuantiti yang memaksimumkan


keuntungan? [2]
b) Berapakah jumlah untung firma ini? [2]

STPM - 944/1 2021


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*.
9
SULIT*

c) Tentukan tingkat harga dan tingkat output pada titik penutupan jangka pendek. [3]
d) Tentukan tingkat harga dan tingkat output pada titik penutupan jangka panjang [3]

STPM - 944/1 2021


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*.
10

You might also like