You are on page 1of 21

PAM SEM 1

Hak kebebasan diri yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

1. Tiada seseorang boleh diambil nyawa atau dilucutkan kebebasan diri kecuali menurut undang-
undang

2. Seseorang tidak boleh ditahan polis lebih daripada 24 jam kecuali dengan kebenaran
mahkamah/mendapat perintah tahanan reman

3. Seseorang yang ditahan berhak diberitahu tentang kesalahannya ketika ditangkap oleh pihak
berkuasa.

4. Seseorang yang ditahan berhak untuk mendapatkan khidmat guaman

5. Seseorang berhak memohon habeas corpus apabila merasakan ia ditahan secara tidak sah.

Perkara yang tidak boleh dipersoalkan menurut Perlembagaan Persekutuan.

1. Agama Islam sebagai agama Persekutuan

2. Kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak

3. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

4. Kerakyatan / Kewarganegaraan

Sebab hak rakyat Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan boleh disekat.

1. Menjaga kesihatan awam

-Mengelakkan penularan wabak penyakit/ penyakit berjangkit

Menjamin keselamatan negara

-Mengawal ancaman dalaman yang menggugat keselamatan negara

2. Menjaga ketenteraman awam/morality

-Memastikan rakyat menikmati kehidupan dengan aman

3. Menjalani hukuman

-Seseorang yang sedang menjalani hukuman penjara sehingga dibebaskan


4. Melaksanakan perkhidmatan kerahan tenaga

-Undang-undang mengerahkan rakyat untuk melakukan kerahan tenaga untuk negara

5. Melindungi hak individu lain

-Hak individu dilindungi dengan sekatan terhadap perkara-perkara yang boleh menjejaskan hak
individu

6. Menjamin perpaduan

-Penyebaran maklumat/sentimen/isu perkauman dapat disekat.

Menjaga hubungan baik dengan negara luar

-Menghalang informasi/pergerakan keluar negara bagi mengekalkan hubungan baik dengan negara
luar

Kaedah pindaan Perlembagaan dilakukan

1. Persetujuan majoriti 2/3 oleh ahli Majlis Parlimen

-bentuk sumpah dan ikrar

-pelantikan dan persaraan ahli Dewan Negara

-peruntukan tambahan kewarganegaraan

-persempadanan kawasan pilihan raya

-perkara-perkara dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama dalam Senarai Perundangan

-perkara-perkara dalam Senarai Negeri dalam Senarai Perundangan yang melibatkan

=pelaksanaan triti, perjanjian, atau konvensyen antara Persekutuan dengan mana-mana negara lain

=tujuan menyamakan undang-undang antara dua buah negeri atau lebih

2. Persetujuan 2/3 ahli Majlis Parlimen dengan persetujuan Majlis Raja-Raja

-Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak

-kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum yang lain

-hak-hak dan kedaulatan raja-raja

-tugas dan kuasa Majlis Raja-raja

-hal-ehwal Islam

-kedudukan bahasa kebangsaan

-kewarganegaraan
-keistimewaan Parlimen

-pengubahan sempadan antara negeri di Semenanjung Malaysia

3. Sokongan majoriti mudah ahli Parlimen

-Perkara-perkara yang tidak disebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan di atas

4. Sokongan majoriti 2/3 ahli Parlimen dan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak

-hak warga Sabah dan Sarawak menjadi warganegara Malaysia

-pelantikan hakim dan kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak

-soal agama, bahasa, dan keistimewaan bumiputera di Sabah dan Sarawak

-kuasa perundangan negeri di Sabah dan Sarawak

-hak kesamarataan penduduk di Sabah dan Sarawak

Perkara pindaan Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan sokongan 2/3 majoriti ahli Majlis
Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja

1. Hal Ehwal Agama Islam

2. Kewarganegaraan

3. Kedudukan Bahasa Kebangsaan

4. Keistimewaan Parlimen

5. Hak-hak dan kedaulatan Raja-raja

6. Tugas dan kuasa majlis Raja-raja

7. Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak

8. Pengubahan sempadan antara negeri di Semenanjung Malaysia

Majlis yang ditubuhkan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan

1. Majlis Kewangan Negara

2. Majlis Tanah Negara

3. Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan

4. Majlis Raja-Raja

5. Majlis Angkatan Tentera


Hak rakyat Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

1. Hak kebebasan diri

-Tiada Warganegara yang boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali
menurut undang-undang

2. Hak terhadap harta

-Seseorang tidak boleh dilucutkan haknya ke atas harta benda melainkan mengikut undang-undang

3. Hak terhadap pendidikan

-Tidak boleh wujud diskriminasi terhadap mana-mana rakyat dalam pendidikan. Rakyat berhak
mendapat pendidikan yang sempurna dan tidak boleh dibezakan dari segi agama, kaum, keturunan,
dan jantina.

4. Hak bersuara/Hak bercakap, berhimpun, dan berpersatuan

-Boleh bersuara dan mengemukakan pendapat tanpa menyentuh sensitiviti perkauman.

5. Hak kesamarataan

-Perkara ini juga menghalang apa-apa jenis diskriminasi atas dasar agama, bangsa, keturunan, atau
jantina melainkan dibenarkan secara khusus oleh perlembagaan sendiri.

6. Hak Kebebasan beragama

-Setiap Warganegara berhak untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing

7. Hak bebas daripada keabdian dan kerja paksa

-Tiada mana-mana warganegara pun boleh ditahan sebagai hamba abdi

8. Hak terhadap larangan buang negeri

-Tiada warganegara boleh dibuang negeri atau ditahan daripada memasuki Persekutuan

9. Hak kebebasan bergerak

-Tiada warganegara boleh ditahan daripada memasuki Persekutuan


10. Hak perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuatkuasa kebelakangan dan
perbicaraan berulang

-Tiada warganegara boleh didakwa atas kesalahan yang mana tiada undang-undang atau
penguatkuasaan undang-undang ketika dia ditangkap.

Kepentingan Perlembagaan kepada sesebuah negara yang berdaulat

1. Mewujudkan satu pemerintahan yang adil

-Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas
kepada perjalanan sesebuah kerajaan yang adil.

2. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah

-Perlembagaan merupakan panduan kepada kerajaan supaya tidak menyalahgunakan kuasa yang
telah diamanahkan.

3. Menjamin pentadbiran yang teratur/cekap

-Perlembagaan menjamin hak asasi warganegara supaya hidup aman dan sejahtera.

4. Menjamin hak rakyat/warganegara/hak asasi

-Perlembagaan menjamin hak asasi warganegara supaya hidup aman dan sejahtera.

5. Memupuk perpaduan/integrasi

-Perlembagaan dapat mewujudkan suasana yang boleh menyatupadukan rakyat

Hak kebebasan beragama bagi rakyat Malaysia menurut Perlembagaan Persekutuan

1. Berhak menganuti dan mengamalkan agama masing-masing • Tidak boleh dipaksa membayar apa-
apa cukai yang hasilnya diperuntukkan kepada agama lain selain agamanya

2. Tiap-tiap kumpulan agama berhak menguruskan hal elwal agamanya sendiri

3. Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyelenggarakan institusi-institusi bagi


maksud agama dan khairat

4. Tiap-tiap kumpulan agama berhak memperoleh/mempunyai harta/mentadbir harta mengikut


undang-undang

5. Undang-undang persekutuan boleh mengawal/menyekat pengembangan apa-apa


doktrin/kepercayaan agama dalam kalangan orang yang menganut agama Islam
Hak kebebasan diri yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

1. Tiada seseorang boleh diambil nyawa atau dilucutkan kebebasan diri kecuali menurut undang-
undang

2. Seseorang tidak boleh ditahan polis lebih daripada 24 jam kecuali dengan kebenaran
mahkamah/mendapat perintah tahanan reman

3. Seseorang yang ditahan berhak diberitahu tentang kesalahannya ketika ditangkap oleh pihak
berkuasa.

4. Seseorang yang ditahan berhak untuk mendapatkan khidmat guaman

5. Seseorang berhak memohon habeas corpus apabila merasakan ia ditahan secara tidak sah.

Perkara yang tidak boleh dipersoalkan menurut Perlembagaan Persekutuan.

1. Agama Islam sebagai agama Persekutuan

2. Kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak

3. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

4. Kerakyatan / Kewarganegaraan

Sebab hak rakyat Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan boleh disekat.

1. Menjaga kesihatan awam

-Mengelakkan penularan wabak penyakit/ penyakit berjangkit

Menjamin keselamatan negara

-Mengawal ancaman dalaman yang menggugat keselamatan negara

2. Menjaga ketenteraman awam/morality

-Memastikan rakyat menikmati kehidupan dengan aman

3. Menjalani hukuman

-Seseorang yang sedang menjalani hukuman penjara sehingga dibebaskan

4. Melaksanakan perkhidmatan kerahan tenaga

-Undang-undang mengerahkan rakyat untuk melakukan kerahan tenaga untuk negara


5. Melindungi hak individu lain

-Hak individu dilindungi dengan sekatan terhadap perkara-perkara yang boleh menjejaskan hak
individu

6. Menjamin perpaduan

-Penyebaran maklumat/sentimen/isu perkauman dapat disekat.

Menjaga hubungan baik dengan negara luar

-Menghalang informasi/pergerakan keluar negara bagi mengekalkan hubungan baik dengan negara
luar

Kaedah pindaan Perlembagaan dilakukan

1. Persetujuan majoriti 2/3 oleh ahli Majlis Parlimen

-bentuk sumpah dan ikrar

-pelantikan dan persaraan ahli Dewan Negara

-peruntukan tambahan kewarganegaraan

-persempadanan kawasan pilihan raya

-perkara-perkara dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama dalam Senarai Perundangan

-perkara-perkara dalam Senarai Negeri dalam Senarai Perundangan yang melibatkan

=pelaksanaan triti, perjanjian, atau konvensyen antara Persekutuan dengan mana-mana negara lain

=tujuan menyamakan undang-undang antara dua buah negeri atau lebih

2. Persetujuan 2/3 ahli Majlis Parlimen dengan persetujuan Majlis Raja-Raja

-Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak

-kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum yang lain

-hak-hak dan kedaulatan raja-raja

-tugas dan kuasa Majlis Raja-raja

-hal-ehwal Islam

-kedudukan bahasa kebangsaan

-kewarganegaraan

-keistimewaan Parlimen

-pengubahan sempadan antara negeri di Semenanjung Malaysia


3. Sokongan majoriti mudah ahli Parlimen

-Perkara-perkara yang tidak disebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan di atas

4. Sokongan majoriti 2/3 ahli Parlimen dan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak

-hak warga Sabah dan Sarawak menjadi warganegara Malaysia

-pelantikan hakim dan kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak

-soal agama, bahasa, dan keistimewaan bumiputera di Sabah dan Sarawak

-kuasa perundangan negeri di Sabah dan Sarawak

-hak kesamarataan penduduk di Sabah dan Sarawak

Impak negatif terhadap keselamatan negara jika fenomena globalisasi tidak terkawal

1. Campur tangan kuasa besar

-Mendapat bantuan mengguling kerajaan/ memberontak

2. Berlaku pengintipan

-Mendapatkan maklumat oleh negara maju terhadap musuh/negara tertentu

3. Berlaku penggodaman sistem pertahanan

-Mencari maklumat / kelemahan sistem pertahanan sesebuah negara

4. Berlaku pembangunan senjata

-Pengganas mendapat latihan/ akses

5. Memanipulasi hak-hak asasi manusia

-Mendominasi politik dunia

Menggiatkan jenayah antarabangsa

-Menyukarkan jenayah dibendung/ keganasan

6. Pembanjiran maklumat tidak berguna

-Mengancam keharmonian negara


Langkah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan imej perkhidmatan awam

1. Menambah baik sistem/prosedur kerja

-Mengenalpasti dan meminda peraturan dan undang-undang yang menghalang kelancaran sistem
pentadbiran

2. Menambah baik piawaian perkhidmatan

-Menggubal Piagam Pelanggan untuk menambah baik sistem penyampaian

3. Mengaplikasikan ICT

-Menggunakan ICT dalam penyampaian perkhidmatan

4. Menyediakan saluran aduan awam

-Menyediakan saluran aduan awam agar pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan
sektor awam boleh melaporkan kepada Biro

Pengaduan Awam (BPA)

5. Meningkatkan integriti

-Pemantauan yang berterusan perlu dilakukan terhadap tugas yang dijalankan oleh kakitangan
awam

6. Mewujudkan kerjasama awam dan swasta

-Kerjasama awam dan swasta perlu ditingkatkan sejajar dengan Dasar Penswastaan

Langkah yang perlu dilaksanakan dalam memantapkan sistem penyampaian khidmat awam
Malaysia.

1. Membudayakan kreativiti dan inovasi

-Penjawat awam harus berfikir luar dari lingkungan kebiasaan iaitu berfikiran kritis dan konstruktif
dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka

2. Mementingkan kecekapan bertindak dan membuat keputusan

-Kepantasan bertindak akan menambah keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan meningkatkan had
laju kitaran wang dalam sistem ekonomi negara
3. Mengutamakan nilai untuk wang

-Pembaziran, penyelewengan, dan salah urus harus dihapuskan dalam pengurusan kewangan awam
– setiap sen yang dibelanjakan seharusnya mendapat pulangan nilai paling maksimum kepada
kerajaan dan rakyat

4. Membudayakan nilai integriti

-Transformasi bukan sahaja menuntut perubahan fizikal semata-mata tetapi juga melibatkan
pembangunan sosial, budaya, intelek, dan juga rohani –fokus turut melibatkan pemantapan etika
dan integriti yang perlu menjadi budaya masyarakat

Sebab mengapa globalisasi dianggap cabaran dalam melaksanakan tadbir urus yang baik

1. Campur tangan kumpulan - kumpulan tertentu untuk menggulingkan kerajaan sedia ada

-Campur tangan kuasa-kuasa besar di Afghanistan, Iraq dan Mesir

2. Penggodaman sistem pertahanan

-Mencari maklumat kekuatan dan kelemahan sistem pertahanan sesebuah negara

3. Pengintipan untuk mendapatkan maklumat oleh negara maju terhadap seteru mereka

-Melalui internet, negara maju berupaya membuat pengintipan terhadap negara-negara lain dari
segi

4. Gejala sosial

-Pengamalan seks bebas, rempit, budaya lepak dan minuman keras

Budaya hedonism.

-Remaja mudah terpengaruh dengan budaya berseronok

5. Penghakisan dasar perlindungan produk tempatan

-Ancaman ke atas produk IKS

6. Penyalahgunaan teknologi

-Membina senjata-senjata moden yang memusnahkan kehidupan manusia (senjata nuklear)


Ciri Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat

1. Merdeka atau bebas daripada kuasa penjajah

-Malaysia merupakan sebuah negara merdeka yang bebas daripada campur tangan mana-mana
pihak asing

2. Berwibawa

-Suara Malaysia didengari di peringkat antarabangsa terutamanya dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa


Bersatu

3. Beridentiti

-Malaysia mempunyai pelbagai lambang yang menggambarkan identiti negara seperti jata negara,
bendera, lagu kebangsaan dan lain-lain lagi

4. Berideologi

-Malaysia mempunyai ideologi kebangsaan iaitu Rukun Negara yang harus difahami dan dihayati
oleh setiap warganya

5. Perlembagaan yang berkuasa

-Perlembagaan Malaysia digubal mengikut lunas undang-undang oleh Badan Perundangan dan
menjadi panduan kerajaan dalam mentadbir negara

6. Dihormati dan diiktiraf

-Malaysia diiktiraf oleh negara dunia yang lain

Fungsi Unit Perancang Ekonomi (UPE)

1. Menasihati kerajaan mengenai isu-isu ekonomi

2. Mengurus bantuan teknik dan kewangan daripada kerajaan asing dan agensi antarbangsa.

3. Merangka dasar dan strategi untuk pembangunan sosio-ekonomi

4. Menyediakan rancangan pembangunan jangka sederhana dan jangka panjang

5. Menyediakan belanjawan bagi program dan projek pembangunan

6. Mengenalpasti dan melaksanakan penyelidikan ekonomi

7. Menyelaras penglibatan Malaysia dalam Pembangunan Pertumbuhan Segitiga

8. Menggubal dan melaksanakan dasar-dasar dan garis panduan pelaburan asing

9. Menimbang dan memperakukan cadangan penyusunan semula ekuiti syarikat selaras dengan
penyusunan semula ekuiti korporat

10. Menjadi urus setia kepada Majlis Perancang Negara

11. Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara (JPPN) dan
Majlis Ekonomi
Peranan Ketua Setiausaha Negara dalam badan eksekutif

1. Setiausaha Kabinet

2. Ketua Perkhidmatan Awam Persekutuan

3. Pegawai tadbir utama di Jabatan Perdana Menteri

4. Penasihat utama kepada Perdana Menteri dalam pentadbiran

5. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri

6. Pengerusi mesyuarat Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian

Tugas Menteri Besar atau Ketua Menteri dalam pentadbiran

1. Menteri Besar/ Ketua Menteri mentadbir kerajaan negeri

2. Sebagai penasihat kepada Sultan/ yang Di Pertua Negeri

3. Menasihati Raja/ Yang Di Pertua Negeri dalam pelantikan dan penentuan portfolio ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan (MMK)

4. Menjadi penghubung antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan melalui Majlis
Mesyuarat Raja-Raja

Tugas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

1. Menerima dan mengedarkan kertas-kertas kerja yang hendak dikemukakan dalam mesyuarat
MRR

2. Memanggil mesyuarat MRR dari semasa ke semasa

3. Menghadiri mesyuarat MRR

4. Menyimpan minit-minit mesyuarat MRR

5. Mengesahkan semua keputusan MRR

6. Mengumumkan keputusan MRR/tarikh berpuasa dan tarikh hari raya


Tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA .

1. Pelantikan

-menguruskan pelantikan anggota Perkhidmatan Awam secara tetap, sementara, kontrak , tukar
sementara dan pinjaman/ menamatkan perkhidmatan anggota Perkhidmatan Awam

2. Pengesahan dalam perkhidmatan

-mengesahkan anggota Perkhidmatan Awam dalam perkhidmatan/ melanjutkan tempoh percubaan/


mengembalikan kakitangan ke jawatan asal/ menamatkan perkhidmatan kerana gaga disahkan
dalam jawatan

3. Pemberian taraf berpencen

-menguruskan pemberian taraf berpencen kepada anggota Perkhidmatan Awam tidak termasuk
anggota kumpulan sokongan

4. Pertukaran perkhidmatan

-menukar tetap anggota Perkhidmatan Awam dari satu skim perkhidmatan ke satu skim
perkhidmatan yang lain bagi satu skim perkhidmatan yang sama.

5. Kenaikan pangkat

-Suruhanjaya berfungsi sebagai Lembaga Kenaikan Pangkat Kawalan tatatertib

-merupakan Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan bagi tindakan tatatertib dengan tujuan
membuang kerja atau menurunkan pangkat pegawai-pegawai Pengurusan Tertinggi atau
Pengurusan dan Profesional.

Fungsi Badan Kehakiman

1. Melindungi hak-hak manusia daripada pencerobohan pihak eksekutif, orang persendirian dan
orang-orang tertentu.

2. Mempunyai kuasa mentafsir Perlembagaan dan undang-undang.

3. Mengisytiharkan sah atau tidak sebarang undang-undang atau tindakan.

4. Menjadi pentadbir keadilan dengan membicarakan kes-kes sivil dan

jenayah di Malaysia.

5. Menyemak undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.
Fungsi utama Suruhanjaya Pilihan Raya

1. Membuat kajian dan persempadanan semula bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri tidak
kurang 8 tahun dari Tarikh persempadanan semula yang terdahulu.

2. Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih.

3. Menjalankan Pilihan Raya Umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan

Undangan Negeri, dan Pilihan Raya Kecil sekiranya berlaku kekosongan.

Fungsi Parlimen di Malaysia

1. Meluluskan dan meminda undang-undang Persekutuan

2. Memeriksa dasar-dasar kerajaan

3. Meluluskan bajet kerajaan dan cadangan cukai yang baharu

4. Membincangkan perkara-perkara berkaitan kepentingan rakyat/orang ramai

5. Menyemak dan membahaskan dasar-dasar kerajaan

6. Meluluskan perbelanjaan kerajaaan dan hasil-hasil cukai baru

7. Menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam tentang perkara nasional

Fungsi YDPA dalam Badan Perundangan seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan
Persekutuan

1. Memanggil, meminta, menghendaki Parlimen /majlis Parlimen bermesyuarat dari semasa ke


semasa

2. Memberhentikan/memprorog Parlimen

3. Membubarkan Parlimen

4. Memberikan titah dalam mana-mana sidang majlis/mesyuarat parlimen

(Dewan Rakyat/Dewan Negara)

5. Memperkenankan rang undang-undang

6. Melantik senator/Melantik ahli DN

7. Melantik Setiausaha DN/DR /Melantik setiausaha parlimen

8. Membatalkan kelayakan seseorang ahli parlimen

9. Memperkenankan pemilihan Yang DiPertua Dewan Rakyat/Dewan Negara


Fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

1. Membuat pelantikan jawatan dalam perkhidmatan awam

2. Mengesahkan jawatan penjawat awam

3. Menaikkan pangkat kakitangan awam

4. Melaksanakan kawalan tatatertib kakitangan awam

5. Menukar kakitangan awam

6. Memberi taraf pencen kepada kakitangan awam

Usaha meningkatkan tadbir urus

1. Mewujudkan persekitaran budaya kerja positif

2. Melaksana kepimpinan melalui teladan

3. Memastikan kecukupan dan kecekapan sumber

4. Memperkasa penguatkuasaan undang-2 tadbir urus

5. Membudayakan tadbir urus korporat

Faktor-faktor kecemerlangan tadbir Urus

1. Prestasi cemerlang pegawai awam

2. Budaya kerja yg berkualiti

3. Penyerapan inovasi dan kreativiti dlm pentadbiran

4. Keupayaan fokus kpd kehendak pelanggan

5. Kecekapan mengurangkan kerenah birokrasi

6. Kecekapan mengaplikasi teknologi terkini

7. Mengekploitasi sumber secara optimum

8. Pematuhan kpd peraturan dan undang-undang


Punca Peningkatan Harga Barang

1. Sikap negatif peniaga/penjual

2. Sikap tamak pemborong/orang tengah

3. Pengaruh cuaca

4. Kelemahan penguatkuasaan undang-undang

5. Kewujudan banyak rantaian

6. Peningkatan harga di pasaran antarabangsa

7. Peningkatan mendadak permintaan

Pelbagai Faktor Mengancam tahap kesihatan

1. Amalan pemakanan tidak sihat

2. Amalan gaya hidup tidak sihat

3. Pencemaran alam sekitar

4. Tekanan hidup

5. Penularan virus

6. Faktor genetik/keturunan

7. Pengambilan ubat-ubatan/makanan tambahan/suplemen

8. Faktor persekitaran

Faktor Malaysia kekal berdaulat

1. Kepimpinan yg berwibawa

2. Mempunyai perlembagaan yang berkuasa

3. Rakyat yg mempunyai jati diri yang kukuh

4. Kekuatan ketenteraan /pasukan keselamatan

5. Kestabilan politik

6. Hubungan baik dengan negara luar

7. Keadaan ekonomi yang stabil

8. Dasar kerajaan yg mantap


Faktor Berlaku Jenayah Siber

1. Pertambahan pengguna internet

2. Sukar mengenal pasti penjenayah siber

3. Kelemahan penguatkuasaan undang-undang

4. Pertambahan pelajar lulusan bidang ICT

5. Kurang kesedaran pengguna /masyarakat berkaitan jenayahn siber

Faktor Penyebab Inflasi

1. Kenaikan harga minyak

2. Wujudnya lebihan permintaan/ permintaan luar jangka

3. Kejatuhan nilai mata wang

4. Pelaksanaan skim cukai perkhidmatan dan cukai-cukai lain

5. Sikap tamak peniaga

6. Kelemahan penguatkuasaan undang-undang

7. Pemansuhan subsidi

8. Kebergantungan kepada barangan import

9. Kenaikan harga bahan mentah

Faktor Kurang Integriti

1. Keghairahan mengekalkan jawatan atau kuasa

2. Tadbir urus institusi yang lemah dan tidak cekap

3. Kegagalan pendidikan integriti

4. Kelemahan penguatkuasaan undang-undang

5. Sikap kebendaan/ materialistik

6. Kurang penghayatan terhadap ajaran agama/moral

7. Teladan tidak baik pemimpin

8. Kelemahan sistem dan prosedur kerja


Sebab industri insurans semakin berkembang

1. Tahap kesedaran tentang insurans meningkat

2. Banyak kelebihan memiliki insurans

3. Mudah mendapat rawatan di hospital swasta

4. Mendapat pelepasan cukai pendapatan

Sebab warga tua diabaikan

1. Kepincangan institusi keluarga

2. Keadaan kesihatan warga tua

3. Sikap materialistik

4. Kemiskinan

Punca kurang berminat menggunakan Pengangkutan awam

1. Mutu perkhidmatan yang tidak memuaskan

2. Sistem aliran pengangkutan awam tidak bersepadu

3. Risiko menjadi mangsa jenayah

4. Sikap negatif masyarakat

Sebab rasa tak puas hati terhadap sistem penyampaian kerajaan

1 Perkhidmatan tidak mesra pelanggan

2. Penuh dengan kerenah birokrasi

3. Penjawat awam kurang berintegriti

4. Perkhidmatan tidak cekap

Sebab perpaduan belum dicapai

1. Amalan politik perkauman

2. Penyalahgunaan ICT

3. Perbezaan budaya dan agama

4. Wujud pemisahan fizikal / Wujud jurang ekonomi antara kawasan yang luas

5. Semangat mementingkan kaum sendiri


Punca kemerosotan Kualiti Udara

1. Penerokaan hutan

2. Pembakaran terbuka / Pembakaran bahan api fosil

3. Kegiatan perindustrian/ perlombongan

4. Kegiatan pertanian/ penternakan

5. Pembuangan sisa domestik

Punca Permainan Tradisional dipinggirkan

1. Tiada/kurang/pendedahan/Pengetahuan

2. Persaingan daripada permainan moden

3. Tiada nilai komersial

4. Hubungan kemasyarakatan semakin longgar

5. Kurang tenaga pakar membuat alatan permainan

Faktor menyebabkan manusia terdedah kpd penyakit berbahaya

1. Faktor Pemakanan/faktor amalan/pengambilan makanan

2. Faktor persekitaran

3. Faktor genetik

4. Faktor gaya hidup

5. Faktor sikap

6. Faktor pengurusan kesihatan

Punca berlaku jenayah kejam

1. Keruntuhan akhlak atau moral

2. Kebanjiran/kemasukan PATI yang ramai/pertambahan penduduk

3. Pengaruh media massa yang negatif

4. Faktor kemiskinan dan himpitan /kesempitan hidup

5. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah

6. Kecelaruan mental/ masalah psikologi /Pengaruh dadah


Punca masalah bekalan air bersih

1. Pencemaran air sungai

2. Penebangan hutan

3. Kemarau panjang

4. Kelemahan penguatkuasaan undang-undang

5. Sikap masyarakat / Pembaziran air

6. Kurang penyelenggaran / perbuatan sabotaj

7. Ketidakupayaan empangan dan loji rawatan

8. Pertambahan populasi

Faktor Dalaman masalah remaja

1. Kurang penghayatan agama dan nilai moral

2. Mengejar keseronokan

3. Kemiskinan

4. Taraf pendidikan rendah

5. Masalah keluarga

Faktor Masalah Kesihatan Mental

1. Persekitaran

2. Pekerjaan

3. Keluarga

4. Pendidikan

5. Kewangan

6. Pengaruh bahan kimia

7. Diri sendiri

8. Genetik
Kepentingan Perlembagaan kepada rakyat

1. Menjamin keselamatan

2. Melindungi hak asasi

3. Mengukuhkan perpaduan

4. Berpeluang memilih pemimpin, wakil rakyat

5. Menjamin perkembangan ekonomi negara

6. Mengekalkan hak keistimewaan bumiputera

7. Meningkatkan taraf hidup rakyat

8. Mewujudkan keadilan sosial

Cabaran utk memastikan perkhidmatan terbaik dpt diberikan kpd rakyat

1. Perkembangan globalisasi

2. Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

2. Kualiti perkhidmatan pihak swasta

3. Kompetensi kakitangan awam

4. Memenuhi ekspektasi pelanggan

5. Tahap integriti penjawat awam

6. Wujud kerenah birokrasi

7. Penyediaan perkhidmatan berkualiti

Kepentingan sebuah kerajaan yg kuat dan stabil

1. Menjamin kestabilan politik

2. Menggalakan pertumbuhan ekonomi negara

3. Menjamin kesejahteraan hidup rakyat

4. Mengatasi ancaman kesihatan

5. Menangani isu pendidikan

6. Mengukuh perpaduan kaum

7. Meningkatkan Pembangunan negara

8. Meningkatkan tahap keselamatan negara

9. Meningkatkan daya saing negara

10. Memperkukuhkan kerja sama antara negara

You might also like