You are on page 1of 20

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

MENGETAHUI TENTANG
PERUNTUKAN UTAMA DALAM
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH : - NUR AZIELAH EZZLYNN BINTI MOHD ISMAIL


- IZZATUL NABILA BNTI MOHD NORISHAN
- NURSHIRA ANISYA BINTI MOHD AZMAN

PENGENALAN
Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan
Persekutuan.
Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah
dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan
Kemerdekaan 1957 .
Ia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan
punca kepada semua undang-undang. Perlembagaan Persekutuan
memberikan jaminan terhadap hak asasi dan kebebasan rakyat dan
keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini
Ia juga menjamin keadilan,kerjasama, kesepakatan dan
kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri.

Peruntukan utama dalam perlembagaan Malaysia ada 5


perkara:Isu isu tersebut ialah : Bahasa
Agama
Kewarganegaraan
Kedudukan Istimewa Orang Melayu
Kebebasan Asasi
Perkara-perkara ini menjadi faktor penting untuk
mewujudkan persefahaman ke arah perpaduan.

BAHASA
Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan.
Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan (lingua
Franca) sejak abad ke-15 dengan wujudnya Kesultanan
Melayu Melaka.
Pada masa kini, Bahasa Melayu merupakan bahasa
utama yang digunakan oleh pedagang-pedagang yang
datang dari serata dunia
Dalam hal ini, Bahasa Melayu merupakan bahasa yang
senang dipelajari dan dikuasai oleh sesiapa sahaja.
Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu.

AGAMA
Agama Islam telah dipilih sebagai Agama rasmi.
Agama Islam telah bertapak di Tanah Melayu sejak awal
abad ke-13 melalui penemuan batu Bersurat Terengganu
yang bertarikh 129 Masihi dan berkembang maju pada
zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka pada
abad ke-15
Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan
agama islam sebagai agama rasmi bagi persekutuan,
tetapi perlembagaan Persekutuan juga memberi
kebebasan kepada semua individu untuk mengamalkan
agamanya sendiri dengan cara aman dan harmoni di
mana-mana bahagian Persekutuan.

KEWARGANEGARAAN
Kewarganegaraan merupakan satu status istimewa yang
dipegang oleh rakyat yang berhak dalam sesebuah negara.
Sesiapa yang menjadi rakyat, berhak untuk menjadi
warganegara Persekutuan Tanah Melayu
Antara keistimewaan yang diperolehi oleh seseorang
warganegara ialah:
1. Berhak menjadi pemilih dalam pilihan raya
2. Layak mengambil bahagian aktif dalam politik
3. Layak mengisi jawatan eksklusif yang dikhaskan untuk
warganegara sahaja.
4. Bebas memiliki hartanah
5. Bebas bergerak dalam seluruh negeri.
6. Berhak menerima pelbagai faedah dan kemudahan di dalam
negerinya.
7. Tidak boleh dibuang Negeri.

Kehilangan Taraf Kewarganegaraan


Seseorang itu boleh hilang kewarganegaraan dengan 2 cara:1. Pertama dia sendiri yang menolak
kewarganegaraannya
2. Kedua dia telah menyalahi undang-undang dengan
melakukan perkara-perkara berikut:
- Menjadi warganegara lain
- Berniaga @ berhubung dengan negara musuh.
- Menggunakan segala hak & kemudahan
dalam negera lain, sedangkan hak-hak itu diberikan kepada
warganegara sahaja
- Wanita yang menjadi warganegara negara asing melalui
perkahwinan dengan lelaki negara berkenaan

- Bertindak negatif yang menunjukkan


dia tidak lagi taat setia kepada
negara Malaysia
- Dihukum di mana-mana negara dalam
tempoh 5 tahun setelah dia menjadi
warganegara dengan hukuman penjara
tidak kurang 12 bulan atau denda tidak
kurang RM 5 ribu.
- Memberi khidmat kepada negara lain tanpa kebenaran
- Tinggal menetap di negara asing selama 5 tahun berturut-turut kecuali untuk
berkhidmat dengan atau bagi kerajaan Malaysia
- Memperolehi kewarganegaraan dengan cara penipuan
- Wanita asing yang mendapat taraf kewarganegaraan melalui
perkahwinan, telah bercerai dengan suaminya, kecuali
dia bercerai mati.

JUS SOLI
Ia adalah berdasarkan undang-undang tempat lahir
Sesiapa yang lahir di Malaysia antara hari Merdeka
dan Oktober 1962, secara automatik mendapat taraf
warganegara.
Bagi yang lahir selepas 1962 dia boleh menjadi
warganegara sekiranya:
- ibu @ bapanya warganegara
- ibu @ bapanya masih lagi bermastautin di
negara ini
- dia masih tidak mempunyai kewarganegaraan
daripada mana2 negara lain

Cara Mendapatkan Kewarganegaraan


Terdapat 4 cara yang membolehkan seseorang itu
mendapatkan taraf kewarganegaraan di Malaysia iaitu
melalui:1. Prinsip Jus Soli (undang2 tempat lahir)
2. Prinsip Jus Sanguinis (undang2 keturunan darah
3. Perkahwinan (bermastautin)
4. Naturalisasi (masukan)

Perkahwinan
Khusus untuk wanita asing yang berkahwin dgn
warganegara Malaysia
Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
- Si suami telah pun menjadi warganegara pada
bulan Okt 1962 atau sebelumnya dan
perkahwinan itu masih kekal atau
- Wanita asing itu telah menetap dalam
Persekutuan
selama 2 tahun sebelum
permohonan itu dibuat
- Berniat hendak tinggal kekal
- Berkelakuan baik

Naturalisasi
Untuk pemastautin yang tidak lahir di Persekutuan.
Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
- Berumur 21 tahun atau lebih
- Telah bermastautin di Persekutuan tidak
kurang
10 tahun
- Berniat hendak kekal bermastautin dlm
negara ini
- Berkelakuan baik
- Mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang
cukup.

JUS SANGUINIS
Jus sanguinis (asas keturunan atau pertalian
darah) adalah hak kewarganegaraan yang
diperoleh seseorang (individu) berdasarkan
kewarganegaraan ayah atau ibu biologinya.
Negara yang menerapkan asas ini adalah
Republik Rakyat Tiongkok. Kebanyakan bangsa
yang memiliki sejarah panjang menerapkan
asas ini, seperti negara-negara di Eropah dan
Asia Timur.

KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU


Dalam Perlembagaan Persekutuan,hak-hak orang
Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak ada
dinyatakan dalam Perkara 153.
Hak Istimewa Orang Melayu dan bumiputera meliputi:
BidangPerkhidmatan Awam,Bidang Ekonomi dan Bidang
Pelajaran. Selain itu, kedudukan istemewa orang Melayu
dan bumiputera yang lain juga terdapat dalam
peruntukan iaitu berhubung dengan tanah rizab Melayu.
Tanah rizab Melayu juga dianggap sebahagian daripada istimewa orang
Melayu.
Tidak boleh dipindahmilik melainkan kepada orang Melayu
Jika kerajaan mengambil hakmilik perlu diganti dengan tanah yg lain

KEBEBASAN ASASI
Hak asasi dalam Perlembagaan Malaysia ditulis
sebagai kebebasan asasi.
Hak individu dijamin oleh Perlembagaan
Persekutuan dalam Bahagian 2
Hak asasi terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
kebebasan beragama
kebebasan diri
kebebasan ekonomi.

Kebebasan Beragama
Perlembagaan Malaysia menjelaskan beberapa perkara penting
tentang kebebasan agama antaranya:
Setiap orang berhak mengamalkan agamanya
Seseorang di bawah umur 18 tahun tidak boleh
diajak
mengambil bahagian dalam upacara
keagamaan selain daripada
agamanya.
Seseorang tidak boleh diminta membayar apa-apa cukai jika
hasil pengutan itu digunakan untuk
kepentingan agama lain
daripada agamanya.
Kelompok seagama berhak mengurus hal2 agamnya termasuk
menubuh yayasan dan memiliki harta.
Semua aspek kebebasan beragama hendaklah
tidak
mengganggu keamanan awam.

Kebebasan diri
Seseorang tidak boleh diambil nyawanya atau
dihapuskan kebebasannya melainkan dikehendaki
oleh undang-undang.
Seseorang itu bebas bercakap, berkumpul,
menubuhkan persatuan dan sebagainya
Walau bagaimanapun kebebasan tersebut boleh
dihadkan demi menjaga kepentingan orang ramai dan
negara.
Contoh: Akta Keselamatan Dalam Negeri

Kebebasan Ekonomi
Rakyat Malaysia berhak memiliki harta atau
diberikan pampasan yang sewajarnya.
Boleh menubuhkan persatuan yang memperjuangkan
kepentingan pekerja-pekerja.
Boleh berpakat untuk mengadakan mogok bagi tujuan
mendapatkan layanan yang lebih adil daripada
majikan.

Rujukan
Malaysianstudies.blogspot.com
Nota
Slide Islam dan melayu

Thank you !

You might also like