You are on page 1of 40

PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

1) MOHAMMAD DZULWAQAR BIN DZULKARNAIN 2) KUMARAJEEVAN A/L DARMALINGAM 3) MUHAMMAD ALIFF HAIKAL BIN ZAIDI

Pengenalan
Perkara yang dianggap menguntungkan orang Melayu dan bumiputera diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi kelebihan kepada bukan Melayu seperti perkara di bawah:

Islam agama persekutuan tetapi agama lain bebas diamalkan Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain dibenarkan Kedudukan Istimewa orang Melayu dan bumiputera diperuntukkan tetapi hak etnik lain tidak boleh dilucutkan

Konsep Perlembagaan

Definisi
Definisi
satu set peraturan atau undang-undang Samada bertulis atau tidak bertulis Yang menentukan: Pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan Bagaimana kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan Adalah undang-undang asas negara Berperanan sebagai panduan bagi membentuk undang-undang

Jenis Perlembagaan Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis iaitu


Bertulis - merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen

Tidak bertulis - merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah Perlembagaan Malaysia adalah
Bertulis Mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan 13 Jadual Menyentuh bidang kuasa perundangan, kehakiman dan eksekutif Menyentuh juga aspek bahasa, agama, kewarganegaraan, hak istimewa dan sebagainya

Kontrak Sosial
Orang Bukan Melayu diberi kewarganegaraan melalui prinsip jus soli Orang Melayu diberi peruntukan istimewa:
Agama Islam Bahasa Melayu Kedudukan istimewa orang-orang Melayu Kedudukan Raja-raja Melayu

Unsur-Unsur Tradisi Adalah satu kontrak sosial semasa penggubalan perlembagaan yang meliputi:
bahasa, agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera (Sabah dan Sarawak) dan pemerintahan beraja

Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana


Ia telah wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957. Berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957 Ini menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur tradisi sehingga dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam.

Ia juga merupakan satu pra-syarat dan permuafakatan yang telah dipersetujui dan diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Ini bermakna: Orang Melayu diberikan hak istimewa, Islam menjadi agama persekutuan dan Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai pra-syarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu. Pra-syarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.

Unsur-Unsur Tradisi
Perkara-perkara yang menyentuh hubungan etnik dalam Perlembagaan Malaysia
I. Perkara 3 iaitu agama Islam, namun agama lain bebas diamalkan

II. Perkara 8 iaitu persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa Melayu dan seumpamanya.
III. Perkara 10 (4) iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya. IV. Perkara 38 iaitu kuasa Majlis Raja-Raja menghalang Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu dan bahasa Melayu dan Islam.

V. Perkara 150 (6a) iaitu kedudukan Agama Islam, Adat istiadat Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat.
VI. Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka. VII. Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang-orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain.

Begitu juga Perjanjian Malaysia yang dibuat pada tahun 1963, merupakan satu persetujuan yang telah disepakati antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Ia lebih dikenali sebagai Perkara Dua Puluh yang mengandungi tuntutan Sabah dan Sarawak yang bersetuju untuk menyertai Malaysia. Antara yang terkandung dalam Perkara Dua Puluh ialah mengenai imigresen, bahasa, kewangan dan hak istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak. Ia boleh dirujuk dalam Senarai II dan Senarai III serta yang berkaitan dengan peruntukan tambahan bagi Sabah dan Sarawak.

Unsur-Unsur Tradisi Difokuskan kepada tiga


Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka. Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain daripada maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain. Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan.

Perkara 3 iaitu agama Islam ialah agama persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman di mana-mana bahagian persekutuan. Kebebasan beragama ini dijamin dalam perlembagaan terhadap semua agama iaitu setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan bahawa setiap agama mempunyai hak untuk: Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri. Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat. Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undangundang.

Kenyataan ini diperkukuhkan dengan beberapa prinsip Islam yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia yang tercatat dalam beberapa fasal lain yang harus dibaca secara bersama dengan Perkara 3 (1) iaitu:
Perkara 11 (4) : Undang-undang Negeri dan mengenai WilayahWilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti agama Islam.

Perkara 12 (2): ...adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyelenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan yang diperlukan bagi maksud berkenaan. Perkara 121 (A) Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah syariah.

Saya suka menjelaskan di sini bahawa negara ini bukanlah sebuah negara Islam sebagaimana difahamkan secara umumnya. Kita cuma ingin memperuntukkan Islam hendaklah menjadi agama rasmi bagi persekutuan.
(Tunku Abdul Rahman, mantan Perdana Menteri Malaysia yang pertama dalam Majlis Perundangan Persekutuan pada awal tahun 1958 )

Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orangorang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain. Perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain iaitu adalah menjadi tanggungjawab Yang Di Pertuan Agong untuk melindungi juga hak-hak mereka yang sah menurut peruntukan lain. Begitu juga perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika ia mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam yang dipegang oleh sesiapa atau penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan yang dinikmati oleh kaum lain atau perlucutan atau penamatan permit lesen yang dipegang olehnya

Adalah perlu juga diperjelaskan siapakah yang dikatakan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak itu. Dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara 160), Melayu itu ditakrifkan sebagai: Lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu. Menganut agama Islam. Mengamalkan adat istiadat Melayu.

Manakala takrifan bumiputera ;


Sarawak terdiri dari mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bisayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan campuran dari kaum tersebut. Sabah anak atau cucu kepada seorang dari suatu kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah.

Lain-lain kedudukan istimewa orang Melayu termasuklah peruntukkan Perkara 86 dan 90 berhubung dengan tanah rizab orang Melayu, yang mana memberi kuatkuasa undangundang perlembagaan kepada undangundang sedia ada berkenaan perkara melindungi tanah rizab orang Melayu dari diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.

Kemasukan perkhidmatan oleh orang Melayu ke dalam Rejimen Askar Melayu, dengan pengecualian orang bukan Melayu, dikuatkuasakan oleh Perkara 8 (5) dan dengan demikian boleh juga dianggap sebagai sebahagian dari kedudukan istimewa orang Melayu

Kerasionalan Perkara 153


Prinsip Jus soli dengan kerakyatan kepada 800,000 bukan Melayu. Manfaat serta merta sebagai warganegara undi pilihanraya dan hakhak lain sebagai warganegara
Hak istimewa meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan. Seperti bercanggah dengan Perkara 8 iaitu Hak sama rata, maka ini prasyarat penerimaan kewarganegaraan

Bilangan Orang Bukan Melayu Yang Menjadi Warganegara Dengan Cara Pendaftaran

Tahun

Bilangan

1957 (31 Ogos 31 Disember 1957

120078

1958

822567

1959

67227

1960

77858

Sumber: Pendaftar Besar Warganegara

Kerasionalan Perkara 153


Rasional Perkara 153 dipecahkan kepada tiga
1. Perkhidmatan Awam
Menentukan rezab bilangan jawatan Diimbangi dengan tidak boleh melucut jawatan sedia ada Bilangan pegawai Melayu kecil meliputi 36% saja (1968) Rujuk Jadual IV

Melayu Perkhidmatan Perkhidmatan pentadbiran 706

Bukan Melayu

Jumlah

515

1221

Akitek, jurutera dan pegawai profesional


Pegawai kesihatan dan perubatan Ahli Sains Fizikal

73

370

443

64

693

727

13

51

64

Ahli sains Sejati


Prangkawan Profesional Perkhidmatan UndangUndang Perkhidmatan beruniform Pengangkitan dan media massa Jumlah

60
38 70 331 67 1392

108
166 37 369 188 2447

169
204 107 700 255 3839

Sumber: Kajian Semula Pelaksanaan Perkara 153, Perlembagaan Malaysia Semenjak Tahun 1957 dengan rujukan khas kepada Malaysia Barat.

Kerasionalan Perkara 153


2. Ekonomi Kemiskinan orang Melayu 64.8% (1970) (rujuk Jadual V) Jurang Pendapatan melebar antara etnik Negeri majoriti Melayu miskin khususnya di pantai timur Pemilikan kekayaan negara bagi Melayu hanya 2.4% tahun 1970 Pembahagian kekayaan dan agihan pendapatan merupakan faktor terkuat mempengaruhi hubungan etnik (13 Mei)

Peratusan Hak Milik Modal Saham (Pada Nilai Tara) Syarikat Berhad, 1995 dan 1999

1995 Kumpulan Hak Milik Bumiputera (Individu, Institusi dan Agengsi Amanah) 20.6

1999 19.1

Cina
India Rakyat Asing

40.9
1.5 27.7

37.9
1.5 32.7

Syarikat Nomini
Jumlah

8.3
100

7.9
100

Sumber: Rancangan Malaysia Kelapan

Pemilikan ekuiti Bumiputera sektor korporat meningkat tetapi masih belum mencapai sasaran 30%
Matlamat 1970 1990 Pencapaian 1990 2002

Bumiputera Bukan Bumi.

2.4 32.3

30.0 40.0

19.3 46.8

18.7 43.2

Cina
India Lain-lain Asing Nomine JUMLAH 63.3 2.0 100.0 100.0 30.0

45.5
1.0 0.3 25.4 8.5 100.0

40.9
1.5 0.8 28.9 9.2 100.0

% Isi rumah Malaysia

Kemiskinan

60 50 40 30 20 10

0
Jumlah Luar Bandar Bandar Ketermiskinan

1970 49.3 58.6 24.6

1990 16.5 21.1 7.1 3.9

2002 5.1 11.4 2.0 1.0

Nota : Pendapatan Garis Kemiskinan (PLI) untuk 2002 adalah RM529 sebulan di Semenanjung Malaysia (saiz isi rumah 4.6) ; RM690 di Sabah (saiz isi rumah 4.9) ; dan RM600 di Sarawak (saiz isi rumah 4.8). Ketermiskinan dianggarkan mengguna separuh dari PLI.

Jurang pendapatan antara kaum

Nisbah ketaksamaan pendapatan isirumah

1970
1: 2.1 1: 2.3 1: 1.8

1980
1: 1.8 1: 1.9 1: 13

1990
1: 1.7 1: 1.7 1: 13

1999
1: 1.8 1: 1.7 1: 1.4

2002
1: 2.1 1: 1.8 1: 1.3

Luar Bandar : Bandar Bumiputera : Cina Bumiputera : India

Kerasionalan Perkara 153


Pendidikan Bilangan pelajar ijazah pertama di IPTA dalam sosial dan sains adalah masih rendah antara Melayu dan bukan Melayu Peratusan golongan profesional, bumiputera hanya 4.9% berbanding bukan bumiputera 84.3% 1970 Pengekalan Sekolah Jenis Kebangsaan seolah bercanggah dengan Penyata Razak seperti yang terkandung dalam perenggan 12 iaitu tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud untuk menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.

Jumlah Pelajar Ijazah Pertama dan Diploma di Institusi Pendidikan Awam Tempatan, 1995-2005

1995

2000

2005

Peringkat Pendidikan Ijazah

75,709

170,794

244,527

Diploma

46,480

92,304

148,025

Jumlah

122,189

263,098

392,552

Sumber: Rancangan Malaysia Kelapan

Bilangan Institusi, Pelajar dan Tenaga Pengajar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Sehingga 31 Disember 2002 BILANGAN INSTITUSI 11 1 3 4 518 BILANGAN PELAJAR 29,747 488 6,836 4,740 252,789

INSTITUSI IPTS Bertaraf Universiti IPTS Bertaraf Universiti (Kolej Universiti) IPTS Bertaraf Universiti (Kampus Cawangan Dalam Negara) IPTS Bertaraf Universiti (Kampus Cawangan Luar Negara) IPTS Bukan Bertaraf Universiti (Kolej)

Keseluruhan IPTS

534

294,600

Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia

Penyertaan golongan profesional Bumiputera meningkat, 1990-2003


1990 Profesion Akauntan Arkitek Doktor 2002

Bumi Cina
11.2 23.6 27.8 81.2 74.4 34.7

India
6.2 1.2 34.4

Bumi
20.0 43.6 38.5

Cina
74.6 52.6 29.9

India
5.1 1.3 27.5

Doktor Gigi Doktor Veterinar Jurutera Juru Ukur Peguam JUMLAH

24.3 35.9 34.8 44.7 22.3 29.0

50.7 23.7 58.2 49.6 50.0 55.9

23.7 37.0 5.3 3.7 26.5 13.2

38.2 40.1 43.5 46.0 35.1 37.2

40.3 29.8 50.1 49.3 38.4 50.1

19.1 25.7 5.3 3.1 25.8 11.2

Kerasionalan Perkara 153


Pendidikan Kewujudan MRSM, Sekolah berasrama penuh dan matrikulasi yang khusus orang Melayu turut dibuka kepada bukan Melayu IPT mengikut etnik dibenarkan UiTM, UTAR dan Kolej Tafe Kuota IPTA juga telah ditukar kepada meritokrasi Anggapan IPTA ramai bumiputera diimbangi dengan IPTS Biasiawa telah ditukar kepada PTPTN

Rasional Perkara 152


Bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan tanpa menggugat bahasa lain Menjadi bahasa lingua franca Zaman penjajah telah dijadikan bahasa rasmi Pegawai Eropah perlu belajar dan lulus bahasa Melayu

Kata-kata Tan Siew Sin, Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan yang besar kebudayaan dan bahasa mereka. Biar saya nyatakan, sebagai contoh, Perlembagaan Reid sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan mengembang bahasa Cina dan Tamil, ataupun bahasa-bahasa lain. Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetuju. Saya sebutkan kejadian ini untuk menunjukkan kepada mereka di luar bulatan bahawa pemimpin Melayu pada asasnya adalah adil dan berpandangan luas.

Rasional Perkara 3
Agama persekutuan tanpa menjejaskan kedudukan agama lain Telah bertapak 600 tahun lalu Perkara 160 mendefinisikan Melayu Zaman penjajah, bidang kuasa agama islam dan adat istiadat Melayu tidak dicampuri oleh penjajah Perlembagaan Malayan Union juga dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu mengecualikan perkara ini.

Kesimpulan
Kita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu dalam menghayati erti sedia berkorban, toleransi dan rela berkongsi kuasa. Perjanjian sosial atau social contract ini perlu diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa perlu mempersoalkannya lagi. Melalui pembudayaan sikap ini, secara langsung ia dapat menghindarkan negara Malaysia daripada berada dalam keadaan tidak stabil yang boleh merosakkan perpaduan yang sudah sedia terjalin

You might also like