You are on page 1of 1

ARKIB : 30/03/2011

Mahatma Gandhi dituduh biseksual


NEW DELHI 29 Mac - Seorang penulis Amerika berang dengan dakwaan kononnya bukunya
menuduh pemimpin kemerdekaan India, Mahatma Gandhi sebagai bersifat perkauman,
biseksual dan sanggup meninggalkan isteri untuk bersama seorang ahli bina badan.
Buku bertajuk Great Soul: Mahatma Gandhi And His Struggle With India tulisan Joseph
Lelyveld itu menceritakan tentang hubungan rapat Gandhi dengan ahli bina badan amatur dan
arkitek Jerman-Israel, Hermann Kallenbach.
Ikon kemerdekaan India itu pernah tinggal bersama Kallenbach di Johannesburg selama dua
tahun dari 1907 sebelum meninggalkan Afrika Selatan untuk kembali ke India pada 1914.
"Bagaimana kamu boleh benar-benar menguasai tubuh saya. Ini adalah satu 'pengabdian'
yang perlu dibalas'," jelas Gandhi menerusi sepucuk surat kepada arkitek itu.
Akhbar Britain, Daily Mail memaparkan tajuk muka depan 'Gandhi tinggalkan isteri untuk
bersama kekasih lelaki', sementara akhbar Daily Telegraph melaporkan 'pemimpin tersebut
bersifat perkauman terhadap kaum kulit hitam Afrika'.
Laporan akhbar tersebut telah menimbulkan kemarahan akhbar-akhbar India.
Lelyveld yang juga bekas penyunting eksekutif di akhbar New York Times berkata,
kandungan bukunya telah disalah tafsir oleh liputan media.
"Saya tidak mengatakan Gandhi bersifat perkauman atau biseksual. Perkataan 'biseksual'
langsung tidak ditulis dalam buku itu.
"Perkataan 'bersifat perkauman' pula hanya digunakan sekali untuk menerangkan kenyataan
beliau semasa mula-mula tinggal di Afrika Selatan. Bab itu juga tidak menyatakan beliau
bersifat perkauman atau perkara yang berkaitan dengannya," katanya. - AF

You might also like