You are on page 1of 4

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Unsur-unsur tradisional amat penting kerana ia menjadi titik tolak kewujudan identiti
Malaysia, memupuk persefahaman dan mewujudkan kontrak sosial di Malaysia. Unsur-
unsur tradisi ini ialah:
I. Bahasa Kebangsaan
II. Agama Persekutuan
III. Kedudukan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
IV. Pemerintahan beraja

Unsur-unsur tradisional penting dalam Perlembagaan Persekutuan disebabkan ia telah


wujud berzaman lagi. Unsur tradisi ini berperanan dalam menstabilkan negara dan
penekanannya oleh Suruhanjaya Reid tidak boleh dipandang mudah kerana ia mengambil
kira factor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957.1

Unsur-unsur tradisi merupakan prasyarat yang perlu dan daripadanya akan lahir
permuafakatan. Tanpanya, konflik mudah berlaku kerana ia dianggap sebagi satu formula
asas perpaduan. Memang benar tanggapan ini apabila dilihat ada individu mahupun kaum
atau organisasi yang membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap unsur ini maka akan
tercetuslah perang tenaga, perang mulut malah ada yang sekadar perang dingin.
Semuanya bagai menegakkan benang yang basah. Akhirnya wujud konflik yang
memecahbelahkan rakyat dan keharmonian negar€a tergugat.

Tun Abdul Razak ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan)


Akta Hasutan 1971 menyatakan:
“… marilah kita sekalian sematkan di dalam hati ingatan kita terhadap
pengajaran-pengajaran yang telah diperoleh daripada Peristiwa 13 Mei dan
janganlah kita bincangkan dan bahaskan lagi tentang apa yang menyebabkan
tercetusnya peristiwa itu dan bagaimana ia bermula kerana ini mungkin akan
melupakan kita kepada anasir yang tidak bertanggungjawab yang kerjanya
menanamkan benih-benih syak wasangka dan perasaan bimbang dalam kalangan
kaum serta menggunakan perkara-perkara sensitif anasir tersebut telah mendapat
kesempatan besar untuk membangkitkan perasaan perkauman apabila kempen
pilihanraya berjalan dalam bulan April dan bulan Mei 1969. Mereka sengaja
menimbulkan perasaan takut dan marah dengan cara mempersoal dan
mempersenda syarat-syarat dalam perlembagaan mengenai bahasa Malaysia dan
kedudukan istimewa orang Melayu apabila mereka melihat bagaimana luasnya
perbezaan-perbezaan antara mereka dengan orang bukan Melayu terutama sekali
dalam lapangan ekonomi dan pelajaran.”2

Secara umumnya, perkara yang menyentuh hubungan etnik dalam Perlembagaan


Persekutuan ialah seperti berikut:

1
Abdul Aziz Bari & Farid Sufian Shuaib. 2001. Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan masalah. Dewan
Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
2
Perkara 8,iaitu persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini
dalam soal agama,kedudukan orang melayu dan seumpamanya.
Perkara 10(4), iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh
kedudukan Raja-raja, Islam, orang Melayu, bahasa Melayu dan Islam.
Perkara 38,iaitu Majlis Raja-raja menghalang parlimen membuat undang-undang
yang menyentuh kedudukan Raja-raja Melayu ,orang Melayu, Bahasa Melayu dan
Islam.
Perkara 152, iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa
menafikan hak-hak etnik lain menggunakan bahasa mereka.
Perkara 153, iaitu kedudukan istimewa orang Melayu tanpa menafikan
kepentingan sah kaum-kaum lain.

BAHASA MELAYU

Dalam Perkara 152, telah diletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi persekutuan. Namun begitu, ia tidak mengongkong kehidupan dari segi
percakapan kerana tiada siapapun yang boleh dilarang atau ditahan daripada
menggunakan atau belajar bahasa lain.

AGAMA ISLAM

Agama Islam merupakan agama rasmi persekutuan berdasarkan kepada Perkara 3(1).
Perlaksanaannya di hampir semua lokasi dan tolak ansurnya antara agama. Disebabkan
imigran datang dengan agama masing-masing,3 fasal imbangan telah diperuntukkan
dengan membolehkan kebebasan beragama kepada golongan ini. Setiap orang berhak
mengamalkan dan menganut agama mereka dan setiap agama mempunyai hak untuk:
Menguruskan hal ehwal agama sendiri.
Menubuh dan menyelenggaraan institusi bagi maksud agama atau khairat.
Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya
mengikut undang-undang.

Terdapat beberapa perkara yang perlu dibacakan secara bersama-sama dengan Perkara
3(1) iaitu:

Perkara 11(4):
“Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan Labuan, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat
pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang yang
menganuti agama Islam.”

Perkara 12(2):
“… adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan atau
menyelenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam

3
Mohd. Salleh Abas. 1985. Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur.
mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan
sebagaimana yang diperlu bagi maksud itu.”

Perkara 121(1A)
“Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal (1) tidaklah boleh
mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa
mahkamah syariah.”

KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA


SABAH DAN SARAWAK
Kedudukan istimewa kaum bumipetera Malaysia ini sangat penting untuk dihayati kerana
perkara ini mudah disalah tafsir dan jika ini berlaku, perbalahan akan berlaku serta
hubungan antara kaum atau etnik akan menjadi keruh. Ia telah disentuh di dalam
Bahagian 12, Bab 1, Perkara 153 yang mana meliputi jawatan dalam perkhidmatan
awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan.

Keistimewaan ini tetap mempunyai batasan demi menghormati hak kaum bukan
bumiputera. Sehubungan dengan itu, Perlembagaan Persekutuan telah memberi
tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak-hak mereka yang
sah menurut peruntukan lain.
Perkara 153 tidak akan terlaksana seandainya untuk tujuan tersebut, kaum bukan
bumiputera kehilangan sebarang jawatan awam yang dipegang, ditarik dari menerima
biasiswa atau keistimewaan lain atau dilucutkan atau ditamatkan permit lesen yang
dipegangnya.

Orang Melayu menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan, Perkara 160, membawa erti
seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat
Melayu dan yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang
lahir sebelum Hari Merdekadan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di
Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura;
atauialah zuriat seseorang yang sedemikian.4

Bumiputera di Sabah dan Sartawak pula ialah:


1. Di Sarawak mana-mana suku kaum asli iaitu Bukitan, Bidayuh, Dusun, Dayak
Laut, Dayak Darat, Kadazan, Kelabit, Kayan, Kenyah,Kajang,Lugat,
Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit
atau dia berketurunan campuran daripada kaum tersebut.
2. Di Sabah anak atau cucu kepada seorang daripada suatu kaum asli Sabah dan dia
telah dilahirkan di Sabah.

Antara keistimewaan lain adalah termasuk apa yang telah diperuntukkan dalam Perkara
86 dan 90 yang berkaitan dengan rizab tanah bagi orang Melayu yang mana rizab ini
dilindungi daripada diselenggara olen orang bukan Melayu. Kemasukan perkhidmatan
4
Bahagian 12, Bab 1, Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan. Lihat Perlembagaan Persekutuan beserta
Index. Semua Pindaan sehingga Ogos 2007. Cetakan 12. 2007. MDC Publishers Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
oleh orang Melayuke dalam Rejimen Askar Melayu, dengan mengecualikan orang bukan
Melayu dianggap sebagai satu kedudukan istimewa orang Melayu di bawah Perkara
8(5).5

PEMERINTAHAN BERAJA

Pemerintahan beraja telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, malahan
ada sejarawan yang menyatakan bahawa sebelum kedatangan Parameswara ke
semenanjung Tanah Melayu, telah wujud kerajaan-kerajaan yang mempunyai raja
masing-masing. Ketika itu, pemerintahan beraja ini memegang kepada prinsip raja
berkuasa mutlak dalam segala urusan sama ada pemerintahan, pentadbiran mahupun
urusan-urusan lain.

Raja sebelum ini dianggap sebagai dewa yang perlu disembah dan dihormati. Meskipun
selepas kedatangan Islam, raja atau kemudiannya dipanggil sultan tetap disanjungi dan
dihormati bukan kerana mendewakan tetapi menurut Islam, pemimpin haruslah
dihormati. Hal ini dianggap penting kerana orang Melayu sangat menghormati pemimpin.
Itulah sebabnya, kuasa raja-raja Melayu dititikberatkan oleh kerajaan British dan
Suruhanjaya Reid dalam merangka dan menggubal Perlembagaan Persekutuan.

Cubaan Malayan Union sebelum ini yang ingin menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu
gagal menyebabkan mereka menghormati institusi beraja di Tanah Melayu dan
mengembalikannya semula. Setelah negara mencapai kemerdekaan, institusi beraja masih
dikekalkan namun dengan konsep yang baru iaitu raja berperlembagaan bagi
mengelakkan berlakunya tindakan raja yang mengubah dasar sehingga menyulitkan
rakyat. Dengan konsep baru ini, institusi beraja tetap wujud dan disanjung namun raja-
raja perlu juga mengikut lunas-lunas perlembagaan yang ditetapkan.

5
Mohd Salleh Abbas. 1985. Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur

You might also like