You are on page 1of 11

KEWARGANEGARAAN

Individu yang cukup syarat dan mencapai taraf kerakyatan negara akan diterima sebagai warganegara Malaysia. Setiap warganegara diberi hak dan keistimewaan yang tertentu seperti yang telah di peruntukan dalam perlembagaan.

Seseorang individu layak menjadi warganegara melalui 4 cara iaitu : a) Kuatkuasa undang-undang
Tiap-tiap orang yang lahir sebelum Hari Malaysia dan merupakan warganegara Persekutuan menurut kuasa peruntukan

b) Pendaftaran
1- Isteri dan anak warganegara 2- Seseorang yang berumur kurang daripada 21 tahun 3- Seseorang yang berumur 18 tahun atau lebih, lahir di Persekutuan sebelum hari merdeka

c) Kemasukan
Warganegara yang berumur 21 tahun ke atas dan telah bermastautin 10 daripada 12 tahun sebelum tarikh permohonan.

d) Percantuman Wilayah
Penggabungan wilayah dengan tempat individu tersebut bermastautin.

Pemerolehan dan pelucutan kewarganegaraan ditentukan oleh kerajaan persekutuan.

Kewarganegaraan seseorang boleh ditamatkan melalui 2cara:


(a)secara sukarela (seseorang menolak kewarganegaraannya) (b) Kerajaan melucutkan kewarganegaraan seseorang

HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU, BUMIPUTERA & KAUM-KAUM LAIN


Setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hakhak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Isi kandungan Hak-hak istimewa orang Melayu


Merujuk kepada perjanjian lama, hak-hak orang Melayu adalah seperti berikut: a) Memegang jawatan dalam perkhidmatan awam. b) Kuota peluang pendidikan di peringkat Universit c) Pemberianbiasiswauntuk melanjutkan pelajaran d) Pemberianlesen dan permitdalam perniagaan.

Keistimewaan orang melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak serta hak-hak bagi rakyat bukan bumi putera dilindungi oleh Yang di-Pertuan Agong atasnasihat kabinet.

HAK ASASI MANUSIA


Hak asasi ialah hak yang penting bagi seseorang individu mengembangkan potensi diri sama ada dari segi aspek rohani, jasmani dan emosi. Dalam Perlembagaan Malaysia, istilah yang diguna pakai untuk hak asasi ialah KEBEBASAN ASASI.

KEBEBASAN ASASI
1. Kebebasan Diri:
Tiada siapa boleh diambil nyawanya. Beritahu sebab-sebab ditangkap. Dibenarkan berbincang dan dibela oleh peguam. Dihadapkan ke mahkamah dlm masa 24 jam. ISA membolehkan tangkap tanpa bicara.

2. Pengabdian dan Kerja Paksa


Kecuali berkaitan dengan hukum penjara.

3. Perlindungan daripada undang2 jenayah


Tidak ditangkap kalau tidak bersalah. Seseorang yang dilepaskan tidak boleh didakwa atas kesalahan yang sama.

4. Kesamarataan
Semua orang sama di sisi undang-undang. Tiada diskriminasi kaum, bangsa dll. Peruntukan istimewa untuk bumiputera.

5. Pembuangan negeri dan kebebasan bergerak:


Tidak boleh dibuang negeri atau masuk. Berhak bergerak di mana2 di Malaysia. Tertakluk kepada keselamatan negara, ketenteraman awam, kesihatan awam atau hukuman untuk pesalah.

6. Kebebasan bercakap, berhimpun, berpersatuan


Tidak boleh menyoal hak istimewa Bumiputera dan Bahasa Melayu sebagai bahasa

7. Kebebasan agama
Berhak menganut apa-apa agama. Penyebaran agama bukan Islam dilarang. Agama Islam adalah agama rasmi Malaysia.

8. Pemilikan harta
Tidak boleh ditarik harta kecuali mengikut undang-undang. Sekiranya diambil, pampasan diberikan.

You might also like