You are on page 1of 22

BAB 2:

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
PENGAJIAN AM 1
Penggal 1
PRA-U SMK Tamparuli
Cikgu Faridah Brani Efendie

1
BAB 2: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

 2.1 PERLEMBAGAAN BERTULIS


 Perlembagaan bertulis yang disebut Perlembagaan
Persekutuan.
 Dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.
 Digubal oleh Suruhanjaya Reid.
 Digubal berdasarkan 131 memorandum yang diserahkan
oleh parti politik dan pertubuhan TM.
 Merupakan sumber segala perundangan lain yang wujud di
dalam negara.
 Mengandungi undang-undang tertinggi untuk mewujudkan
sistem kerajaan yang teratur.
 Perlembagaan Persekutuan dikanunkan tetapi boleh
dipinda.
 Perlembagaan Persekutuan memperakukan semua undang-
undang yang digubal di Persekutuan sebelum Hari Merdeka
dan juga semua undang-undang yang wujud di Sabah dan
Sarawak sebelum Hari Malaysia 2
KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN

 Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-


undang tertinggi di Malaysia
 Parlimen atau badan perundangan, badan
kehakiman, dan badan eksekutif mendapat kuasa
masing-masing daripada Perlembagaan
Persekutuan.
 YDPA, sebagai ketua negara juga menjalankan
kuasanya mengikut Perlembagaan Persekutuan.
 Sebarang undang-undang yang berlawanan
dengan Perlembagaan Persekutuan hendaklah
terbatal setakat mana undang-undang itu
berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan.

3
2.2 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
1. Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan
efisien
 Menentukan corak pemerintahan

 Pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip-prinsip umum

cara kuasa tersebut dilaksanakan


 Mempunyai undang-undang dasar yang menentukan arah masa hadapan negara

 Kerajaan mesti mengikuti lunas Perlembagaan Persekutuan semasa memegang

kuasa dan mentadbirkan negara


2. Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat
 Menentukan hak asasi rakyat

 Mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan

3. Menentukan tanggungjawab rakyat dan sekatan terhadap kebebasan


asasi rakyat
 Tidak boleh mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera

Sabah dan Sarawak.


 Tidak menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan perselisihan kaum.

4. Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara


 Melindungi kepentingan semua kaum

 Menjamin keadilan sosial semua pihak

4
Perlembagaan Persekutuan terdiri daripada 15 bahagian yang mengandungi
183 Perkara seperti dalam jadual berikut;
BAHAGIAN BUTIR-BUTIR PERKARA

1 Negeri-negeri, Agama, dan Undang-undang Persekutuan 1-4

2 Kebebasan Asasi 5-13


3 Kewarganegaraan 14-31
4 Persekutuan 32-69
5 Negeri-negeri 70-72

6 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri 73-95E

7 Peruntukan-peruntukan Kewangan 96-112E


8 Pilihan Raya 121-131A
9 Kehakiman 121-131A
10 Perkhidmatan Awam 142-148
Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa-
11 149-151
Kuasa Darurat
12 Am dan Pelbagai 152-160

12A Perlindungan Tambahan bagi Negeri-negeri Sabah dan Sarawak 161-161H

13 Peruntukan Sementara dan Peralihan 162-180

14 Perkecualian bagi kedaulatan Raja-raja dan Sebagainya 181

15 Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja 182-183


5
2.4 KEBEBASAN ASASI WARGANEGARA MALAYSIA
1. KEBEBASAN DIRI
 Tidak boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-
undang.
 tidak boleh ditahan pihak polis lebih daripada 24 jam kecuali selepas dibawa ke hadapan
seorang majistret untuk mendapatkan perintah tahanan.
 Seseorang warganegara yang ditangkap oleh pihak polis hendaklah diberitahu tentang sebab-
sebab dia ditangkap dengan seberapa segera yang boleh dan dia hendaklah dibenarkan
berunding dengan peguam yang dipilihnya dan dibela oleh peguam itu.
 Jika seseorang warganegara ditahan oleh pihak polis tidak mengikut undang-undang, dia
boleh memohon habeas corpus daripada mahkamah untuk membebaskan dirinya.
2. PENGABDIAN DAN KERJA PAKSA
 Tiada warganegara pun yang boleh ditahan sebagai hamba abdi.
 Segala jenis kerja paksa dilarang tetapi Parlimen boleh, dengan undang-undang, membuat
peruntukan bagi perkhidmatan kerahan bagi maksud-maksud negara.
3. PERLINDUNGAN DARIPADA UNDANG-UNDANG JENAYAH YANG BERKUAT
KUASA KEBELAKANGAN DAN PERBICARAAN BERULANG
 Tiada warganegara pun boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan atau ketinggalan yang
tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang pada masa perbuatan atau ketinggalan itu
dilakukan.
 Seseorang warganegara yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau disabitkan
dengan sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan itu.
4. SAMA RATA
 Semua warganegara adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak untuk mendapat
perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang
 Seorang warganegara tidak boleh didiskriminasikan dari segi agama, kaum, keturunan, atau
tempat lahir.
6
5. LARANGAN BUANG NEGERI DAN KEBEBASAN BERGERAK
 Tiada warganegara pun boleh dibuang negeri atau ditahan daripada memasuki
Persekutuan.
 Setiap warganegara berhak untuk bergerak dengan bebasnya di seluruh
Persekutuan dan bermastautin di mana-mana bahagiannya.
6. KEBEBASAN BERCAKAP, BERHIMPUN, DAN MENUBUHKAN
PERSATUAN
 Setiap warganegara bebas bercakap dan mengeluarkan fikirannya.
 Setiap warganegara berhak untuk berhimpun dengan aman
 Setiap warganegara berhak untuk menubuhkan persatuan.
7. KEBEBASAN BERAGAMA
 Setiap warganegara berhak untuk menganut dan mengamalkan agamanya.
8. HAK-HAK BERKENAAN DENGAN PENDIDIKAN
 Tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara berdasarkan
agama, Kaum, keturunan atau tempat lahir.
 Tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk menubuhkan dan menyelenggarakan
institusi untuk pendidikan kanak-kanak dalam kumpulan itu sendiri.
9. HAK TERHADAP HARTA
 Tiada warganegara pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-
undang.
 Tiada undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau
menggunakan harta dengan paksa tanpa pampasan yang mencukupi.

7
2.5 SEKATAN TERHADAP KEBEBASAN ASASI WARGANEGARA
No. Jenis Undang-Undang Ringkasan
1 Undang-Undang Subversif Kerajaan berkuasa untuk manahan dan menghukum mereka yang mengancam
  keselamatan negara.

2 Undang-Undang Darurat Kerajaan berkuasa untuk menggenakan perintah berkurung dan pasukan
keselamatan berkuasa untuk menembak serta membunuh sesiapa sahaja yang
mengingkari undang-undang darurat tanpa perbicaraan.
 

3 Akta Keselamatan Dalam Negeri (Isa) Seseorang boleh ditahan tidak melebihi dua tahun tanpa perbicaraan jika pada
1960 pandangan kerajaan, orang itu mengancam keselamatan negara.
 

4 Akta Universiti Dan Kolej Universiti Para pelajar dilarang daripada bergerak aktif dalam politik
1971  
5 Akta Rahsia Rasmi 1972 Melindungi dokumen dan maklumat negara yang diklasifikasikan sebagai rahsia
rasmi; semua orang, termasuk rakyat dan bukan rakyat yang membocorkan
rahsia tersebut telah melakukan kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah.
 

6 Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan Badan-badan penerbitan dan media elektronik tiada kebebasan untuk
1984 mengungkitkan isu-isu sensitif yang boleh mengancam keselamatan negara.
 

7 Akta Hasutan 1948 Rakyat dilarang daripada menabur fitnah dan mengungkitkan isu-isu sensitif,
iaitu hak-hak istimewa orang Melayu, bahasa, kuasa raja, dan
kewarganegaraan.
 

8 Hak Keistimewaan Sabah Dan Kerajaan Negeri berkuasa untuk mengawal kemasukan rakyat dari Semenanjung
Sarawak Malaysia ke Sabah dan Sarawak.
8
 2.6 KEWARGANEGARAAN
 Warna kad pengenalan:

1 Biasa warganegara
2 Ada jalur hijau pemastautin sementara
3 Ada jalur merah pemastautin tetap
4 Ada jalur coklat 1. warganegara tetapi bekas banduan.
2. bekas banduan warganegara asing tidak dibenarkan
masuk ke Malaysia lagi. Mereka akan diusir keluar
selepas tamat hukuman penjara di Malaysia)

SESEORANG LAYAK MENJADI WARGANEGARA MALAYSIA


MELALUI EMPAT CARA;
 a. Kuat Kuasa Undang-Undang
 b. Pendaftaran
 c. Kemasukan (naturalisasi/ pewarganegaraan)
 d. Percantuman wilayah

9
 KUAT KUASA UNDANG-UNDANG
 PERKARA 14(1)(A)
 Setiap orang yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia (16 September 1963) dan merupakan warganegara
Persekutuan menurut peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Bahagian 1 Jadual Kedua
Perlembagaan Persekutuan seperti berikut;
1. Dia menjadi warganegara Persekutuan sebelum Hari Merdeka.
2. Dia dilahirkan di Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka dan sebelum bulan Oktober 1962. (prinsip
jus soli)
3. Dia dilahirkan di Persekutuan selepas bulan September 1962 dan pada masa kelahiran itu sekurang-
kurangnya ibu atau bapanya seorang warganegara atau bermastautin tetap di Persekutuan atau dia tidak
menjadi warganegara mana-mana negara lain pada masa lahirnya. (prinsip jus soli)
4. Dia dilahirkan di luar Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka dan pada masa kelahirannya, bapanya
seorang warganegara dan juga telah dilahirkan di Persekutuan atau pada kelahirannya itu berada dalam
perkhidmatan Kerajaan Persekutuan atau kerajaan bagi sesebuah negeri.
5. Dia dilahirkan di luar Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka dan pada kelahiran itu, bapanya
seorang warganegara, dan dalam tempoh yang ditetapkan, mendaftar kelahiran itu di pejabat konsul
Persekutuan, atau kelahiran itu didaftarkan dengan Kerajaan Persekutuan jika kelahiran itu berlaku di
Singapura, Sarawak, Brunei atau Borneo Utara.

  PERKARA 14(1)(B)
 Seseorang yang dilahirkan pada atau selepas Hari Malaysia dan mempunyai mana-mana daripada
kelayakan yang ditentukan dalam Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan seperti yang
berikut;
1. Dia dilahirkan di Persekutuan dan pada masa kelahiran itu sekurang-kurangnya ibu atau bapanya seorang
warganegara atau bermastautin tetap di Persekutuan.
2. Dia dilahirkan di luar persekutuan dan pada masa kelahiran itu bapanya seorang warganegara dan
dilahirkan di Persekutuan, atau pada masa kelahiran itu bapanya berkhidmat dengan kerajaan
Persekutuan atau kerajaan sesebuah negeri.
3. Dia dilahirkan di Singapura dan pada masa kelahiran itu sekurang-kurang ibu atau bapanya seorang
warganegara.
4. Dia dilahirkan di Persekutuan dan pada masa kelahirannya dia tidak menjadi warganegara mana-mana
negara.

10
PENDAFTARAN
Kewarganegaraan Malaysia boleh dipohon melalui pendaftaran dengan syarat-syarat
tertentu seperti di bawah ini:

PIHAK YANG LAYAK SYARAT-SYARAT


Perempuan yang bersuami - Perkahwinan didaftarkan di Persekutuan
[perkara 15(1)] - Pada tarikh permohonan dia masih bersuami dan suaminya
seorang warganegara pada permulaan bulan Oktober 1962
- Telah bermastautin di Persekutuan sepanjang tempoh 2 tahun
sebelum tarikh permohonan itu dan berniat hendak
bermastautin tetap di Persekutuan
- Berkelakuan baik

Seorang yang berumur kurang - Sekurang-kurangnya ibu atau bapanya seorang warganegara
daripada 21 tahun
[Perkara 15(2)]
Seseorang yang berumur - Dia telah bermastautin di Persekutuan sekurang-kurangnya 5
18 tahun atau lebih dan tahun dalam tempoh 7 tahun sebelum tarikh permohonan itu
dilahirkan di Persekutuan - Dia berniat hendak bermastautin tetap di Persekutuan
sebelum Hari Merdeka - Berkelakuan baik
(Perkara 16) - Mempunyai pengetahuan asas dalam BM

Seseorang yang berumur - Dia telah bermastautin di wilayah-wilayah yang terkandung


18 tahun atau lebih dan dalam negeri-negeri itu sebelum Hari Malaysia dan selepas Hari
biasanya bermastautin di Malaysia, dia bermastautin di Persekutuan sekurang-kurangnya
Sabah dan Sarawak pada Hari 7 tahun dalam tempoh 10 tahun sebelum tarikh permohonan
Malaysia (Perkara 16) itu
- Dia berniat hendak bermastautin tetap di Persekutuan
- Berkelakuan baik
- Mempunyai pengetahuan yang cukup dalam BM atau BI
 

11
KEMASUKAN (NATURALISASI/PEWARGANEGARAAN)
 Perkara 19(1) seseorang yang berumur lebih daripada 21 tahun dan
bukan warganegara Malaysia boleh memohon kewarganegaraan
Malaysia melalui kemasukan dengan syarat bahawa:
a. dia telah bermastautin di Persekutuan sekurang-kurangnya
10 tahun dalam tempoh 12 tahun sebelum tarikh
permohonan itu
b. dia berniat hendak bermastautin tetap di Persekutuan
c. dia berkelakuan baik
d. dia mempunyai pengetahuan yang memadai dalam bahasa
Melayu

PERCANTUMAN WILAYAH
 Menurut Perkara 22, jika sesebuah wilayah baharu dimasukkan ke
dalam Malaysia selepas Hari Malaysia (16 September 1963),
Parlimen boleh, melalui undang-undang, menentukan warganegara
wilayah itu yang akan menjadi warganegara Malaysia atas sebab
hubungan mereka dengan wilayah itu dan tarikh mulanya mereka
akan menjadi warganegara.

12
2.7 CARA PENAMATAN KEWARGANEGARAAN

PENOLAKAN

 Menurut Perkara 23(1), seseorang warganegara yang ingin


menolak kewarganegaraan Persekutuannya mestilah memenuhi
syarat-syarat yang berikut:
a. dia berusia 21 tahun atau lebih
b. dia sempurna akalnya
c. dia warganegara negara lain atau hendak menjadi warganegara
negara lain

Akuan penolakan kewarganegaraan itu hendak didaftarkan oleh


Kerajaan Persekutuan.

Walau bagaimanapun, jika Persekutuan terlibat dalam sesuatu


peperangan semasa akuan itu dibuat, akuan itu tidak boleh
didaftarkan kecuali dengan kelulusan oleh Kerajaan Persekutuan.
13
2.7 CARA PENAMATAN KEWARGANEGARAAN

PELUCUTAN
 Pelucutan Kewarganegaraan di bawah Perkara 24 Perlembagaan

Persekutuan
 Menurut Perkara 24(1), Kerajaan Persekutuan boleh, dengan perintah,

melucutkan kewarganegaraan seseorang warganegara jika berpuas hati


bahawa orang itu telah memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara
asing dengan cara pendaftaran, kemasukan, atau perbuatan lain yang
sengaja serta menurut peraturan.
 Menurut Perkara 24(2), Kerajaan Persekutuan boleh, dengan perintah,

melucutkan kewarganegaraan seseorang warganegara jika berpuas hati


bahawa orang itu telah menuntut dan menggunakan apa-apa hak
kewarganegaraan negara asing dengan sengaja.
 Menurut Perkara 24(4), Kerajaan Persekutuan boleh, dengan perintah,

melucutkan kewarganegaraan seseorang perempuan yang memperoleh


kewarganegaraan dengan cara pendaftaran jika berpuas hati bahawa
perempuan itu telah memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara
asing atas sebab perkahwinan dengan seorang bukan warganegara
14
Pelucutan Kewarganegaraan di bawah Perkara 25 Perlembagaan Persekutuan
 Menurut Perkara 25(1), Kerajaan Persekutuan boleh, dengan perintah, melucutkan
kewarganegaraan seseorang yang menjadi warganegara dengan cara pendaftaran atau
kemasukan jika berpuas hati bahawa:

a. orang itu tidak setia atau tidak suka akan Persekutuan melalui percakapan atau
perbuatannya;
b. orang itu, semasa peperangan yang melibatkan Persekutuan, telah bemiaga atau
membuat hubungan dengan musuh secara menyalahi undang-undang atau menyertai
urusan yang boleh menolong musuh dalam peperangan itu;
c. orang itu, dalam tempoh lima tahun bermula dari pendaftaran atau dari tarikh perakuan
diberikan, telah melakukan kesalahan di mana-mana negara dan dihukum penjara tidak
kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM5000 atau senilai
dengan mata wang negara itu, dan orang itu tidak diampuni bagi kesalahan itu.
 Menurut Perkara 25(1A), Kerajaan Persekutuan boleh, dengan perintah, melucutkan
kewarganegaraan seseorang jika telah menerima apa-apa jawatan atau pekerjaan atau
telah berkhidmat atau menjalankan kewajiban dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan
di bawah kerajaan mana-mana negara asing atau mana- mana bahagian siasahnya, atau
di bawah mana-mana agensi kerajaan asing itu, jika suatu sumpah, ikrar, atau akuan
taat setia dikehendaki tentang jawatan atau pekerjaan itu.
 Menurut Perkara 25(2), Kerajaan Persekutuan boleh, dengan perintah, melucutkan
kewarganegaraan seseorang jika bermastautin di negara asing selama lima tahun
berturut-turut dan dalam tempoh itu orang itu tidak pernah pada bila-bila masa
berada dalam perkhidmatan Persekutuan atau dalam perkhidmatan sesebuah
pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh Kerajaan Persekutuan.
 tidak mendaftarkan niatnya hendak mengekalkan kewarganegaraannya di pejabat
konsul Persekutuan setiap tahun.
15
Pelucutan Kewarganegaraan di bawah Perkara 26
Perlembagaan Persekutuan
 Menurut Perkara 26(1), Kerajaan Persekutuan boleh, dengan
perintah, melucutkan kewarganegaraan seseorang yang
menjadi warganegara dengan cara pendaftaran atau kemasukan
jika berpuas hati bahawa pendaftaran atau perakuan
kemasukan itu:
a. telah didapati dengan jalan tipuan, pernyataan palsu,
atau dengan menyembunyikan sesuatu kenyataan, atau
b. telah dibuat atau diberikan dengan silap.
 Menurut Perkara 26(2), Kerajaan Persekutuan boleh, dengan
perintah, melucutkan kewarganegaraan perempuan yang
menjadi warganegara dengan cara pendaftaran atau kemasukan
jika berpuas hati bahawa perkahwinan yang menyebabkan
perempuan itu boleh didaftarkan sebagai warganegara telah
dibubarkan atas apa-apa sebab, dalam tempoh dua tahun
bermula dari tarikh perkahwinan itu. 16
 2.8 AGAMA RASMI (PERKARA 3)
 Islam agama rasmi Malaysia.
 Agama-agama lain boleh diamalkan secara bebas.
 Ketua agama Islam bagi setiap negeri beraja ialah sultan, raja, atau Yang di-Pertuan Besar.
 Yang di-Pertuan Agong ialah ketua agama Islam di Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak,
dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya).
 Orang bukan Islam dilarang menyebarkan agama lain kepada rakyat yang beragama Islam.
 Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang pentadbiran
agama Islam, bukannya Parlimen.
  
 2.9 BAHASA KEBANGSAAN (PERKARA 152)
 1. Bahasa Melayu bahasa kebangsaan negara.
 2. Bahasa Melayu yang dimaksudkan boleh dalam bentuk huruf Jawi atau rumi.
 3. Bahasa Melayu mesti digunakan dalam segala urusan rasmi kerajaan, sama ada
 Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.
 4. Bahasa Inggeris digunakan dalam :
 a. hubungan dengan negara asing
 b. latihan-latihan yang dianjurkan oleh pakar-pakar luar negara
 c. laporan-laporan Lembaga Hasil Dalam Negeri, perakaunan, penyiasatan, dan
sebagainya
 d. pengajaran bidang perabatan, sains, dan teknologi dalam sistem pendidikan negara
(Pindaan 1995)

17
TAKRIFAN "MELAYU" DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
1. Menurut Perkara 160 (2), “Melayu” ertinya seseorang yang
menganut agama Islam; lazim bercakap bahasa Melayu; dan mengamalkan adat
istiadat Melayu;
2. Orang itu juga perlu memenuhi satu daripada syarat-syarat yang berikut:
dia dilahirkan di Persekutuan atau Singapura sebelum Hari Merdeka, atau ibu
bapanya telah dilahirkan di Persekutuan atau di Singapura, atau pada Hari
Merdeka itu, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura; atau
dia berketuranan seseorang yang memenuhi syarat (a) di atas.

KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA DI


SABAH DAN SARAWAK (PERKARA 153)
1. Sekurang-kurangnya 3/4 jawatan perkhidmatan awam diperuntukkan kepada
orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.
2. Lesen-lesen perdagangan tertentu diberikan kepada orang Melayu dan
bumiputera di Sabah dan Sarawak.
3. Kuota peluang pendidikan ke Tingkatan Enam, Kursus Matrikulasi, dan
peringkat universiti juga disediakan untuk orang Melayu dan bumiputera di
Sabah dan Sarawak.
4. Pemberian biasiswa kepada orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan
Sarawak setakat kemampuan kerajaan.
5 Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk melindungi hak-hak
istimewa bumiputera dan hak-hak yang sah bagi rakyat bukan bumiputera.
18
 TANAH RIZAB ORANG MELAYU (PERKARA 89)
1. Menurut Perkara 89(6), tanah rizab orang Melayu ertinya tanah
yang dikhaskan untuk diberi milik kepada orang-orang Melayu atau
kepada bumiputera bagi negeri tempat letaknya tanah itu.
2. Tanah rizab orang Melayu tidak boleh dijual kepada orang bukan
Melayu.
3. Kerajaan Negeri boleh, mengikut undang-undang yang ada,
mengisytiharkan mana-mana tanah sebagai tanah rizab orang
Melayu jika:

 tanah itu diambil oleh Kerajaan Negeri melalui perjanjian dengan


tuan punya: tanah untuk dijadikan tanah rizab orang Melayu;
 tuan punya tanah dan setiap orang yang mempunyai hak atau
kepentingan terhadap tanah itu membuat permohonan untuk
menjadikan tanah itu tan rizab orang Melayu.
 Jika mana-mana tanah terhenti daripada menjadi tanah rizab
orang Melayu, Kerajaan Negeri hendaklah mengisytiharkan mana-
mana tanah lain yang serupa jenisnya dengan tanah itu dan seluas
tidak melebihi luas tanah itu sebagai tanah rizab orang Melayu
untuk mengganti tanah rizab yang terhenti itu.
19
BIDANG KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN NEGERI
(JADUAL KESEMBILAN)
 Jadual Kesembilan dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan pembahagian

kuasa yang jelas antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.


 Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bidang-bidang

dalam Senarai Persekutuan manakala Kerajaan Negeri berkuasa sepenuhnya


terhadap bidang-bidang dalam Senarai Negeri.
 Senarai Bersama merupakan tanggungjawab bersama Kerajaan Persekutuan dan

Kerajaan Negeri.
 Mana-mana perkara yang tidak dinyatakan dalam mana-mana senarai akan

menjadi tanggungjawab dan di bawah kuasa Kerajaan Negeri; hal ini bermakna
Kerajaan Negeri mempunyai kuasa baki perundangan.

 INGAT
 Pindaan status tanah rizab orang Melayu memerlukan sokongan majoriti 2/
3

ahli Dewan Undangan Negeri dan kedua-dua Majlis Parlimen kerana tanah
rizab orang Melayu termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga
Perlembagaan Negeri.
 Mana-mana tanah boleh terhenti daripada menjadi tanah rizab orang
Melayu jika tanah itu diambil oleh Kerajaan Negeri untuk tujuan projek
pembangunan awam.
20
Senarai Persekutuan Senarai Negeri Senarai Bersama
 Hal ehwal luar negara  Hukum Syarak dan hal ehwal  Kebajikan masyarakat
 Pertahanan bagi Persekutuan agama Islam (kecuali tentang  Biasiswa
 Keselamatan dalam negeri Wilayah-wilayah Persekutuan  Perlindungan bagi binatang
 Undang-undang, acara sivil Kuala Lumpur, Labuan, dan dan burung liar
dan jenayah, dan pentadbiran Putrajaya)  Ternakan binatang
 Tanah (kecuali tentang
keadilan  Perancangan bandar dan
Wilayah- wilayah Persekutuan
 Kewarganegaraan Persekutuan kampung
Kuala Lumpur, Labuan, dan
 Jentera kerajaan Persekutuan Putrajaya)  Kutu rayau dan penjaja beredar
 Kewangan seperti mata wang  Pertanian dan perhutanan  Kesihatan awam, kebersihan,
dan tukaran wang asing (kecuali tentang Wilayah- dan mencegah penyakit
 Perdagangan, komersial, dan wilayah Persekutuan Kuala  Perparitan dan pengairan
perusahaan Lumpur, Labuan, dan Putrajaya)  Pemulihan tanah lombong dan
 Perkapalan, pelayaran, dan  Kerajaan tempatan (di luar tanah yang dibinasakan oleh
perikanan laut dalam Wilayah Persekutuan Kuala hakisan tanah
 Perhubungan dan Lumpur, Labuan dan Putrajaya)  Langkah-langkah keselamatan
pengangkutan  Perkhidmatan lain bercorak kebakaran
 Kerja-kerja Persekutuan dan tempatan, seperti perlesenan  Kebudayaan dan sukan
kuasa panggung wayang dan tempat  Perumahan dan peruntukan
 Kajian, siasatan, dan hiburan awam (kecuali tentang bagi kemudahan perumahan
Wilayah-wilayah Persekutuan
penyelidikan  Bekalan dan perkhidmatan air
Kuala Lumpur, Labuan, dan
 Pendidikan  Pemeliharaan warisan
Putrajaya)
 Ubat dan kesihatan  Kerja-kerja Negeri dan kerja-
 Buruh dan keselamatan sosial kerja air Tambahan kepada Sabah dan
 Kebajikan orang-orang asli  Jentera Kerajaan Negeri Sarawak
 Pekerjaan profesional  Hari kelepasan Negeri  Undang-undang diri
 Hari kelepasan am  Siasatan bagi maksud Negeri  Pencemuhan barang makanan
 Pertubuhan yang tidak  Penyu dan menangkap ikan di dan barang lain
diperbadankan sungai  Perkapalan; menangkap ikan di
 Kawalan terhadap musuh  Perpustakaan, muzium, laut dan di muara, perikanan
tanaman monumen, rekod purbakala dan  Pengeluaran, pembahagian,
 Akhbar, penerbitan, percetakan sejarah, tapak dan peninggalan dan pembekalan kuasa air dan
 Penapisan zaman purba elektrik yang dijanakan oleh
 Panggung wayang dan tempat kuasa air
hiburan awam Tambahan kepada Sabah dan  Penyelidikan pertanian dan
Sarawak perhutanan
 Syarikat kerjasama/koperasi
 Undang-undang dan adat  Khairat dan amanah serta
 Pelancongan istiadat bumiputera
 Perkhidmatan bomba yayasan khairat dalam Negeri
 Perbadanan pihak berkuasa dan  Panggung wayang dan tempat
 Semua perkara berhubung badan lain yang ditubuhkan oleh
dengan wilayah Persekutuan hiburan awam
undang-undang Negeri
 Pelabuhan
 Ukurantanah
 Kereta api Sabah
21
INFO PINTAS
 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan telah dipinda
pada awal tahun 2005. Pindaan itu berkaitan dengan Senarai
bersama dengan memasukkan dua perkara yang berikut ke
dalamnya.

Bekalan dan perkhidmatan air


 Pindaan ini membolehkan Kerajaan Persekutuan mengambil
alih pengurusan air bermula dari aspek rawatan hinggalah ke
pengagihan dan pengebilan daripada Kerajaan-kerajaan Negeri
(kecuali Sabah dan Sarawak).

Pemeliharaan warisan
 Pindaan ini membolehkan Kerajaan Persekutuan memelihara
warisan negara bersama-sama Kerajaan Negeri.

SAMBUNGAN : SURUHANJAYA
22

You might also like