You are on page 1of 10

Kedudukan Islam dalam Perlembagaan

Di Malaysia, perlembagaan mempunyai kedudukan istimewa.


Ia merupakan satu-satunya institusi atau sumber perundangan
yang tetap tertinggi. Perkara berkaitan agama di dalam
perlembagaan dinyatakan di bawah perkara berikut :

Perkara 3 :

(1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan ; tetapi ugamaugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di manamana bahagian Persekutuan.

Bahagian 2
Kebebasan Asasi
Perkara 11
Kebebasan Ugama

(1) Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan
tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya.
(2) Tiada sesiapa pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari
cukai itu adalah diuntukkan khas sama ada kesemuanya atau sebahagiannya bagi
maksud-maksud sesuatu ugama yang lain daripada ugamanya sendiri.
(3) Tiap-tiap kumpulan ugama adalah berhak
(a) menguruskan hal-ehwal ugamanya sendiri.
(b) Menubuh dan menyenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud ugama
atau khairat; dan
(c) Memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya
mengikut undang-undang.
(4) Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau
menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orangorang yang menganuti ugama Islam.
(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan
undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.7

Islam adalah agama persekutuan. Peruntukan berkenaan


seperti yang ternyata dalam Perlembagaan adalah jelas
bahawa hak kebebasan agama ini dinyatakan untuk
menenangkan perasaan orang-orang bukan Islam; yakni
kedudukan Islam sebagai agama persekutuan tidak akan
mengancam
hak
mereka
untuk
menganut
dan
mengamalkan kepercayaan beragama.
Selain itu meskipun di atas tadi disebutkan wujudnya
perlindungan dari paksaan untuk membayar cukai yang
sebahagiannya akan digunakan untuk agama yang lain dari
agama anutan seseorang, perlembagaan bagaimanapun
menyebut bahawa pihak berkuasa boleh menggunakan
wang awam untuk tujuan-tujuan agama Islam. Dengan kata
lain Islam diberikan kedudukan yang lebih istimewa; yang
tentunya berdasarkan kepada kenyataan sejarah negara ini.

Perkara 11, yang merupakan peruntukan utama mengenai hak


kebebasan beragama, semacam membayangkan bahawa ruang
litup hak berkenaan meliputi aspek-aspek menganut, mengamal
dan mengembangkan agama-agama berkenaan.
Bagimanapun hak mengembangkan agama tertakluk kepada
peruntukan bahawa pengembangan agama-agama lain
tertakluk kepada sekatan undang-undang. Sekatan ini
termasuklah larangan mengembangkan dokrin atau agama lain
selain Islam kepada orang-orang Islam.
Keperluan kepada undang-undang ini ialah untuk melindungi
orang Islam daripada dipengaruhi kepercayaan lain. Seperti
yang disebutkan, peruntukkan ini menunjukkan kelebihan yang
diberikan kepada Agama Islam.
Keistimewaan ini sebenarnya berkait rapat dengan sejarah dan
latar belakang negara. Walaupun ada kemungkinan tuduhan
bahawa ianya tidak mengikuti prinsip kesamarataan, tetapi
kesedaran bahawa orang-orang Islam dan orang-orang bukan
Islam dan bukan Melayu telah diberikan hak-hak yang
kebanyakkannya berlandaskan kepada sejarah. Khususnya
melibatkan tolak ansur semasa rundingan kemerdekaan pada
1956-1957.

Dalam agama Islam hak kebebasan agama bermaksud


bahawa Islam tidak memaksa orang bukan Islam menerima
Islam.
Namun di negara kita kebebasan beragama ini boleh
disekat melalui undang-undang.
Perlembagaan dengan jelas menyatakan bahawa
kebebasan ini tertakluk kepada undang-undang yang
diluluskan bagi mengawal atau menyekat pengembangan
agama yang lain daripada Islam di kalangan umat Islam.
Selain itu perlembagaan juga menyebut bahawa kebebasan
agama tidak boleh digunakan untuk menyalahi undangundang awam mengenai ketenteraman awam, kesihatan
awam atau akhlak.

Impak Kedudukan Istimewa Agama Islam Dalam


Perlembagaan Persekutuan

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan


bahawa agama Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi
agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai
di mana-mana bahagian Persekutuan.
Ini bermakna agama Islam dalam negara ini mempunyai
keistimewaan dari agama-agama lain.
Menurut Perlembagaan Persekutuan lagi, agama Islam,
undang-undang Islam dan adat Melayu diletakkan di bawah
kuasa negeri-negeri.
Setiap negeri mempunyai enakmennya yang tersendiri
mengenai pentadbiran undang-undang Islam. Setiap negeri
juga mempunyai Majlis Agama Islam dan Mahkamahmahkamah Syariah sendiri.

Status dan Kedudukan Istimewa Agama


Islam

Kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara telah memberikan


pelbagai bentuk keistimewaan kepada agama dan umat Islam
untuk kerajaan merancang dan melaksanakan pelbagai kemajuan
Islam.
Kerajaan telah meninggikan martabat Islam dengan melantik
seorang Menteri penuh di Jabatan Perdana Menteri bagi
melaksanakan tanggungjawab berhubung hal ehwal Islam.
Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Undangundang Syariah dan Sivil. Jawatankuasa ini memantau
perundangan Negara, jika ada undang-undang sivil atau peraturan
yang bertentangan dengan syariah, maka undang-undang sivil atau
peraturan itu akan dibatalkan.
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dengan seorang Ketua
Pengarahnya telah ditubuhkan.
Mahkamah Syariah pula diwujudkan di tiga peringkat iaitu
Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan
Mahkamah Rayuan Syariah.

Kerajaan telah meninggikan syiar Islam dengan melaksanakan


penerapan nilai-nilai Islam dalam semua bidang kehidupan sejak
Merdeka.
Antaranya ialah;
a. Tilawah al-Quran yang mendapat sambutan baik dari seluruh
dunia, kini menjadi acara tahunan dalam kalendar rasmi negara.
b. Akta Pelajaran 1961 menetapkan subjek Agama Islam mesti
dimasukkan ke dalam jadual waktu pelajaran biasa bagi muridmurid beragama Islam di sekolah-sekolah rendah dan menengah
kebangsaan selama 120 minit seminggu. Guru-guru agama juga
dilantik bagi mengajar subjek itu.
c. Silibus subjek agama Islam bagi sekolah rendah dari Tahun 1
hingga Tahun 6 mengandungi bab aqidah, ibadat, akhlak, sejarah
rasul dan bacaan al-Quran.
d. Bagi sekolah menengah pula (Tingkatan 1 hingga Tingkatan
6), silibus subjek agama Islam meliputi Tauhid, Fiqah, Sejarah
Islam, ayat al-Quran dan Hadis.
e. Minuman arak dilarang dalam majlis-majlis rasmi dan jamuan
negara dan juga di mes-mes pegawai polis dan tentera.

Dalam negara common law seperti Malaysia skima


perlembagaan juga perlu dilihat dalam konteks keputusan
mahkamah. Mahkamah telah membuat keputusan bahawa
hak kebebasan beragama merangkum hak untuk memilih
agama. Prinsip ini diputuskan di dalam kes Susie Teoh. Kes
ini melibatkan pertikaian yang kontoversial yang berpunca
daripada tindakan gadis di bawah umur (menurut undangundang sivil) memeluk agama Islam. Tindakan itu
memeranjatkan keluarga beliau yang kemudian membuat
keputusan membawa pertikaian tersebut ke muka
pengadilan. Di Mahkamah Tinggi tindakan gadis tersebut
diterima oleh mahkamah kerana beliau telah baligh.
Bagaimanapun Mahkamah Agung melihat isu tersebut
dalam konteks perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan
yang menetapkan bahawa agama bagi seseorang yang
masih di bawah 18 tahun tertakluk kepada pilihan ibu bapa
atau penjaganya.

Dalam kes Teoh Eng Huat lwn Kadhi Pasir Mas [1990] 2 MLJ 301 soalnya sama adi
seorang gadis Cina umur 17 tahun 8 bulan berhak memeluk agama Islam tanpa
pengetahuan dan persetujuan bapanya.
Di Mahkamah Tinggi telah diputuskan oleh kerana gadis Cina itu telah memeluk agama
Islam dengan sukarelanya dan tidak dipaksa oleh sesiapa dia berhak memeluk agama
Islam mengikut Perkara 11(1) Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan "Semua
orang-orang berhak menganut dan mengamal ugamanya dan tertakluk kepada fasal
(4) menyebarkannya".
Akan tetapi apabila rayuan dibuat oleh bapa itu ke Mahkamah Agong, Abdul Hamid
Ketua Hakim Negara pada masa itu telah merujuk kepada Perlembagaan Malaysia dan
khususnya Perkara 3 yang menyebut Islam adalah ugama Persekutuan; dan juga pada
pendapat Suruhanjaya Reid mengenai Perkara 3 itu. Seperti yang telah dinyatakan
dahulu Suruhanjaya Reid tidak menyokong diadakan peruntukan seperti Perkara 3 akan
Hakim yang arif itu beliau berkata "Pada asas iaitu Perlembagaan kita digubal dan
diisytiharkan." Beliau merujuk kepada Perkara 12(3) dan (4) Perlembagaan yang
memperuntukkan(3) Tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apa
ugama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu
ugama yang lain daripada ugamanya sendiri.
(4) Bagi maksud fasal (3) ugama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan
belas tahun adalah ditetapkan oleh ibubapa atau penjaganya.
Sungguhpun fasal (4) itu menyebut "untuk maksud fasal (3) iaitu mengenai pengajaran
ugama di sekolah, Hakim yang arif itu telah menggunakan fasal itu untuk memutuskan
seorang ibubapa atau penjaga berhak menentukan agama seorang yang belum
dewasa. Sebetulnya beliau tidak perlu membuat keputusan itu oleh kerana pada masa
itu gadis itu telah pun berumur lebih dari lapan belas tahun. Keputusannya ialah
dianggap obiter dicta atau pandangan sahaja, akan tetapi sayangnya ia telah diterima
pakai dalam undang-undang di Malaysia.

You might also like