You are on page 1of 6

KEBEBASAN BERAGAMA

MENURUT PERLEMBANGAN
PERSEKUTUAN MALAYSIA
Kebebasan beragama merupakan asas kepada sifat semula jadi
manusia dan merupakan asas penting dalam kehidupan sosial
manusia. Kebebasan beragama di Malaysia adalah tertakluk
kepada Perlembagaan Malaysia. Ianya merupakan salah satu hak
kebebasan asasi yang diiktiraf oleh Malaysia kepada setiap
warganegara di bawah Perlembagaan Persekutuan, perkara 11.
Peruntukan 11(1) sehingga 11(5) tersebut diletakkan di bawah
bahagian Kebebasan Asasi dengan tujuan untuk menjamin hak bagi
semua orang sama ada warganegara atau bukan warganegara
kerana Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai
masyarakat berbilang bangsa dan agama dan undang-undang.
Perlembagaan Negeri Johor 1985 dan Terengganu 1911

merupakan perlembagaan negeri terawal yang telah

memperuntukkan fasal kebebasan beragama sebelum

negara mencapai kemerdekaan lagi.

Pengiktirafan peringkat antarabarangsa yang diberikan

terhadap kebebasan beragama melalui inrumentasi

antarabangsa seperti :

Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 (UDHR

1948)

Waad Antarabangsa Berkaitan Hak Sivil dan Politik 1966

(ICCPR 1966)
Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan Perkara 3 (1) bahawa Islam adalah agama

bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di

Malaysia.

Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia,skop kebebasan beragama merangkumi Perkara

11 bahagian (1) sehingga (5). Perkara 11 secara ringkasnya merupakan perkara yang menjamin

hak kebebasan beragama bagi setiap individu di Malaysia.

I. Perkara 11(1) memberikan dua jenis hak kepada warga Malaysia iaitu hak menganut agama dan

hak mengamalkan agama. Hak menganut agama merujuk kepada setiap orang diberikan hak

kebebasan untuk menganut agama masing masing di dalam negara Malaysia.. Hak

mengamalkan agama menerangkan bahawa setiap orang mempunyai hak mengamalkan agama

masing-masing serta berhak untuk mengembangkan ajaran agama masing-masing.

II. II. Perkara 11 (2) jelas melindungi hak individu itu dari dipaksa membayar sebarang cukai

sekiranya cukai tersebut digunakan untuk tujuan agama lain daripada agama yang dianutinya.
III. Perkara 11 (3) ini melindungi setiap kumpulan-kumpulan agama di Malaysia dimana ia boleh

menubuh, menyelenggara atau memiliki harta atau yayasan sendiri untuk tujuan agama dan

kebajikan. Hak-hak tersebut terjamin walaupun agama Islam adalah agama persekutuan seperti

termaktub pada Perkara 3(1).

IV. Perkara 11(4) menegaskan bahawa penyebaran agama selain daripada agama Islam kepada

orang Islam adalah dilarang sama sekali terutamanya dari segi penyebaran dakwah.

V. Perkara 11 (5) menceritakan walaupun setiap individu bebas untuk menganuti agama yang

dikehendakinya dan ia bebas untuk menzahirkan kepercayaannya itu sama ada melalui perbuatan

atau percakapan dengan cara bersembahyang bersendirian ataupun berada dikhalayak ramai,

kebebasan-kebebasan ini tidak boleh menyebabkan berlakunya kerosakan atau gangguan kepada

ketenteraman awam atau akhlak.Kebebasan beragama ini juga tertakhluk kepada undang-

undang awam Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Pertubuhan 1966 dan Akta Polis

1967.

You might also like