You are on page 1of 3

Ravivarma Muniandy

A172130

Filem seperti PASKAL dapat memupuk perpaduan dan patriotisma dalam


kalangan masyarakat Malaysia.

Malaysia adalah sebuah Negara yang unik dengan berbilang kaum,bangsa dan agama. Keamanan
dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara kaum utama terbesar di negara kita iaitu Melayu
Cina dan IndiaKita haruslah bersyukur dengan keamanan di Negara kita . Persefahaman yang telah
berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan
menjejaskan serta merosakkan semangat kejiranan yang telah terjalin sejak sekian lama.

Kita sentiasa berhadapan dengan isu-isu perkauman. Hal ini kerana rakyat Malaysia terdiri daripada
pelbagal kaum dan agama. Terdapat beberapa kebaikan perpaduan kaum kepada masyarakat dan
negara.Hanya dengan memupuk perpaduan dan sifat patriotisma antara kaum sahaja dapat
memastikan ketenteraman Negara. Antara kebaikan perpaduan kaum dan patriotisma ialah
masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Keadaan masyarakat yang aman dan damai
ini membolehkan aktiviti harian berjalan dengan baik. Masyarakat pelbagai kaum boleh melakukan
aktiviti keagamaan dengan bebas dan lancar.

Media memainkan peranan penting sebagai penghantar mesej kepada rakyat.Filem PASKAL telah
membawa mesej yang sangat postif kepada penonton . Filem PASKAL The Movie diarahkan oleh
Adrian Teh dan diterbitkan oleh Asian Tropical Films, GSC, Multimedia Entertainment, Granatum
Ventures dan Astro Shaw. PASKAL The Movie adalah mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan
Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998. Ia
juga menceritakan misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Diinspirasikan dari kisah benar, filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal,
Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi. PASKAL
The Movie menjadi motivasi kepada golongan muda untuk menceburi bidang Pertahanan Negara .
Filem ini sendiri memberi kesedaran kepada segenap lapisan masyarakat untuk menghargai jasa dan
pengorbanan para pejuang Negara.

Tetapi adakah filem seperti Paskal benar-benar mampu menyampaikan mesej dan memupuk
perpaduan dan patriotisma dalam kalangan masyarakat ? Prof. Madya Dr. Jamaluddin Aziz , pakar
Pengajian Budaya & Media, Pengajian Filem berpendapat filem-filem sperti Paskal harus diterbit
supaya masyarakat dapat mengenang jasa dan pengorbanan askar tanah kita . “Ia juga dapat
membantu kerajaan untuk mendokumentasikan sejarah .Tetapi kalau ditanya adakah ia berkesan
untuk memupuk perpaduan adalah soalan yang tiada jawapan yang kukuh “ berkata beliau
Media memang mempunyai peranan dan kesan kepada penontonya tetapi kita harus faham latar
belakang masyarakat yang menjadi penonton kita . Filem paskal mengisahkan sejarah zaman
peperangan tetapi zaman kini ramai remaja tiada memori yang berkaitan dengan perang .Untuk
menanam sifat-sifat ini kita harus mengkaji latar belakang masyarakat yang menjadi penonton kita
dahulu. Kalau ditanya adakah filem Paskal dapat sambutan yang baik ? jawapanya ya tetapi adakah ia
dapat menyampaikan mesej yang kukuh jawapanya tidak kerana ramai hanya tertarik kepada teknik-
teknik pengambaran dan simulasi aksi yang gempak sahaja.

Ramai yang memberi ulasan bagi filem tersebut hanya menceritakan betapa hebatnya aksi dan hanya
mendapat keseronokan . Prof.Madya.Dr.Jamaluddin Aziz berkata “ Kalau kita melihat filem Ola-Bola
ia berkait dengan generasi dan latar belakang masyarakat zaman sekarang . bandingkan filem Ola-Bola
dengan Paskal , Paskal mendapat sambutan yang lebih tinggi tetapi Ola-Bola dapat menanam sifat
perpaduan dan kenegaraan sebabkan ceritanya bukan aksi” katanya ketika ditemu bual.

Filem seperti Paskal harus diterbitkan tetapi kalau kita mahu menceritakan sesuatu yang mampu
memupuk perpaduan dan patriotisma kita harus kaji latar belakang masyarakat yang menjadi
penonton dahulu supaya mesej yang disampaikan dapat dikaitkan dengan kehidupan harian mereka.

You might also like