You are on page 1of 9

TUGASAN - (ULASAN BUKU/VIDEO/FILEM)

JUH 101 – HUBUNGAN ETNIK

NAMA ZULHILMI BIN MOHD YUSOFF


NO. MATRIK
NO. KP
PUSAT WILAYAH PULAU PINANG
JUH101 - HUBUNGAN ETNIK: ULASAN FILEM TEMPATAN (OLA BOLA)

Poster Filem Ola Bola


Sumber: Google Images

1.0 LATAR BELAKANG FILEM

Filem yang bertajuk Ola Bola ini merupakan sebuah filem terbitan Astro Shaw Sdn.

Bhd yang telah ditayangkan kepada umum pada 28 Januari 2016 yang lepas. Menurut

Pengarah Astro Shaw dan Produser Eksekutif Filem Ola Bola, Najwa Abu Bakar, beliau

menyatakan bahawa filem ini merupakan sebuah filem fiksyen dan mendapat inspirasi

daripada kisah benar (Astro Arena, 2016). Ola Bola merupakan filem yang mengisahkan

tentang kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia yang pernah berjaya

memasuki Sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980. Filem yang berdurasi 01:48:00

merupakan arahan Chiu Keng Guan yang merupakan pengarah filem di Malaysia dan pelakon

utamanya terdiri dari pelbagai lapisan kaum dan etnik seperti JC Chee, Luqman Hafidz,

1
Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan, Katrina Ho, Bront Palarae, Taufiq Hanafi dan

Frankie Lee.

2.0 SINOPSIS FILEM

Filem "Ola Bola" memaparkan semangat juang pemain bola sepak negara yang

pernah mengharumkan nama Malaysia apabila layak ke Sukan Olimpik Moscow, Rusia pada

tahun 1980. Kisahnya bermula apabila seorang wartawan wanita bernama Marianne

(Marianne Tan), ditugaskan untuk membuat kajian mengenai pasukan bola sepak negara yang

pernah mencipta nama pada era 1980-an. Marianne yang bercadang untuk pergi ke England

disebabkan beliau merasa bosan dengan kerjayanya itu berhasrat untuk menyelesaikan

tugasnya buat kali terakhir sebelum meninggalkan negara dengan menjejak para pemain

handalan di era tersebut.

Pada masa itu, Malaysia begitu digeruni oleh pasukan lawan, khasnya di rantau Asia.

Mengimbau kembali pada awal era berkenaan, pasukan bola sepak negara ketika itu berdepan

dengan cabaran di mana pemainnya mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan

sehingga menyebabkan kekalahan dalam perlawanan penting. Konflik yang dihadapi para

pemain dalam kisah ini sememangnya sangat dekat dalam diri kita dan merupakan asam

garam kehidupan dimana setiap perjuangan pasti tidak akan pernah mudah dan manusia perlu

berusaha mengharungi cabaran demi memperoleh sesebuah kejayaan. Maka, barisan pemain

telah mengetepikan masalah peribadi meraka demi mengharumkan nama negara.

Akhir sekali, tujuan saya memilih filem Ola Bola untuk diulaskan ialah kerana filem

ini memaparkan kisah kejayaan mengenai keberanian dan sifat bersatu padu yang

memberikan inspirasi kepada seluruh masyarakat di Malaysia serta diilhamkan daripada

peristiwa sebenar yang akan membawa penonton dari pelbagai bangsa untuk sama-sama

merasai semangat bersatu hati dan muhibah. Kisah penuh iktibar ini akan membawa khalayak

2
melihat semangat, keunikan dan kekuatan yang wujud dalam kepelbagaian bangsa di

Malaysia.

3.0 KEUNIKAN & PENGAJARAN DARIPADA FILEM OLA BOLA

Antara keunikan yang dipaparkan dalam filem ini ialah penglibatan pelakon

pelbagai bangsa yang berbual dalam bahasa masing-masing seperti Bahasa Mandarin,

Tamil, English serta Bahasa Melayu. Penggunaan bahasa yang pelbagai daripada setiap

lapisan bangsa ini menunjukkan filem ini cuba untuk mengetengahkan kekuatan Malaysia

dalam kepelbagaian etnik dan kaum di Malaysia itu sendiri dengan menggabungkan

kepelbagaian bahasa yang telah wujud setelah sekian lamanya. Dengan ini, filem ini telah

memaparkan realiti kehidupan sebenar yang tidak mengabaikan bahasa-bahasa lain di

Malaysia.

Sebagai contohnya, kita dapat lihat daripda dialog Taukeh dan Rahman yang berbual

dalam bahasa Inggeris. Walaupun dialog tersebut memaparkan ketidakpenerimaan terhadap

pengaruh penjajahan, namun mereka masih bertutur dalam Bahasa Inggeris. Dari aspek

positifnya, Bahasa Inggeris pada masa kini menunjukkan kepentingan fungsinya dalam

sistem pendidikan dan digunakan sebagai pertuturan harian yang semakin penting dalam

masyarakat Malaysia yang berbilang kaum seiring dengan bahasa ibunda yang digunakan

masing-masing. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya medalami sesebuah bahasa supaya

kita tidak dapat ditipu dan ditindas oleh orang lain yang ingin mengambil kesempatan keatas

diri kita.

Disamping itu, keunikan yang dipaparkan melalui dialog seperti penggunaan istilah

“Nasi Lemak” turut menunjukkan sebuah simbol penyatuan pelbagai kaum kerana ianya

3
merupakan salah satu makanan yang digemari oleh majoriti masyarakat di Malaysia.

Penggunaan istilah ini adalah kebiasaan umum bagi setiap rakyat Malaysia dan nasi lemak

adalah salah satu makan tradisi yang telah diterima oleh semua kaum sejak zaman berzaman.

Antara keunikan lain yang ditonjolkan dalam filem ini ialah penghargaan terhadap

tokoh-tokoh lama dalam industri sukan Bola Sepak. Tamsilnya, mesej yang ingin

disampaikan adalah seperti watak tauke yang membawa watak sebenar iaitu Soh Chin Aun

yang sudah tua, mengimbau kembali video rakaman lampau zaman kegemilangan bola sepak

semasa beliau masih muda. Pemaparan adegan melalui kemunculan watak sebenar ini adalah

bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada generasi muda supaya mengetahui sejarah dan

sumbangan tokoh-tokoh terdahulu. Hal ini demikian kerana, kurangnya golongan anak muda

belia yang mengetahui sejarah perkembangan bola sepak negara pada zaman 70an.

Justeru itu, dengan adanya penceritaan terhadap sejarah tokoh-tokoh ini akan

memberikan inspirasi kepada mereka untuk terus berusaha dan menjadikannya sebagai role

model yang baik. Pemupukkan nilai - nilai seperti pengorbanan dan perjuangan tokoh-tokoh

lama dalam filem ini demi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa jelas

memberi gambaran bahawa pemain dahalu lebih hebat dan cekal menghadapi ujian dan

cabaran untuk berjaya. Mesej lain yang ingin ditujukan juga ialah pemain dahulu tidak

mementingkan wang dan bayaran yang lumayan untuk bermain dengan baik diatas padang

dan melakukannya dengan ikhlas untuk mengharumkan nama negara tidak seperti pemain

bola sepak pada masa kini yang hanya

4
Pengajaran pertama yang dapat dilihat daripada Filem Ola Bola ialah semangat

setiakawan antara pelbagai kaum. Penerapan nilai persahabatan dan setiakawan ini dapat

dilihat dalam adegan filem yang memaparkan watak Tauke yang cuba membantu Muthu

dengan mengelurakan wang simpanannya serta watak Rahman yang turut membantu

meminjamkan keretanya kepada Tauke. Penerapan sikap setiakawan yang dipaparkan ini

jelas ingin menyampaikan mesej bahawa tiada jurang antara kaum di Malaysia dan sikap

tolong-menolong antara satu sama lain apabila berada dalam kesusahan untuk mengekalkan

nilai persahabatan adalah penting walaupun berbeza agama dan ras. Adegan watak Tauke dan

Rahman yang prihatin dengan Muthu jelas memberikan makna semangat setiakawan.

Pengajaran yang ingin disampaikan juga adalah kepada golongan muda masa kini

yang kurang memupuk sifat setiakawan terutamanya yang berbeza ras dan kaum. Contohnya,

di institusi- institusi yang terdapat di Malaysia telah wujudnya puak-puak tertentu yang hanya

selesa duduk bersama-sama mengikut kaum dan bangsa mereka sendiri. Hal ini hanya akan

menambahkan jurang antara kaum kerana tidak ada hubungan pergaulan yang baik.

Simbol pengajaran yang lain yang berkenaan ialah mengenai semangat juang yang

tinggi terhadap golongan anak muda. Adegan watak-watak pemain bola sepak yang menaiki

helikopter yang terbang tinggi diatas awan diperkuatkan lagi dengan nyanyian lagu “Inilah

barisan kita, yang ikhlas berjuang, siap sedia berkorban untuk ibu pertiwi… jelas memberi

5
gambaran keinginan mencapai cita-cita yang tinggi serta keyakinan diri berjuang agar tidak

mudah menyerah kalah atau berserah begitu sahaja.

Pengajaran yang berikutnya ialah semangat perpaduan yang sangat utuh yang

dipaparkan dalam filem ini. Seperti yang kita dapat lihat dalam adegan watak yang mewakili

kaum Cina turut sama berjoget apabila terdapat persembahan nyanyian di pentas, secara tidak

langsung menunjukkan penerimaan terhadap budaya masyarakat Melayu. Jika kita lihat

semula melalui tragedi 13 Mei 1969 yang berlaku suatu ketika dahulu dimana berlakunya

perbalahan disebabkan perbezaan sosio-budaya dan politik pada masa itu, maka, amatlah

penting penerimaan masyarakat yang berlainan budaya ini untuk bertolak ansur dan

menerima antara satu sama lain agar dapat menjamin sebuah negara yang aman dan harmoni

serta bebas dari berlakunya peperangan.

Antara kata-kata yang menunjukkan nilai perpaduan dalam filem Ola Bola ini ialah

“Kalau Kita Kalah, Biar Kita Kalah Sama-Sama” dan kata Muthu kepada Ali “I Cover You,

You Cover I” yang menunjukkan bahawa watak-watak dari pelbagai lapisan bangsa

bekerjasama tanpa membezakan ras dan bangsa dan berkawan tanpa sebarang prejudis. Kita

juga dapat lihat dalam babak-babak dimana pasukan bola sepak ola bola yang berlatih dan

berjuang untuk menghadapi pihak lawan dalam perlawanan mereka jelas menunjukkan

hubungan perpaduan yang rapat. Oleh itu, filem ini telah mencerminkan masyarakat pelbagai

kaum yang bergaul tanpa prasangka, dan bersatu demi membangunkan sebuah pasukan bola

sepak Malaysia yang terbaik.

6
Akhir sekali, pengajaran yang dapat diambil ialah pentingnya semangat rajin

berusaha yang ditunjukkan melalui watak dan perwatakan dalam filem ini. Mesej yang ingin

disampaikan ini dipaparkan pada adegan dimana watak tauke tidak bergantung sepenuhnya

untuk menjadi pemain bola negara, mengikut latar tempat menunjukkan bahwa Tauke

bekerja di sebuah pejabat, sebagai penoreh getah malah di pusat Fun Fair. Mei Ling yang

merupakan adik kepada Tauke juga tidak hanya bergantung dengan pekerjaan abangnya

sahaja kerana dia juga turut bekerja di kedai jahit dan menorah getah. Dia juga turut

membantu ibunya menampung perbelanjaan persekolahan adik-adiknya yang masih kecil.

Secara simboliknya, hal ini memberi gambaran bahawa Tauke dan Mei Ling rajin berusaha

untuk memperbaiki taraf hidup mereka. Dengan ini, sikap rajin berusaha haruslah

dititikberatkan tidak kira siapa pun kita untuk berjaya di masa hadapan.

You might also like