You are on page 1of 19

SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER 2 / 2021

MPU3112

HUBUNGAN ETNIK
ISI KANDUNGAN

NO PERKARA M/S
1.0 Pengenalan 1-2

2.0 Peranan Animasi Upin dan Ipin Dalam Menyatupadukan Masyarakat di Malaysia.
2.1 Sambutan Perayaan Berbilang Kaum 3
2.2 Semangat Kejiranan 3
2.3 Penggunaan Bahasa Melayu 4
2.4 Keharmonian Kehidupan Berbilang Kaum 4

3.0 Usaha-Usaha ke Arah Pembentukan Kesepaduan Sosial Dalam Masyarakat


di Malaysia
3.1 Bahasa Perantara Seharian 5
3.2 Sifat Hormat Menghormati Dan Faham Memahami 5
3.3 Penyertaan Semua Kaum Dalam Bidang Sukan 6
3.4 Pendidikan Setaraf 6

4.0 Impak Watak Upin dan Ipin Bagi Membentuk Kesepaduan Sosial Masyarakat.

4.1 Mengetahui Unsur-Unsur Kaum Lain 7


4.2 Sikap Tolong Menolong Dengan Tidak Mengira Bangsa 7
4.3 Sikap Hormat Menghormati Kepada Orang Lebih Tua 8
4.4 Sikap Berbudi Bahasa Kepada Kaum Lain 8

5.0 Faktor-faktor yang Berupaya Membawa Kepada Keruntuhan Perpaduan Sosial


di Malaysia.
5.1 Isu Keagamaan 9
5.2 Isu Ekonomi 9-10
5.3 Isu Perkaumaan 11
5.4 Isu Pendidikan 11

6.0 Kesimpulan 12
7.0 Rujukan 13-14
<MPU3112>

TUGASAN 1

1.0 Pengenalan

Terdapat banyak peminat dari semua kaum di Malaysia untuk filem animasi Upin dan
Ipin, watak-watak yang terdapat dalam animasi ini ialah adik beradik kembar berserta
dengan kawan-kawan mereka Jarjit ,Mei-Mei, Devi, Fizi , Susanti, Ehsan, dan kawan-kawan
yang lain. Mereka suka bermain ,bermesra dan selalu membuat semua aktiviti bersama-sama
dengan masyarakat Kampung. Perkara yang paling istimewa dalam animasi ini ialah watak-
watak yang mewakili kaum-kaum di Malaysia.

Animasi ini bukan sahaja menjadi hiburan untuk kanak-kanak malah terdapat mesej
dan pengajaran positif yang boleh memberi iktibar-iktibar kepada masyarakat dengan
menggambarkan sifat-sifat seperti tolong-menolong,hormati menghormati, semangat
kejiranan, sifat-sifat ini sesuai untuk dimasukkan ke dalam jiwa kanak-kanak dan juga orang
dewasa supaya wujud kesepaduan sosial yang amat erat.

Setiap watak-watak dalam animasi ini adalah kaum-kaum utama yang terdiri daripada
Melayu, India dan Cina. Harap semangat perkauman kepada tiga kaum yang utama ini
memberi panduan dan pengajaran kepada penonton- penonton untuk menikmati suasana
keharmonian jika semua kaum dapat hidup bersatu padu.

Malaysia adalah sebuah negara yang mewarnai dengan masyarakat berbilang kaum,
malah perpaduan menjadi cabaran dalam menjaga keharmonian dan kerukunan kehidupan
masyarakat Malaysia. Usaha-usaha yang sepatutnya harus di ambil untuk mempromosikan
kepentingan perpaduan oleh semua pihak termasuk juga dalam bidang penyiaran supaya
dapat memelihara keharmonian untuk meningkatkan kesatuan dalam kepelbagaian komuniti
di mana setiap etnik boleh menerima satu sama lain tanpa prejudis.

1
<MPU3112>

Objektif tugasan ini ialah untuk membincangkan tentang peranan-peranan filem animasi
dalam menyatupadukan masyrakat di Malaysia. Usaha-usaha ke arah pembentukan
kesepaduan sosial dalam masyarakat di Malaysia akan dijelaskan untuk kepentingan
perpaduan. Filem animasi ini memberi impak yang sangat besar dalam membentukkan
kesepaduan sosial kepada para penonton melalui watak-watak utama. Faktor-faktor yang
meakibatkan retakan perpaduan juga akan dijelaskan supaya kesemua faktor-faktornya dapat
dijaga untuk memelihara keharmonian masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.

Rujukan primer untuk menyiapkan tugasan ini ialah merujuk kepada buku Hubungan
Etnik yang ditulis oleh Mohd Syariefudin Abdullah yang diterbitkan oleh OUM dan merujuk
juga kepada buku-buku kesepaduan daripada Internet.

Gambarajah 1.0

Upin dan Ipin bersama dengan watak-watak yang berbilang kaum

Sumber: https://larutsenja.wordpress.com/2017/09/20/fenomena-yatim-piatu-di-
upin-dan-ipin-universe/

2
<MPU3112>
2.0 Peranan Drama/Animasi Upin dan Ipin Dalam Menyatukan Masyarakat Di
Malaysia
Ramai masyarakat suka menonton animasi Upin dan Ipin kerana animasi ini menarik minat
penonton dengan berperanan untuk menyatukan rakyat yang mempunyai berbilang kaum di
Malaysia. Antara sebab yang lain mengapa siri ini berperanan untuk menyatupadukan
masyarakat di Malaysia boleh di kenalpasti seperti yang berikut :-
2.1 Sambutan Perayaan Berbilang Kaum
Sambutan perayaan-perayaan utama di Malaysia adalah salah satu kewajipan untuk
disambut dengan meriah oleh masyarakat di Malaysia, begitu juga dalam filem animasi Upin
dan Ipin yang tidak ketinggalan untuk menyiarkan sambutan perayaan. Sambutan perayaan
yang digambarkan adalah Hari Raya Adilfitri, Deepavali ,Tahun Baru Cina dan Krismas.
Setiap watak-watak akan kunjung mengunjungi rumah kawan-kawan untuk perayaan dengan
menikmati juadah-juadah tradisional.Ini menunjukkan kesepaduan sosial yang sangat baik.
Siaran episod perayaan selalu memaparkan sebuah contoh yang amat baik dan juga secara
tidak langsung siri animasi ini mendidik semua para penonton untuk hormat menghormati
semua perayaan agama dan budaya berbilang bangsa di Malaysia. Setiap siri yang
menyiarkan dalam animasi ini dapat memberi impak yang sangat baik kepada rakyat seluruh
negara. Filem animasi ini dapat memelihara semangat perpaduan kaum yang berbilang
bangsa, penerapan kasih sayang dan hormat menghormati ke arah negara Malaysia, serta
aspek displin mengambarkan situasi sosial politik yang tanpa berat sebelah.

2.2 Semangat Kejiranan


Setiap watak di dalam filem animasi ini telah menunjukkan kehidupan masyarakat di
kampung yang merangkumi tiga kaum yang utama iaitu Melayu, India dan Cina yang hidup
dengan sejahtera di sebuah kampung.Kebiasaan dengan memberi hadiah makanan,ziarah-
menziarahi ,tolong menolong, melakukan aktiviti gotong royong juga mengambarkan dalam
animasi ini.
Hubungan kejiranan adalah sangat penting dalam melahirkan masyarakat yang sejahtera.
Oleh kerana itu sikap untuk mengetahui kesusahan terhadap jiran tetangga harus diamalkan,
hubungan yang dijalin erat bersama kaum yang hidup di dalam masyarakat berbilang kaum
akan dapat dimulakan dengan bergaulan mesra anak-anak jiran tetangga.Melalui pergaulan
seperti ini anak-anak pasti dapat mengenali budaya, agama dan tradisi kaum
yang ,lain.Kesemua pergaulan akan dapat memelihara dan membentuk kesepaduan yang amat
kukuh.

3
<MPU3112>
2.3 Penggunaan Bahasa Melayu
Dalam animasi Upin dan Ipin ini watak-watak seperti Devi, Pak Cik Muthu Mei, Pak
Cik Ah Tong dan Jagjit menggunakan Bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan untuk
berkomunikasi dengan baik kepada semua masyarakat di kampung mereka .Jarjit pula
seorang bangsa India Punjabi yang pandai berpantun dua baris. Keadaan ini memberi kesan
yang sangat baik kepada masyarakat yang menonton siri ini kerana penggunaan Bahasa
Melayu yang telah diiktirafkan sebagai bahasa kebangsaan dalam pertuturan seharian
sehingga setiap masyarakat boleh bertutur dengan fasih.
Semua rakyat Malaysia dapat menguasai bahasa tersebut , dengan cara ini ia dapat
mengajar kanak-kanak dengan menggunakan bahasa rasmi negara kita dari kecil lagi supaya
mereka boleh berkomunikasi dengan fasih dan lebih senang untuk memahami antara satu
sama yang lain walaupun tidak sama kaum. Situasi ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia
boleh hidup bersatu walaupun mempunyai bahasa ,kepercayaan dan agama yang lain.

2.4 Keharmonian Kehidupan Berbilang Kaum


Dalam filem animasi ini watak utama adalah Upin dan Ipin.Mereka berdua mempunyai
rakan-rakan yang sangat rapat dengan pelbagai kaum , dua adik-beradik ini selalu suka
bermain bersama-sama rakan-rakan mereka dengan memberi hormat kepada budaya dan nilai
antara satu sama yang lain dengan mengetahui tentang tradisional kaum masing-
masing.Keharmonian ini memberi pengeratan yang sangat kukuh sesama rakan-rakan
meraka.
Filem animasi ini memberi pengaruh yang sangat baik kepada kanak-kanak yang
menonton kerana mereka akan mengikuti perangai Upin dan Ipin untuk bergaul dengan kaum
yang lain. Bukan sahaja kanak-kanak yang akan mendapat pengaruh yang baik, malah
ibubapa dan ahli keluarga juga akan menonton siri ini bersama dengan anak-anak mereka,
oleh yang demikian mereka akan meyerapkan semua nilai-nilai murni yang tertera di dalam
animasi tersebut. Animasi ini menunjukkan kehidupan yang berharmoni dikalangan
masyarakat yang berbilang bangsa, kaum dan konsep 1 Malaysia jelas ditunjukkan dalam
animasi ini.

4
<MPU3112>
3.0 Usaha-Usaha ke Arah Pembentukan Kesepaduan Sosial Dalam Masyarakat Di
Malaysia
Keutamaan untuk memelihara kesepaduan sosial telah menjadi kepentingan berusaha untuk
ke arah menyatukan masyarakat yang berbilang kaum . Pihak kerajaan telah bertungkus
lumus untuk berfikir berbagai-bagai cara untuk mengeratkan semula perpaduan kaum supaya
kejadian 13 Mei tidak akan berulang lagi di negara Malaysia

3.1 Bahasa Perantara Seharian


Kehidupan masyarakat di Malaysia yang mempunyai berbilang kaum harus
menggunakan satu bahasa untuk pertuturan yang dapat menghubungkan antara kaum-kaum
yang lain. Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara dan bahasa kebangsaan Malaysia.
Bahasa formal ini digunakan di tempat kerja, sekolah , untuk perniagaan dan juga urusan lain
kerajaan. Dengan pertuturan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar oleh rakyat di
Malaysia yang dapat berkomunikasi antara kaum-kaum yang lain walaupun berbeza dari
agama.bahasa dan kepercayaan.
Contohnya kempen-kempen yang dilaksanakan untuk penggunaan bahasa Melayu iaitu
Minggu Bahasa Kebangsaan , Kembara Bahasa dan Gerakan Cintailah Bahasa Kita di adakan
, tujuan kempen-kempen seperti ini diadakan adalah untuk mewujudkan kesedaran bahawa
satu bahasa pertuturan komunikasi antara semua kaum iaitu Bahasa Melayu .Dewan bahasa
dan Pustaka telah menjadikan tempat rujukan untuk penggunaan Bahasa Kebangsaan, kerana
Bahasa harus berkembang dengan selaras perkembangan zaman.

.3.2 Sifat Hormat Menghormati Dan Faham Memahami


Kunci untuk pembinaan hidup dalam sesebuah masyarakat adalah untuk bersatu padu
dengan mempunyai sifat yang saling memahami dan hormat antara satu sama yang lain.
Dengan tidak mempunyai sifat hormat menghormati kepada sesebuah kaum ia akan dapat
dianggap bahawa kaum mereka sahaja yang sangat baik, sifat seperti ini sangat bahaya kerana
ini akan memegang sifat perkauman yang melampaui batas dengan menyebabkan menjadi
sebuah peristiwa titik hitam negara semasa berlaku rusuhan kaum
Pihak kerajaan telah mengambil pelbagai usaha untuk mengukuhkah kesepaduan sosial,
salah satu Contoh adalah “Rumah Terbuka Malaysia” yang dapat dihadiri oleh pelbagai etnik
di bawah satu bumbung dengan mengenali antara satu sama lain dan menjalin perpaduan
yang erat.

5
<MPU3112>
3.3 Penyertaan Semua Kaum Dalam Bidang Sukan
Pihak kerajaan bukan sahaja galakkan rakyat untuk melibatkn diri dalam bidang sukan
untuk kesihatan malah sukan adalah satu aktiviti untuk menyatupadukan kaum.Semua kaum
harus menglibatkan diri dalam bidang sukan ,kerana penglibatan dalam bidang sukan akan
dapat meningkatkan semangat berpasukan dan menguatkan tali perhubungan yang erat antara
kaum-kaum yang lain di Malaysia, kerana sukan tidak akan mengira agama keturunan,
kepercayaan dan batasan yang boleh halang berkomunikasi antara pemain-pemain yang lain .
Tidak dapat dilupakan pasukan bola sepak pada tahun 1980an yang mewakili tiga kaum
utama di dalam bidang sukan iaitu Allahyarham Dato’Mokhtar Dahari, mendiang Datuk
Arumugam, Dato’ Soh Chin Aun dan Datuk Santokh Singh.
Contoh aktiviti sukan utama pada zaman sekarang yang mempunyai pelbagai etnik di
Malaysia adalah bolasepak iaitu Harimau Malaya, pasukan hoki dan pasukan badminton,
semua rakyat di Malaysia akan mengikuti perkembangan tentang ketiga-tiga sukan tersebut
dan bersorak-sorak dengan tidak berbilang kaum apabila salah satu pasukan bertanding.Inilah
antara tiga sukan yang telah mengharumkan nama negara.Ketiga-tiga pasukan sukan ini
mewakili pelbagai etnik dari rakyat Malaysia, ini adalah kunci kekuatan pasukan. Penglibatan
dalam bidang sukan akan menyatupadukan kaum dengan erat.

3.4 Pendidikan Setaraf


Sebelum merdeka bentuk pendidikan telah menjadi renggang dalam perhubungan
kaum.Setiap bangsa telah memulakan sekolah dengan ikut aliran dan juga bahasa pengantar
mereka masing-masing seperti sekolah vernakular Melayu yang menggunakan bahasa melayu
sebagai bahasa pengantara, sekolah vernakular Tamil menggunakan bahasa Tamil sebagai
bahasa pengantara dan sekolah vernakular Cina menggunakan bahasa Cina atau Mandarin
sebagai bahasa pengantar.Dengan sistem seperti ini kelonggaran perpaduan sama kaum
berlaku.
Pendidikan setaraf telah diadakan untuk acuan piawai. Contohnya pada tahun 1983
bermula dengan memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah(KBSR) dan seterusnya
pada tahun 1993 dimulakan lagi dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)dan
pada tahun 2011 sehingga kini ditetapkan dengan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah(KSSR).Usaha yang kekal untuk pendidikan Kebangsaan telah diubahkan dan juga
ditetapkan disemua Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah Jenis
Cina, rancangan ini dimulakan untuk memberi pendidikan yang setaraf untuk semua kaum
demi perpaduan.

6
<MPU3112>
4.0 Impak Watak Upin dan Ipin Bagi Membentuk Kesepaduan Sosial Masyarakat.
Watak-watak dalam animasi Upin dan Ipin memberi impak yang sangat besar dalam
membentukan kesepaduan Sosial Masyarakat.Berikut adalah beberapa impak dari salah
satu watak daripada animasi tersebut.
Watak yang di pilih adalah : Upin (Aruffin bin Abdul Salam)

4.1 Mengetahui Unsur-Unsur Tradisional Kaum Lain


Upin suka mengambil tahu tentang unsur-unsur tradisional kaum lain, walaupun Upin
seorang yang nakal tetapi dia tidak ketinggalan dalam mengetahui perkara-perkara penting
seperti ini. Contohnya dalam siri animasi bertajuk Gong Xi Fa Cai musim ke -07 Episod 01
di mana Upin dapat memahami dan menerima konsep makan besar dalam perayaan orang
Cina daripada Opah dia dan juga bertanya maksud “ONG” daripada Pak Cik Ah Tong, dan
beliau menceritakan maksud sebenar yang kaum Cina merayakan perayaan dengan
menggunakkan warna merah sebagai “ONG”.Upin juga mengetahui unsur-unsur tradisional
kaum India daripada Opahnya juga, contoh dalam siri animasi Pesta Cahaya musim ke-10
Upin mengetahui maksud sebenar kaum India memasang lampu untuk Deepavali bahawa
lampu di nyala untuk kebaikan, kemenangan dan juga kegembiraan untuk kaum India.
Sebagai masyarakat Malaysia yang hidup dalam negara yang kepelbagaian agama harus
mengetahui unsur-unsur tradisional kaum lain, itu adalah satu perkara yang sangat baik ,
kerana ia akan dapat mengenali ,menghormati agama lain dan mempunyai sikap toleransi
antara rakyat Malaysia. Dengan cara ini masyarakat akan meneguhkan lagi kesefahaman
antara agama dan kaum yang lain.
4.2 Sikap Tolong Menolong Dengan Tidak Mengira Bangsa
Upin mempunyai sikap tolong menolong kepada semua penduduk di Kampung dengan
tidak mengira bangsa,.Contohnya dalam siri animasi bertajuk Pesta Cahaya musim ke-10,
Upin menolong Pak Cik Muthu untuk mendapatkan pelita untuk sambutan Deepavali
daripada Pak Cik Ah Thong.Contoh kedua dalam siri animasi bertajuk Buku Nota Jarjit
musin ke-14, Upin menolong Jarjit untuk mencari buku nota yang hilang.
Amalan tolong menolong adalah satu keperluan yang sangat penting dalam kehidupan .
kerana sikap menolong ada kepentingan kepada kita dan masyarakat umum, antara
kepentingan bersikap tolong menolong adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim
sesama manusia maka manusia memerlukan huluran bantuan antara satu sama lain dengan
tidak mengira bangsa. Jika setiap orang mengamalkan sikap ini pasti masyarakat akan hidup
aman dan damai.

7
<MPU3112>
4.3 Sikap Hormat Menghormati Kepada Orang Yang Lebih Tua
Watak Upin menyelitkan ajaran-ajaran positif yang mendidik penonton untuk
menghormati orang yang lebih dewasa, Upin selalu menunjukkan sikap hormat menghormati
kepada orang yang lebih tua. Contohnya dalam siri animasi bertajuk Gong Xi Fa Cai musim
ke -07 Episod 01, Upin mengucapkan terima kasih kepada ibu Mei apabila ibu Mei
menjemput Upin untuk menjamu hidangan-hidangan yang di sediakan untuk perayaan.
Contoh kedua yang di dalam siri animasi bertajuk Upin&Ipin- Terima Kasih Cikgu(Full
Episod) Upin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Jasmin untuk jasa yang mengajarnya
Sikap menghormati harus bermula dari kecil lagi dengan hormat ibubapa, jiran-jiran,rakan-
rakan dan sekeliling masyarakat dengan tidak mengira bangsa kerana kanak-kanak adalah
permata generasi masa hadapan negara.Masyarakat juga dapat bersatu padu dengan
membentuk dan tertanamnya sikap menghormat kepada orang yang lebih tua. Perkara yang
sangat penting untuk perpaduan, kerana orang tua memberi ajaran yang sepatutnya untuk
menjadikan panduan di dalam kehidupan, masyarakat harus mengukuhkan kesepaduan sosial
melalui interaksi dan amalan seharian ,oleh itu nilai murni hormat menghormati akan
membawa kepada kesepaduan dan juga integrasi kaum dengan menunjukkan konsep 1
Malaysia.
4.4 Sikap Berbudi Bahasa Kepada Kaum Lain
Upin mempunyai sikap berbudi bahasa, dia selalu bercakap kepada semua orang dengan
cara yang baik dengan tidak mengira bangsa. Contoh dalam siri animasi bertajuk Upin & Ipin
Skuad Bebas Denggi Musim Episod Terbaru 2020 Musim 9, Upin menasihati Pak Cik Ah
Tong yang berbangsa Cina untuk tidak membiarkan air dalam pasu bertakung kerana ia boleh
menyebabkan penyakit denggi dengan cara yang baik dan bersopan.
Kepentingan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat akan dapat mewujudkan
perpaduan di antara masyarakat yang berbilang kaum. Rakyat yang berbudi bahasa dapat
mewujudkan kesedaran untuk menjaga perasaan di antara satu sama yang lain dengan tidak
mengira kaum, agama dan juga warna kulit.Secara umumnya , dengan mempunyai sikap
berbudi bahasa rakyat Malaysia dapat meneguhkan sikap bertoleransi, menghormati dan
berkerjasama antara satu sama lain.

Gambarajah 2.0 :Upin


Sumber: https://upinipin.fandom.com/wiki/Upin

8
<MPU3112>
5.0 Faktor-faktor yang Berupaya Membawa Kepada Keruntuhan Perpaduan Sosial di
Malaysia.
Perpaduan masyarakat sangat penting untuk keharmonian negara kerana ia adalah process
untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum.Walau bagaimanapun kesepaduan
sosial yang wujud di kalangan masyarakat Malaysia boleh membawa keruntuhan jika
mempunyai beberapa sebab yang akan membawa keruntuhan kepada kesepaduan sosial.
Berikut adalah beberapa faktor tersebut:-

5.1 Isu Keagamaan


Isu-isu keagamaan juga boleh disebabkan berlaku keruntahan berpaduan sosial ,
walaupun negara Malaysia mempunyai pelbagai jenis agama, adat resam dan kebudayaan .
soalan-soalan tentang keagamaan adalah sesuatu perkara yang akan menimbulkan perasaan
sensitif jika dibuat dengan sengaja dan bermaksud untuk menghina dan mencaci. Oleh itu isu-
isu yang berhubung dengan agama harus dikawal untuk mengelakkan kesan buruk yang akan
ditimpa.
Sifat sensitif tentang agama dan kerpercayaan orang lain harus dijaga. Contohnya
isu murtad atau penukaran agama, isu perarakan kepala lembu, isu kalimah Allah , isu azan
(Mohd Syariefudin Abdullah,2017), isu membuang kepala babi di dua perkarangan
masjid,isu sembilahan qurban di hadapan penganut hindu, dan pembakaran gereja-gereja,
kesemua perkara ini harus dielakkan sesama sekali supaya perpaduan kaum tetap dapat
dipelihara.

5.2 Isu Ekonomi


Antara faktor yang telah mengakibatkan masyarakat yang merangkumi pelbagai etnik di
Malaysia semasa tragedy konflik 13 Mei 1969 juga dikaitkan dengan isu ekonomi (Mohd
Syariefudin Abdullah,2017). Dengan menyedari kepincangan ini Dasar Ekonomi Baru
(DEB) dimulakan dengan sepenuhnya oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Razak melalui
Rancangan Malaysia Kedua , yang bermula pada tahun 1971 berikutan tragedy 13 Mei 1969.
Melalui dasar ini setiap kaum yang telah menjadi warganegara Malaysia telah diberi
kelayakan yang sama rata dalam bidang ekonomi.Tujuan utama dasar ini telah di rancang
ialah untuk mengurangkan jarak ekonomi di antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.
Contohnya memberikan peluang kepada semua masyrakat untuk memasuki ke dunia
pekerjaan selain itu untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi terutamanya dalam bidang
Sains, teknik dan vokasional dan juga memperkenalkan lathihan di luar sekolah untuk

9
<MPU3112>

memberi peluang pekerjaan dan penstrukturan semula masyrarakat. Kesepaduan kaum dapat
menjamin dengan kestabilan ekonomi, kerana pendapatan dan kekayaan negara boleh
dinikmati leh seluruh golongan kaum.

10
<MPU3112>
5.3 Isu Perkauman
Isu perkauman adalah salah satu sebab keruntuhan kesepaduan sosial di Malaysia.Isu
perkauman harus dihapuskan pada awal persekolahan lagi. Isu perkauman yang terlampau
batas akan memberi kesan yang sangat buruk kepada kestabilan sosial di Malaysia,
salah satu peristiwa yang sangat menyayatkan perasaan yang telah berlaku antara rakyat di
Malaysia ialah kejadian 13 Mei 1969, faktor utama yang telah menyebabkan kepada
peristiwa 13 Mei ialah isu perkauman. (Mohd Syariefudin Abdullah,2017) Untuk
mengelakkan isu perkauman seperti ini penglibatan pelbagai kaum harus ada dalam sebarang
bentuk aktiviti yang dilaksanakan.
Sebagai contoh Penjawat Awam di pelbagai sektor harus mempunyai sekurang-
kurangnya tiga bangsa supaya wujud sebuah integrasi kaum dalam semua bidang, sambutan
seperti hari merdeka dapat menunjukkan keharmonian masyarakat Malaysia, kerana ramai
kaum akan sertai sambutan sebegini. Ucapan yang melibatkan perkataan-perkataan yang
sensitif harus dielakkan supaya perhubungan antara kaum dapat terjalin, kesepaduan dapat
dibina antara setiap kaum apabila memahami perasaan kaum lain.
5.4 Isu Pendidikan
Pendidikan adalah sebuah platform yang sangat baik untuk mengeratkan tali perikatan
antara pelbagai etnik pada tahap usia muda, sebaliknya dengan perbezaan aliran sekolah yang
diperkenalkan sebagai sekolah vernakular mengakibatkan murid-murid tidak mengenali erti
perpaduan. Di sekolah vernakular sistem yang digunakan adalah bahasa ibunda masing-
masing dalam process pembelajaran dan juga pengajaran di sekolah seperti Sekolah
Kebangsaan(SJK),sama ada aliran Tamil(SJKT) atau aliran Cina(SJKC).Dengan kewujudan
pelbagai aliran pendidikan dapat dilihat menterjemakan masyarakat di Malaysia yang
majmuk sifanya tetapi kesan ini sukar untuk pihak kerajaan untuk menguruskan masyarakat
yang memiliki pelbagai latar belakang etnik dalam memprocess pembinaan masyarakat yang
bersatu padu.
Dengan menghadapi masalah ini pihak kerajaan melakukan pelbagai usaha, Contohnya
memperkasaskan sekolah Kebangsaan yang dilakukan untuk menarik minat semua pelajar
India dan Cina dengan memperkenalkan Bahasa Tamil dan Cina di sekolah Kebangsaan, oleh
itu ramai pelajar yang etnik lain mempelajari Bahasa Mandarin,seramai 2,173 orang murid
Melayu daripada 3,552 orang murid sudah mengikuti pembelajaran Bahasa Tamil dan Cina
melalui projek yang diperkenalkan sebagai rintis di sekolah Kebangsaan pada tahun
2007.Usaha ini mendapat sokongan dari pelbagai etnik dan usaha ini juga adalah untuk
mengukuhkan dasar perpaduan kaum.(Mohd Syariefudin Abdullah, 2017)

11
<MPU3112>
6.0 Kesimpulan

Perpaduan adalah kunci untuk keharmonian negara, kerana perpaduan yang


diamalkan akan memberi kejaminan kepada setiap masyarakat untuk hidup aman dan damai
dengan berbilang kaum,agama dan juga budaya. Perhatian yang sewajar harus dilakukan
dengan cara menanam keinginan perpaduan antara kaum dan juga untuk mengelakkan
daripada isu-isu yang boleh membawa kerosakkan kepada perpaduan . Negara akan
berhadapan kepada rusuhan kaum seperti 13 Mei 1969 jika tiada perpaduan.

Usaha-usaha perpaduan harus bermula dari kanak-kanak lagi supaya mereka akan
menyedari betapa pentingnya kesepaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum.Dalam
usaha ini ibubapa dan juga pihak sekolah harus memainkan peranan yang penting dengan
mengajar kepentingan perpaduan.Selain itu, pihak media juga telah memainkan peranan yang
sangat hebat dalam menerbit filem-filem animasi untuk menyatupadukan masyarakat.Contoh
filem animasi yang terbaik mendidik kakak -kanak adalah filem animasi Upin dan Ipin ,
animasi tersebut memberi pengajaran kepada kanak-kanak untuk mencintai perpaduan antara
semua kaum kerana cara setiap watak menyelesaikan perselisihan dan berkawan sesama
mereka, perkara ini tentu akan dapat berpegang sikap saling hormat menghormati kepada
setiap individu dengan tidak mengira bangsa , agama dan juga budaya.

Perpaduan dapat dipelihara apabila faktor-faktor yang menyebabkan pecah belah


antara kaum dapat dihindari.Oleh yang demikian , semua kaum di Malaysia harus menanam
sikap toleransi untuk membina dan menjaga kerukunan hidup dan jalinan yang erat sesama
masyarakat supaya kita akan dapat membentuk perpaduan bersama-sama untuk
mengukuhkan keharmanion masyarakat dan negara.

12
<MPU3112>
APPENDIX

7.0 Rujukan

Abdullah, M. S., Ismail, M. M., & Mohd Nor, M. (2013). Abdullah, M. S., Ismail, M. M., &
Noor, M. M. (2013). Kesepaduan sosial dan kejiranan di kawasan rukun tetangga.
Jurnal Kinabalu. Jurnal Kinabalu, 19(66), 54–75.
https://www.majalahpama.my/kehidupan-selepas-pkp-berakhir-mungkin-tak-sama-
macam-dahulu-ia-tak-mudah-seperti-kita-jangka/

Ab Rahman, H., Daud, M. B., & Ahmad, N. B. (2009). Pembangunan ekonomi dalam
hubungan etnik. Atas Talian http://eprints. utm.
my/id/eprint/14760/1/HamidahAbdulRahman2009_Pem
bangunanEkonomidalamHubunganEtnik. pdf. Diekses pada, 3(2), 2020.

Ayob, A. (2012). Nilai bahasa Melayu sebagai penggerak budaya perpaduan dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and
Literature, 3, 39-51... https://jpmm.um.edu.my/article/view/9007

Ali, H., Ahmad, L., Ahmad, S., & Ali, N. (2017). KEPERLUAN, KEPENTINGAN DAN
SUMBANGAN PERANCANGAN PENDIDIKAN DALAM PEMBANGUNAN
EKONOMI MALAYSIA (The needs, Importance and Contributions of Educational
Planning in the Development of Malaysian Economy). e- BANGI, 6(1).
https://ejournal.ukm.my/ebangi/article/viewFile/21988/6829

Ghani, D. B. A., & Bin, D. (2015). Upin & Ipin: Promoting Malaysian culture values through
animation. Historia y Comunicación Social, 20(1), 241-258.
https://www.proquest.com/openview/9c3826fef79c75f48443506dd18ebeee/1?pq-
origsite=gscholar&cbl=54839

13
<MPU3112>

Hasnah Hussiin. (2010). Isu-isu negara bangsa abad ke- 21 . Kuatan , Malaysia:
Penerbit University Malaysia Pahang

Mohd Syariefudin Abdullah. (2017). MPU3112- Hubungan Etnik (1st ed.). Open University


Malaysia (OUM).

Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul hubungan etnik. Ed. Ke-2. Bangi,
Malaysia: Institut Kajian Etnik. UKM

14
<MPU3112>
TUGASAN 2 – Laporan Reflektif
Melalui kursus Hubungan Etnik topik 10 saya telah mempelajari dan memahami lebih
mendalam tentang sejarah penjajahan yang telah membentukkan masyarakat yang rencam
yang kita warisi sekarang.Saya harus berterima kasih kepada pensyarah saya kerana beliau
telah mengajar kursus ini dengan lebih jelas.
Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai keunikan.Sebagai seorang
warganegara Malaysia saya berasa sangat bangga dengan keunikan yang menjadi tunjang
untuk kesepaduan kaum di negara Malaysia yang di cintai Contohnya, keunikan dalam
kepelbagaian bahasa, budaya , kesenian , makanan dan pakaian ,perkara ini memberi
keistimewaan yang sangat unik .Walaupun saya mengenali pelbagai kaum yang menganut
pelbagai agama di Malaysia tetapi saya tidak mengambil berat untuk mengetahui tentang
agama kaum-kaum lain dengan lebih mendalam, tetapi dengan mengambil kursus ini saya
telah menyedari bahawa sebagai seorang rakyat Malaysia harus berusaha untuk memupuk
kesepaduan dengan menghormati dan memahami kepercayaan kaum-kaum lain , kerana
dengan langkah menghormati dan memahami dapat mengukuhkan kehidupan yang
berharmoni di negara Malaysia. Saya berasa terharu dengan peranan media massa yang
berusaha untuk memupuk kesepaduan dalam memberi banyak filem animasi yang dapat
menyatupadukan masyarakat di Malaysia, Contohnya, filem animasi Upin dan Ipin yang
memberi pengajaran yang sangat baik untuk setiap para penonton termasuk saya dalam
membentuk kesepaduan dan integrasi kaum di Negara kita.
Malaysia mempunyai pelbagai etnik yang merangkumi Melayu,Cina, India, Melanau,
Iban, Kadazan, dusun dan sebagainya, yang menyambut pelbagai perayaan yang berbeza di
Malaysia, menyambut sambutan perayaan bersama-sama dengan mengetahui pelbagai
budaya dan adat resam dapat menyatukan satu platform yang sangat erat daripada jurang
antara kaum-kaum Contohnya, dengan amalan kunjung mengunjungi rumah terbuka setiap
sambutan perayaan dengan menjamu makanan-makanan tradisional, perkara ini akan dapat
memupuk persefahaman dalam masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik .Walaupun
Malaysia mempunyai pelbagai etnik tetapi yang paling istimewaan dan yang saya berasa
bangga adalah semua rakyat menggunakkan satu bahasa dalam interaksi dan komunikasi iaitu
Bahasa Melayu , Bahasa Kebangsaan negara Malaysia dalam pertuturan dalam kehidupan
seharian.Perkara ini tidak menjadi penghalang dan menunjukkan bahawa masyarakat di
Malaysia boleh hidup secara bersama-sama. keharmonian kaum dapat memberi semangat
untuk membina kesepaduan yang teguh demi kebaikan untuk masyarakat negara.

15
<MPU3112>
Saya telah mempelajari bahawa aspek penggunaan ruang awam sebenarnnya dapat
mengambarkkan perpaduan 1 Malaysia, selama ini saya tidak sedar bahawa penggunaan
ruang awam mempunyai pengertian yang sangat penting dalam kesepaduan sosial.
Pengalaman seharian dengan menggunakkan ruang awam untuk tempat pergaulan mesra
antara etnik-etnik yang berbeza Contohnya, restoran mamak yang menjadi fokus untuk
perjumpaan sosial dan bersembang santai sambil menonton perlawanan bola sepak di layar
besar dengan menjamu selera menu juadah masakan daripada Melayu, Cina ,India dan Barat.
Selain itu, makanan-makanan di Malaysia seperti Nasi Lemak, Tosai , Char Kway Teow dan
sebagainya juga tidak ketingggalan dalam penyatupaduan masyarakat berbilang bangsa. Saya
juga telah memahami bahawa perasaan dan hubungan muhibah dapat diwujudkan melalui
aktiviti-aktiviti sosial Contohnya, seperti Rukun Tetangga yang mempunyai anggota yang
terdiri daripada pelbagai etnik dalam menjaga keselamatan penduduk . Aktiviti ini
menunjukkan kesepaduan dan persefahaman antara etnik yang lain. Rumah terbuka Malaysia
bagi sambutan perayaaan agama dan majlis perkahwinan yang dihadiri pelbagai etnik yang
berbeza juga turut mengeratkan hubungan silaturahim dan membawa kepada penyatupaduan
kaum di Malaysia.
Saya menyedari bahawa prinsip-prinsip Rukun Negara adalah satu panduan untuk
membina hubungan baik dan menghormati antara rakyat. Masyarakat di Malaysia harus
memupuk kesepaduan yang lebih erat dengan menuju satu cara hidup demokratik , terutama
sekali untuk generasi muda untuk mengetahui maksud sebenar prinsip-prinsip rukun negara,
kerana setahu saya generasi pada masa kini tidak mengetahui tujuan utama Rukun Negara.
Oleh sebab itu aktiviti berlandaskan Rukun Negara telah di laksanakan Contohnya, Kelab
Rukun Negara dimulakan berlandaskan kepada prinsip Rukun Negara.perkara ini dapat
memupuk perasaan saling hormat menghormati dan berkerjasama antara satu sama lain
dalam suasana aman dan damai dengan mematuhi kepada undang-undang di negara
Malaysia. Saya memahami bahawa betapa pentingnya aktiviti sukan, kerana aktiviti sukan
bukan sahaja menyihatkan kesihatan malah dapat mengukuhkan semangat perpaduan, kerana
sukan tidak mengira bangsa dan agama Contohnya ,kita boleh melihat Datuk Lee Chong Wei
, Azizul Hasni , Datuk Nicole David, Murugayan Kumaresan dan Padelela Rinong yang
daripada pelbagai etnik telah mengharumkan pentas antarabangsa. Sukan adalah aktiviti
kesepaduan sosial masyarakat realiti yang jelas dapat dilihat pada masa kini. Aktiviti
sukarelawanan akan dapat memupuk perasaan bantu membantu antara rakyat dari pelbagai
etnik. Contohnya, petugas -petugas di tempat vaksin yang membantu semua orang dengan
tidak mengira bangsa dan agama. Semangat kemasyarakatan ini dapat memupuk kesepaduan.

16
<MPU3112>
Kesimpulannya , kita mesti kekalkan perpaduan dengan saling faham memahami dan
mengelakkan buruk sangka.Setiap individu harus berfikir demi masa depan generasi yang
akan datang, Setiap tindakan buruk yang kita ambil sekarang akan mengakibatkan masa
depan generasi yang akan datang. Sebagai seorang mahasiswi adalah tanggungjawab saya
untuk memainkan peranan sebagai penyumbang kepada kestabilan dan kesepaduan di Negara
kita demi mengekalkan kemerdekaan Negara kita.

17

You might also like