You are on page 1of 17

AGEN-AGEN MORAL

Kewajipan dan tanggungjawab diri


dalam menghormati dan menjaga
maruah setiap anggota keluarga demi
kebahagiaan dan keharmonian hidup
bersama.

Peranan rakan sebaya turut menyumbang kepada


berlakunya  gejala sosial ini terutama kepada pelajar-
pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan yang
mengalami masalah keluarga. Rakan-rakan dapat
mencorak personality individu tertentu.

Konflik jiwa, pemberontakan batin dan rasa


tidak puas hati pelajar terhadap undang-
undang dan dasar pendidikanakan
menyebabkan mereka melakukan perkara-
perkara diluar jangkaan. Pra pelajar juga
hendaklah dilatih dan diasuh dalam suasana
budaya berbilang kaum supaya mereka tidak
keterlaluan dalam kaum sendiri.

Peranan dan tanggungjawab diri sebagai


anggota masyarakat yang menghayati
kepentingan hidup bersama bagi
mengekalkan keharmonian dalam
masyarakat.

Paparan adegan-adegan negatif yang berunsur


ganas, lucah dan seram  sedikit sebanyak telah
mempengaruhi masyarakat kita. Golongan
remaja suka mencuba tanpa memikirkan kesan
atas tindakan mereka itu. Oleh itu, pihak
berkuasa perlu membuat tapisan dan
menghasilkan isu-isu yang dapat memberi
mengajaran yang baik terhadap masyarakat.
Pengenalan

Kerajaan Malaysia amat menitikberat persoalan akhlak dan nilai-nilai murni dalam
masyarakat yang berbilang bangsa ianya juga terkandung dalarn Wawasan 2020 dimana
tumpuannya ke arah melahirkan satu negara bangsa Malaysia yang maju progresif,
saintifik dan hidup bersatu padu. Tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India yang
mana mengarnalkan kebudayaan, adat resarn, agarna dan bahasa masing-masing.
Masyarakat Malaysia juga mempunyai budaya yang membolehkan mereka berinteraksi
diantara satu sarna lain. Kebudayaan masyarakat Malaysia walaupun berbeza mempunyai
asas yang sama iaitu membentuk keperibadian dan jati diri individu ke arah yang lebih baik.
Inilah yang membolehkan masyarakat negara kita dapat berinteraksi di antara satu sama
lain dalam melaksanakan satu matlamat yang sarna iaitu membentuk masyarkat Malaysia
yang bepegang teguh dengan ajaran agarna masing-masing dan mementingkan nilai-nilai
murni yag diajar dalarn agarna mereka. Interaksi antara kaum ini penting untuk menghindar
masyarakat daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan menyalahi norma-
norma kehidupan.

Interaksi antara kaum adalah merupakan satujalan ke arah perpaduan nasional dan
mencetuskan masyarakat yang harmonis dan bersatu padu. Pembentukan identiti budaya
warga Malaysia ialah untuk melahirkan satu cara hidup masyarakat Malaysia yang
mempunyai pelbagai bangsa, agama kebudayaan dan bahasa pertuturan tetapi dapat
hidup berdampingan, berganding bahu, semangat cintakan negara, bertimbang rasa dan
toleran.

Dasar perpaduan dan integrasi nasional berbagai-bagai etnik adalah perlu untuk
rakyat hidup bersatu padu, aman daripada persengketaan dan kucar-kacir. Di dalam
sebuah negara yang bertaraf majmuk di Malaysia keharmonian dan kerukunan hidup
rakyatnya amat bergantung kepada sikap mereka yang prihatindan bertasamuh dalam apa-
apa yang tidak membabitkan akidah dan pelajaran agama secara prinsip. Walaupun
demikian banyak kejadian-kejadian menjurus ke arah yang negatif di mana gejala sosial
dikalangan masyarakat amat membimbangkan terutama kes bunuh dan rogol. ini
menunjukkan masyarakat seolah-olah kehilangan pedoman dan arah tuju yang sebenar.

Kerja kursus pendek ini akan memperbincangkan tentang penghayatan nilai-nilai


murni yang wujud dalam setiap agen-agen moral iaitu: kekeluargaan, Rakan sebaya,
sekolah dan institusi pengajian, masyarakat dan media massa di Malaysia. Apa yang
penting halatuju masyarakat menjadi kucar-kacir ekoran daripada ketandusan dari segi
penghayatan nilai-nilai murni dalam masyarakat tiada mengira usia atau peringkat umur
lebih-Iebih lagi di era lCT sekarang ini khususnya internet yang boleh dilayari bila-bila masa
dan ketika dimana-mana jua. Apa yang penting ilmu yang digunakan dimanfaatkan untuk
kesejahteraan bukan untuk kehancuran. Seperti pepatah mengatakan " ilmu tanpa amal
ibarat pepohon tidak berbuah".
Tanggungjawab dan pengaruh agen-agen moral:

i. Kekeluargaan :
James Becker mengatakan bahawa ketidakseimbangan  disiplin sesebuah
keluarga akan menyebabkan anak-anak tidak dapat mewujudkan pengawalan
diri yang sempurna.Ibu bapa hendaklah membimbing, memahami kehendak jiwa
remaja dan berfikiran terbuka.Ibu bapa hendaklah menjadi  ‘role model’ sekaligus
sebagai perangsang. Ini akan mendorong kepada kewujudan suasana harmonis.

NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN KELUARGA


 Kasih Sayang terhadap Keluarga
Perasaan cinta dan sayang yang mendalam serta berkekalan terhadap
keluarga demi melahirkan keluarga bahagia.
 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi
layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.
 Tanggungjawab terhadap Keluarga
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga
untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah
keluarga.

Keluarga disifatkan sebagai agen sosialisasi yang paling rapat dengan setiap
individu. Keluarga juga merupakan masyarakat kecil yang memainkan peranan
penting dalam pembentukan peribadi dan kelakuan seseorang. Kita sedia
maklum bahawa, lahirnya seorang bayi dimuka bumi ini akan disambut dengan
wajah keriangan kedua ibu bapa. Kita tahu bahawa pembentukan sahsiah diri
seseorang haruslah dipupuk sejak kecil lagi. Ia amat bertepatan dengan
peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ia menegaskan bahawa
sahsiah diri yang diamalkan sejak kecil lagi akan menjadi kebiasaan kepada
seseorang dan mereka tidak akan sesekali memungkirinya. Ibu bapa yang
bertanggungjawab mencorakkan kehidupan bayi berkenaan. Keluarga juga
adalah pengaruh yang paling kuat dalam perkembangan dan pembentukan
sahsiah diri saya. Ini kerana ibu bapa adalah role model yang paling baik buat
saya. Suasana dan persekitaran keluarga yang aman dan harmoni akan
melahirkan golongan belia yang sentiasa berfikiran positif dan mengamalkan
gaya hidup yang sihat. Didikan yang baik yang diperolehi dari rumah akan
membentuk sahsiah diri yang baik di luar rumah. Mereka lebih peka dan bijak
dalam memilih corak kehidupan di luar rumah kerana mereka berpegang teguh
kepada asas dan nilai-nilai murni yang diamalkan dalam keluarga. Hal ini
berlainan bagi golongan belia yang berasal daripada keluarga yang bermasalah
akibat penceraian ibu bapa, suasana keluarga yang tidak aman kerana ibu bapa
sering bertengkar dan kurangnya perhatian daripada ahli keluarga khususnya
daripada ibu bapa. Golongan belia dikatakan cenderung untuk terlibat dengan
gejala sosial yang akan membawa kepada keruntuhan akhlak dan moral mereka.
Secara tidak langsung keadaan ini akan membawa kepada perkembangan dan
pembentukan sahsiah diri yang negatif terhadap golongan belia ini.

Situasi :

Di rumah atau di dalam keluarga anak berinteraksi dengan orang tua (atau
pengganti orang tua) dan segenap anggota keluarga lainnya. Ia memperoleh
pendidikan informal, berupa pembentukan pembiasaan-pembiasaan (habit
formation) seeprti, cara makan, tidur, bangun pagi, gosok gigi, mandi, cara
berpakaian, tata krama, sopan santun, religi dan lain sebagainya. Pendidikan
informal dalam keluarga akan banyak membantu dalam meletakkan dasar
pembentukan kepribadian anak. Misalnya sikap religius, disiplin, lembut/kasar,
rapi/rajin, penghemat/pemboros, dan sebagainya dapat tumbuh, bersemi dan
berkembang senada dan seirama dengan kebiasaannya di rumah.

Dalam  agama pula, ibubapa bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak


untuk menjadi ahli masyarakat yang berguna kepada keluarga, agama dan
bangsa. Sama ada ibubapa itu senang atau susah, sama ada keluarga itu ada
ibu dan bapa atau hanya ada ibu atau bapa sahaja, penjaga tidak terkecuali dari
tugas ini. Cuma mungkin dalam keadaan kemiskinan dan keluarga induk, masa
untuk mendekati dan mendidik anak dengan nilai-nilai yang murni dan mulia
agak terbatas. Namun jika kajian menunjukkan mendidik anak-anak dengan nilai-
nilai mulia ini amat penting untuk menjauhkan anak dari jenayah dan delikuensi,
maka pastinya usaha untuk mencari masa dan mendidik anak-anak dengan apa
yang mereka perlu tahu, bukanlah sesuatu yang sia-sia. 
Setiap ahli komuniti atau masyarakat mempunyai peranan masing-masing.
Setiap individu perlu melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing
dengan  sempurna kerana setiap satu ada perkaitan. Kita perlulah
merealisasikan konsep  Masyarakat Madani .
Setiap pelajar  perlu didekati  supaya mereka rasa diterima oleh
masyarakat khasnya dalam institusi keluarga dan sekolah. Hubungan dan
kerjasama erat perlu ditingkatkan antara ibu bapa, pihak pentadbir, guru-guru,
guru disiplin dan kaunselor amat penting  untuk membendung masalah jenayah
di kalangan pelajar remaja kita. 

ii. Rakan sebaya:

Peranan rakan sebaya  turut menyumbang kepada berlakunya  gejala sosial


ini terutama kepada pelajar-pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan yang
mengalami masalah keluarga. Rakan-rakan dapat mencorak personality individu
tertentu. Justeru itu, ibu bapa patut tahu siapa rakan-rakan anak mereka, apa
aktiviti mereka, di mana mereka berjumpa dan lain-lain persoalan lagi.   Menurut
teori fungsionalisme, ibu bapa, pihak sekolah, rakan sebaya dan media massa
saling berperanan dalam mengatasi masalah disiplin. 

Apabila konflik yang timbul di dalam diri golongan belia akibat daripada
suasana keluarga yang tidak harmoni mendorong mereka mendekati rakan-rakan
sebaya yang dianggap sebagai tempat rujukan dan boleh menghilangkan
ketegangan. Keadaan akan bertambah buruk sekiranya ibu bapa tidak dapat
memenuhi keperluan golongan belia ini apatah lagi sekiranya mereka ini sering
diabaikan oleh kedua ibu bapa akibat daripada kesibukan masing-masing.
Kerenggangan hubungan di antara ahli keluarga akan menyebabkan golongan
belia ini lebih mempercayai rakan-rakan sebaya berbanding dengan kedua ibu
bapa sendiri sebagai tempat untuk meluahkan masalah atau melepaskan
tekanan. Kehidupan golongan belia yang banyak menghabiskan masa dengan
rakan-rakan sebaya menyebabkan golongan belia ini begitu mudah terdedah
dengan risiko-risiko yang dI luar jangkaan. Oleh yang demikian, rakan sebaya
mempunyai rangsangan yang sangat kuat kepada perkembangan dan
pembentukan sahsiah diri seorang belia. Doronganyang positif akan
menghasilkan bentuk perlakuan dan peribadi yang baik manakala yang bersifat
negatif akan mendorong golongan belia ini berkelakuan agresif sehingga ke
tahap mampu melakukan jenayah.

Kehidupan seorang belia tidak boleh lari dengan institusi pendidikan.


Sejak kecil lagi institusi pendidikan seperti tadika, sekolah rendah, sekolah
menengah dan pusat pengajian tinggi tidak lagi asing bagi saya. Lebih kurang
seorang di Malaysia, menghabiskan lebih kurang 7-13jam di alam persekolahan.
Ini membuktikan betapa pentingnya institusi pendidikan di Malaysia. Oleh yang
demikian, kita juga tidak boleh mengenepikan peranan institusi pendidikan ini
dalam perkembangan dan pembentukan sahsiah diri kerana banyak masa
dihabiskan oleh saya di kawasan institusi pendidikan berbanding masa di rumah
dan ibu-bapa. Seperti suasana persekitaran di rumah, suasana dan persekitaran
institusi pendidikan ini juga harus berada dalam keadaan yang selamat dan
selesa untuk proses pembelajaran dan pengajaran. Saya lebih berminat untuk
menimba ilmu sekiranya kawasan persekitaran berada dalam keadaan yang
harmoni. Kewibawaan para pendidik dan keprihatinan pekerja sokongan akan
melahirkan golongan pelajar yang berketrampilan dan berwawasan. Namun
begitu, bagi persekitaran institusi pendidikan yang tidak selamat dan selesa,akan
menyebabkan golongan belia ini tidak berminat untuk belajar. Hal ini secara tidak
langsung akan mendorong golongan belia ini untuk terlibat dengan aktiviti-aktiviti
yang tidak sihat.

Selain itu, remaja yang terbiar dan ketandusan kasih sayang akan mencari
rakan sebaya untuk memenuhi kekurangan ini. Mereka berkumpul dan mencari
hiburan di pusat-pusat membeli–belah, pusat hiburan dan paling malang apabila
mereka membentuk kumpulan untuk melakukan jenayah.
Infrastruktur, perkhidmatan awam dan sistem komunikasi yang berkesan
dan maju  telah  disalahgunakan oleh remaja kita.

iii. Sekolah dan institusi pengajian

Peranan sekolah sebagai agen perubahan sosial  samada secara formal


ataupun informal sangat nyata. Kurikulum sekolah  Malaysia  yang disesuaikan 
dengan masyarakat  makro  telah mengambil kira peranan sekolah sebagai agen
kawalan sosial. Para pelajar telah didedahkan dengan perlakuan-perlakuan patut
dan tidak patut melalui penerapan nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran.
  Selain itu para pelajar secara mikronya tertakluk kepada peraturan-peraturan
atau disiplin yang telah ditentukan oleh pihak sekolah. Guru-guru akan
memastikan pelajar-pelajarnya mematuhi peraturan. Pujian akan diberikan
kepada yang mematuhi peraturan dan sebaliknya, teguran dan hukuman seperti
di rotan, digantung atau dibuang sekolah  akan diberikan kepada pelajar-pelajar
yang melanggar peraturan.
Tidak semua pelajar dapat menerima hukuman secara positif,  sebaliknya
mencetuskan konflik yang kompleks dalam jiwa mereka. Justeru itu pihak
sekolah khasnya guru-guru  perlu lebig perihatin terhadap golongan pelajar
seperti ini. Keintiman guru dengan pelajar  dan kesediaan guru mendengar
masalah pelajar sedikit sebanyak dapat membendung masalah disiplin dan salah
laku  dikalangan pelajar sekolah. Jika pihak sekolah  kurang peka terhadap ini
semua berlakulah pelbagai masalah sosial termasuk berani membunuh. 
Keterikatan dengan sekolah dan kawan-kawan yang konvensional juga
penting untuk menjauhkan aktiviti delinkuensi. Begitu juga dengan kebolehan
akademik, pencapaian akademik serta sensitiviti terhadap kehendak guru. 

Tugas guru, disamping mengajar juga adalah sebagai role model yang utama
bagi para pelajar. Amalan demokrasi juga sepatutnya dilaksanakan  dalam
melaksanakan meritokrasi. Konflik jiwa , pemberontakan batin dan rasa tidak
puas hati pelajar terhadap undang-undang dan dasar pendidikanakan
menyebabkan mereka melakukan perkara-perkara diluar jangkaan. Pra pelajar
juga hendaklah dilatih dan diasuh dalam suasana budaya berbilang kaum
supaya mereka tidak keterlaluan dalam kaum sendiri.

Oleh kerana itu, Peranan guru adalah mengajar murid supaya melengkapkan
diri terhadap kemahiran-kemahiran berikut :

a. Kemahiran utama – memberikan peluang kepada pelajar-pelajar menguasai


kemahiran generik, kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah yang akan
membantu daya tahan menghadapi segala cabaran hidup di alaf ini.

b. Kemahiran menyelesaikan konflik – Guru membantu murid dalam kemahiran


menyelesaikan konflik akibat pertentangan nilai sendiri dengan nilai masyarakat
atau orang lain. Kemahiran ini menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan
orang lain dengan cara yang lebih berkesan.
c. Kemahiran pemikiraan kritis – Guru mengajar murid berfikir secara kritikal
dalam menilai satu-satu isu moral yang boleh dihayati dan membantunya dalam
membuat keputusan yang tepat.

d. Kemahiran pemikiran kreatif – Kemahiran berfikir secara kreatif akan


membantu dalam mencari alternatif yang lebih baik dan sesuai dalam
menyelesaikan masalah.

e. Kemahiran menentang tekanan rakan sebaya – Kemahiran menentang


tekanan rakan sebaya amat penting untuk mempertahankan nilai-nilai dengan
cara menasihati dan berbincang tentang nilai-nilai moral

f. Kemahiran mengkaji masa depan – Memupuk kemahiran mengkaji masa


depan dengan pendekatan pembelajaran yang membolehkan murid-murid
menyedari isu-isu moral masa lampau, masa kini dan masa depan. Ini
membolehkan murid membuat ramalan menjangka akibat serta bersedia
menyesuaikan diri terhadap perubahan yang mungkin berlaku.

g. Kemahiran teknologi maklumat – Sesuai dengan masa dengan memberikan


kesempatan kepada murid-murid menggunakan teknologi maklumat dan
telekomunikasi moden dengan menjaga batas- batas moral.

h. Kemahiran sosial – Pendidikan moral memberikan penekanan kepada


kebolehan bersosial dan berkomunikasi dengan masyarakat dengan
menggunakan pelbagai kaedah pengajaran.

Dalam merancang dan melaksanakan kurikulum , tumpuan perlu diberi kepada


pengembangan dan penguasaan kemahiran berfikir dan kemahiran belajar bagi
membolehkan murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara
rasional dalam menghadapi cabaran hidup yang semakin kompleks.
Kepelbagaian kecerdasan murid perlu diambil kira bagi memperkukuh dan
memperkaya pengalaman pembelajaran mereka dalam usaha membentuk
manusia yang peka kepada isu atau permasalahan yang berlaku dan mampu
membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikannya ke arah
keharmonian dan kecemerlangan hidup.
Situasi :

Di sekolah anak berinteraksi dengan guru-guru (pengajar) beserta bahan-


bahan pendidikan dan pengajaran, teman-teman peserta didik lainnya, serta
pegawa-pegawai tata usaha. Ia memperoleh pendidikan formal (terprogram dan
terjabarkan dengan tetap) di sekolah berupa pembentukan nilai-nilai,
pengetahuan, keterampilan dan sikap terhadap bidang mata pelajaran. Akibat
bersosialisasi dengan pendidikan formal, terbentuklah kepribadiannya untuk
tekun dan rajin belajar disertai dengan keinginan untuk meraih cita-cita akademis
yang setinggi-tingginya.

iv. Masyarakat

Peranan dan tanggungjawab diri sebagai angota masyarakat yang menghayati


kepentingan hidup bersama bagi mengekalkan keharmonian dalam masyarakat.
 Tanggungjawab terhadap Masyarakat
Kesanggupan memikul serta melaksanakan tugas dan kewajipan dengan
sempurna sebagai anggota masyarakat.
 Toleransi dalam Masyarakat
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan
berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan
hidup.
 Semangat Bermasyarakat
Kesediaan melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan untuk kepentingan
bersama demi keharmonian hidup bermasyarakat.
 Peka terhadap Isu-isu Sosial
Bertanggungjawab dan prihatin terhadap masalah dan isu semasa yang
berlaku dalam masyarakat dan berusaha menyelesaikannya.

Selain daripada itu, bagi sesebuah masyarakat, agama juga memainkan


peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah diri seseorang. Seandainya
pegangan seseorang itu kuat terhadap ajaran agamanya maka golongan
tersebut akan mampu menangkis cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Ini
kerana walau dalam apa jua keadaan sekalipun, seandainya seseorang itu tahu
akan halal, haram dan dosa, pahala dalam agama maka dia akan sentiasa
mengelakkan atau menjauhkan diri daripada kegiatan-kegiatan yang tidak
bermoral. setiap agama menyuruh penganutnya sentiasa melakukan kebaikan
untuk kesejahteraan bersama. Kepercayaan yang kuat kepada pegangan agama
akan menjadi pendorong yang terbaik kepada seseorang. Ini kerana kita semua
hanyalah insan biasa yang sempurna kejadiannya tetapi tidak sempurna
tingkahlakunya. Apabila seseorang itu begitu positif dalam mempersepsikan
kehidupannya, maka akan lahirlah golongan yang cemerlang sahsiahnya baik
dari segi fizikal, mental, emosi mahupun rohani.

 Antara faktor penting yang menyumbang kepada  gejala sosial adalah 


disebabkan proses modenisasi  iaitu masyarakat  telah mengalami  perubahan-
perubahan yang tidak disertakan dengan perubahan dalam sistem
persekolahan. 

Terdapat perubahan dalam nilai  dalam norma-norma  dalam kehidupan kita 


disebabkan oleh proses-proses modenisasi, perbandaran dan birokrasi. Taraf
pendidikan ibubapa  juga telah meningkat.  Kebanyakan ibu bapa keluar bekerja 
sama ada sebagai pekerja profesional, sokongan  atau buruh biasa. Keluarga
yang kedua ibubapa mereka keluar bekerja mempunyai kurang waktu untuk
keluarga. Ini menyebabkan kanak-kanak dari keluarga nuklear kurang
berkesempatan berinteraksi dengan keluarga menyebabkan gejala sosial mudah
mempengaruhi mereka. Sekali lagi, gejala sosial yang semakin menular
berpunca dari keruntuhan institusi keluarga dan kurangnya kasih-sayang dari
keluarga. 

Situasi:

Di masyarakat anak berinteraksi dengan seluruh anggota masyarakat


yang beraneka ragam (heterogen), seperti orangorang, benda-benda, dan
peristiwa-peristiwa. Ia memperoleh pendidikan nonformal atau pendidikan luar
sekolah berupa berbagai pengalaman hidup. Agar masyarakat dapat
melanjutkan eksistensinya, maka kepada generasi muda harus diteruskan atau
diwariskan nilai-nilai, sikap, pengetahuan, keterampilan dan bentuk-bentuk pola
perilaku lainnya. Setiap masyarakat meneruskan kebudayaannya (beserta
perubahannya) kepada generasi penerusnya melalui pendidikan dan interaksi
sosial. Dengan demikian pendidikan dapat diartikan sebagai sosialisasi, dan
belajar adalah sosialisasi yang berkesinambungan.

v. Media Massa/ Internet:

Media massa dan internet sangat berpengaruh dan amat sukar untuk
dielakkan pada zaman ini. Paparan adegan-adegan negatif yang berunsur
ganas, lucah dan seram  sedikit sebanyak telah mempengaruhi golongan remaja
kita. Golongan remaja suka mencuba tanpa memikirkan kesan atas tindakan
mereka itu. Ibu bapa, guru dan pihak berwajib hendaklah sama-sama
membendung gejala ini. Selain itu, budaya masyarakat juga telah dikawal oleh
media yang lebih bersifat komersil. Dalam zaman globalisasi, kanak-kanak tidak
lagi dididik oleh institusi keluarga, sekolah dan agama, tetapi lebih terdedah
kepada media eletronik seperti internet dan kemudahan siaran televisyen
berangkaian keseluruh dunia. Media keseluruhannya mengambil tempat dalam
proses pembesaran anak-anak menyebabkan anak-anak dididik tanpa belaian
kasih sayang ibu-bapa.

Faktor media dianggap penting kepada perkembangan dan pembentukan


sahsiah diri seseorang. Kita tidak dapat menafikan bahawa media pada zaman
sekarang ini satu medium yang sangat kuat dari segi pengaruhnya. Ini kerana
saban hari masyarakat terdedah dengan medium-medium media seperti media
cetak dan media elektronik. Lambakan bahan-bahan picisan seperti majalah
hiburan yang tidak ditapis isi kandungannya membuatkan ramai golongan
masyarakat terdedah dengan budaya-budaya barat yang tidak sesuai dengan
budaya orang timur. Tayangan video dan drama yang keterlaluan daripada
negara luar hanya membawa kepada keruntuhan moral dikalangan golongan
belia. Keadaan ini akan mendorong golongan belia ini memiliki tingkahlaku atau
peribadi yang negatif. Namun begitu, tidak semua media massa ini memainkan
peranan yang negatif terhadap masyarakat. Banyak sebenarnya tanggungjawab
dan peranan yang dimainkan oleh pihak media massa sebagai agen dalam
proses sosialisasi khususnya dalam perkembangan dan pembentukan sahsiah
diri. Tidak semestinya segala yang disogokkan oleh pihak media itu benar dan
telus. Sebagai seorang belia yang rasional, baik buruk sesuatu perkara yang
dibawa oleh pihak media harus diteliti terlebih dahulu agar tidak menimbulkan
salah faham yang akan membawa kepada ketidakamanan negara. Hal ini
penting kerana golongan belia adalah tunggak kepada pembangunan dan
kemajuan sesebuah negara. Oleh itu, perkembangan dan pembentukan sahsiah
diri harus bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan
negara.

 Kesimpulan:
Secara kesimpulannya,Pembentukan sahsiah diri seseorang itu dipengaruhi
oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran. Baik dan buruknya bergantung kepada
seseorang itu dimana seseorang perlu teliti sebelum membuat apa-apa
keputusan kerana ia melibatkan sahsiah diri masing-masing.
Secara keseluruhannya,secara sedar atau tidak, kebanyakan masalah  yang 
melanda pelajar  pada masa kini  adalah disebabkan konflik atau tekanan   yang 
wujud  di dalam alam persekitaran .  Proses modenisasi atau pembangunan
yang pesat  telah mengubah cara hidup  masyarakat kita khasnya golongan
remaja. Begitu juga dengan institusi kekeluargaan yang sudah tidak  dianggap
penting lagi justeru  meningkatnya kadar perceraian .
Sebagai contoh, Berita Harian bertarikh 20 Oktober 1998 melaporkan Jabatan
Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu mendapati keruntuhan institusi
keluarga adalah punca utama kepada peningkatan masalah moral di kalangan
remaja bawah umur di negeri tersebut.   Rata-rata masyarakat kita  mula
bersikap individualistik dan materialistik.

Penghayatan nilai-nilai murni oleh masyarakat majmuk perlu diteruskan dan


dipupuk agar diamalkan bagi membendung serta mengatasi gejala sosial dalam
masyarakat hari ini. Kesemua agama dan budaya masyarakat yang merupakan
entiti terbesar dalam negara kita iaitu Melayu, Cina dan India menyeru serta
mengajak penganutnya agar berakhlak mulia. Ketiadaan penghayatan nilai-nilai
murni dalam masyarakat menyebabkan perilaku mereka menjurus ke arah
negatif. Kerajaan telah berusaha dalam menangani permasalahan tersebut dan
sentiasa menyuburkan serta membuka ruang perbincangan dan percambahan
minda agar masyarakat sedar tentang tanggungjawab masing-masing. Oleh
sebab itu setiap warganegara Malaysia perlu mengbayati nilai-nilai positif yang
ada dalam ajaran agama masing-masing.

Huraian Individu : Kekeluargaan

KEHIDUPAN moden yang serba pantas dan mencabar, sedikit sebanyak mencetus
tekanan ke atas institusi keluarga di negara ini. Setiap insan untuk memenuhi tuntutan
kerja dan segala macam urusan lain membuatkan waktu yang diperuntukkan untuk
bersama keluarga semakin kurang.
Secara tidak disedari, sedikit demi sedikit keadaan ini menghakis nilai-nilai
kekeluargaan dan kekuatan untuk mempertahankan institusi keluarga semakin lemah.

Justeru bagi memperkasakan semula institusi tersebut Kementerian Pembangunan


Wanita dan Keluarga tampil dengan program-program yang menjurus kepada pengukuhan
hubungan antara ahli keluarga.

Ilmu kekeluargaan dianggap lebih luas dan amat penting diperkenalkan sebagai
sukatan mata pelajaran wajib. Antara lain menekankan aspek pembinaan keluarga
mengikut lunas agama, faktor asas membina sebuah keluarga harmoni, ciri-ciri perlu ada
dalam mempertahankan kebahagiaan keluarga dan tanggungjawab setiap ahli keluarga
dalam menjamin keseimbangan toleransi dan kepercayaan menjurus kepada kepentingan
institusi keluarga, perkahwinan dan komitmen sepanjang hayat serta keibubapaan.

Kes perceraian semakin meningkat dewasa ini adalah rentetan jalan pintas yang
diambil oleh pasangan suami isteri dalam menyelesaikan konflik keluarga. Segala rasional
dan diplomasi dianggap sesuatu yang remeh temeh, tambahan pula kebergantungan hidup
kepada suami semakin berkurangan. Isteri mula menafsir tanpa ketua keluarga, mereka
masih boleh meneruskan hidup, malah lebih baik. Masalah rumah tangga mungkin boleh
diselesaikan dengan perceraian, tetapi masalah pembesaran dan masa depan anak, juga
kesan psikologi lantaran perebutan kuasa pemilikan ke atas mereka di samping proses
pertumbuhan minda yang kurang sihat akan menzalimi kehidupan anak itu sendiri.

Konflik rumah tangga antara ibu bapa sering kali dilihat sebagai masalah yang tidak
boleh ditangani di rumah. Walhal, anak adalah teras paling penting dalam menjamin
keharmonian rumah tangga. Persoalannya, dapatkah anak memainkan peranan
sepatutnya dalam membantu menyelesaikan konflik antara ibu bapa sekiranya tidak
dibekalkan ilmu sepatutnya.

Mengenai ilmu perkahwinan, masyarakat hari ini mempunyai pengetahuan yang


sangat cetek mengenai hukum mendirikan perkahwinan, memelihara malah berkaitan
dengan pembubarannya. Ekoran pemahaman yang amat sedikit ini, mungkin ada suami
mentalakkan isteri tetapi kerana urusan pendaftaran cerai tidak dilakukan seperti termaktub
dalam peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam, maka mereka tetap meneruskan
kehidupan sebagai suami isteri walaupun tiada niat dan keinginan untuk rujuk.
Pengetahuan asas hukum perkahwinan perlu dimaklumi setiap orang kerana ia
membabitkan nasab bakal menyambung generasi. Kursus praperkahwinan yang
disyaratkan kepada bakal pengantin pula sebenarnya tidak mencukupi dan tempoh kursus
yang amat singkat hanya mengizinkan ilmu asas menghadapi perkahwinan didedahkan.
Ilmu kekeluargaan sebenarnya melangkau peranan yang harus dimainkan suami dan isteri.

Tidak boleh dinafikan, ilmu kekeluargaan harus disebatikan dalam setiap diri
individu. Ia adalah ilmu paling mudah diamalikan memandangkan setiap pelajar
mempunyai keluarga. Melalui pendidikan seksualiti dan kekeluargaan saja setiap individu
diberi bimbingan secara rasmi mengenai amalan kehidupan, hak dan tanggungjawab yang
tergalas di bahu mereka sebagai ahli keluarga dan masyarakat yang baik.

Bangunkan mentaliti rakyat Malaysia hari ini bahawa keluarga teguh adalah asas
negara utuh. Rumpun keluarga harmoni dan berteraskan agama menjadi paksi kukuh
bangsa bermaruah tinggi.

Refleksi terhadap agen moral - Kekeluargaan:

Pada pendapat saya, sebenarnya jika dibandingkan dengan keadaan dulu dan
sekarang, dahulu kita banyak melihat kepada faktor lain. Dahulu masyarakat
mementingkan nilai kekitaan berbanding sekarang yang mengutamakan diri sendiri. Kita
sekarang pentingkan keselesaan kita, kejayaan kita sedangkan orang dahulu kalau kita
tengok datuk nenek kita, mereka banyak berkorban.

Walaupun dulu banyak perkahwinan yang tidak membawa kebahagiaan tetapi oleh
kerana memikir anak-anak, mereka mengorbankan kebahagiaan atau kejayaan sendiri
demi anak-anak. Tetapi hari ini budaya di seluruh dunia menyaksikan `awak fikir tentang
diri awak dulu,' dan kedua-dua pasangan ada jalan keluar yang lebih mudah. Suami dan
isteri bekerja sedangkan dahulu tidak begitu menyebabkan para isteri tidak mempunyai
pilihan jadi mereka menelan dan menahan semua kepayahan.

Antara agen-agen moral yang telah dibincangkan, saya didapati agen kekeluargaan
adalah agen yang terpenting untuk membina jati diri seseorang anak untuk menghindarkan
diri daripada terlibat dengan gejala sosial. Di rumah, ibubapa boleh sentiasa memberi
nasihat dan teguran dengan baik. Selain daripada itu, seseorang perlu sentiasa menjalin
hubungan erat dengan keluarga atau menunjukkan keprihatian terhadap pembentukan
keluarga bahagia. Yang penting kita perlu memberi layanan secara bersopan dan beradab
dengan anggota keluarga untuk mewujudkan keluarga yang harmoni, kita tidak patut
menyinggung perasaan antara satu sama lain. Begitulah caranya untuk mengekalkan
sesebuah keluarga yang bahagia

Dalam perbincangan di atas, kita boleh memahami betapa mustahaknya institusi


keluarga sebagai unit asas kebahagiaan masyarakat. Keluarga adalah unit asas, kalau kita
pelihara unit keluarga ini dengan baik dan kalau unit ini kuat maka kuatlah masyarakat dan
kuatlah negara. Kalau runtuh unit asas keluarga itu maka ia akan melemahkan sistem
sosial di seluruh dunia.

You might also like