You are on page 1of 4

TUGASAN 1 (A)

KONSEP DAN
IDENTITI
PERSATUAN

1
1.0 TUGASAN 1 (A) – MENGHURAIKAN KONSEP DAN IDENTITI PERSATUAN.

Dewasa ini, terdapat pelbagai persatuan yang boleh disertai oleh murid-murid di
sekolah. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, persatuan ialah kumpulan beberapa orang
atau pasukan yang mempunyai tujuan yang sama. Persatuan juga boleh didefinisikan sebagai
sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berperlembagaan, berperaturan dan berkepimpinan.
Persatuan kebiasannya dianggotai oleh mereka yang mempunyai minat, hasrat dan
kecenderungan yang sama serta saling bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti yang boleh
mencapai cita-cita dan matlamat yang telah dipersetujui. Ciri-ciri persatuan yang baik
termasuklah ciri-ciri keberkesanan, dijalankan dalam jangka masa berterusan, mempunyai
nilai pembelajaran serta memberi pendedahan dan interaksi antara ahli persatuan secara
menyeluruh. Persatuan juga mestilah ditubuhkan melalui tiga kategori iaitu mata pelajaran
diajar di sekolah yang dinyatakan dalam peraturan pendidikan, hobi dan rekreasi serta
perkhidmatan. Menurut Jeanne H. Ballentine dan Joan Z. Spade (2008), aktiviti kokurikulum
termasuklah aktiviti persatuan mampu meningkatkan kemahiran sosial dan insaniah murid.
Kesimpulannya, aktiviti berpersatuan perlu disertai oleh murid bagi memantapkan dan
membentuk kualiti terbaik pada setiap murid.

Antara salah satu contoh kelab yang telah penulis cadangkan penubuhannya adalah
kelab renang. Penulis sangat berminat untuk menubuhkan kelab renang kerana terlalu banyak
isu lemas yang berlaku di negara kita dan saranan daripada beberapa pihak supaya kelas
renang diperkenal di sekolah. Menurut kata-kata Tan Sri Mohd Yussof Latiff yang merupakan
Presiden Persatuan Pulau Pinang (Pemenang), beliau menyarankan untuk mengangkat
aktiviti kelas renang ini sebagai satu daripada kelas yang perlu disertai setiap pelajar sebagai
persediaan jika berhadapan dengan kejadian lemas. Konsep kelab renang ini semestinya
berfokus kepada aktiviti berenang. Tetapi, guru atau jurulatih akan melatih ahli kelab renang
dengan lebih mendalam dan mengaplikasi kemahiran tersebut. Hal ini menunjukkan
keberkesanan akan aktiviti tersebut kepada murid. Objektif kelab renang ini juga untuk
menggilap bakat yang terpendam dalam aktiviti renang. Jika guru mendapati seseorang murid
berkebolehan menjadi wakil sekolah, guru akan melatih murid tersebut dengan latihan yang
lebih intensif. Perkara ini bagi memastikan agar kelab renang dapat dijalankan dalam jangka
masa yang berterusan. Pembelajaran kelab renang ini semestinya akan menyemai sifat
toleransi, kesabaran dan kerjasama kerana aktiviti berenang merupakan aktiviti yang amat
mencabar mental dan fizikal. Cadangan aktiviti kelab renang seperti permainan air juga
memfokuskan kepada interaksi sosial antara ahli. Konklusinya, penubuhan kelab renang
dapat memenuhi ciri-ciri persatuan yang baik.

2
Seterusnya, logo dan moto persatuan juga membawa identiti persatuan. Logo
berfungsi sebagai simbol grafik yang mempunyai makna yang tersendiri manakala moto
adalah frasa rasmi yang memberi dorongan kepada persatuan. Sebagai contoh, logo kelab
renang yang dicipta adalah terinspirasi daripada gabungan logo-logo kelab renang yang lain.
Berikut merupakan contoh logo kelab renang lain:

Daripada gabungan kedua-dua logo ini, maka terhasillah logo Kelab Renang SK Likas:

Setiap elemen di dalam logo Kelab Renang mempunyai makna yang tersendiri.
Elemen ikon berenang yang terdapat di dalam logo tersebut menggambarkan aktiviti yang
akan dijalankan dalam kelab renang ini iaitu aktiviti berenang. Bulatan putih yang berada
ditengah simbol matahari merupakan simbol kesatuan dan kerjasama antara ahli kelab bak
kata pepatah, “Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat”. Simbol matahari
juga melambangkan bakat dan potensi yang ada di dalam diri setiap murid yang perlu digilap
dan dikembangkan. Kesimpulannya, setiap elemen di dalam logo ini menggambarkan identity
Kelab Renang SK Likas. Moto kelab renang juga terinspirasi daripada ombak dan keberanian
atlet-atlet dalam mengharungi ombak dan arus. Oleh sebab itu, terhasillah moto Kelab
Renang SK Likas iaitu “Berani Menentang Arus Kegagalan”. Perkara ini melambangkan
keberanian yang perlu ada ketika menjalani aktiviti berenang. Kesimpulannya, setiap elemen
di dalam logo dan moto diatas dapat menggambarkan identiti Kelab Renang SK Likas.

Daripada pengenalan kepada konsep dan identiti persatuan yang terdiri daripada logo
dan moto, kita dapat mengetahui secara gambaran mengenai kelab atau persatuan yang
ditubuhkan oleh sesuatu pihak. Oleh sebab itu, penubuhan kelab dan persatuan perlu
dirancang secara kritis dan mendalam supaya perlaksanaan aktiviti kelab dan persatuan
mampu mencapai objektif yang telah diputuskan.

3
4

You might also like