You are on page 1of 18

Pelan Lantai Persekitaran

Pembelajaran Murid
Dalam Persekitaran Yang
Mesra Budaya
Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami
oleh rakyat berbilang kaum daripada pelbagai latar
belakang budaya yang hidup aman dan damai
bersama. Integrasi antara kaum ini seterusnya
membentuk budaya Malaysia. Justeru itu, bagi
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif,
adalah penting bagi guru dan pihak sekolah untuk
membina persekitaran bilik darjah yang mesra
budaya. Guru perlulah kreatif dan bijak dalam
menyediakan pelan bilik darjah yang mesra budaya.
Pelan Lantai

Papan Putih Rak Buku
Meja Guru

Ruang
Pameran
Kafe
Corner

Sudut
Kreatif &
Bacaan
Rak Buku
Huraian
Pelan ini sesuai diaplikasikan kepada kelas
yang mempunyai jumlah murid - murid yang
genap, diantara 30 hingga 40.
Murid - murid disusun mengikut pasangan,
semestinya sama jantina, samada lelaki dengan
lelaki atau perempuan dengan perempuan.
Meja guru diletakkan disudut sebelah depan,
barat kelas. Papan hitam atau putih digantung
di dinding dan ditempatkan dihadapan, tengah
dinding.


Huraian
Di belakang sudut kiri, diletakkan sudut
bacaan dan diskusi, khusus untuk murid -
murid membuat perbincangan mengenai
pelajaran mereka.
Berdekatan pintu belakang, diletakkan tempat
di mana ditempatkan tong sampah, penyapu
dan kemungkinan mop lantai juga diletakkan.

Mengapa bentuk begini begitu signifikan di Malaysia?

Bentuk dan saiz serta keluasan semua bilik
darjah di Malaysia dibina hampir sama.
Memang terdapat banyak pelan lantai
cadangan untuk bilik darjah tetapi menjadi
kekangan buat guru untuk mengaplikasikannya
atas dasar faktor di atas.
Bagaimana susunan sebegini mampu
mewujudkan persekitaran bilik
darjah yang mesra budaya dari
aspek fizikal dan sosio-emosi?
1. Menyusun kumpulan murid- murid yang
berbilang kaum.

Jika di dalam sesebuah kelas itu terdapat murid
yang berbilang kaum, maka murid- murid
tersebut sewajarnya dikumpulkan dalam
kumpulan yang pelbagai kaum. Dengan
mencampuradukkan murid- murid yang
berbilang kaum ini, murid- murid ini akan
boleh berkomunikasi dan berinteraksi sesama
mereka. Hal ini boleh mewujudkan suasana
mesra antara mereka.
murid digabungkan bersama murid- murid
yang berbeza bangsa
menggunakan bahasa Melayu untuk
berinteraksi dengan mereka.
jati diri sebagai anak Malaysia akan dapat
diterapkan dalam kalangan murid kerana
bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan
Malaysia. Dengan itu, wujudlah satu budaya
berbahasa Melayu yang akan menjadi budaya
Satu Malaysia.
2. Mewujudkan ruang fizikal dan
peralatan serta kemudahan yang
dapat memberi keselesaan,
kegembiraan, dan memberi kesan
positif kepada hasil pembelajaran
murid.
Ruang Fizikal
Ruang fizikal boleh menjadi salah satu daya
penarik dalam sesebuah bilik darjah.
Contohnya ruang bacaan, sudut informasi,
ruang hasil kerja murid dan sebagainya.
Dengan wujudnya ruangan- ruangan seperti
ini, guru boleh memupuk budaya positif
seperti budaya cintakan ilmu dan budaya
membaca.
mewujudkan peralatan yang dapat menarik
minat murid untuk meneruskan sesi
pembelajaran. Peralatan yang dimaksudkan di
sini merujuk kepada alat bantu mengajar.
Dekorasi ringkas perlu dimasukkan
termasuklah elemen kebudayaan. Murid -
murid boleh menampal kata-kata bestari
daripada celik pandai dalam pelbagai bahasa
Cat Warna
Cat warna juga amat memainkan peranan yang
penting.
Warna lembut mampu memberi ketenangan
kepada murid - murid.
Warna hijau mampu meningkatkan daya
tumpuan murid - murid.
Perlu dielakkan warna seperti merah, kuning
dan hitam kerana ianya mampu memberi kesan
sampingan yang kurang baik kepada murid -
murid.
Sudut Bacaan
Sudut bacaan dan diskusi di belakang bilik
darjah sangat berguna kepada murid - murid
untuk memperkembangkan sosio-emosi
mereka. Melalui perbincangan yang sihat dan
kerjasama yang erat, suasana di dalam bilik
darjah akan lebih harmoni.
Kebersihan
Kebersihan adalah salah satu cabang sosio-
emosi kerana ianya wujud jika adanya
kebersihan. Selain tanggungjawab yang harus
dipikul murid - murid untuk tidak membuang
sampah merata-rata di dalam kelas,
3. Mewujudkan peraturan
bersama yang dijadikan budaya.
Peraturan
Peraturan yang dibuat oleh guru dan
dilaksanakan oleh murid secara berterusan
lama- kelamaan akan menjadi budaya.
Sebagai contoh, guru mewujudkan peraturan
bahawa murid mesti memberi salam kepada
guru apabila guru masuk ke kelas dan
bersalaman dengan guru apabila tamat sesi
persekolahan

You might also like