You are on page 1of 29

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MORAL DI MALAYSIA

Sejarah Pendidikan Moral


1983 - Mula diperkenalkan di sekolah rendah
1989 - Mula diajar di peringkat sekolah menengah
1993 - Diuji dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
1999 - Semakan semula kurikulum Pendidikan Moral KBSR dan KBSM
2001 - Penyediaan Buku Teks Pendidikan Moral KBSR dan KBSR secara berperingkat
2002 - Kursus Orientasi Jurulatih Utama Pendidikan Moral
2003 - Pelaksanaan di peringkat rendah dan menengah
( Tahun 1 dan Tahun 4 ; Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 )
2009 - Membina dokumen standard sekolah rendah
( Tahun 1 hingga Tahun 6 )
2010 - Kursus Orientasi Jurulatih Utama Pendidikan Moral KSSR
( Tahun 1 ) Penyediaan Buku Teks Pendidikan Moral Tahun 1
2011 - Pelaksanaan KSSR, Pendidikan Moral Tahun 1
Jelaskan perbandingan antara KBSR dan KSSR.

Matlamat KSSR Matlamat KBSR


Kurikulum Standard Pendidikan Moral Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat
bermatlamat membentuk insan berakhlak membentuk individu yang berakhlak mulia,
mulia dan berintegriti yang berpegang bertanggungjawab dan boleh
kepada nilai universal berasaskan prinsip menyumbang ke arah keharmonian dan
moral dan menyumbang ke arah kestabilan negara serta masyarakat global
kesejahteraan Negara serta masyarakat
global

Objektif KSSR Objektif KBSR


 Memahami dan menghayati nilai-nilai  Memahami dan menghayati nilai-nilai
universal; murni masyarakat Malaysia;

 Menghayati dan mengamalkan budi  Meningkatkan amalan budi pekerti


pekerti mulia; mulia;

 Melaksanakan tanggungjawab moral  Menyedari dan menerima kepentingan


dan sosial bagi mengekalkan tanggungjawab moral dan sosial bagi

kesejahteraan diri dengan keluarga, mengekalkan kesejahteraan hidup

sekolah, jiran, masyarakat dan negara; dalam perhubungan diri dengan

dan keluarga, masyarakat, Negara serta


alam sekitar; dan
 Mengembangkan dan mengaplikasikan
 Mengembangkan dan mengaplikasikan
penaakulan moral, perasaan moral dan
pemikiran moral, perasaan moral dan
perlakuan moral dalam membuat
perlakuan moral dalam membuat
pertimbangan dan keputusan
sesuatu pertimbangan dan keputusan
yang selaras dengan nilai-nilai murni
masyarakat Malaysia.
Kandungan Kurikulum KSSR Kandungan Kurikulum KBSR
TEMA: 6 TEMATIK: 5 bidang pembelajaran
Tahun 1 - Diri Saya i. Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan
Tahun 2 - Saya Dan Keluarga Diri (10 Nilai)
Tahun 3 - Saya Dan Sekolah
Tahun 4 - Saya Dan Jiran ii. Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan
Tahun 5 - Saya Dan Masyarakat Keluarga (3Nilai)
Tahun 6 - Saya Dan Negara
iii. Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan
Masyarakat (4 Nilai)

iv. Nilai Berkaitan Diri Dan Alam Sekitar (3


Nilai)

v. Nilai Berkaitan Diri Dan Negara (4 Nilai)

Peruntukan Masa Pendidikan Moral Peruntukan Masa Pendidikan Moral


KSSR KSSR

Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) SK : 6 x 30 minit = 180


SK : 6 x30 minit = 180 SJKC : 5 x 30 minit = 150
SJKC : 4 x 30 minit = 120 SJKT : 5 x 30 minit = 150
SJKT : 4 x 30 minit = 120

Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6)


SK : 6 x 30 minit = 180
SJKC : 5 x 30 minit = 150
SJKT : 5 x 30 minit = 150
Bahan Kurikulum Pendidikan Moral Bahan Kurikulum Pendidikan Moral
Kssr Kbsr
 Dokumen Standard Kurikulum  Sukatan Pelajaran
Pendidikan Moral  Huraian Sukatan Pelajaran
 Buku Teks Pendidikan Moral  Buku Teks Pendidikan Moral
 Aktiviti murid  Buku Panduan Guru
 Nota Panduan Guru

Penilaian Pendidikan Moral KSSR Penilaian Pendidikan Moral KBSR

Bagi Kurikulum Standard Pendidikan Moral  Bagi kurikulum Pendidikan Moral


(KSSR) penilaian adalah berasaskan KBSR (Semakan) penilaian adalah
sekolah. berasaskan sekolah.
 Guru boleh mengadakan penilaian
bertulis dan melalui kerja amal.
SPI Bil. 2/2010 Pelaksanaan KSSR Tahap 1 Mulai 2011

 Memaklumkan pelaksanaan KSSR di semua sekolah rendah bermula pada


tahun 2011 secara berperingkat bermula dengan Tahun 1.
 Menggunakan Dokumen Standard untuk setiap kurikulum.
 Jumlah masa yang diperuntukkan untuk pelaksanaan KSSR ialah 1380 minit
seminggu (satu waktu pdp ialah 20 minit).
PERUNTUKAN MASA KSSR

MASA DALAM SEMINGGU (MINIT)


BIL MODUL
SK SJKC SJKT
MODUL TERAS ASAS

1 Bahasa Malaysia 360 300 300

2 Bahasa Inggeris 300 150 150

Bahasa Cina - 360 -


3
Bahasa Tamil - - 360

Pendidikan Islam 180 120 120


4
Pendidikan Moral 180 120 120

5 Pendidikan Jasmani 60 60 60

6 Pendidikan Kesihatan 30 30 30

7 Matematik 180 180 180


MODUL TERAS TEMA

Dunia Seni Visual 60 60 60

8 Dunia Muzik 30 30 30

Dunia Sains dan Teknologi 60 60 60


MODUL ELEKTIF
B. Arab/ BCSK/ BTSK/ B. Iban/ -
9 90 -
B. Kadazandusun
Perhimpunan 30 30 30

Jumlah 1380 1380 1380


JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Konsep JSU

Penilaian baik sumatif ataupun formatif perlu berpandukan Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU). JSU merupakan kerangka taburan pemberatan penilaian pengajaran dan
pembelajaran (PdP) di bilik darjah berasaskan penekanan terhadap objektif pengajaran
dan kandungan isi yang diajar. JSU akan menentukan bentuk ujian sama ada
berbentuk objektif, subjektif, esei, amali dan sebagainya. Bilangan item akan dinyatakan
mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran. Seperti yang dinyatakan dalam
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2014), pembinaan soalan perlulah berpaksikan
Taksonomi Semakan Anderson, iaitu mengikut tahap mengingat, memahami,
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Peratusan untuk pembahagian
soalan juga ditentukan. JSU penting untuk mengelakkan penyelewengan dalam
pembinaan item-item soalan. Selain itu, perseimbangan antara topik dengan aras
kemahiran yang diuji terjamin.

 Senarai objektif pengajaran dan aras pemahaman yang akan diuji.

 Menghuraikan serta menjelaskan domain pencapaian yang ingin diukur serta


memberikan satu panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item ujian.

 Berfungsi untuk menghuraikan domain pencapaian yang akan diukur, dan untuk
memberi satu panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan

Tujuan JSU

1. JSU akan menjadikan setiap soalan yang dibina tidak sembarangan tanpa mengikut
prosedur yang ditetapkan.
2. dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan yang dibina.
3. sebagai satu panduan dan penentu kepada pihak yang menggubal soalan.
4. JSU juga dapat menstabilkan taraf serta aras kesukaran soalan dari setahun ke
setahun.
5. JSU juga akan menentukan pemberatan soalan berdasarkan Aras Taksonomi
Bloom.
6. Panduan dan prosedur akan membolehkan penggubal lain membina soalan yang
telah ditetapkan.
7. Ia juga boleh membuat perbandingan antara satu ujian dengan ujian yang lain.
8. JSU juga dapat menggambarkan pembahagian aras kebolehan setiap murid.
Konsep adil dalam memberikan soalan kepada murid tercapai di sebabkan adanya
soalan yang mudah, sederhana, dan yang sukar.

Ciri-ciri Utama JSU

 Pembinaan ujian yang dijalankan hendaklah mengikut perancangan dan


keperluan spesifikasi ujian yang telah ditetapkan

 Sampel perancangan ujian yang hendak dijalankan mestilah mewakili item ujian
yang seimbang, merangkumi dan meliputi aspek kemahiran dan pengetahuan
yang boleh dilaksanakan oleh murid.

 JSU menyenaraikan aras kemahiran yang akan diuji sama ada pada peringkat
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis, dan penilaian.

 Setiap JSU dibina dengan berasaskan carta dua hala iaitu paksi tegak
mengandungi tajuk-tajuk yang akan diuji dan paksi mendatar mengandungi jenis
kemahiran yang akan diuji.

 JSU memberi gambaran tentang bilangan soalan dalam sesuatu ujian.

 Setiap soalan yang dibina menjalani pelbagai peringkat proses termasuklah


pembinaan item, mengkaji semula, proses ujian awal (pilot test) dan pra ujian
bagi memastikan item ujian adalah boleh digunakan dan diperbaiki (jika ada
keperluan).

 JSU menggambarkan bilangan soalan mengikut aras kesukaran. Contohnya,


soalan aras analisis, sintesis, atau penilaian adalah lebih susah berbanding
dengan soalan pada aras pengetahuan dan kefahaman.

 JSU juga dapat memastikan sama ada unit-unit pembelajaran telah dikuasai
dengan baik oleh murid.
Elemen Pembinaaan JSU

 Keseimbangan sasaran ujian

 Keseimbangan tahap pembelajaran yang telah dilaksanakan

 Format ujian sama ada item jenis soalan objektif benar salah, objektif aneka
pilihan, struktur esei dan sebagainya.

 Jumlah item soalan juga perlu diketahui oleh guru.

 Bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran mengikut aras
Taksonomi Bloom.

Langkah Pembinaan JSU

1. Mengkaji Sukatan Pelajaran

Anda perlu mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh
tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis
untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek-aspek yang
dikaji ialah:

• skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk;

• pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk;

• kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain;

• kompleksiti sesuatu tajuk; dan

• masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.

2. Menganalisis Objektif Pengajaran


Di samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk
menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran
mana ia perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada
pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya, seperti yang dijelaskan
dalam tajuk sebelum ini. Maklumat-maklumat di atas adalah amat penting kepada
penggubal kertas ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan
soalan yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisisan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU
mengandungi tiga kandungan utama, iaitu:

Kandungan Pengetahuan

• Tajuk
• Tajuk kecil
Objektif Kognitif

Kandungan Kemahiran

• Tajuk
• Tajuk kecil
Objektif Psikomotor

Kandungan Afektif /Perasaan

• Tajuk
• Tajuk kecil Objektif Afektif

Ketiga-tiga kandungan ini akan mewujudkan sel-sel yang perlu diisi dengan pemberatan
soalan, yang dipertimbangkan dari segi kepentingan kandungan/tajuk/tajuk kecil, yang
biasanya ditunjuk dengan menggunakan bilangan soalan.

3. Menentukan Jenis Soalan

Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih dahulu menentukan
domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat
objektif pengajaran yang ingin diukur. Misalnya, jika kita ingin mengukur domain kognitif
bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk “Struktur ayat” pada peringkat “Aplikasi”,
maka jenis soalan yang sesuai ialah soalan jenis “Objektif” yang berbentuk
“melengkapkan ayat” atau soalan jenis “Subjektif” yang berbentuk “menggubal ayat-
ayat”. Jenis-jenis soalan/item dan cara membinanya akan dijelaskan dengan lebih lanjut
kemudian.

4. Menentukan Bilangan Soalan

Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif
pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan
adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian.
Secara ringkasnya, kebolehpercayaan ujian bermaksud keupayaan sesuatu ujian
memberikan markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut.
Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu
ingin mengukur.Perkara-perkara ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.
Bilangan soalan juga berpandukan aras kesukaran soalan.

Kepentingan JSU

 menunjukkan ujian dibina bukan secara sembarangan.

 menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

 merupakan satu panduan kepada penggubal soalan.

 menstabilkan aras kesukaran ujian dari setahun kesetahun.

 menetapkan bidang serta pemberatan yang diberi di dalam sesuatu ujian.

 membolehkan ujian itu dibina oleh penggubal-penggubal yang berlainan.

 membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian lain.


PEMBINAAN ITEM DAN INSTRUMEN

Jenis Penilaian

Penilaian Formal

Penilaian boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formal dan penilaian tidak
formal. Penilaian formal merangkumi penilaian formatif dan sumatif. Penilaian formatif
melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur perkembangan pembelajaran setelah
pelajar selesai mengikuti satu unit pelajaran yang kecil. Keputusan yang diperolehi
digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukan untuk menetapkan gred atau
kedudukan dalam bilik darjah. Program pengayaan akan diadakan untuk murid-murid
yang mendapat pencapaian yang cemerlang, manakala program pemulihan akan
diadakan untuk murid-murid yang tidak dapat menguasai pembelajaran tersebut.
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir suatu kursus. Tujuannya
adalah untuk menentukan gred atau taraf sijil. Skop ujian sumatif adalah luas dan ia
lazimnya mengukur satu contoh semua tugasan pembelajaran yang ditetapkan dalam
pengajaran.

Ujian Formatif Ujian Sumatif


Fungsi Menghasilkan maklumat balik Pensijilan murid pada akhir kursus
kepada murid dan guru tentang
kemajuan murid

Pemberian Sepanjang pengajaran Pada akhir satu-satu kursus atau


Masa unit

Kesukaran Berubah-ubah mengikut segmen Semua peringkat. Ada penilaian


Item yang sangat senang dan ada yang
susah

Jenis Alat Alat pengukur formatif yang di Peperiksaan akhir tahun


bentuk khusus

Contoh Ujian bulanan, lembaran kerja, Ujian bulanan, lembaran kerja,


buku skrap dan lain-lain buku skrap dan lain-lain
Penilaian Tidak Formal

Matlamat utama penilaian tidak formal adalah memberi gambaran yang menyeluruh
mengenai profil pelajar dari segi nilai dan sikap. Pelaporan penghayatan ini hendaklah
membayangkan ciri-ciri perkembangan pelajar. Ia tidak seharusnya memberi gambaran
gagal atau lulus tetapi menghuraikan tahap kemajuan pelajar.

i. Pemerhatian
ii. Senarai semak dan skala pemeringkatan
iii. Rekod Anekdot
iv. Hasil kerja pelajar
v. Temu bual

i) Pemerhatian

Guru Pendidikan Moral atau guru kelas akan memerhatikan tingkah laku pelajar di
dalam dan di luar bilik darjah. Hasil pemerhatian guru tentang kelebihan dan kelemahan
pelajar boleh direkodkan dalam borang yang direkabentuk oleh guru atau pun menilai
tingkah laku murid-murid dengan menggunakan borang pemerhatian yang telah
ditentukan.

ii) Senarai semak

Senarai tingkah laku yang dijangka oleh murid-murid daripada Tahun satu hingga
Tahun enam telah ditentukan terlebih dahulu. Guru akan menyemak prestasi pelajar
berasaskan kriteria tingkah laku yang ditentukan untuk satu tempoh tertentu. Semakin
tinggi markah senarai semak, semakin banyak tingkah laku positif yang dijangkakan
telah ditonjolkan oleh murid-murid. Sampel Senarai semak Tingkah laku pelajar adalah
seperti yang berikut :-

iii) Skala Pemeringkatan

Teknik skala pemeringkatan melibatkan menilai tingkah laku pelajar berdasarkan satu
skala. Kelebihan teknik ini adalah ia dapat menilai tingkah laku pelajar bukan hanya
setakat `Ya ‘ atau `Tidak’ tetapi berasaskan satu skala pemeringkatan sebab peringkat
amalan dan penghayatan nilai adalah sangat berbeza di antara seorang pelajar
dengan pelajar yang lain. Semasa menggunakan teknik penilaian tidak formal, guru
perlu memastikan dia tidak dipengaruhi oleh kesan halo. Kesan halo boleh berbentuk
positif atau negatif. Kesan halo merujuk kepada keadaan di mana sesuatu ciri samada
positif atau negatif yang menonjol memberi kesan terhadap penilaian pelajar tersebut.
Pengaruh kesan halo akan memberi penilaian yang tidak adil kepada murid-murid yang
baik dalam amalan nilai moral yang lain tetapi lemah dalam sesuatu nilai yang
menonjol.

iv) Rekod Anekdot

Rekod anekdot merupakan satu rekod perisitiwa yang berlaku dalam sesuatu tempoh
tertentu. Sebelum sesuatu catatan dibuat guru haruslah memerhatikan tingkah laku
pelajar dengan tepat dan teliti. Pemerhatian untuk menilai tingkah laku pelajar
seharusnya merangkumi seberapa ramai pelajar yang mungkin.

Tingkah laku yang diperhatikan haruslah direkodkan dengan jelas, ringkas dan objektif.
Kemudian guru harus membuat pentafsiran atau intepretasi tingkah laku yang
diperhatikan.

v) Hasil Kerja Pelajar

Prestasi seseorang pelajar boleh juga dinilai berdasarkan hasil kerja yang dijalankan
oleh murid-murid dalam dan di luar bilik darjah. Guru boleh menilai hasil murid-murid
berasaskan isi kandungan dan sikap semasa menghasilkan kerja. Aspek–aspek yang
boleh dinilai termasuk sikap dan kebolehan berkolaborasi dengan orang lain dalam
menghasilkan kerja.

vi) Temu bual

Temu bual melibatkan interaksi bersemuka dengan murid-murid. Murid-murid diberikan


peluang menyatakan perasaan mereka yang dapat menggambarkan sikap mereka.
Semasa menjalankan temu bual, guru mendorong pelajar berfikir supaya dapat
mewujudkan pelbagai situasi untuk merangsangkan pelajar berfikir secara kritis dan
membuat pertimbangan moral.
Langkah Pembinaan Ujian

· Menentukan tujuan dan objektif pengajaran yang hendak diuji.

· Menentukan Jadual Spesifikasi Ujian

· Menulis item-item soalan.

· Menyunting item.

· Menjalankan praujian.

· Mentadbir ujian atau peperiksaan.

1. Menentukan Tujuan Ujian dan objektif pengajaran yang hendak diuji\

Tujuan Ujian dan jenis ujian:

 ujian penempatan bertujuan menentukan sama ada pelajar mempunyai


kemahiran yang diperlukan untuk mengikuti satu-satu kursus. Ia juga menguji
pengetahuan sedia ada pelajar dan sejauh mana mereka telah mencapai
objektif pelajaran yang ditentukan.
 ujian formatif bertujuan mengukur kemajuan pelajar serta memberikan maklum
balas kepada guru.
 ujian diagnostik bertujuan mencari punca-punca kelemahan pelajar.
 ujian sumatif pula diberikan pada penghujung sesuatu kursus untuk tujuan
pensijilan.

Hasil pengajaran yang akan diukur hendaklah sejajar dengan objektif pengajaran. Satu
cara menentukan objektif pengajaran adalah dengan menggunakan taksonomi objektif
pendidikan. Taksonomi ini merupakan sistem yang mengelaskan objektif domain-
domain kognitif (Bloom 1956), afektif (Krathwohl 1964) dan psikomotor (Harrow 1972).

Pengukuran nilai di sekolah tertumpu kepada 2 aspek utama iaitu aspek kognitif dan
aspek afektif. Aspek kognitif menekankan intelek atau pengetahuan tentang kategori
dan jenis nilai manakala aspek afektif menekankan penghayatan nilai-nilai berkenaan
dalam membuat pertimbangan / keputusan dalam situasi harian.
2. Penyediaan JSU

Setelah kita mengetahui tentang konsep penilaian, tujuan penilaian dan ujian yang
akan dilaksanakan kita akan memberikan tumpuan tentang perkara yang lebih penting
sebelum dilaksanakan satu-satu ujian hendak dilaksanakan iaitu Jadual Spesifikasi
Ujian (JSU). Pembentukan JSU penting untuk membantu guru dalam penggubalan
soalan-soalan ujian. Fungsi Jadual Spesifikasi Ujian ialah untuk:

 menghuraikan domain pencapaian yang akan diukur,


 memberikan satu panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan

3. Pembinaan Item Ujian

Soalan Objektif Soalan Subjektif


 Soalan aneka pilihan  Soalan memerlukan jawapan yang
- jawapan terbaik pendek
- Positif dan negatif  Soalan melengkapkan perkataan /
- Cantuman ayat / cerita
 Soalan betul salah  Soalan menggunakan gambar
 bersifat tertutup  bersifat terbuka
.

Soalan Objektif Soalan Subjektif


KELEBIHAN
 merangkumi semua bidang mata  senang dibina dan ditadbir.
pelajaran.  menguji sejauh mana seorang pelajar
 masa untuk menjawab serta menyatakan ideanya.
memeriksa amat singkat.  boleh digunakan dalam kebanyakan
 objektivitinya tinggi. Markah yang mata pelajaran.
sama diberi oleh pemeriksa yang  peluang untuk meneka jawapan dapat
berbeza. dikurangkan.
 emosi pemeriksa tidak mempengaruhi
pemarkahan
KELEMAHAN
 pembinaan ujian memerlukan belanja,  unsur subjektiviti akan mempengaruhi
masa dan tenaga yang tinggi. kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
 tidak dapat menguji calon di aras  ia hanya merangkumi bidang yang
kognitif yang tinggi. terhad kerana bilangan soalan ini
 menggalakkan pelajar meneka terhad.
jawapan.  pemarkahan mengambil masa dan
 pelajar kurang membuat persiapan tenaga yang banyak.
rapi  pelajar boleh membuat ramalan
terhadap soalan-soalan yang
dikemukakan.

Isu-Isu Pentaksiran
Daripada aspek pentaksiran, Pendidikan Moral susah dinilai kerana Pentaksiran
Pendidikan Moral sewajarnya dilakukan secara afektif tetapi sukar dilaksanakan.
Antara masalahnya adalah faktor amalan, iaitu moral adalah penghayatan dan amalan
yang berterusan dan menyeluruh. Aspek yang diajar di sekolah adalah terhad dan
terpisah mengikut kandungan tertentu. Pentaksiran tidak dapat dilakukan selepas waktu
pengajaran apatah lagi ketika pelajar di rumah atau di luar sekolah. Bagaimana guru
hendak menilai sikap dan tabiat pelajar selepas waktu pengajaran? Contohnya seperti
situasi di bawah ini.

Mengapa seluruh kawasan sekolah bersih daripada sampah sarap sedangkan di


luar pagar dan jalan berhampiran dengan sekolah terdapat banyak sampah yang
dibuang oleh pelajar sekolah yang sama? Berdasarkan situasi tersebut, adakah guru-
guru di sekolah dianggap berjaya dalam pemupukan nilai murni? Adakah tindakan
mereka di dalam sekolah selaras dengan tindakan di luar sekolah? Bukan semua
tingkah laku dapat diperhatikan dan dinilai dari semasa ke semasa. Yang diperhatikan
juga tidak semestinya sahsiah sebenar murid-murid. Murid juga tidak diketahui sama
ada murid menghayati nilai-nilai tersebut atau hanya berlakon di hadapan guru sahaja.

Proses penilaian Pendidikan Moral memerlukan masa yang panjang.


Pentaksiran pendidikan moral biasanya dilakukan secara kognitif, iaitu melalui penilaian
formal seperti mengadakan ujian aneka pilihan, jawapan pendek, melengkapkan cerita
dan memadan gambar dan kenyataan. Pentaksiran juga dibuat melalui penilaian tidak
formal seperti senarai semak, skala pemeringkatan serta rekod peristiwa (rekod
anekdot) dan memyemak hasil hasil kerja juga perlu dilakukan supaya pentaksiran
moral menjadi lebih objektif dan dipercayai. Walau bagaimanapun, apakah guru
Pendidikan Moral mampu melakukan (PBS) yang banyak masalah dari segi proses
melaksanakan pentaksiran dan pengurusan.
Pendidikan Moral sukar diukur kerana elemen-elemen dan kriterianya terlalu
subjektif. Terdapat alat yang digunakan dalam pentaksiran khususnya pentaksiran
tidak formal banyak diengaruhi oleh perasaan penilai atau penguji. Pentaksiran jenis ini
tidak tepat dan diragui. Maklum balas dan keputusan daripada pentaksiran terhadap diri
pelajar itu sendiri kurang tepat termasuk juga faktor guru yang menilai. Guruyang
berlainan juga akan memberi penilaian yang berlainan. Guru tidak boleh terlalu
mengharap keputusan pentaksiran moral pelajar adalah tepat.Pendapat guru yang
berlainan juga menyebabkan masalah sedemikian berlaku.

Masalah Guru Pendidikan Moral yang selalu bertukar merupakan masalah


yang wujud dalam mata pelajaran ini. Pihak sekolah dan masyarakat umumnya
menganggap Pendidikan Moral kurang penting. Guru pendidikan moral yang khusus
sebenarnya masih kurang. Di sekolah, lazimnya guru Pendidikan Moral tidak mendapat
latihan yang khusus. Semua guru yang kurang waktu mengajar dalam bidang tertentu
akan dikehendaki mengajar Pendidikan Moral. Proses pentaksiran Pendidikan Moral
memerlukan masa yang panjang dan pengamatan yang lebih, kerana pentaksiran moral
yang sepatutnya banyak dilakukan secara tidak formal kerana apa yang hendak dilihat
adalah aspek penghayatan nilai. Pentaksiran Pendidikan moral kurang nermakna
kerana guru sentiasa bertukar.
PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
SPI Bil. 4/1986
 Bertujuan memberitahu pihak sekolah tentang perlunya penubuhan penitia mata
pelajaran supaya perhubungan dua hala antara pihak sekolah dengan pihak-pihak yang
membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan.
 Surat ini telah menyatakan struktur dan organisasi, tujuan dan peranan penubuhan
panitia mata pelajaran di sekolah.
 Daripada aspek struktur dan organisasi:
o Panitia mata pelajaran ialah badan ikhtisas yang dianggotai pleh semua guru yang
mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah.
o Badan ini hendaklah dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dilantik sebagai
ketua panitia oleh Guru Besar.
o Semua ketua panitia secara autoatiknya menjadi ahli-ahli Jawatankuasa Kurikulum
Sekolah.
o Keputusan panitia dalam perjumpuaan berkaitan dengan isu-isu kurikulum dan
pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia kepada Guru Besar.
 Daripada aspek tujuan penubuhan:
o Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
o Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif
dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap
pembelajaran.
o Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaaan dalam mata pelajaran
berkenaan berpandukan preatasi yang ditunjukkan dalam rancangan akademik
sekolah.
o Mewujudkan semangat kerjasama antara panitia mata pelajaran dengan persatuan
atau kelab akademik.
 Daripada aspek peranan:
o Menentukan dan bertanggungjawab menyediakan sukatan mata pelajaran yang
kemas kini.
o Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran tahunan penggal dan
mingguan.
o Mempengerusikan mesyuarat panitia dan mengemaskinikan fail panitia mata
pelajaran .
o Memastikan salinan minit-minit mesyuarat panitia di hantar ke pihak pentadbir
sekolah dan PPD.
o Bertanggungjawab menyenaraikan pengagihan guru mata pelajaran mengikut
keperluan untuk keperluan AJK jadual waktu.
o Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya.
o Membantu dalam membuat pemilihan jenis-jenis buku dan bahan–bahan rujukan
untuk Pusat Sumber Sekolah.
o Menentukan penggunaan alat bantu mengajar,kaedah-kaedah pembelajaran terkini.
o Penyelaras menyediakan soalan–soalan peperiksaan/ ujian dan pemeriksaan kertas
jawapan.
o Menganalisis keputusan peperiksaan / ujian bulanan bagi mata pelajaran berkenaan
dan menyediakan strategi-strategi tertentu untuk tindakan susulan bagi pelajar yang
tidak mencapai tahap yang dikehendaki.
o Membantu dan melaksanakan program kecemerlangan akademik yang
dirancangkan oleh pihak sekolah.
o Bertanggungjawab menyediakan pelajar ke pertandingan-pertandingan anjuran
PPD,JPN,Kementerian Pendidikan dan lain-lain.
o Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi serta pencapaian pelajar bagi
peperiksaan dalaman dan UPSR.
o Bertanggungjawab mengemaskinikan buku stok panitia

Peranan Dan Tanggungjawab Guru Pendidikan Moral

Subjek Pendidikan Moral biasa tidak dipentingkan kerana subjek ini tidak termasuk dalam
peperiksaan UPSR. Sebenarnya , Pendidikan Moral ini untuk bertujuan melahirkan insan yang
bermoral dan mempunyai nilai-nilai murni. Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi
Panitia dan guru-guru mata pelajaran Pendidikan Moral mengembelengkan tenaga
menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan tugas-tugas mengajar dengan baik dan tersusun. Bukan
sahaja tanggungjawab guru panitia Pendidikan Moral dipentingkan dalam sekolah, guru-guru
pendidikan moral juga tidak diabaikan. Walaupun skop kerja dan tanggungjawab guru
pendidikan moral tidak berat seperti guru panitia, tetapi mereka juga berusaha dalam P&P.
Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas, guru Pendidikan
Moral perlu bertanggungjawab menentukan objektif P&P dengan jelas dan saksama
berasaskan tahap pencapaian murid. Objektif perlu dimaklumkan kepada murid sebelum
pembelajaran bermula. Guru Pendidikan Moral boleh mengukur dan menilai tahap pencapaian
murid berdasarkan hasil pembelajaran. Guru Panitia Pendidikan Moral juga perlu masuk kelas
dan mengajar dalam kelas mata pelajaran Pendidikan Moral.

Sebagai guru Pendidikan Moral, guru teresebut perlu membuat perancangan sebelum
memulakan P&P. Semua guru pendidikan moral akan mengikut RPT dan RPM ini untuk
merancangkan Rancangan Pelajaran Harian (RPH). Perancangan dan pelaksanan pengajaran
dan pembelajaran (P&P) selaras dengan sukatan pelajaran pendidikan moral. Sebagai contoh,
5 bidang pembelajaran untuk pendidikan moral KBSR telah ditetapkan. Persediaan mengajar
oleh guru akan melibatkan masa yang berbeza mengikut pencapaian murid, kelas, bahan, dan
kearifan individu guru. Objektif dan isi pelajaran disusun mengikut kefahaman murid, seperti
bermula daripada aspek mudah kepada sukar, aspek berada kepada belum berada dalam
pengetahuan dan pengalaman murid. Di samping itu, sebagai guru Pendidikan moral juga
haruslah sentiasa mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kecekapan yang mendalam dalam
bidang Pendidikan Moral. Guru Pendidikan Moral seharusnya sentiasa meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran dalam subjek PM agar sentiasa kemaskini, menarik, bertenaga
dan inspirasional supaya dapat menghidupkan ilmu berkenaan dan mengaitkan dalam
kehidupan murid.

Selain daripada itu, guru Pendidikan Moral juga harus sentiasa berfikir dan merancang
aktiviti berpusatkan murid dalam. Justeru, guru Pendidikan Moral amat digalakkan
mempelbagaikan aktiviti dalam pengajarannya supaya murid akan melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti. Dalam pada itu, guru juga digalakkan mempelbagaikan kaedah mengajar dalam
Pendidikan Moral. Antara kaedah yang boleh digunakan termasuklah kaedah bercerita,
lakonan, simulasi, lawatan, tunjuk cara, projek, perbincangan, kaedah bermain dan sebagainya.
Contohnya dalam kaedah perbincangan di mana aktiviti diadakan dalam kumpulan supaya nilai
bekerjasama dan bertolak ansur dapat dipupuk melalui aktiviti berkumpulan ini di samping
dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan interaksi antara murid. Bukan itu sahaja, guru
Pendidikan Moral juga harus menerapkan nilai-nilai murni melalui pengajarannya supaya murid
menjadi seorang yang bermoral tinggi dan bersopan santun.
Pentaksiran merupakan satu proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan
data kuantitatif dan kualitatif. Sebagai seorang guru Pendidikan Moral, beliau memainkan
peranan penting sebagai agen perubahan di mana guru perlu membina kesepaduan ilmu,
kemahiran dan nilai kepada murid. Guru haruslah menganalisasi keputusan peperiksaan/ujian
bulanan bagi mata pelajaran berkenaan dan menyediakan strategistrategi tertentu untuk
tindakan susulan bagi pelajar yang tidak mencapai tahap yang dikendaki. Dalam hal ini, guru
perlu menggunakan strategi pemusatan murid, mengawal sikap penyayang, bersikap proaktif
dan sentiasa bersedia menghadapi perubahan dan cabaran. Melalui aktiviti pentaksiran, guru
akan dapat memastikan perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek
intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terdapat
dua jenis penilaian iaitu penilaian sumatif/ formatif dan jadual spesifikasi ujian digunakan
semasa menyediakan bank-bank soalan. Guru Pendidikan Moral haruslah mengadakan
penilaian formatif di mana ia dijalankan secara berterusan dalam proses P&P. Maklumat yang
diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana
sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Dengan melalui penilaian juga, diharapkan supaya
kekuatan murid yang telah menguasai sesuatu nilai dan tindakan secara bermoral dapat
diperkukuh dan diperkayakan.

Tindakan susulan ialah aktiviti yang dijalankan setelah kelemahan dan kekuatan
perkembangan serta pembelajaran kanak-kanak dikenal pasti selepas penilaian dianalisis.
Tindakan susulan harus dilaksanakan oleh guru Pendidikan Moral di mana ia bertujuan
memperkukuhkan kelemahan yang terdapat pada murid. Guru Pendidikan Moral boleh
mengadakan aktiviti bimbingan bagi murid yang belum menguasai kemahiran yang dipelajari.
Manakala bagi murid yang telah mula menguasai kemahiran yang dipelajari, guru boleh
mengadakan aktiviti pengukuhkan dan aktiviti pengayaan dilaksanakan supaya dapat
membawa murid le tahap kebolehan yang lebih tinggi. Dengan melalui aktiviti tindakan susulan
yang efektif, guru Pendidikan Moral dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam
pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan
penilaian di peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek kognitif atau pemikiran afektif atau
perasaan dan tingkah laku moral.
Peranan Guru Moral Berdasarkan Pppm

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menitikberatkan kemenjadian


murid dalam abad ke-21. Guru Pendidikan Moral sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang
besar dalam meningkatkan aspek profesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai
jenis ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan kehendak teras PPPM. Dokumen awal
Pelan Pembangunan Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi semasa sistem
pendidikan Malaysia dengan mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan
membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa . Pelan ini melakarkan visi sistem
pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan . Pelan ini
juga mencadangkan 11 anjakan starategik dan potensi yang perlu dilaksanakan oleh
Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan .

Antara perkara penting dalam PPPM adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai 6
ciri utama , seperti yang berikut , iaitu :

 pengetahuan (murid yang berpengetahuan).


 kemahiran berfikir (murid yang mahir berfikir) .
 kemahiran memimpin (murid yang dapat menjadi pemimpin) .
 kemahiran dwibahasa (murid yang menguasai sekurang – kurangnya 2 bahasa) .
 etika dan kerohanian (murid yang berpegang pada etika dan memiliki sifat rohani yang
tinggi) .
 identiti nasional (murid yang mempunyai indentiti kebangsaan).

Untuk melahirkan murid yang mempunyai KBAT , guru juga perlu melakukan anjakan
paradigma. Sebagai contohnya, pembelajaran berpusatkan guru serta pembelajaran
berorentasikan peperiksaan tidak lagi diamalkan. Dalam Pendidikan Moral, pembelajaran
berpusatkan murid dipraktikkan sepenuhnya. Guru dapat mengadakan aktiviti hands-on yang
menekankan peranan murid dalam pembinaan pemahaman terhadap sesuatu nilai. Sebagai
misalnya, guru boleh memesan murid untuk menghasilkan buku skrap nilai berdasarkan keratan
akhbar. Hal ini memastikan bahawa murid dapat mengenal pasti nilai dalam sesuatu peristiwa.
Murid dapat menyatakan tindakan rasional dan cadangan penyelesaian terhadap sesuatu isu.
Murid juga terlatih untuk peka akan isu semasa. Daripada aspek pentaksiran, penilaian sahsiah
murid juga dipentingkan selain daripada penilaian dalam peperiksaan formatif. Guru Pendidikan
Moral perlu memerhati perlakuan dan pertuturan murid berdasarkan borang semakan dari masa
ke masa.
Sehubungan dengan itu, setiap murid perlu mempunyai perkembangan kognitif yang
menyeluruh termasuk dapat menyelesaikan masalah dan mempunyai pemikiran yang kreatif
dan inovatif. Usaha untuk melahirkan murid yang mahir berfikir turut dilakukan di sekolah,
khususnya melalui PdP. Dalam proses tersebut, murid didedahkan pelbagai jenis soalan,
termasuklah yang memerlukan daya pemikiran yang kritis dan kreatif. Oleh itu, guru Pendidikan
Moral perlu mempelbagaikan bentuk soalan, iaitu soalan bercapah dan soalan bertumpu untuk
mencabar minda murid. Soalan dalam peperiksaan Pendidikan Moral juga perlu dibina
berdasarkan Taksonomi Semakan Anderson. Kepelbagaian soalan bukan sahaja dapat
membina keupayaan murid dalam menjawab soalan peperiksaan malah mampu
mengaplikasikan serta mengimprovisasi pengetahuan sedia ada dalam pelbagai situasi.

Kepelbagaian teknik pengajaran guru Pendidikan Moral juga memainkan peranan yang
penting dalam melahirkan murid yang menepati Aspirasi Murid 2013-2025. Sebagai misalnya,
teknik perbincangan dalam pengajaran Moral penting untuk semua murid saling bertukar dan
menerima nilai murni. Dalam sesuatu perbincangan, murid belajar untuk saling menghormati
dan saling bertukaran persepsi terhadap sesuatu isu. Murid berpeluang untuk menjadi ketua
dalam perbincangan dan mempelajari cara untuk mengendalikan perbincangan yang berkesan.
Hal ini selaras dengan kemahiran memimpin dalam Aspirasi Murid. Guru Moral juga dapat
mengadakan simulasi dan main peranan tentang situasi moral di dalam kelas. Sebagai
contohnya, murid disuruh untuk memainkan peranan sebagai budak yang membantu orang
buta melintasi jalan raya. Dengan cara ini, murid dapat mengenal pasti tindakan moral
berdasarkan situasi. Murid dapat menyatakan sebab berdasarkan setiap tindakan yang diambil.
Pembelajaran kontekstual juga berlaku kerana murid dapat menghubungkaikan tindakan moral
dengan kehidupan seharian. Seandainya situasi yang dilakonkan oleh murid berlaku dalam
kehidupan sebenar, maka murid dapat mengaplikasikan tindakan-tindakan tersebut.

Dalam pembentukan tingkah laku murid, guru Moral perlu membina hubungan yang
positif antara guru dan murid di dalam sekolah atau bilik darjah. Hubungan yang dibina adalah
berlandaskan perasaan guru dan murid terutama di dalam pendidikan sekolah rendah.
Hubungan baik dapat dibina berdasarkan tindakan guru dalam pengurusan bilik darjah. Guru
dapat mengingati nama murid dan murid akan berasa dihargai seandainya namanya diingati
guru. Guru juga menjadi tempat untuk murid meluahkan perasaan dan masalah kerana murid
mempercayai guru. Berdasarkan luahan murid, guru perlu melaksanakan tindakan susulan
yang sesuai dan merahsiakan luahan murid kecuali memerlukan khidmat pakar lain seperti
doktor atau kaunselor. Guru juga memaparkan senyuman kepada murid sebagai tandan
kemesraan.

Dalam memupuk murid beretika dan berkerohanian berdasarkan Aspirasi Murid, guru
Pendidikan Moral perlulah melaksanakan pengurusan bilik darjah yang baik. Antaranya ialah
penggunaan konsep peneguhan yang betul. Guru dapat menentukan peraturan di dalam kelas.
Guru menyatakan sebab setiap peraturan diadakan. Contohnya, murid ditetapkan untuk
mengangkat tangan sebelum diberikan izin bertutur supaya kelas tidak bising. Dengan ini, murid
tidak mematuhi peraturan secara buta. Guru akan membincangkan ganjaran dan dendaan
bersama-sama murid. Konsep demokrasi ditekankan dalam langkah ini. Peraturan yang
mendapat persetujuan kedua-dua pihak lebih berkekalan kesannya. Secara tidak langsung,
etika murid dapat dipertingkat. Dalam pelaksaan peraturan kelas, guru Moral perlu berkelakuan
adil dan tegas.

Peranan Guru Pendidikan Moral Dalam Prinsrip Rukun Negara


Dalam usaha merealisasikan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara, guru
Pendidikan Moral sememangnya memainkan peranan yang penting kerana mereka ialah guru
yang mengajar secara langsung tentang amalan murni dan nilai patriotik di sekolah, tidak
seperti guru-guru lain yang hanya menggabungjalinkan nilai-nilai murni ke dalam mata
pelajaran teras.
Prinsip pertama dalam Rukun Negara ialah Kepercayaan Kepada Tuhan. Faktor
kepercayaan kepada agama merupakan perkara utama yang harus ditekankan oleh guru
Pendidikan Moral kepada murid-muridnya. Masyarakat amat mengharapkan pihak sekolah dan
guru-guru dapat meningkatkan kepercayaan anak-anak mereka kepada tuhan dan agama.
Dalam era zaman sekarang, terdapat ibu bapa terlalu sibuk mementingkan kebendaan,
keseronokan dan hiburan. Pengisian rohani tidak diambil peduli, justeru itu guru pendidikan
moral perlu berusaha untuk mendidik masyarakat percaya kepada tuhan untuk melahirkan
generasi yang seimbang dari aspek rohani, jasmani dan intelek. Kekuatan jiwa murid-murid
dapat ditingkatkan dengan menanamkan keyakinan terhadap kepercayaan kepada tuhan. Guru
dapat menyisipkan nilai ini dalam pengajaran dengan memperkenalkan pelbagai amalan dan
larangan dalam setiap agama kepada murod. Hal ini secara tidak langsungnya mengajarkan
murid untuk menghormati semua agama di dalam Malaysia.
Prinsip kedua Rukun Negara ialah Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara. Prinsip ini
merupakan perkara penting sebagai seorang rakyat Malaysia untuk difahami oleh murid-murid.
Guru perlu menekankan kepentingan setia kepada raja dan negara. Penghayatan terhadap
prinsip kedua rukun negara mampu membentuk masyarakat Malaysia dan bersatu padu kerana
Raja adalah Payung Negara yang menaungi rakyat diseluruh negara itu. Guru perlu
menekankan bahawa institusi raja tidak boleh diperlekeh, dicemari dan dipolitikkan. Sebagai
misalnya, guru boleh meminta murid menyediakan buku skrap yang mempunyai carta
organisasi pentadbiran negara seperti mantan-mantan Perdana Menteri, Ketua Menteri dan
sebagainya sehingga barisan pentadbiran terkini. Murid dapat mengetahui konsep demokrasi
berpalimen dan raja berperlembagaan dalam pentadbiran Malaysia.

Sebagai tambahan, guru sebagai penyampai ilmu perlu mendedahkan kepentingan


mengenai menghormati institusi diraja. Sejarah penubuhan sesebuah negeri, sejarah
kesultanan melayu, raja berperlembagaan antara inti pati ilmu yang boleh disampaikan oleh
seorang guru pendidikan moral untuk menimbulkan perasaan kasih sayang dan taat setia
murid-murid kepada pemimpin dan negara. Guru juga perlu menyatakan kesan terhadap
negara jika murid-murid tidak menunjukkan taat setia kepada pemimpin, raja dan negara.
Banyak masalah mungkin akan dihadapi seperti berlakunya rusuhan jika tiada perasaan taat
setia kepada negara. Perasaan sayang dan cintakan negara mungkin juga lebih berkesan
sekiranya lawatan ke tempat-tempat yang meninggalkan sejarah turut dilawati.

Dalam aspek Keluhuran Perlembagaan pula menjadi asas untuk menjamin keadilan,
kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan
negeri. Setiap rakyat mempunya kedudukan yang sama dari segi undang-undang.
Perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan social
untuk semua kaum di Malaysia. Guru Pendidikan Moral perlu menegaskan
kepentingan kesepaduan antara kaum yang menjadi perkara asas dalam membina masyarakat
Malaysia yang berbilang bangsa. Guru perlu menggalakkan murid menggunakan bahasa
kebangsaan dalam pertuturan seharian.
Prinsip keempat Rukun Negara iaitu Kedaulatan Undang-Undang membawa maksud
setiap rakyat adalah sama taraf di sisi undang-undang negara, tanpa sebarang diskriminasi
kaum, gender, agama mahupun kedudukan. Dalam mendidik murid-murid agar mematuhi
peraturan dalam kehidupan seharian, guru pendidikan moral boleh mendidik murid-murid untuk
mematuhi undang-undang dan peraturan sekjolah seperti hadir ke sekolah tepat pada
masanya, menjaga kebersihan sekolah dan lain-lain peraturan sekolah. Hal ini boleh
menjadikan murid lebih berdisiplin dan mampu menjaga disiplin dan peraturan dalam hidup
mereka. Guru dapat menentukan peraturan di dalam kelas. Guru menyatakan sebab setiap
peraturan diadakan. Contohnya, murid ditetapkan untuk mengangkat tangan sebelum diberikan
izin bertutur supaya kelas tidak bising. Dengan ini, murid tidak mematuhi peraturan secara buta.
Guru akan membincangkan ganjaran dan dendaan bersama-sama murid. Konsep demokrasi
ditekankan dalam langkah ini. Peraturan yang mendapat persetujuan kedua-dua pihak lebih
berkekalan kesannya.
Prinsip kelima iaitu Kesopanan Dan Kesusilaan pula menjadikan guru berperanan
untuk menjaga keterampilan diri dari hujung rambut ke hujung kaki, kerana guru adalah idola
murid-murid dan masyarakat setempat. Guru juga berperanan menjaga adap dan sopan pada
tahap yang cemerlang. Guru bukan sahaja perlu mengajar nilai –nilai murni tetapi juga
berusaha untuk mengamalkan nilai-nilai murni tersebut.

Peranan Guru Dalam Merealisasikan Wawasan 2020


Wawasan 2020
a) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi
bersama iaitu Malaysia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di
peringkat wilayah dan semua kaum hidup dalam keharmonian.
b) Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju
dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan
dengan apa yang dicapai.
c) ) Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang.
d) Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya yang
mempunyai warganegara yang kukuh dalam nilai agama dan jiwa.
e) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dalam konteks rakyat
Malaysia pelbagai kaum;bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan
kepercayaan agama tetapi setia peda negara..
f) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, yang bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan
teknologi masa depan.
g) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayang iaitu sistem sosial
yang memberi keutamaan kepada kepentingan masyarakat daripada diri sendiri.

Peranan Guru
 Menyampaikan ilmu (Mu’allim).

 Ilmu pengetahuan yang benar dan diyakini akan menjadikan seseorang individu itu
berpegang teguh dalam amalannya.
 Guru berperanan untuk menyampaikan ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni
dalam proses melahirkan insan yang bermoral.
 Guru harus menyampaikan isi kandungan pendidikan dengan lebih berkesan tanpa
mengabaikan nilai-nilai murni dalam menyampaikan apa juga disiplin ilmu.
 Ini dapat mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika selain daripada
berilmu.

 Menjayakan proses pendidikan/tarbiyah (Murabbi).

 Proses ini adalah dari mendidik anak-anak tidak tahu membaca kepada boleh
membaca sehingga menjadi pemimpin Negara.
 Guru Murabbi adalah guru segala-galanya. Oleh itu, guru seharusnya sentiasa peka
kepada perubahan.
 Guru Murabbi sentiasa berpegang teguh dan memikul tanggungjawab sepenuhnya
untuk mengajar dan mendidik serta memberi teladan kepada murid-muridnya.
 Ini telah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang
dikongsi bersama setelah setiap guru melaksanakan tugas mereka dengan sedaya-
upaya.
 Memperkembangkan kemahiran (Mudarris).

 Guru-guru berperanan untuk memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran


murid-muridnya.
 Kemahiran sikap peribadi (personal attributes), melibatkan berpegang teguh kepada
etika kerja, kemahiran menghormati iaitu menghormati pelanggan dan orang-orang
lain serta persekitarannya.
 Contohnya guru perlu mempunyai kemahiran menghormati murid dan tidak
menyentuh perasaan secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan
menghina mereka.
 Kemahiran penampilan diri (interpersonal) pula berkaitan kemahiran berkomunikasi
seseorang guru dalam menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
 Kemahiran luaran melibatkan kemahiran komunikasi guru dalam proses pengajaran
dan pembelajaran untuk menarik minat murid-murid beliau.

 Mendidik adab dan budi pekerti (Mu’addib).

 Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru berperanan untuk


mengembangkan potensi insan yang berakhlak mulia, seimbang dari segi intelektual,
rohani, emosi dan jasmani (JERI).
 Guru mu’addib adalah guru yang menganjarkan adab dan budi pekerti.
 Dalam hal ini, guru berusaha memastikan adab dan budi pekertinya adalah di tahap
yang cemerlang. Ini adalah kerana guru merupakan model kepada murid-murid dan
masyarakat sekelilingnya.
 Ini telah mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dalam konteks rakyat
Malaysia pelbagai kaum serta masyarakat penyayang yang memberi keutamaan
kepada kepentingan masyarakat daripada diri sendiri.
 Melahirkan pemimpin generasi akan datang (Mursyid).

 Guru adalah pemimpin bahkan juga kepada pemimpin yang sedia ada.
 Tugas membentuk kepimpinan insan merupakan yang berat dan ini adalah peranan
dan tugas yang terletak di bahu guru.
 Ini akan mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan
maju melalui tugas guru yang berperanan membentuk modal insan masa depan.
 Contohnya, guru seharusnya mempunyai kemahiran menggunakan pendekatan,
strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dan mahir melayari internet
untuk mendapatkan sumber maklumat terkini selaras dengan misi untuk mewujudkan
sumber pendidikan bertaraf dunia dan seterusnya mencapai misi nasional.
 Ini telah mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, yang bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan
teknologi masa depan.

You might also like