You are on page 1of 10

BMMB3083 DRAMA DALAM PENDIDIKAN

Pengenalan dan Sejarah Teater


1.0 PENGENALAN
1.1 KONSEP DAN DEFINISI TEATER

- Perkataan Teater berasal dari perkataan 'THEATRON' yang membawa maksud tempat
menonton pada zaman Yunani ( greek tua ).
- Satu gabungan kerja-kerja kreatif yang merangkumi semua unsur seni dan pengurusan
berdasarkan daripada naskhah lakon dipersembahkan secara langsung kepada penonton
yang dipisahkan oleh ruang dan waktu.
- Satu bentuk persembahan lakonan yang menghiburkan, dipersembahkan kepada
penonton secara langsung disebuah tempat dikenali sebagai pentas dan ahli
persembahnnya dikenali sebagai pelakon atau aktor.
- Suatu bentuk kerja secara bersama (berpasukan) antara artis dengan naskhah lakon di
mana pelakon membawa watak di dalam produksi persembahan secara langsung
dihadapan khalayak.

1.2 Kumpulan Kerja Kreatif

A. Kumpulan kerja kreatif:

Penulis naskhah lakon (playwright)


Pengarah
Pelakon
Pereka – pereka
Tatacahaya
Tatabunyi
Tatarias
Rekabentuk pentas dan set
Pereka tari
Pereka muzik
Pereka gerak
Busana
Kesan khas

B. Kumpulan pengurusan
BMMB3083 DRAMA DALAM PENDIDIKAN

1. Pentas
Penolong pengarah / pengurus
(Ikut dalam sukatan)

1.2 CIRI-CIRI TEATER


-Teater sesuatu yang hidup.
- Cermin atau gambaran masyarakat realiti
- Berbeza dengan drama tv atau filem kerana teater dipersembahkan secara langsung dan
boleh mewujudkan interasi 2 hala.
- Pengalaman berkumpulan.
- Berbeza dgn bahan seni yang lain ia boleh dinikmati sendirian. Dipersembahkan secara
berpasukan.
- Kombinasi pelbagai unsur seni. Satu persembahan yang mengkolaborasikan pelbagai
unsur seni seperti seni visual, busana, muzik, tari, lakon, pertukangan,
- Tranformasi kertas ke pentas memerlukan pentafsiran daripada sebuah skrip untuk
dipersembahan kepada khalayak.
- Pengarang perlu interpretasi skrip, menentukan konsep dan sinografi.

1.3 ELEMEN-ELEMEN DALAM TEATER


- Pelakon
- Ruang lakon (pentas)
- Skrip atau idea (Jika tanpa skrip)
- Penonton
- Elemen visual
- Subjek
- Struktur dramatik
- Koordinasi semua elemen
- Keperluan sosial

1.4 JENIS-JENIS TEATER

- Tragedi
- Cerita di akhiri dgn kesedihan. Wira dimatikan
- Cerita menyentuh perasaan kerana yang baik biasanya ditimpa kesusahan
(Nasib tidak menyebelahi orang yang baik)
BMMB3083 DRAMA DALAM PENDIDIKAN

-Jalan ceritanya seseorang yang ditimpa bencana yang membawa kesusahan dalam
hidupnya
- Tragedi – pergelutan manusia melawan takdir/berakhir dengan duka/ kematian
- Komedi – penuh tawa/ gembira / berakhir dengan kegembiraan
- Komedi tragedi / Tragikomedi – gabungan komedi dan tragedi / ketawa yang diakhiri
dengan duka
- Melodrama – penuh kesyahduan/ biasanya dipadukan dengan muzik
- Farce – gerak yang berlebihan/ tidak wajar/ karikatural
- Satira – cemohan / ejekan / sindiran
- Muzikal – seluruhnya diiringi dengn muzik dan dinyanyikan / dialog diubah menjadi
nyanyian

1.5 JENIS-JENIS PENTAS

- Arena
- Frame
- Thrust
- Persekitaran
- Open Stage
- Prosinium
- Black Box
- Amphitheatre

1.6 BENTUK DAN ALIRAN

- Eksperimental
- Muzikal
- Neutralisme
- Bangsawan
- Sandiwara
BMMB3083 DRAMA DALAM PENDIDIKAN

Sejarah

2.1 Asal usul

1. Kepercayaan kepada ‘SUPER NATURAL’: Semua kejadian mempunyai kuasa, atau


penunggu.
Ada perantara SHARMAN dipilih oleh masyarakat untuk menjalankan upacara. Unsur-unsur
teater
telah dijelmakan dalam upacara mereka.
2. Penglipurlara/ bercerita. Cerita mempunyai nilai dramatic dipersembahkan dikhalayak.
3. Permainan kanak-kanak berimprovisasi.

2.2 Perkembangan teater barat :

1. Teori awal sejarah teater di Barat 1200 – 500SM


2. Asal perkataan teater diambil – Theatron ( tempat menonton )
3. Mendapat tampat di dalam acara festival Memuja Dewa Dioynisus ( Dewa kesuburan dan
Wine).
Acara tersebut dikenali sebagai Dionysia.
4. Persembahan selama lima hari dimusim bunga. Persembahan yang bemotifkan tujuan
keagamaan.
5. Diprsembahkan disebuah panggung yang dibina dilereng bukit di Akrapolis boleh
menempatkan
seramai 14000 penonton (setengah daripada rakyat Athens)
6. Hari pertama persembahan dimulakan dengan pertandingan dikenali sebagai
DITHYRAMBS-lagu puji-pujian yang dinyanyikan oleh korus.
Diikuti pula persembahan drama:
Komidi (lima drama) – 1 hari
Tragedi – 3 hari (sehari satu drama dan diikuti dengan drama satira sebagai comic relief
Tragedi – Drama serius yang membabitkan perihal isu politik ( kehidupan, kematian dan
Dewa)
Satyrs (satira) dipersembahkan diakhir tragedy – setengah manusia setengah kambing –
sindiran di dalam bentuk komidi.
Komidi – Drama lucu berkisar tentang kehidupan seharian
BMMB3083 DRAMA DALAM PENDIDIKAN

7. Cerita yang dipersembahkan berdasarkan mitologi Yunani


8. Pelakon mengambil bahagian semuanya adalah lelaki.
9. Pelakon pertama THESPIS ( 550SM ) – bertukar daripada bentuk upacara keagamaan
kepada persembahan teater.

PENULIS DRAMA

Aeschylus ( 525-456 SM ) – Agamemnon ( 458SM )


Sophocles ( 496 -406 SM ) – Oedipus
Euripides ( 480-406 SM ) – Madea

Teater Yunani – Tragedi – Sophocles – Aristotle ( Abad 3 SM )


- Ciri – cirri teater tregedi antaranya

Watak utama terdiri daripada anak bangsawan. Golongan bangsawan.


Telah diramalkan akan menghadapi kecelakaan.
Wira berlawan dengan takdir untuk mendapatkan kejayaan.
Wira tewas di dalam perjalanan melawan takdir.
Berakhir dengan kematian atau darah.

KRONOLOGI SEJARAH TEATER BARAT

800-277 Teater Yunani


753 – 27 SM – Teater Rom
500 – 1453 – Zaman Pertengahan ( Keagamaan dan secular )
1454 – 1700 – Renaissance
Abad ke 18 – Permodenan
Abad ke 19
Abad ke 20
BMMB3083 DRAMA DALAM PENDIDIKAN

Sejarah Seni Teater Melayu

Sejarah Seni Teater Melayu...Tajuk macam ilmiah sikit kan, maklumlah ada melibatkan
perkataan sejarah kan, jika ada sejarah,mesti ada fakta. Tapi usahlah bimbang, saya bukan
nak mengajar sejarah di sini. Ini cuma sekadar perkongsian bersama. Bak kata Hang Tuah,
"takkan hilang Melayu di dunia" , jadi adalah baiknya saya berkongsi sedikit mengenai
kebudayaan kita iaitu seni teater dalam masyarakat kita. Sebenarnya ini adalah tugasan
atau assignment saya untuk matapelajaran Kemahiran Belajar (KB) pada semester 1 yang
lepas di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Saya memilih tajuk ini kerana
saya amat meminati bidang ini. Pendek kata, saya suka berlakonlah... sejak dari bangku
sekolah lagi saya telah berjinak - jinak dalam bidang ini. Berbalik kepada fokus utama kita,
adalah lebih baik saya mulakan perkongsian ini dengan memberikan sedikit pendahuluan.

Perkataan Teater dikatakan berasal daripada perkataan dalam bahasa Yunani purba
iaitu theatron yang membawa maksud tempat duduk penonton atau stage. Perkataan drama
pula dikatakan berasal dari perkataan dran yang bermaksud aksi atau lakonan. Manakala
persembahan teater pula dipercayai berasal dari upacara yang berkembang
menjadi natya dengan memasukkan beberapa unsur lain seperti nyanyian, tarian dan
lakonan dalam upacara tersebut.

Mesir, Yunani dan India merupakan tempat terawal bermulanya sejarah teater dunia.
Kemunculan teater berkait rapat dengan struktur kehidupan masyrakat setempat di Mesir,
Yunani dan India. Sebagai contoh, upacara persembahan Dewata Dionysus di Greece lama-
kelamaannya bertukar menjadi pesta drama. Begitu juga dengan upacara nrtta di India yang
mengandungi unsur tarian, seterusnya berubah menjadi drama apabila dimasukkan gerak
bebas yang membentuk aksi berlambang.

Seni teater merupakan suatu karya seni yang rumit dan kompleks, sehinggakan seni ini
dijolok dengan istilah collective art atau synthetic art. Teater merupakan gabungan daripada
pelbagai cabang seni seperti tarian, lakonan, nyanyian dan sedikit unsur lawak. Dalam pada
itu, seni teater juga menggabungkan unsur-unsur audio, visual, dan kinestetik (gerak) yang
meliputi bunyi, suara, muzik, gerak, bahasa badan serta seni rupa.

Seni teater merupakan suatu gabungan seni yang dicipta oleh penulis, sutradara, penata
artistik, krew teknikal, dan seterusnya untuk diproduksikan. Sebagai seni kolektif, seni teater
perlu dilakukan dengan penuh kerjasama supaya semuanya berjalan serentak dan seirama
serta memerlukan harmonisasi dari keseluruhan krew kumpulan.

Baiklah, begitulah sedikit pengenalan tentang teater ini. Kita teruskan dengan kandungan
utama entri ni iaitu Sejarah Seni Teater Melayu di Malaysia .

Teater Melayu berkembang dalam empat generasi. Generasi pertama dalam teater Melayu
adalah bangsawan, seterusnya diikuti oleh sandiwara, kemudiannya raelisme dan akhir
BMMB3083 DRAMA DALAM PENDIDIKAN

sekali adalah taeter Melayu kontemporari. Setiap generasi ini mempunyai ciri yang berbeza-
beza. Namun demikian, teater bangsawan merupakan titik tolak kepada penghapusan unsur
ritual dan keagamaan dalam persembahan teater sebaliknya hanya menampilkan unsur
hiburan semata-mata. Pementasan mula berkonsepkan komersial serta menuntut aspek
pengurusan seperti iklan, gaji sewa dan promosi. Permulaan teater generasi pertama ini
adalah zaman peralihan teater tradisional kepada teater moden.

Generasi pertama – Teater bangsawan


Teater bangsawan di tanah Melayu bermula pada tahun 1870-an. Sebuah
rombongan seni drama dari India yang yang dikenali dengan nama Rombongan Wayang
Parsi atau Mendu telah datang menunjukkan persembahan mereka di Pulau Pinang pada
ketika itu. Setiap persembahan yang mereka lakukan sentiasa mendapat sambutan hangat
oleh penduduk setempat.

Selain Pulau Pinang, Melaka dan Singapura juga turut menjadi tempat pengembangan
budaya lantaran lokasi Melaka dan Singapura yang stratergik sebagai tempat persinggahan
pedagang asing. Selain berdagang, mereka juga telah membawa perubahan sosial di
Melaka dan Singapura dengan memperkenalkan kebudayaan mereka. Teater merupakan
satu hiburan pedagang-pedagang yang menjadi aspirasi penduduk tempatan untuk
mewujudkan satu bentuk hiburan yang serupa.

Perkataan baangsawan dalam istilah melayu berasal dari dua perkataan iaitu perkataan
‘Bangsa’ dan ‘Wan’. ‘Bangsa’ bermaksud berkumpulan atau segolongan manusia yang
sudah bersatu sebagai satu kumpulan tertentu. ‘Wan’ pula ialah gelaran untuk orang
kenamaan seperti raja-raja dan kerabatnya. Ini merujuk kepada persembahan untuk
golongan atasan serta bersifat istimewa dan eksklusif. Namun demikian, setelah
diaplikasikan keistimewaan bangsawan ini,ia menjadi bentuk hiburan yang diminati dan
dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Teater bangsawan juga turut bertembung
dengan pengaruh drama Barat, terutamanya cerita-cerita yang dikarang oleh Shakespeare
yang kemudiannya diterap dalam drama bangsawan menjadikan drama bangsawan
menjadi lebih menarik. Hal ini telah menyebabkan munculnya istilah opera dalam seni
teater melayu.

Tahun 1915 dianggap sebagai zaman kemasyuran teater bangsawan Melayu. Pengaruh
opera Barat adalah selari dengan penjajahan Barat di Timur serta kesedaran tentang
pendidikan dalam bahasa Inggeris. Namun begitu, pengertian opera dalam seni teater
Melayu adalah berbeza dengan pengertian opera Barat yang bererti pertunjukkan yang
semata-mata dalam bentuk nyanyian. Sebaliknya, opera Melayu atau teater Melayu banyak
disulami dengan lagu-lagu sedih dan gembira tetapi dialog masih penting serta lagu-lagu
hanyalah sebagai selingan dalam penceritaan dalam teater melayu.
BMMB3083 DRAMA DALAM PENDIDIKAN

Bangsawan juga mula menggunakan alat muzik moden seperti piano, biola dan alat-alat
muzik lain sebagai muzik iringan yang mengiringi lagu yang dinyanyikan oleh pelakon dalam
sesuatu pementasan.

Menjelang tahun 1930-an ,bidang perfileman telah memberi saingan hebat kepada
persembahan teater bangsawan di Tanah Melayu. Ramai pelakon bangsawan dipelawa
untuk membintangi filem dengan tawaran yang lebih lumayan. Dalam pada itu, pendudukan
tentera Jepun juga merupakan penyebab kepada kemerosotan teater bangsawan pada
penghujung 1930-an.

Selain itu, terdapat juga faktor dalaman yang membawa kepada kemerosotan teater
bangsawan di Tanah Melayu. Antaranya ialah persembahan bangsawan itu sendiri yang
terlalu bergantung dengan pelakon utama bangsawan itu sendiri. Hal ini kerana penonton
lebih memandang kepada kecantikan dan suara pelakon utama yang membintangi
sesebuah bangsawan itu. Jalan cerita, mutu lakonan, bakat dan nilai estetika persembahan
tidak begitu menjadi tumpuan penonton. Oleh itu, hanya bangsawan yang dibintangi oleh
pelakon yang mempunyai pakej tersebut menjadi pujaan dan tontonan ramai.

Generasi kedua – Sandiwara


Teater sandiwara mula bertapak di tanah air hasil daripada pengaruh perkembangan drama
yang dibawa masuk dari luar negara. Kedatangan teater sandiwara ke Tanah Melayu berkait
rapat dengan kedatangan kumpulan Miss Ribut sekitar tahun 1930-an. Kumpulan ini
merupakan sebuah kumpulan sandiwara yang berpengaruh di Indonesia.

Kemunculan sandiwara di Tanah Melayu juga adalah kesan daripada arus pemodenan
drama barat. Cerita yang paling popular pada ketika itu adalah drama nukilan Shakespeare.
Pendedahan karya dan teknik pementasan Barat turut memberi pengaruh kepada
perkembangan drama sandiwara.

Selain itu, Maktab Perguruan Sultan Idris yang merupakan satu-satunya pusat pengajian
tinggi orang Melayu turut memainkan peranan penting dalam merancakkan suasana drama
di Tanah Melayu. Za’ba (Zainal Abidin bin Ahmad) yang bertugas di maktab berkanaan turut
memainkan peranan yang besar. Beliau mengambil berat akan perkembangan drama tanah
air. Abdul Rahman Napiah menyimpulkan catatan Za’ba sebagai induk kesusasteraan
melayu dan kemudiannya mengemukakan teori sejatan atau saduran sekitar tahun 1924
hingga 1936. Antara drama yang disadur dari drama tulisan Shakespeare ialah The Black
Mask yang dipersembahkan di Tanah Melayu dengan nama Topeng Hitam dengan
menggunakan bahasa Melayu.

Generasi ketiga – Realisme


BMMB3083 DRAMA DALAM PENDIDIKAN

Drama Malaysia mula menerima pengaruh realistik terutamanyaoleh arus yang dibawa oleh
perkembangan drama di Indonesia. Pengaruh ini muncul selari dengan unsur perbandaran
di Eropah sekitar abad ke-19. Ini ditambah lagi dengan kepesatan pendidikan dan
seterusnya banyak melahirkan penulis-penulis elit yang mempelopori seni teater di Eropah.

Sebelum kemunculan teater realisik, seni teater Eropah ikuasai oleh lakonan yang bergaya
iaitu unsur melebih-lebihkan gerakan badan, emosi serta peristiwa yang ajaib semasa
pementasan. Ciri ini dikenali sebagai melodrama.

Kemunculan ilmu saintifik seperti sosiologi, antropologi dan psikologi turut membawa
perubahan terhadap persepsi dan gaya penghasilan drama. Tafsiran dan pembaharuan
mula dibuat dan drama dijadikan sebagai lambang kehidupan yang nyata. Pada ketika itulah
drama realistik mula menguasai drama di dunia iaitu sekitar tahun 1920-an.

Di Malaysia, teater ini merupakan tahap kedua dalam arus pembaharuan seni teater Melayu.
Bentuk teater ini menjadi asas sama seperti pada zaman teater sandiwara juga. Ciri-ciri
asas ini adalah seperti sebuah pementasan yang mengambil masa antara satu hingga tiga
jam. Konsep bersiri atau berepisod seperti drama bangsawan tidak lagi wujud.

Dialog juga memainakan peranan penting dalam menimbulkan unsur dramatic serta sebagai
penggerak cerita. Penulis biasanya menggunakan bahasa mudah, bahasa pertuturan harian
dengan tujuan untuk memudahkan audiens memahami watak serta jalan cerita sebuah
pementasan. Bahasa dan puisi tidak lagi digunakan , sebaliknya terdapat sedikit bahasa
simbolik yang tidak terlalu abstrak dan tidak begittu personal. Drama aliran realisme
umumnya memaparkan mesej yang serius.

Generasi keempat – Teater Kontemporari

Teater ini juga dikenali sebagai teater experimental yang bermula pada tahun 1970-an.
Perkembangan teater ini merujuk kepada keinginan dan kecenderungan penulis-penulis
muda meneroka imaginasi, menjelajahi bentuk teater barat, mencipta sesuatu yang baru
dan mencari sumber budaya asli.

Teater kontemporari mengutarakan beberapa ciri teater lama yang diubahsuai kepada
bentuk baharu. Pengaruh teater kontemporari Melayu sebenarnya adalah pengaruh
perkembangan teater kontemporari Barat yang sedang menular ke negara-negara timur.

Drama seharusnya membentuk plot yang mempunyai awalan, pertengahan dan


pengakhirannya. Suatu situasi cerita dikembangkan oleh aksi tertentu dan situasi yang
dirasakan benar-benar perlu sahaja.
BMMB3083 DRAMA DALAM PENDIDIKAN

Watak yang ditonjolkan dalam drama kontemporari tidak berkembang seperti struktur cerita
realisme. Situasi ini menyebabkan konsep heroism seolah-olah terhapus. Peranan watak
utama menjadi samar-samar seperti dalam drama realisme sebelumnya.

Dialog dalam drama kontemporari adalah bersifat asumi. Sifat ini mengelirukan dan
bertujuan untuk menerangkan peranan watak atau situasi dalam sesebuah cerita. Dialog ini
merupakan permainan kata-kata, berunsurkan lirik, lebih puitis, dan bicara unik yang
dikombinasikan dengan gaya prosa formal. Hal ini telah melahirkan satu stail baharu.

Hmm, itulah sedikit sebanyak perkongsian dari saya. Semoga ia membantu dan memberi
pengetahuan kepada anda semua. Ingatlah kata pepatah, "biar mati anak, jangan mati
anak" . Peliharalah kebudayaan dan kesenian kita ini. Kalau bukan kita, siapa lagi? *_^

Bibliografi :
Kamaluddin Abd. Rahman. (2007). Teater Melayu Suatu Risalah Pemikiran Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

You might also like