You are on page 1of 10

1.

0 PENGENALAN
Drama merupakan satu karya yang menatijahkan perlakuan akan sesuatu perjalanan
kehidupan melalui tindakan, permainan watak mahupun dialog. Menurut Hashim Awang
(1997) menyatakan bahawa drama didefinisikan sebagai jenis sastera yang dihasilkan
untuk dipentaskan atau dilakonkan oleh para pelakon yang dikehendaki melafazkan
dialog-dialog yang disediakan dan sekali gus melakonkan gerak dan aksi mengikut
konteks yang telah ditetapkan.

Selain itu, drama juga merupakan satu genre kesusasteraan yang boleh dihujahkan
sebagai genre kesusasteraan yang istimewa dan berbeza daripada genre-genre
kesusasteraan yang lain. Keisitimewaan tersebut telah disebutkan oleh Sharif Shaary
(1996) yang menyatakan bahawa drama ialah satu genre kesusasteraan yang berlainan
daripada novel dan cerpen kerana drama ini lazimnya ditulis untuk pementasan teater
dan para pelakon akan dikhususkan untuk mengambil peranan melakonkan watak-watak
serta mengujar dan menghafal dialog berdasarkan skrip drama yang telah dinukilkan
oleh pengarah teater.

Rentetan daripada itu, senario yang dinatijahkan pada masa kini dalam
perkembangan drama di dunia mahupun di Malaysia telah mencorakkan pelbagai gaya,
arus dan personaliti sesebuah drama itu. Hal ini boleh dilihat berdasarkan titik mula
sejarahnya yang berkembang selari dengan arus kemajuan sesuatu tamadun itu
khususnya dalam konteks pencapaian ilmu dan kebudayaan. Oleh itu, penulisan ini akan
membicarakan tentang sejarah perkembangan drama tradisional dan moden di Malaysia
yang boleh dijadikan batu asas kepada pengetahuan warga pendidik untuk terus
menvariasikan teknik pengajaran drama agar selari dengan konteks semasa dan
penerimaan masyarakat khususnya dalam dunia pendidikan era kini.

2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN DRAMA TRADISIONAL DAN MODEN DI MALAYSIA


2.1 Sejarah Perkembangan Drama Tradisional
Drama tradisional merupakan salah satu bidang dalam drama yang sangat
popular dan kaya dengan warisan Melayu di Malaysia. Drama tradisional
dijalankan secara tidak formal pada masa dahulu. Antara drama tradisional
Melayu ialah wayang kulit, mak yung, menora, randai dan lain-lain.

Perkembangan drama tradisional dapat dibahagikan kepada beberapa garis


masa yang dipecahkan kepada empat bahagian iaitu pada abad ke-5, abad ke-
13, abad ke-18 dan abad ke-19. Pertumbuhan ini bermula pada abad ke-5

1
dengan ciri nilai tempatan iaitu mempunyai kepercayaan animisme. Fungsi
drama pada ketika itu dilihat sebagai satu upacara penyambahan dan pemujaan.
Antara drama yang wujud pada ketika itu ialah main puteri, puja pantai dan main
ancak yang melibatkan nyanyian,tarian, cerita dan lakonan. Walaupun tidak ada
lagi pengkaji yang dapat menyatakan dengan tepat masa kemunculan drama
pada abad ke-5, namun pakar-pakar sejarah drama sebulat suara mengatakan
bahawa sejarah drama bermula daripada ritual atau upacara keagamaan (Abdul
Rahman Napiah, 2017). Drama pada era tersebut berubah mengikut peredaran
masa daripada upacara ritual kepada aktiviti hiburan dan penyampaian mesej.

Perkembangan drama tradisional terus rancak pada abad ke-13 dan abad ke-
14 disebabkan oleh pengaruh agama yang kuat pada ketika itu iaitu agama
Hindu pada abad ke-13 dan agama Islam pada abad ke-14. Setiap agama
menggunakan sastera drama sebagai satu medan penyampaian dakwah yang
terbaik kepada rakyat. Wayang kulit dan menora merupakan antara drama yang
muncul pada ketika itu yang menerima pengaruh agama Hindu. Ciri-ciri ini dapat
dilihat dari aspek penceritaan, pakaian dan mesejnya. Sebagai contoh,
pengisahan Hikayat Seri Rama yang disadur daripada kitab Ramayama. Begitu
juga dalam tarian menora yang mempunyai penampilan pakaian seperti orang
Hindu iaitu ceropong, gelang tembaga dan canggai. Kegemilangan ini berlaku di
saat akhir kegemilangan agama Hindu-Buddha iaitu pada abad ke-13. Setelah
datangnya Islam pada abad ke-14, segala drama ini digunakan secara meluas
oleh orang Islam untuk menyampaikan dakwah. Namun, disebabkan pengaruh
Islam yang tidak begitu mendalam menyebabkan campur aduk kepercayaan
dalam persembahan wayang kulit. Sesetengah unsur dalam wayang kulit
dikatakan bertentangan dengan Islam contohnya upacara menyembah guru
dengan menggunakan kemenyan, rokok daun, tepung tawar dan pulut kuning
diperlukan sebagai cara lama pembuka panggung.

Pada abad ke-18, drama mula berkembang pesat dan semakin mendapat
tempat apabila Islam telah tersebar luas ke seluruh negara. Perkembangan
drama sudah tidak tertumpu di negeri-negeri sempadan sahaja iaitu tertumpu di
kawasan Pantai Timur disebabkan factor geografinya yang dekat dengan
sempadan Siam. Pada abad ke-18 ini telah wujud drama mengikut negeri seperti
makyung (Kelantan), kuda kepang (Johor), dondang sayang (Melaka) dan boria
(Pulau Pinang). Perkembangan ini berlaku disebabkan oleh masyarakat melayu
yang sudah menjumpai identiti sendiri dengan memasukkan elemen Islam dan

2
kenegerian masing-masing. Sebagai contoh, kisah kepahlawanan Saidina Ali
sewaktu perang dahulu yang dijadikan salah satu elemen kepada kemunculan
tarian kuda kepang di Johor (Mana Sikana, 1989:29). Selain itu, drama dondang
sayang yang berkait rapat dengan ciri Melayu iaitu menyampaikan pantun dalam
nyanyian dengan iringan muzik islamik.

Perkembangan drama tradisional mencapai kemuncaknya pada abad ke-19


apabila drama bangsawan telah meletakkan drama pada satu tahap yang lebih
tinggi dari sebelum ini. Perkembangan drama bangsawan ini melalui beberapa
zaman iaitu zaman pengenalan (1870-1884), zaman pertapakan (1885-1902),
zaman kegemilangan (1903-1935) dan zaman kekerosotan (1936-1960). Drama
bangsawan ini diperkenalkan ketika rombongan wayang Parsi mengadakan
pertunjukan di Pulau Pinang. Hasil lakonan orang lelaki dan perempuan yang
berbakat dari Parsi telah menarik minat orang Melayu untuk mempelajarinya dan
menjadi permulaan kepada orang Melayu untuk menceburkan diri dalam drama
bangsawan. Zaman pertapakan pula bermula apabila wayang Parsi mula
menghadapi era kejatuahan di Tanah Melayu. Disebabkan masyarakat masih
gemar dengan ciri persembahan ini, salah seorang golongan bangsawan iaitu
Mohammad Pusi telah mengambil alih wayang Parsi dengan membeli barangan
pentas daripada kumpulan Parsi dahulu. Zaman kegemilangan pula muncul
apabila banyak kumpulan drama yang membawa ciri bangsawan mula
ditubuhkan contohnya seperti Malay Opera of Malacca, Indera Bongsu of
Penang, dan Malayan Opera. Akhirnya, drama bangsawan mengalami zaman
kemerosotan apabila berlakunya Perang Dunia Kedua dan pertapakan Jepun di
Tanah Melayu menyebabkan drama bangsawan mula jatuh dan sukar
dibangunkan semula.

2.2 Sejarah Perkembangan Drama Moden


Kemerosotan drama Bangsawan telah mencetuskan satu pembaharuan terhadap
dunia drama di Malaysia. Di sinilah lahirnya zaman kemodenan drama iaitu
drama moden di Malaysia. Drama moden merupakan satu permulaan kepada
drama-drama yang formal dan berskrip di Malaysia. Drama moden pertama
dipelopori oleh Shaharom Husain dengan dramanya “Lawyer Dahlan” yang ditulis
pada tahun 1941. Drama ini dipentaskan semasa zaman penjajahan Jepun.
Selain itu, beberapa kenyataan dapat diambil dalam perkembangan drama
semasa zaman pemerintahan Jepun seperti adanya skrip yang ditulis sebelum
kedatangan Jepun, kemudian dipentaskan pada zaman Jepun. Hal ini dapat

3
dilihat pada drama “Lawyer Dahlan”. Penulisnya, Shaharom Husain telah menulis
drama ini sebelum kedatangan Jepun iaitu pada tahun 1942.

Pada tahun 1942, seorang lagi tokoh dramatis iaitu Syed Alwi al-Hadi telah
mementaskan drama Tariq bin Ziad: Pahlawan Islam dan Hang Tuah: Pahlawan
Melayu. Skrip bagi kedua-dua drama ini dikeluarkan tidak dinyatakan tetapi yang
pastinya dikeluarkan lebih awal daripada pementasan drama tersebut. Namun
begitu, ketika zaman penjajahan Jepun, drama Melayu moden tidak berkembang
dengan pesat. Jika dipentaskan, skripnya juga tidak dapat dikesan dan elemen
Jepun turut dimasukkan dalam drama tersebut. Selepas zaman pemerintahan
Jepun, kelahiran drama Melayu moden yang disebut sandiwara adlah
berteraskan kepada nasionalisme. Pada ketika itu, bangsawan sudah tidak
mampu untuk menjadi bentuk seni sezaman dek kerana unsur fantasi dan
feudalisme. Oleh yang demikian, sandiwara diharapkan dapat menjadi pengganti
dan memenuhi keperluan nasionalisme itu.

Menjelang tahun 1950, dunia sastera telah digerakkan oleh Asas 50 namun
gerakan ini lebih tertumpu kepada puisi dan cerpen dan bukanlah kepada drama.
Namun begitu, Shaharom Husain masih lagi giat menghasilkan sebuah drama
iaitu Tun Fatimah (1952) dan Keris Laksamana Bentan (1954). Pada tahun 1956
pula muncul seorang lagi tokoh drama tanah air iaitu Kalam Hamidy dengan
dramanya bertajuk Ratapan Ibu Pertiwi, Anak Nazar Tujuh Keramat dan Sial
Bertuah.

Tahun 1950-an merupakan dekad pertama kebangkitan drama Melayu


secara cukup sedar. Hal ini disebabkan oleh tokoh intelek iaitu Za’ba yang
mengambil berat terhadap perkembangan drama. Sejak tahun 1930-1940 lagi
Za’ba menggesa penggiat teater supaya menulis skrip. Pada tahun 1951, Za’ba
masih belum berpuas hati dengan mutu drama Melayu kerana menurutnya tiada
drama Melayu yang baik dan tinggi mutunya. Tuntasnya, zaman ini merupakan
zaman kegemilangan sandiwara. Kegigihan beberapa orang penulis
menghasilkan karya yang bermutu harus diberi pujian.

4
3.0 JENIS DAN BENTUK DRAMA TRADISIONAL DAN MODEN DI MALAYSIA
Drama dapat dipecahkan kepada beberapa bentuk mengikut peredaran zaman iaitu
tradisional dan moden. Pengasingan ini adalah selari dengan fahaman dan budaya
masyarakat pada tempoh masa tertentu. Rajah di bawah menunjukkan jenis dan bentuk
drama tradisional dan moden di Malaysia :

DRAMA
MELAYU

Zaman Zaman
Tradisional Moden

Zaman Tradisi Drama Teater


Zaman Awal Sandiwara
Hakiki Moden Eksperimen

Drama Tradisi
Main Puteri Puja Pantai Wayang Kulit Mak Yung Bangsawan
Tempatan

Rajah 1.0 : Bentuk Drama Tradisional dan Moden

3.1 Drama Tradisional


Drama tradisional dibahagikan kepada dua peringkat iaitu zaman awal dan
zaman tradisi hakiki. Dalam zaman awal tidak banyak yang boleh dibincangkan
kerana ia hanya berkait rapat dengan kepercayaan animisme yang berada di
Tanah Melayu ketika itu (Rahmah Bujang, 2016). Antara drama yang wujud pada
ketika itu adalah main puteri dan puja pantai. Main puteri adalah satu aksi yang
dipertontonkan kepada khalayak untuk menyembuhkan seseorang daripada
penyakit dengan bacaan jampi serapah. Pada zaman sekarang main puteri
masih lagi dipersembahkan di beberapa kawasan terutamanya di Kelantan.
Manakala drama puja pantai pula dikaitkan dengan kepercayaan bahawa hantu
pantai akan menghindari para nelayan daripada ombak besar. Secara tuntasnya,
drama zaman awal ini dilihat lebih dipengaruhi kepercayaan animisme dan karut
serta mempunyai sifat perbomohan.

5
Zaman tradisi hakiki pula terbahagi kepada wayang kulit (abad ke-13), mak
yung (abad ke-18), drama tradisi tempatan (abad ke-19) dan bangsawan (akhir
abad ke-19). Drama tradisional zaman tradisi hakiki dilihat lebih berkembang
selari dengan perkembangan dua agama iaitu Hindu dan agama Islam. Mesej
yang dibawa lebih besar ruang ringkupnya berbanding zaman awal. Sebagai
contoh, drama awal yang dipengaruhi oleh agama Hindu adalah wayang kulit dan
makyung. Kedua-dua drama ini hadir selari dengan perkembangan agama Hindu
dan diasimilasi mengikut kesesuaian budaya di Tanah Melayu pada ketika itu.
Kemudian apabila Islam disebar luas ke seluruh Tanah Melayu, sedikit sebanyak
telah mengubah ciri drama ini mengikut identiti negeri dan penerapan nilai
berlandaskan Islam lantas telah melahirkan beberapa drama tradisi tempatan.
Contohnya, Dondang Sayang (Melaka), Kuda Kepang (Johor) dan Dabus
(Perak). Kesemua ini rancak berkembang dengan mesej untuk menyebarkan
dakwah, budaya dan pengajaran kepada rakyat. Setelah sekian lama dengan
pengaruh agama, masyarakat mula membuat perubahan drama kepada aspek
budaya tempatan pula sehingga lahirnya drama bangsawan. Antara contoh drma
bangsawan ialah “Laksamana Bentan”, “Puteri Cahaya Bulan” dan “Bawang
Putih Bawang Merah”. Drama-drama ini membawa mesej yang berkait rapat
dengan budaya dan kepercayaan masyarakat pada ketika itu. Secara
rangkumannya, drama pada zaman tradisi hakiki ini adalah bentuk drama yang
mempunyai unsur keagamaan yang diasimilasi hingga wujudnya drama
bangsawan yang menjadi identity bangsa dan menjadi transisi kepada drama
moden.

3.2 Drama Moden


Selepas drama bangsawan, drama Melayu terdedah dengan pengaruh
modenisme Barat yang menjadi pencetus kepada perkembangan drama moden.
Perkembangan drama moden ini secara amnya dapat dibahagikan kepada tiga
iaitu drama sandiwara, drama moden dan drama eksperimental. Drama
sandiwara ialah drama pentas yang mempunyai skrip dan menggunakan khidmat
pengarah. Drama sandiwara ini mementingkan struktur penggerak drama itu
yang terdiri daripada penulis, pelakon hingga ke pengarah. Drama ini jelas sekali
berbeza dengan drama zaman tradisional yang tidak mempunyai struktur
organisasi dalam karya. Drama sandiwara dapat digolongkan pula kepada tiga
bentuk iaitu drama sejarah, drama purba dan drama pra-realisme. Bentuk-bentuk
ini adalah transisi perubahan daripada drama sandiwara kepada drama moden.
Antara contoh drama tersohor yang dihasilkan semasa perkembangan drama

6
sandiwara ialah “Lawyer Dahlan” karya Saharom Husain dan “Kepalsuan Maya”
karya Kalam Hamidy.

Drama moden pula merupakan kemuncak kepada perkembangan drama


zaman moden yang berlaku selepas drama pre-realisme. Drama ini mempunyai
ciri yang lebih dekat dengan jiwa masyarakat pada masa itu. Drama moden juga
dapat dikategorikan kepada tiga bentuk iaitu drama realisme, purbawara dan
simbolik. Drama realisme lebih bersifat pengisahan hidup realiti. Bentuk drama ini
menjadi lebih terkenal dan digemari pelbagai lapisan masyarakat kerana banyak
mengisahkan perkara yang benar-benar berlaku dalam kehidupan seharian. Ia
juga melibatkan masalah dan konflik yang berlaku pada era tersebut. Selain itu,
drama purbawara ialah drama yang melalui proses improvisasi daripada drama
purba dan sandiwara. Drama ini menggabungkan aspek keunikan bahasa dan
kisah raja dengan kisah realisme iaitu percintaan. Improvisasi dan gabungan
penyampaian yang berlaku telah menjadikan drama ini lebih moden sehingga
mampu menambat hati penonton. Akhir sekali drama simbolik yang merupakan
satu aksi pengisahan yang lebih mengangkat elemen pergerakan dan aksi dalam
penyampaian cerita. Drama simbolik tidak dilakonkan dengan banyak dialog dan
kata, akan tetapi lebih kepada penyampaian mesej melalui aksi. Bentuk ini boleh
dikatakan sebagai transisi perubahan kea rah drama eksperimental yang bersifat
anti-realisme. Contoh karya awal drama moden yang popular di Malaysia ialah
“Buat Penyapu Si Air Ma” karya Awang Had Salleh.

Akhir sekali ialah drama eksperimental yang boleh dikelaskan sebagai drama
pasca moden iaitu bersifat abstrak. Terdapat beberapa tokoh drama yang
menyatakan bahawa drama eksperimental adalah satu persembahan yang
mempunyai makna tersirat dan unik. Drama eksperimental mempersoalkan hal-
hal yang berhubung dengan kejiwaan dan konflik batin manusia yang sukar
difahami. Di Malaysia, drama ini dilihat sebagai satu karya yang anti-realisme,
cenderung kepada fantasi, abstrak, berunsur mimpi dan sukar dihayati. Antara
contoh drama eksperimental adalah “Bukan Lalang Ditiup Angin” karya Noordin
Hassan, “Ana” karya Dinsman dan “Patung-patung” karya Hatta Azad Khan.

4.0 PERANAN ISTANA BUDAYA DALAM PERKEMBANGAN DRAMA DI MALAYSIA


Istana Budaya merupakan lokasi pertembungan budaya di Malaysia. Kebanyakan
persembahan kebudayaan diadakan di Istana Budaya. Istana Budaya dibina pada tahun
1995 dan dirasmikan pada tahun 1999 di bandar raya Kuala Lumpur. Istana Budaya

7
dibina untuk menggantikan Panggung Negara dan juga dijadikan sebagai pusat
kebudayaan negara. Istana Budaya sangat berkait rapat dalam perkembangan drama.
Istana Budaya membantu merancang dan melaksanakan persembahan berkualiti dalam
bidang kesenian di peringkat negara dan antarabangsa. Persembahan kesenian dalam
Istana Budaya terdiri daripada bidang tari, muzik dan drama. Istana Budaya pernah
mengadakan pelbagai persembahan drama Melayu. Salah satu drama yang
dipersembahkan dalam masa terdekat ialah Teater Mak Yung: Raja Besar Maha Gading
oleh Rosnan Rahman di Istana Budaya pada 11-13 Oktober 2019. Selain itu, ada juga
drama Makyung Dewa Indera Indera Dewa yang diarahkan oleh Fatimah Abdullah di
Istana Budaya pada 18 Jun 2011 (Zainuddin Elezaa, 2012).

Selain itu, Istana Budaya juga sangat membantu dalam membawakan perubahan
dan modenisasi dalam drama Melayu. Ini disebabkan drama Melayu tradisional perlu
disesuai dengan zaman kini. Menurut Kathy Foley dan Sabzali Musa Kahn (2012),
mereka menyatakan bahawa Makyung perlu diadaptasikan kepada abad ke-21 ini.
Kedua-dua orang ini menjalankan kajian terhadap drama Raja Tangkai Hati yang
dipentaskan di Istana Budaya pada tahun 2003. Mereka mendapati bahawa Makyung
yang dipentaskan dalam zaman sekarang mempunyai teknik lampu yang bersesuaian
dengan situasi. Contohnya, semasa monolog dalam drama, lampu dimalapkan supaya
dapat menunjukkan perasaan pelakon yang sedih secara psikologi. Ini menunjukkan
bahawa Istana Budaya memberikan ruangan kepada para dramawan supaya dapat
membawakan suatu perubahan dalam drama tradisional negara kita. Ini menjadi satu
platform yang penting untuk melakukan perubahan.

Istana Budaya juga menyediakan khidmat nasihat dan meningkatkan kepakaran seni
persembahan pentas. Pementasan drama bukanlah suatu perkara yang mudah untuk
dilakukan. Ini memerlukan penyediaan yang rapi dalam seluruh aspek penting serta
memerlukan seorang penasihat supaya dapat memperbetulkan segala aspek serta
memberikan nasihat kepada segala kru drama yang menjadi suatu proses
pembelajaran. Salah seorang yang sentiasa menjadi pengarah dan penasihat bagi
drama-drama di Istana Budaya ialah Fatimah Abdullah. Beliau pernah menjadi pengarah
dan penasihat bagi drama Mak Yung seperti Raja Adil, Endeng Tejali dan juga Raja Dua
Serupa di Istana Budaya. Beliau juga terlibat sebagai pengarah dalam drama Dewa
Indera Indera Dewa oleh Rosnan Rahman. Perkhidmatan sebegini dalam Istana Budaya
dapat meningkatkan kualiti persembahan kerana dinasihati dan diajarkan oleh pakar
bidang tertentu. Ini juga memberikan input yang banyak kepada krew dan para pelakon
supaya dapat menghasilkan drama yang lebih baik pada masa depan.

8
5.0 PENUTUP
Tuntasnya, perkembangan drama di Malaysia boleh dikatakan satu proses yang panjang
dan lengkap. Perkembangannya dari tradisional ke pasca moden membuktikan bahawa
drama melalui proses revolusi yang cukup besar. Selain itu, kebanyakan penulis berjaya
menghasilkan skrip drama serta mementaskannya dengan berjaya. Ini dapat disokong
dengan pendapat Sahlan Mohd.Saman (2005), sesebuah skrip drama yang dihasilkan
akan sempurna sekiranya skrip tersebut dipentaskan. Dunia drama harus dikembangkan
lagi supaya dapat dihayati dan dikekalkan. Dramawan zaman kini harus mengingati
bahawa walaupun zaman teknologi sedang membawa drama ke persada dunia tetapi
warisan budaya negara yang telah diturunkan oleh dramawan zaman dahulu harus
dikekalkan dan dibawa ke persada dunia juga melalui teknik-teknik terkini.

9
RUJUKAN

Abdul Rahman Napiah. (2017). Drama Nusantara:Kajian Bandingan Sejarah Dan


Kritikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Awang. (1997). Kritikan Kesusasteraan: Teori dan Penulisan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kathy Foley & Sabzali Musa Kahn . (2003). Staging 'Raja Tangkai Hati" at Istana
Budaya: Modernizing Malaysia 'Mak Yong'. Asian Theatre Journal , 419-436.
Mana Sikana . (1989). Perkembangan dan Perubahan Drama Malaysia Moden . Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka .
Rahmah Bujang . (2016). Perkembangan Drama Bangsawan: Edisi Kedua . Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka .
Sharif Shaary. (1996). Masa. Pelita Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Zainuddin Elezaa. (2012). Reviewing Makyung Dewa Indera Indera Dewa. Asian
Theatre Journal, 432-445.

10

You might also like