You are on page 1of 2

SULIT EDUP3073

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


Semester 2 Tahun 2

PENTAKSIRAN ALTERNATIF: JUN 2020

KAMPUS :

ANGKA GILIRAN :

KOD KURSUS : EDUP3073


KURSUS : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
MASA : 10 JAM
JUMLAH MARKAH : 100

ARAHAN KEPADA CALON


1. Buku soalan ini mengandungi satu bahagian:
Bahagian A : 2 soalan esei (100 markah)

2. Jawab semua soalan Bahagian A.

3. Semua jawapan hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words menggunakan font
Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan hendaklah dilabelkan
dengan nombor angka giliran di sebelah kiri header dan kod kertas peperiksaan di
sebelah kanan header.

4. Calon perlu menghantar jawapan masing-masing kepada pensyarah sebelum atau


pada masa yang ditetapkan melalui media sosial seperti Google Classroom,
whatsapp, telegram atau e-mel. Pastikan peringatan dihantar kepada pensyarah
setelah menghantar jawapan agar pensyarah dapat mengesahkan penerimaan
jawapan calon.

5. Calon perlu menyimpan satu salinan lembut dan satu salinan bercetak sebagai
sandaran sekiranya fail yang dihantar rosak.

6. Calon yang gagal menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan dikira GAGAL
dalam peperiksaan berkenaan.

7. Calon yang didapati meniru atau melakukan kesalahan plagiarisme boleh dikenakan
tindakan tatatertib.

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 2 HALAMAN BERCETAK

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


SULIT EDUP3073

BAHAGIAN A
(100 markah)

Jawab semua soalan.

Soalan 1

Kepelbagaian sosiobudaya merupakan senario lanskap pendidikan di Malaysia dan


kefahaman guru dari segi teori serta peranan mereka dalam konteks tersebut penting, demi
menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Anda dikehendaki mengkategorikan peranan-peranan para guru bagi membina negara


bangsa dalam persekitaran kepelbagaian sosiobudaya di sekolah.

Jawapan yang anda beri perlu disokong oleh hujah-hujah yang bernas dari sumber-sumber
rujukan yang asli, dan disertakan dengan contoh-contoh yang sesuai. Penulisan yang
anda laksanakan perlulah berorganisasi dan bersitematik.

Penulisan esei anda mestilah tidak melebihi 1000 patah perkataan.

[50 markah]

Soalan 2

Dengan berinspirasikan hasrat untuk kesemua murid di Malaysia berhak mendapat


kesemarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mencapai potensi mereka,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merancang pelbagai program untuk
mencapai matlamat tersebut yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia PPPM 2013-2025 (PPPM 2013-2025).

Anda dikendaki membuat penilaian terhadap program-program pendidikan bagi mencapai


matlamat kesemarataan pendidikan kepada murid seperti yang terkandung dalam PPPM
2013-2025 itu.

Jawapan yang anda beri perlu disokong oleh hujah-hujah yang bernas dari sumber-sumber
rujukan yang asli, dan disertakan dengan contoh-contoh yang sesuai. Penulisan yang
anda laksanakan perlulah berorganisasi dan bersitematik.

Jawapan anda hendaklah tidak melebihi 1000 patah perkataan.

[50 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 2 HALAMAN BERCETAK

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

You might also like