You are on page 1of 7

3.

0 TUGASAN A (b)

3.1 Pendahuluan

Penilaian merupakan satu proses memperolehi maklumat kuantitatif bagi menentukan


perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi
maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan
keberkesanan kurikulum. Penilaian dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi
pengajaran guru berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau keseluruhan kurikulum.
Penilaian yang dilaksanakan di sekolah dan bilik darjah pula merujuk kepada proses
pengumpulan, analisis, sintesis dan interpretasi keseluruhan maklumat berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan membantu pihak sekolah membuat keputusan
bagi membuat penanbahbaikan serta mencapai matlamat dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Penilaian autentik merupakan bentuk penilaian di mana pelajar diminta untuk


melaksanakan tugas-tugas dalam dunia sebenar yang menunjukkan penggunaan
pengetahuan dan kemahiran yang penting. (Mueller, 2014). Penilaian autentik secara
umumnya ditakrifkan sebagai kaedah penilaian yang merupakan alternatif selain penilaian
tradisional seperti ujian pensel-kertas. Penilaian autentik memerlukan pelajar untuk
menunjukkan kemahiran dan pengetahuan yang mana tidak dapat dinilai dengan
menggunakan ujian yang ditetapkan masa seperti pentaksiran sumatif. Ia bertujuan untuk
mendedahkan kemahiran pemikiran kritikal dan mentaksir pelajar dengan meminta pelajar
untuk menyelesaikan tugasan terbuka yang mengambil tempoh lebih daripada satu kelas
untuk melengkapkannya (Companies, 2011).

Justeru itu, penilaian autentik merupakan penilaian yang memerlukan pelajar untuk
menghasilkan atau mencipta jawapan sendiri terhadap sesuatu persoalan, boleh berbentuk
esei atau lukisan, yang bertentangan dengan kaedah memilih daripada jawapan yang telah
diberikan, seperti yang lazimnya dilihat pada ujian aneka pilihan. Pentaksiran autentik
termasuk menjawab soalan pendek, esei, penilaian prestasi, persembahan lisan,pameran,
dan juga portfolio. Ia menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengekspresikan diri secara
kreatif melalui pilihan pelajar sendiri.

7
3.2 Kesan Penilaian Autentik kepada Pengajaran dan Pembelajaran di
Sekolah Rendah

3.2.1 Meningkatkan kemahiran berfikir

Penilaian autentik mampu membantu murid dalam meningkatkan kemahiran berfikir


ke aras yang lebih tinggi dan mentaksir pembelajaran secara konstruktif. Pelajar mempunyai
peluang untuk menunjukkan apa yang mereka belajar. Pentaksiran autentik memberi
tumpuan kepada perkembangan dan prestasi pelajar tersebut iaitu, sekiranya seorang pelajar
gagal untuk melaksanakan tugas yang diberikan pada masa tertentu, pelajar tersebut masih
mempunyai peluang untuk menunjukkan kebolehan pada bila-pbila masa yang berbeza dan
keadaan yang berbeza. Penilaian autentik juga memerlukan pelajar untuk menunjukkan
kemahiran dan pengetahuan yang mana tidak dapat dinilai dengan menggunakan ujian yang
ditetapkan masa seperti pentaksiran sumatif (Boon, Leo & Lawrence, 2017). Ia bertujuan
untuk mendedahkan kemahiran pemikiran kritikal dan mentaksir pelajar dengan meminta
pelajar untuk menyelesaikan tugasan terbuka yang mengambil tempoh lebih daripada satu
kelas untuk melengkapkannya (Companies, 2011).

3.2.2 Menyediakan medium bagi kreativiti

Seterusnya, penilaian autentik juga merupakan penilaian yang menyediakan peluang


kepada pelajar untuk mengekspresikan diri secara kreatif melalui pilihan pelajar sendiri. Boon
Leo dan Lawrence (2017) menyatakan bahawa murid mampu menghasilkan atau mencipta
jawapan sendiri terhadap sesuatu persoalan, boleh berbentuk seperti secara lisan, penulisan
atau lain-lain kaedah yang relevan dengan tugasan yang diberikan. Contoh jenis penilaian
autentik termasuk menjawab soalan pendek, esei, penilaian prestasi, persembahan
lisan,pameran, dan juga portfolio. Penilaian autentik merupakan aktiviti penilaian yang
dijalankan tidak seperti pentaksiran yang menekankan konsep pensel-kertas untuk menguji
dan mengukur.Maka, pentaksiran autentik boleh dirujuk sebagai pentaksiran formatif atau
pentaksiran untuk pembelajaran.

3.2.3 Pembelajaran secara berterusan

Penilaian autentik juga merupakan proses pembelajaran secara berterusan. Menurut


Boon, Leo dan lawrence (2017), ia dapat diintegrasikan dalam sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran. Penilaian ini dijalankan untuk memastikan setiap pelajar memahami dan dapat
menterjemah kehendak tugasan. Guru juga mampu membantu meningkatkan prestasi pelajar
berdasarkan penilaian. Pentaksiran yang bersifat autentik adalah pentaksiran kerja kursus/
portfolio, projek, persembahan, aktiviti jasmani, kokurikulum, sahsiah, budi pekerti dan
pembinaan jati diri pelajar dapat dilaksanakan, malahan proses pembinaan modal insan yang

8
holistik dapat juga diteruskan sejajar dengan saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin (Khan, 2009). Pembelajaran juga dapat dikuasai oleh murid secara
langsung atau tidak apabila melaksanakan aktiviti pentaksiran yang seiring dan bersepadu
dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

3.2.4 Mengukur kepelbagaian atribut murid

Bukan itu sahaja, penilaian autentik juga dapat dilaksanakan melalui kepelbagaian
aktiviti dan mengukur murid secara langsung. Berikut merupakan gambaran aktiviti terhadap
pengajaran dan pembelajaran yang dapat diberikan dengan menggunakan pelbagai
pentaksiran dalam penilaian autentik:

a) Pentaksiran prestasi -

Penilaian distrukturkan berdasarkan sesuatu masalah atau situasi sebenar. Pelajar


dikehendaki mencipta sesuatu produk atau merumuskan tindak balas yang menunjukkan
penguasaan dalam kemahiran atau kefahaman tentang proses atau konsep.

b) Pemerhatian guru -

Pelajar- pelajar diperhatikan apabila terlibat dalam pelbagai tugas atau aktiviti dengan
menggunakan senarai semak, skala kedudukan, dan sebagainya untuk merekodkan prestasi
pelajar dalam mencapai satu penanda aras yang tertentu.

C) Persidangan -

Guru berdialog dengan pelajar, menilai kemajuan pelajar untuk mencapai satu atau lebih
matlamat yang tertentu.

d) Pentaksiran sendiri -

Hasil kerja murid dinilai dengan kriteria taksiran yang dibangunkan oleh guru atau pelajar

e) Pentaksiran rakan sebaya -

Pelajar menilai kerja antara satu sama lain dengan kriteria penilaian yang dibangunkan oleh
guru atau pelajar-pelajar.

f) Pentaksiran kerja kursus / portfolio -

Kerja pelajar direkodkan dalam koleksi bahan-bahan yang dipersetujui oleh pelajar atau guru,
menjangkaui tempoh masa, yang menggambarkan proses pembelajaran pelajar,
perkembangan, dan pencapaian dalam cara yang teratur dan sistematik.

9
3.3 Cabaran-cabaran pelaksanaan penilaian autentik

3.3.1 Masa yang panjang dan komitmen yang tinggi

Salah satu cabaran yang dihadapi ialah pentaksiran amat memerlukan masa dan
komitmen yang tinggi. Proses pentaksiran ini seharusnya tidak dilakukan sekali dua sahaja
tietapi perlu dilakukan secara berterusan. Kaedah pentaksiran harus dilaksanakan secara
berterusan dan sesuai dengan perkembangan kanak-kanak serta berasaskan kaedah saintifik.
Hal ini kerana, kanak-kanak sentiasa berubah dan mudah terpengaruh dengan keadaan
sekeliling. Mereka juga boleh mengalami ganggunan emosi disebabkan oleh orang-orang
sekeliling terutamanya rakan, ibu bapa dan guru. Faktor ini boleh menjejaskan keputusan
penilaian. Oleh itu, penilaian perlu dibuat secara berterusan agar guru dapat merekod
perkembangan murid dengan tepat. Kaedah yang digunakan adalah penilaian berasaskan
kriteria dan bukan perbandingan antara murid. Oleh itu, guru amat memerlukan masa dan
komimten dalam penyediaan pentaksiran tersbut.

3.3.2 Pemilihan instrumen yang sesuai untuk semua murid

Seterusnya, cabarannya ialah pemilihan instrumen yang sesuai untuk semua murid
dalam melaksanakan pentaksiran. Pemilihan instrumen haruslah sesuai dengan perkara yang
ingin difokuskan. Instrumen yang dibina dan dipilih haruslah mempunyai tujuan yang jelas,
item boleh diukur dengan jelas dan menepati apa yang hendak dinilai. Pemilihan instrumen
yang kurang sesuai akan menyebabkan guru sukar mendapatkan maklumat yang betul dan
tepat. Dalam prinsip pentaksiran yang kedua seperti yang dinyatakan oleh Surayah dan
Haslinda (2009), pentaksiran dan penilaian haruslah mempunyai perancangan, strategi dan
instrumen penilaian yang berbeza-beza sesuai dengan tujuan penilaian dan hasil
pembelajaran. Kekurangan instrumen yang sesuai dalam melaksanakan pentaksiran dan
penilaian ini akan menyebabkan guru mengalami masalah dalam menilai perkembangan
murid.

3.3.3 Profesionalisme guru

Cabarannya ialah guru juga perlu mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam
pelaksanaan pentaksiran. Kekurangan pengetahuan, latihan dan kemahiran serta sumber
material menambahkan lagi ketidaksediaan guru dalam melaksanakan pentaksiran. Dalam
kajian Radin (2008) telah mendapati ibu bapa mempertikai cara guru mata pelajaran membuat
pentaksiran. Sehubungan itu, kekurangan pengetahuan dan kemahiran guru menjadi faktor
campur tangan ibu bapa dan mereka sering menyalahkan guru. Sehubungan itu , guru perlu
membuat perancangan yang baik dan teliti. Perancangan yang baik merangkumi aktiviti
merancang, membina instrumen, menentukan kaedah pentaksiran dan seterusnya merekod

10
maklumat yang dikumpul. Pentaksiran yang tidak dirancang dengan baik akan menyebabkan
guru tidak mendapat maklumat yang sahih dan terperinci mengenai murid yang dilihat. Hal
ini juga berkait rapat dengan kemahiran guru dalam melaksanakan penilaian.

3.3.4 Penutup

Pentaksiran autentik atau pentaksiran pembelajaran merupakan salah satu pilihan


dalam sistem pentaksiran yang dapat memperkayakan pengetahuan guru dan pelajar melalui
kepelbagaian aktiviti serta berupaya meningkatkan pembelajaran pelajar melalui produk yang
dihasilkan di sekolah-sekolah.Oleh itu, pentaksiran yang berkesan bukan hanya bergantung
kepada tafsiran dan analisis tetapi juga berkait rapat dengan instrumen terhadap sesuatu
domain perkembangan pelajar.Sehubungan dengan itu, guru-guru perlu memahami, mahir
dan berupaya mengamalkan penggunaan pelbagai jenis instrumen pentaksiran yang sesuai
dengan sasaran utama pendidikan.Guru-guru juga harus melakukan refleksi kritikal terhadap
amalan yang digunakan agar dapat mengenal pasti kelemahan yang wujud ketika sesi
pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran.

11
RUJUKAN

Adimin, J. (2011). Peperiksaan vs Pentaksiran. Diperolehi daripada


http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2008&dt=0303&pub=DuniaPendidika
n&sec=Perspektif&pg=ps_01.htm

Airasian, P.W. ( 2004 ). Classroom Assessment; Concept and Applications ; ( 5thed );


McGraw-Hill

Aurbach, & Associates, I. (2011). About Alternative Assessment,


from.http//www.aurbach.com/alt_assess.html

Bailey, K. M. (1998). Learning About Language Assessment: Dilemmas, Decisions, and


Directions ; Heinle & Heinle Publisher.

Begum, M., & Farooqui,S. (2008). School Based Assessment : Will it Really Change the
Educational Scenario in Bangladesh ?. International Education Studies, Vol.1 (2 ),
45-53.

Boon Pong Ying et al. (2017). SPG Pentaksiran dalam Pendidikan. Siri Pendidikan Guru.
Oxford Fajar

Companies, M. H (2011). Alternative Assessment Primer,


fromhttp//teachingtoday.glencoe.com/howtoarticles/alternative-assessment-
primer.

Dikli, S. (2003). Assessment at a Distance :Traditional vs Alternative Assessment.The Turkish


Online Journal of Education Technology-TOJET,2 (3)

Fakhri Abdul Khalil & Mohd Isha Awang (2016). Isu Kesediaan Guru dalam Amalan
Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. DUCATUM – Journal of Social
Science

Ghafar, M. A. (2011).Pembinaan & Analisis Ujian Bilik Darjah ( 2nd ed. Vol.371.26 );Penerbit
UTM Press.

Ghani, T.H,. (2008). Membangun Modal Insan. Diperolehi


daripada.http://sppkkedah.blogsport.com/2009/10/membangun-modal-insan.html

Khan, A. (2009). Tidak Lagi Bergantung 100% Kepada Peperiksaan - TPM. Diperolehi
daripada..http://sppkkedah.blogspot.com/2009/10/tidak-bergantung-100-kepada
peperiksaan.html.

12
Logsdon, A.(2011). Alternative Assessment-What Is an Alternative Assessment. Diperolehi
daripada
http://learningdisabilities.about.com/od/learning_disability_term_A/g/alternative_a
ssesment.htm.

Nor Hashimah Hashim. 2000. Pemahaman guru terhadap penerapan nilai-nilai murni di dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Laporan penyelidikan Pusat
Pengajian llmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia.

Radin Mohd Shamsul Zahri. (2008). Penilaian program pentaksiran kerja kursus berasaskan
sekolah. Teknologi kejuruteraan SPM. Tesis Ijazah Sarjana yang tidak diterbitkan.
Bangi: Univerisiti Kebangsaan Malaysia.

Salmiah J., Ramiah H., Ab. Rahim B., & Abdullah M.R. (2011). Keprihatinan guru dalam
pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah: Perubahan dalam penilaian
pendidikan. Seminar Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2011. Prosiding
Seminar Majlis Dekan-dekan Pendidikan IPTA. Serdang, Selangor: Universiti
Putra Malaysia

Saptu, M., & Said, H. (2011). Pentaksiran Alternatif dalam Memperkayakan Pengetahuan dan
Meningkatkan Pembelajaran.

Suraya Zaidon, HaslindaMd. Ali (2009). Penilaian dalam Pendidikan Prasekolah. Kuala
Lumpur: Pts Professional Publishing Sdn. Bhd

13

You might also like