You are on page 1of 29

5.

PENGURUSAN KRISIS DALAM PENDIDIKAN


KESELAMATAN
PENGURUSAN KESELAMATAN MENGHADAPI KRISIS DAN
BENCANA-ARAHAN KESELAMATAN MURID

1.0 Definisi
Keselamatan murid dalam menghadapi risiko kemalangan akibat
daripada bencana memerlukan perhatian serius kerana ia boleh
mengakibatkan kemalangan jiwa dan kemusnahan harta benda
sekiranya semua pihak tidak peka dan akur kepada peraturan
keselamatan. Kesiapsiagaan pihak sekolah adalah menjadi satu
kemestian dalam menghadapi sebarang risiko bencana. Dalam
arahan ini, Krisis dan Bencana termasuklah kejadian banjir,
kebakaran, tanah runtuh, gempa bumi, jerebu, tsunami atau
sebarang bahaya serta kecelakaan yang boleh menimpa warga
sekolah.
2.0 Matlamat
Sekolah sentiasa mempunyai keupayaan dan
kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang risiko akibat
sesuatu bencana.

3.0 Objektif
3.1 Pihak sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersiap
sedia menghadapi sebarang krisis dan bencana.
3.2 Mengurangkan kemalangan jiwa dan kemusnahan harta
benda jika berlaku sebarang bencana
3.3 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam
menghadapi bencana dan musibah di kalangan warga
sekolah.
4.0. ARAHAN KESELAMATAN BERKAITAN
KEBAKARAN.

4.1. Sebelum.
•4.1.1. Sekolah hendaklah mengadakan
ceramah dan latihan kebakaran yang teratur
terhadap semua warga sekolah.
•4.1.2. Sekolah hendaklah melakukan
pemeriksaan berkala terhadap sistem
pendawaian elektrik dan alat pemadam api.
•4.1.3. Sekolah hendaklah memastikan
semua peralatan atau bahan yang
menggunakan sumber yang boleh
menyebabkan kebakaran diselia,
diselenggara dan sentiasa berada dalam
keadaan baik dan selamat untuk digunakan.
4.1.4.Sekolah hendaklah menyediakan pelan laluan
kecemasan dan pelan kontigensi ketika menghadapi
kebakaran.

4.1.5. Sekolah hendaklah sentiasa mendapatkan pandangan


dan khidmat nasihat pencegahan kebakaran daripada
pihak berkuasa yang berkenaan seperti bomba.

4.1.6.Sekolah hendaklah memastikan tatacara keselamatan


berkaitan kebakaran dipamerkan di tempat-tempat
yang strategik.

4.1.7.Sekolah hendaklah mempamerkan nombor talian


bantuan kecemasan di papan kenyataan sekolah.
4.2. Semasa.

4.2.1 Sekolah hendaklah memastikan warganya


tidak cemas sekiranya ada tanda-tanda
kebakaran yang dilaporkan.
4.2.2 Sekolah hendaklah memastikan semua
warganya meninggalkan tempat masing-
masing apabila penggera seperti loceng
kecemasan berbunyi.
4.2.3 Sekolah hendaklah memastikan semua
warganya mematuhi laluan-laluan
kecemasan dan tempat-tempat berkumpul
seperti yang telah ditetapkan.
4.2.4 Sekolah hendaklah memeriksa dan
memastikan jumlah warganya mencukupi
seperti rekod kehadiran hari tersebut.

4.2.5 Sekolah hendaklah segera menghubungi


bomba bagi membantu mengawal
kebakaran.

4.2.6 Sekiranya ada sebarang kecederaan,


bantuan kecemasan awal hendaklah
diberikan segera dengan menghantar
mangsa ke hospital/klinik yang
berdekatan.
4.3 Selepas

4.3.1 Sekolah hendaklah memastikan warga sekolah


tidak menghampiri kawasan bekas kebakaran
bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini
dan kemusnahan barang bukti.

4.3.2 Sekolah hendaklah menguruskan urusan


insuran jika berkenaan.

4.3.3 Sekolah hendaklah menghubungi ibu


bapa/penjaga murid sekiranya ada murid
menjadi mangsa kebakaran.

4.3.4 Sekolah hendaklah segera membuat laporan


polis tentang kebakaran yang berlaku.
4.3.5 Sekolah hendaklah membuat laporan awal
berkaitan kejadian dan dihantar kepada
PPD/JPN.

4.3.6 Sekolah hendaklah mendapatkan laporan


pihak berkaitan punca-punca kebakaran dan
menyediakan laporan secara keseluruhan
untuk dihantar kepada PPD/JPN.

4.3.7 Sekolah hendaklah memastikan kawasan


kebakaran dibersihkan setelah siasatan
selesai.
5.1 SEBELUM

5.1.1. Sekolah hendaklah mendapatkan maklumat


berkaitan keadaan cuaca semasa dan
memaklumkan kepada warga sekolah yang
tinggal di kawasan-kawasan yang sering
dilanda banjir.

5.1.2. Sekolah hendaklah menyediakan pelan


tindakan dan pelan kontigensi menghadapi
bencana banjir.

5.1.3. Sekolah hendaklah mengenal pasti laluan


alternatif yang selamat ke sekolah ketika
berlaku banjir.
5.1.4. Sekolah hendaklah memastikan sistem
saliran dan perparitan di sekolah sentiasa
dalam keadaan baik.

5.1.5.Sekolah hendaklah menyediakan bantuan


dan kemudahan kepada calon-calon yang
mengambil peperiksaan awam.

5.1.6.Sekolah hendaklah memastikan warga


sekolah mengetahui nombor-nombor talian
kecemasan untuk dihubungi apabila
berlaku banjir.
5.1.7.Sekolah hendaklah mempunyai bekalan
jaket keselamatan yang mencukupi.

5.1.8.Sekolah hendaklah memastikan semua


dokumen penting disimpan di tempat yang
selamat.

5.1.9.Sekolah hendaklah mempunyai peralatan


bantuan kecemasan.

5.1.10.Sekolah hendaklah memastikan arahan


pihak berkuasa dipatuhi pada setiap
masa.
5.2 SEMASA
5.2.1 Pihak sekolah hendaklah
menasihati murid-murid supaya tidak
bermain air ketika banjir.

5.2.2 Sekolah hendaklah memastikan suis


utama elektrik dimatikan.
5.2.3 Sekolah hendaklah memastikan warganya
berada di tempat yang selamat sehingga
mendapat bantuan daripada pihak
berwajib.
5.2.4 Sekolah hendaklah melaporkan segera
status keadaan banjir kepada PPD/JPN.

5.2.5 Sekolah hendaklah memastikan arahan


pihak berkuasa dipatuhi pada setiap
masa.

5.2.6 Sekolah hendaklah mendaftar/merekod


warga sekolah yang terlibat dengan
banjir.
5.3. SELEPAS

5.3.1 Sekolah hendaklah mendapatkan


perkhidmatan kesihatan jika terdapat tanda-
tanda penyakit berjangkit semasa musim
banjir.

5.3.2.Sekolah hendaklah menasihatkan warganya


untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan.
5.3.3. Sekolah hendaklah memastikan tebing-tebing di
persekitaran sekolah yang berkemungkinan
runtuh akibat hujan lebat diperbaiki.
5.3.4. Sekolah hendaklah memastikan kerja-kerja
pembersihan dilakukan sejurus selepas musim
banjir.

5.3.5. Sekolah hendaklah memastikan semua bentuk


bantuan persekolahan murid diurus dengan
segera.

5.3.6. Sekolah hendaklah melaporkan segala


kerosakan yang berlaku ketika banjir kepada
PPD/JPN untuk tindakan segera.
 KEMARAU / PANAS
BERPANJANGAN
6.1. KEMARAU / PANAS BERPANJANGAN
6.1.1. Sekolah hendaklah mendapatkan
pengesahan daripada pihak berkuasa
berkaitan ancaman kemarau / panas
berpanjangan.

6.1.2. Sekolah hendaklah memastikan murid-murid


tidak menjalankan aktiviti di luar bilik darjah
setelah mendapat nasihat daripada pihak
berkuasa.

6.1.3. Sekolah hendaklah menasihatkan warganya


meminum air secukupnya.
6.1.4. Sekolah hendaklah menasihatkan
warganya mendapatkan pemeriksaan
kesihatan sekiranya ada tanda-tanda
penyakit.

6.1.5. Sekolah hendaklah


memaklumkan tentang perubahan
cuaca dari masa ke semasa kepada
warganya.
6.2.1. Sekolah hendaklah mengelakkan aktiviti yang
boleh mendedahkan murid kepada keadaan
cuaca yang boleh menjejaskan kesihatan mereka.

6.2.2.Sekolah hendaklah memastikan warganya agar


tidak melakukan aktiviti pembakaran secara
terbuka dalam kawasan sekolah.

6.2.3 Sekolah hendaklah menasihatkan warganya


menggunakan topeng pernafasan ketika
melakukan aktiviti di luar bilik darjah.

6.2.4.Sekolah hendaklah menasihatkan warganya


sentiasa memasang lampu ketika menunggang
basikal atau motosikal.
6.2.5.Sekolah hendaklah sentiasa mendapatkan
maklumat terkini daripada pihak berkuasa
berkenaan ancaman jerebu.

6.2.6.Sekolah hendaklah mengawasi sebarang


aktiviti murid ketika berlaku jerebu.

6.2.7.Sekolah hendaklah mempunyai data murid yang


mempunyai penyakit akibat ancaman jerebu.
KILAT DAN RIBUT PETIR
6.3 Kilat dan Ribut Petir

6.3.1 Sekolah dilarang menjalankan aktiviti di tempat


lapang/terbuka semasa cuaca buruk dan adanya
hujan, kilat atau ribut petir

6.3.2 Sekolah hendaklah memastikan semua aktiviti


dihentikan apabila keadaan menjadi gelap kerana
hendak hujan.

6.3.3 Sekolah hendaklah memastikan semua


warganya tidak berada berhampiran bahan api, bahan
logam, cermin serta tidak berlindung di bawah pokok
besar, bangsal terbuka dan kawasan tinggi ketika ribut
petir

6.3.4 Sekolah hendaklah memberikan latihan menghadapi


cuaca buruk termasuklah hujan lebat , kilat atau ribut
petir.
GEMPA BUMI DAN
TANAH RUNTUH
Gempa Bumi dan Tanah Runtuh

6.4.1 Sekolah hendaklah memastikan bangunan diperiksa


oleh pihak berkuasa bagi menentukan kestabilan
strukturnya.

6.4.2 Sekolah hendaklah memastikan tebing-tebing di


persekitaran sekolah yang berkemungkinan runtuh
akibat hujan lebat diperbaiki dengan segera.

6.4.3 Sekolah hendaklah memastikan warga sekolah


diberi latihan menghadapi bencana gempa bumi
dan tanah runtuh ( Rujuk Buku Panduan
Menghadapi Bencana oleh Bahagian Keselamatan
Negara, Jabatan Perdana Menteri dan Buku
Panduan yang diterbitkan oleh UNICEF ).
Gempa Bumi dan Tanah Runtuh
6.4.4 Sekolah hendaklah memastikan pihak
berwajib dihubungi.

6.4.5 Sekolah hendaklah memastikan bantuan


diberikan kepada warga sekolah yang
tercedera dengan kadar segera.

6.4.6 Sekolah hendaklah melaporkan kejadian


kepada PPD/JPN.

You might also like