You are on page 1of 5

POLISI KESELAMATAN PENCEGAHAN KEBAKARAN

Pendahuluan.

Kebelakangan ini isu masalah kebakaran di sekolah menjadi isu hangat


diperkatan di media masa.Di Sarawak, terdapat dua kes menonjol, iaitu di
Sessang dan Sk Iban Union, Sibu yang melibatkan kebakaran asrama.
Dalam kedua-dua kes, beberapa nyawa pelajar telah diragut api. Laporan
umum menyebutkan tentang perlunya sekolah mempunyai dan menyediakan
set- set peraturan serta kawalan untuk mencegah kebakaran berlaku. Untuk
mengelakkan tuduhan liar daripada pihak awan tentang longgarnya
peraturan-peraturan di sekolah maka adalah perlulah sekolah
mendokumentasikan segala peraturan serta langkah dan tatacara tindakan
yang sedia ada yang perlu diambil apabila berlaku kebakaran.

Definisi.

Merupakan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa


menghadapi kejadian-kejadian sehingga melibatkan kerosakan harta benda
atau / dan kehilangan nyawa apabila berlaku kebakaran.

Objektif.

1. Mengenalpasti punca-punca berlakunya kebakaran.


2. Membenteras kejadian kebakaran di sekolah.
3. Mewujudkan sausana selamat di sekolah.
4. Melahirkan warga sekolah yang sentiasa peka terhadap bahayanya
kebakaran.

Punca-Punca Kebakaran.

1. Litar Pintas
2. Sabotaj
3. Wayar dan suis terdedah
4. Penggunaan alat eletrik yang rosak
5. Menyambung wayar eletrik secara illegal oleh pelajar
6. Pengunaan lilin dan pelita di asrama.
7. Membakar samah didalam / dekat bangunan sekolah.

1
Peranan Murid.

1. Mematuhi peraturan-peraturan sekolah.


2. Melapor kerosakan pada suis, wayar dan alat eletrik di sekolah.
3. Jangan menyambung wayar sesuka hati.
4. Tidak menggunakan sebarang peralatan elektrik tanpa pengetahuan
dan kebenaran guru.
5. Melaporan kegunaan pelita dan lilin.
6. Memastikan sampah yang dibakar tidak di dalam atau dekat bangunan
sekolah.
7. Memaklumkan guru tentang sebarang aktiviti memasak tidak dilakukan
di dalam bangunan kecuali dalam dapor yang dikhskan.

Peranan Guru / Warden Asrama / Pentadbir..

1. Meronda kawasan sekolah setiap masa.


2. Menyebarkan maklumat berkaitan kebakaran melalui poster, risalah
dan ceramah.
3. Membaiki dan mengganti sebarang komponen elektrki yang rosak
dengan kada segera.
4. Mengingatkan pelajar tentang tatacara tindakan yang perlu diambil
sekiranya berlaku kebakaran di kawasan sekolah.
5. Mengadakan program kesedaran dan latihan kebakaran bersama
Jabatan Bomba dan Penyelamat.
6. Menyediakan kemudahan alat pemadam api di semua bangunan di
sekolah dan memastikan keadaannya sentiasa baik.
7. Mewujudkan keadaan selesa di asrama agar ianya tidak begitu sesak
sehingga boleh melambatkan proses pengosongan apabila berlaku
kebakaran.

Peranan Ibubapa.

1. Memberi didikan kepada anak-anak tentang bahayanya arus eletrik.


2. Sentiasa mengingatkan anak-anak supaya mematuhi semua
peraturan sekolah.

PANDUAN KESELAMATAN SEKIRANYA BERLAKU


KEBAKARAN.

Langkah-langkah Pencegahan Kebakaran ( Langkah awal )

Tatacara Murid.

1. Laporkan kepada guru sekiranya ada terjumpa wayar terdedah, suis


rosak dan lain-lain, segera.

2
2. Laporkan juga sekira terjumpa pelajar lain yang menggunakan alat
elektrik seperti heater dan seterika. Begitu juga buat laporan kepada
guru tentang penggunaan pelita dan lilin.

Tatacara Guru / Warden Asrama.

1. Kerap buat rondaan.


2. Sebarang laporan kerosakan eletrik yang diterima daripada pelajar
mesti dicatat dalam borang untuk maklumam Pengetua .
3. Selepas mendapat kelulusan Pengetua, ketua kerani tadbir boleh
mengarahkan PAR menggantikan / membaiki bahagian yang rosak.
4. Menyediakan alat-alat pemadam api di bangunan-bangunan sekolah.
5. Mengadakan latihan kebakaran sekurang-kurangnya sekali setahun.

Apabila Kebakaran Berlaku.

Tatacara Pelajar.

1. Menjerit api!, api!, api!.


2. Bunyikan loceng kecemasan.
3. Gerakkan rakan-rakan yang masih tidur.
4. Bergerak ke kawasan yang lapang untuk diambil kedatangan.
5. Laporkan kepada guru dan pengawas asrama

Tatacara Guru / Warden / PK HEM.

1. Telefon Bomba dan Polis


2. Bantu dan kawal pelajar keluar daripada kawasan kebakaran
3. Ambil kedatangan pelajar
4. Hubungi ambulan / Hospital
5. Buat laporan bertulis di Balai Polis tentang sebarang kehilangan dan
kerosakan.
6. Hubungi ibubapa jika ada pelajar terlibat sebagai mangsa.
7. Buat laporan ke Jabatan Pendidikan Negeri.
8. Uruskan tuntutan Insurans Takaful sekiranya ada pelajar jadi mangsa.

3
PANDUAN DAN LANGKAH KESELAMATAN APABILA
ERLAKU KEBAKARAN

TANDA KECEMASAN
LOCENG KECEMASAN DIBUNYIKAN BERPANJANGAN (BERTERUSAN)
SELAMA BEBERAPA MINIT

LANGKAH KESELAMATAN
1. MENDENGAR ARAHAN GURU YANG BERADA DI DALAM KELAS.

2. JANGAN CEMAS. HENTIKAN SEMUA AKTIVITI.

3. SEMUA SUIS ELEKTRIK HENDAKLAH DI TUTUP BEGITU JUGA TINGKAP


DAN PINTU

4. SEMUA BEG DAN BARANG-BARANG LAIN HENDAKLAH


DITINGGALKAN DI BILIK DARJAH KECUALI DOMPET DUIT DAN KAD
PENGENALAN DI BAWA BERSAMA KE TEMPAT BERKUMPUL.

5. BERBARIS SEGERA DI LUAR BILIK DARJAH DAN GURU MENGIRINGI


MURID KE TEMPAT BERKUMPUL.

6. GURU KELAS AKAN MEMBAWA BUKU REKOD KEDATANGAN KELAS


KECUALI BUKU REKOD ITU ADA DI PEJABAT. BUKU REKOD YANG
BERADA DI PEJABAT AKAN DIBAWA OLEH KERANI

7. GURU AKAN MEMBERI ARAHAN SUPAYA BERJALAN DENGAN PANTAS


DENGAN MENGIKUT LALUAN KECEMASAN KE TEMPAT BERKUMPUL
YANG TELAH DI TETAPKAN.

8. MURID-MURID HENDAKLAH MENGIKUT LALUAN YANG PALING


DEKAT DENGAN MEREKA UNTUK PERGI KETEMPAT BERKUMPUL.

9. JIKA LALUAN YANG PALING DEKAT DI DAPATI TIDAK SELAMAT,


MURID-MURID BOLEHLAH MENGGUNAKAN LALUAN PILIHAN KEDUA
YANG PALING HAMPIR DENGAN MEREKA.

10. JANGAN BERLARI-LARI, MENJERIT-JERIT, MEMBUAT BISING, CEMAS


DAN KELAM KABUT.

11. JANGAN MASUK SEMULA KE KELAS UNTUK MENGAMBIL BARANG


YANG TERTINGGAL.

12. MURID YANG BERADA DI LUAR KELAS, HENDAKLAH TERUS KE


TEMPAT BERKUMPUL.

13. GURU KELAS HENDAKLAH MEMASTIKAN SEMUA MURID DI DALAM


KELASNYA SAMA DENGAN JUMLAH KEDATANGAN MURID PADA HARI
ITU.

4
14. SEMUA WARGA SEKOLAH DIWAJIBKAN BERKUMPUL DI TEMPAT
YANG TELAH DI TETAPKAN BILA LOCENG KECEMASAN DIBUNYIKAN.

15. MENDENGAR ARAHAN SELANJUTNYA DARI PIHAK GURU BESAR/GPK


SATU/GPK HEM/PIHAK BOMBA.

You might also like