You are on page 1of 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

KOTA KINABALU, SABAH


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP)

[BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH]


AMBILAN JUN 2020 (KEMASUKAN OGOS 2020)
KERJA KURSUS PELAJAR
SEMESTER 1 TAHUN 1
SESI OGOS – DISEMBER 2020

: CAROL IRENE PAUKIN


NAMA PELAJAR
: 011214120694
NO KAD PENGENALAN
: 2020072340078
ANGKA GILIRAN
: PISMP / BAHASA MELAYU SK 2
KUMPULAN/UNIT
: OGOS – DISEMBER 2020 / 1
SESI/TAHUN
: PKES 3013 PENDIDIKAN SEKSUALITI DAN
KOD/NAMA KURSUS
KEKELUARGAAN

TUGASAN 1 TUGASAN 2 TUGASAN 3


TAJUK TUGASAN PEMBENTANGAN
PENULISAN KUIZ
KUMPULAN
ESEI
TARIKH MULA 07/10/2020 16/11/2020 18/11/2020

TARIKH HANTAR 13/11/2020 20/11/2020 18/11/2020

NAMA PENSYARAH : K.RAJA A/L M.KANAPATHY


JABATAN / UNIT : JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Dengan ini saya mengaku bahawa saya TANDATANGAN TARIKH


telah menerima maklum balas dari
pensyarah kerja kursus ini dan saya
telah merujuk dan memahaminya.
Penghargaan

Syukur dan segala puji bagi Tuhan dengan segala limpah dan kurnia-Nya, akhirnya
saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus bagi kod dan mata pelajaran PKES3013
Pendidikan Keselamatan dan Kekeluargaan. Kalungan budi junjungan kasih saya kalungkan
buat pensyarah saya iaitu Dr. Rahmah binti Abdul Ghani atas segala penerangan, tunjuk ajar
dan juga segala nasihat yang telah beliau berikan sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.
Sesungguhnya, segala kerjasama dan bantuan beliau saya rakamkan dengan setinggi-tinggi
penghargaan.

Jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang turut banyak
membantu saya sama ada secara langsung atau secara tidak langsung terutamanya dalam
memberikan pendapat dan idea berkenaan tugasan ini walaupun hanya dari jauh. Tidak lupa
juga kepada ibu bapa dan ahli keluarga yang turut menyumbang dari segi sokongan moral
serta semua pihak yang terlibat dalam tempoh yang ada bagi saya untuk menyiapkan kerja
kursus ini. Sekian, terima kasih.

1
Kandungan

TAJUK MUKA SURAT

1.0 Pengenalan……………………………………………………………………………..3

2.0 Keberhasilan dan Impak kepada Gaya Hidup Masyarakat………………………..4

3.0 Cadangan Penambahbaikan………………………………………………………….6

4.0 Penyelesaian Alternatif………………………………………………………………...8

5.0 Kesimpulan……………………………………………………………………………...9

Bibliografi…………………………………………………………………………………….10

Lampiran……………………………………………………………………………………..11

2
1.0 Pengenalan

Menurut Powell dan Graves (2003), feminin dikategorikan sebagai kriteria-kriteria yang
ada pada seseorang wanita manakala maskulin pula ciri-ciri yang ada pada seseorang lelaki.
Ciri-cir yang terdapat dalam diri seseorang wanita ini dapat dikaitkan seperti mempunyai
bentuk badan yang langsing dan kegemukan. Tambahan pula, dari segi sistem reproduksinya,
wanita memiliki rahim sebagai tempat untuk melahirkan anak, menghasilkan ovum serta
memilik vagina dan alat untuk menyusukan anak. Dari segi emosi pula, ciri-ciri seorang wanita
pula mempunyai sifat yang sensitif, penyayang, suka berdikari serta mudah mengalah. Selain
itu, ciri-ciri yang terdapat dalam diri seorang lelaki pula dikatakan mempunyai badan yang
lebih berotot dan bahu yang bidang. Sistem reproduktifnya pula memiliki zakar yang
mengeluarkan air mani dan dan sperma. Dari sudut pemikirannya, lelaki adalah bersifat logik
dan dominan dalam segala hal terutama sekali melibatkan suatu organisasi, Tambahan pula,
sifat maskulin ini dikatakan mampu berdikari dan agresif untuk membuat keputusan.

Gender pula dikategorikan sebagai dimensi sosial budaya sebagai seorang lelaki atau
perempuan yang memperlihatkan ciri-ciri yang tepat mengikut kategori jantina seperti yang
dikatakan oleh Archer dan Lioyd (1985). Walaupun begitu, gender ini juga membincangkan
tentang perbezaan sifat, peranan dan kedudukan antara perempuan dan lelaki yang
ditetapkan oleh norma, istiadat dan kepercayaan masyarakat melalui proses sosialisasi. Hal
ini dikaitkan dengan pengertian stereotaip iaitu pelekatan sifat terhadap sesuatu kelompok
oleh Bem (1981). Sebagai contoh, wanita memikul tanggungjawab untuk memelihara anak-
anak, bekerja di rumah seperti memasak, mencuci kain dan sebagainya manakala lelaki
mencari nafkah, gagah dan aktif dengan aktiviti sosial. Tanggungjawab ini menyifatkan lelaki
cenderung dengan ruang awam manakala perempuan di dalam ruangan domestik. Sehingga
kini, stereotaip ini masih diamalkan sejak zaman nenek moyang lagi. Oleh itu, sekiranya tradisi
ini dilanggar atau ditolak, kepincangan akan berlaku dalam sesebuah masyarakat di mana
individu yang melanggarnya akan dilabel dan menjadi buah mulut orang ramai.

3
2.0 Keberhasilan dan Impak kepada Gaya Hidup Masyarakat

Setelah membaca beberapa artikel, antara isu maskulin dan feminin yang melanggari
norma masyarakat ialah kecelaruan identiti gender. Isu ini dikaitkan dengan individu
mengubah fizikal seksual yang mereka miliki sejak lahir. Hal ini demikian kerana golongan
seperti ini mahu hidup dan dilayan seperti jantina yang diidamkan. Istilah ini juga dikenali
sebagai transgender yang merujuk kepada individu yang menjauhi jantina asal mereka seperti
yang dinyatakan oleh Stryker (2008). Tambahan pula, individu seperti ini akan berusaha untuk
melakukan pelbagai perkara untuk memenuhi keperluan nalurinya seperti berpakaian dan
bantuan perubatan seperti mendapatkan hormon serta membuat pembedahan ciri fizikalnya
agar lebih kelihatan feminin dan maskulin sepadan dengan jantina berlawanannya.

Menurut Maesarah (2004), fenomena kecelaruan identiti gender ini telah menular
sedikit demi sedikit dan akhirnya menjadi sangat nyata walaupun kehadiran golongan ini tidak
diterima dalam norma masyarakat. Hal ini demikian kerana terdapat golongan yang
berfahaman liberal menyokong kumpulan ini berlandaskan hak asasi manusia dan bukannya
pegangan agama. Seterusnya, antara faktor yang menyebabkan berlakunya kecelaruan
identiti ini disebabkan berasa selesa dan seronok menjadi wanita kerana diusik lelaki. Selain
itu, kecelaruan ini juga disebabkan faktor masa silam iaitu suka bermain dengan kanak-kanak
yang berlawanan jantina serta mengalami kekecewaan dalam percintaan. Impaknya,
golongan seperti ini akan dilabel oleh masyarakat seperti maknyah bagi individu lelaki yang
mempunyai perwatakan wanita dan pengkid bagi perempuan yang menyerupai lelaki.
Tambahan pula, LGBT juga akan semakin berleluasa di mana golongan ini berminat dengan
golongan yang mempunyai jantina yang sama. Tegasnya, isu ini amatlah melangkaui norma
masyarakat.

Seterusnya, isu kedua yang saya perolehi daripada artikel iaitu golongan wanita yang
mempunyai pekerjaan profesional melangkaui stereotaip feminin. Norma masyarakat sejak
daripada nenek moyang lagi telah menetapkan perempuan hanya duduk di rumah untuk
melakukan pekerjaan domestik. Walaupun begitu, akibat daripada ledakan globalisasi,
pengurusan melibatkan wanita merupakan fenomena yang menjadi normal dalam industri
pekerjaan seperti yang dinyatakan oleh Parasuraman (2004). Oleh itu, wanita pada masa kini
juga merupakan penyumbang terbesar ekonomi negara melalui penglibatan aktif mereka.

Selaras dengan stereotaip feminin, perkara ini memberikan impak terhadap gaya
hidup masyarakat. Dari segi impak yang positif, wanita mampu menangani konflik dan
pertelingkahan di tempat kerja. Hal ini demikian kerana konflik yang berlaku di tempat kerja
mampu diselesaikan dengan cara berbincang bersama sesuai dengan sifat wanita yang
pendamai. Tambahan pula, dari sudut impak negatif pula, wanita mempunyai sikap

4
ketidakcekapan dalam membuat keputusan dalam urusan pekerjaan. Hal ini demikian kerana
wanita terlalu bergantung dengan orang lain untuk membantu mereka membuat keputusan.
Sekiranya mereka membuat keputusan mengikut kehendak mereka sendiri, mereka akan
bimbang pandangan orang lain adalah buruk serta menyesal kemudian hari dengan
keputusan yang dipilih. Perkara ini berlaku disebabkan wanita takut untuk meghampakan
orang yang meletakkan harapan kepada diri mereka.

5
3.0 Cadangan Penambahbaikan

Berdasarkan isu maskulin dan feminin yang dinyatakan, cadangan penambahbaikan


yang boleh dilakukan bagi membendung kemelut kecelaruan identiti gender iaitu peranan ibu
bapa. Ibu bapa yang merupakan suri teladan perlu mendidik anak sesuai dengan gaya hidup
feminin dan maskulin. Sekiranya anak mereka dalam golongan jantina lelaki, ibu bapa
sepatutnya membelikan pakai, permainan dan mengasuh anak mengikut cara maskulin dan
bukannya bercirikan kanak-kanak perempuan. Hal ini demikian kerana, sekiranya anak-anak
dididik dengan cara yang melanggar norma masyarakat, perkara ini akan terbawa-bawa
sehingga ke dewasa disebabkan sejak daripada kecil lagi sudah terbiasa dengan cara hidup
berlawanan jantina. Sebagai contoh, anak lelaki suka bermain masak-masak dengan adik
perempuannya boleh mengakibatkan kecelaruan identiti apabila sudah dewasa kelak.
Tambahan pula, kebiasaannya anak-anak yang yang mempunyai kesemua adik beradiknya
berlawanan jantina perlu dibiasakan dengan identitinya sendiri bagi mengelakkan anak
terbiasa cara hidup mengikut adik beradiknya yang lain. Oleh itu, pentingnya ibu bapa
menjaga dan mementingkan gender anak dengan mengajar sesuai kehendak gender
feminine dan maskulin.

Seterusnya, pihak berkuasa perlu menganjurkan program fizikal yang lebih banyak
melibatkan aktivit luar. Hal ini demikian kerana sekiranya program ini diteruskan pada setiap
minggu, para belia bebas daripada aktiviti-aktiviti yang tidak memberikan faedah sehingga
tercetusnya isu LGBT dalam kalangan belia. Sebagai contoh, kempen satu pelajar, satu
sukan oleh Kementerian Pendidikan. Inisiatif ini walaupun dilakukan sevara terpaksa namun
lama kelamaan aktivit ini akan menarik minat para belia sekiranya mereka memperoleh
manfaat ketika pertama kali menyertainya. Oleh itu, bagi menari minat para belia, aktiviti yang
dianjurkan perlulah menarik minat para belia serta mencabar agar dapat merangsang
pemikiran para belia. Tambahan pula, penglibatan pelbagai kaum melalui program ini dapat
merangsang minda para belia untuk bertukar-tukar pendapat serta berkongsi idea yang amat
memberikan manfaat antara pelbagai pihak. Oleh itu, program ini perlu dilakukan seminggu
sekali secara konsisten agar para belia dapat mengikut rentak dan bermotivasi untuk
menyertainya.

Akhir sekali, cadangan penambahbaikan bagi isu golongan wanita yang mempunyai
pekerjaan profesional melangkaui stereotaip feminin adalah dengan memberikan latihan dan
pembangunan untuk mengatasi kelemahan wanita di tempat kerja. Oleh itu, melalui cara ini,
wanita sedar akan kelemahan mereka sepanjang bekerja seterusnya motivasi diri mereka
dapat ditingkatkan sekiranya diberikan latihan bahawa golongan wanita perlu mengubah
mentaliti mereka untuk menjadi lebih professional dalam bidang pekerjaan. Seterusnya,

6
golongan wanita yang bekerja ini perlu meningkatkan kemahiran mereka dalam pengurusan
dan kehidupan. Golongan wanita perlu mempunyai mindset dalam dirinya bahawa pekerjaan
adalah sebaliknya daripada emosi diri mereka. Mereka perlu tahu bahawa golongan wanita
yang bekerjaya ini perlu menunjukkan bahawa wanita bukannya lemah dan perlu bergantung
dengan orang lain bagi melakukan sesuatu pekerjaan. Akhir sekali, sekiranya golongan
wanita tidak mampu mengatasinya, mereka perlu berjumpa dengan pihak kaunseling untuk
mendapatkan bimbingan untuk mengatasi masalah dalam pengurusan dan kehidupan.

7
4.0 Penyelesaian Alternatif

Pada hemat saya, penyelesaian alternative yang boleh dilakukan bagi membendung
kemelut kecelaruan identiti adalah menghidupkan semula program jati diri cerminan daripada
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) khususnya bagi remaja lelaki yang merupakan
lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu berumur 18 tahun. Tujuan menghidupkan semula
program seperti ini adalah bagi mengelakkan berlakunya gejala sosial yang berleluasa dalam
kalangan remaja lelaki dan perempuan yang boleh dikaitkan dengan isu LGBT. Program ini
perlu dititikberatkan dengan objektifnya berkaitan isu LGBT yang berleluasa di negara
Malaysia. Seperti yang kita tahu bahawa setelah habisnya peperiksaan SPM, remaja akan
bercuti selama 3 bulan untuk menunggu keputusan SPM. Melalui pengisian program ini yang
mengambil masa 2 hingga 3 bulan, jati diri remaja akan terbina kerana identiti mereka sudah
diperolehi melalui latihan ketenteraan dan sebagainya.

Seterusnya bagi isu golongan wanita yang mempunyai pekerjaan profesional


melangkaui stereotaip feminin pula, pihak atasan perlu menetapkan bahawa pekerjaan
perempuan perlu digandingkan dengan mentor yang berlawanan jantina dengan sama ada
secara kumpulan atau pasangan. Oleh itu, masalah yang dihadapi oleh pekerja wanita
berkaitan pengurusan pekerjaan dapat dirujuk dengan mentornya untuk dibincangkan secara
bekerjasama. Melalui cara ini, masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan jayanya dengan
bantuan yang diberikan secara hemah tinggi antara sesame pekerja. Di samping itu, nilai
murni juga dapat dipupuk dalam kalangan pekerja bagi melahirkan suasana yang harmoni
dalam kalangan pekerja.

8
5.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, dapat saya simpulkan bahawa peranan gender amat


memainkan peranan melalui gaya hidup masyarakat. Hal ini demikian kerana sekiranya
sekiranya norma masyarakat tersasar dari aspek feminin dan maskulin, golongan ini akan
dilabel kerana berlakunya kelainan dari sudut pandangan masyarakat. Walaupun begitu,
terdapat juga norma masyarakat yang sudah diterima pakai dalam norma masyarakat iaitu
golongan wanita yang bergiat aktif dalam pekerjaan profesional disebabkan oleh ledakan
globalisasi. Perkara ini mampu diterima masyarakat dan tidak dilabel kerana wanita yang
bekerjaya ini mempunyai ilmu yang tinggi dalam pembangunan negara. Oleh itu, norma
masyarakat juga lambat laun dapat dilangakaui selaras dengan arus globalisasi.

9
Bibliografi

Badariah Ab Rahman, Noratiqah Azura Salad, Jabil Mapjabil. (2016). Ciri dan pengaruh
stereotaip feminin terhadap pengurusan dalam. Malaysia Journal of Society and
Space, 10-18.
Hashim, R. S. (2006). Meniti Duri dan Ranjau: Pembikinan Gender dan Seksualiti. Sari 24,
15-34.
Mohamad Afandi Md Ismail, Mohd Sabree Nasri. (2019). GEJALA LGBT DI MALAYSIA: ISU
DAN CADANGAN PENYELESAIAN. Law and Governance, 51-65.
Norramazonizni Y, Hanina, H.H. (2015). Kajian Permasalahan Tingkah Laku Seksual dalam
Kalangan Belia Malaysia. Department of Social Science and development, 1-10.
Puteri Hayati Megat Ahmad, Nurul Hudani Md Nawi. (2015). Latarbelakang, Faktor
Pengekalan dan Pandangan Terhadap Tingkah Laku. Southeast Asia Psychology, 1-
17.

10
Lampiran

11
12

You might also like