You are on page 1of 4

LAPORAN AMALI 3:

1.0 PENGENALAN
Tubuh badan manusia yang sihat terdiri daripada pelbagai sistem antaranya termasuklah
sistem endokrin, sistem urinari, sistem perkumuhan dan juga sistem limfatik. Setiap sistem
yang terdapat di dalam tubuh badan manusia mempunyai tugasnya yang tersendiri yang
harus diambil berat manusia untuk memastikan tubuh badan manusia sentiasa sihat.

2.0 MAKLUM BALAS NEGATIF DAN SISTEM ENDOKRIN

Sistem Endokrin terdiri daripada kalenjar endokrin yang merembeskan sejenis bahan
kimia yang dinamakan sebagai hormon. Sistem pengaliran darah bertanggungjawab untuk
membawa hormon ke seluruh badan. Antara hormon yang dihasilkan ialah hormon tirotropik,
dan hormon paratiroid. Di samping itu, hormon yang dihasilkan oleh sistem endokrin
mempunyai banyak kesan dan berbeza fungsinya. Antara fungsi utama hormon ialah, ia
berperanan untuk menolong mengawal persekitaran dalaman dengan mengatur kandungan
kimia dan isi padunya di dalam tubuh badan. Seterusnya, hormon juga membantu tubuh
dalam keadaan tertekan seperti dalam keadaan jangkitan, trauma, stress, kebuluran dan
perubahan waktu yang melampau. Tambahan lagi, hormon juga berperanan dalam
pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan manusia. Akhir sekali, kalenjar endokrin ini
terbina daripada sel-sel endokrin berkumpul dan hasil yang didapati dari kalenjar endokrin
akan dirembeskan terus ke dalam tisu perantara. Di samping itu, maklum balas negatif dalam
sistem endokrin ialah satu proses kalenjar-kalenjar di dalam sistem endokrin mengeluarkan
rembesan yang bersesuaian bagi tujuan menyeimbangkan kandungan hormon.

Ketika bersukan, tindak balas negatif yang boleh dilihat ialah wujudnya hormon adrenalin
yang dikeluarkan dan telah meningkatkan pengeluaran output jantung. Dengan wujudnya
beberapa set ulangan latihan yang dilakukan, pengeluaran peningkatan output jantung yang
dirangsang oleh hormon telah menyebabkan wujudnnya peningkatan kadar oksigen yang
tinggi kepada otot dan juga telah meningkatkan kebolehan atlet untuk melakukan aktiviti
dalam tempoh masa yang lama.

3.0 SISTEM URINARI DAN PERKUMUHAN

Sistem urinary merupakan satu kumpulan organ yang menyahkan air yang berlebihan dan
bahan-bahan yang tidak diperlukan keluar dari badan sebagai air kencing. Sistem urinari
terdiri daripada ginjal, ureter dan uretra Bahan-bahan buangan ini adalah bercampur dengan
air dan dikeluarkan sebagai urin. Seterusnya, tugas terpenting yang dibuat oleh sistem urinari
ialah mengeluarkan bahan buangan dan membantu badan mengekalkan homeostasis.
Proses homeostasis dapat dikekalkan dengan mengawal kandungan dan isi padu darah. Di
samping itu, untuk mengekalkan proses homeostasis sistem urinari akan mengeluarkan atau
menyimpan isi padu air dan bahan larutan yang terpilih.

Sistem perkumuhan merupakan satu proses penyingkiran bahan kumuh dari badan oleh
organ-organ kumuh. Organ perkumuhan yang terlibat ialah kulit, paru-paru dan ginjal. Antara
bahan kumuh yang dirembeskan oleh manusia ialah, urea. Urea merupakan hasil sampingan
daripada penguraian asid amino di dalam hati. Bahan kumuh yang seterusnya ialah, karbon
dioksida dan air. Bahan kumuh ini dirembeskan daripada respirasi sel. Seterusnya, air dan
garam mineral, bahan ini terhasil daripada makanan dan minuman serta pengambilan garam
mineral yang berlebihan. Kepentingan perkumuhan adalah untuk mengekalkan kesihatan dan
menyingkirkan toksik daripada badan. Tambahan lagi sistem perkumuhan ini juga dapat
mengawal suhu badan dan mengekalkan kandungan air dan garam mineral di dalam tubuh
badan. Sekiranya bahan ini terkumpul di dalam badan dalam jumlah yang banyak ia akan
menjadi beracun (toksik) serta membahayakan kesihatan (Sabrina Tang). Bahan kumuh ini
harus disingkirkan oleh badan untuk memastikan badan sentiasa sihat.

Dalam menjalani latihan, pemain dilihat banyak menggunakan sistem perkumuhan


berbanding sistem urinari. Hal ini dapat dilihat apabila seseorang pemain itu sedang menjalani
latihan, dia dilihat banyak berpeluh yang mana peluh itu merupakan bahan kumuh yang
dirembeskan oleh kulit. Peluh ini mengandungi air, garam mineral dan urea daripada badan
sebagai bahan toksik. Jika badan seseorang itu mengeluarkan peluh semasa melakukan
senaman secara tidak langusng menujukkan dia mempunyai badan yang sihat. Akhir sekali,
semasa menjali latihan, pemain juga dilihat merembeskan bahan perkumuhan seperti air dan
karbon dioksida memalui hembusan nafas yang dikeluarkan. Hal ini secara tidak langsung
akan dapat menstabilkan suhu tubuh badan mereka.

4.0 SISTEM LIMFATIK

Sistem limfatik merupakan satu sistem pengangkutan yang membantu peredaran


darah, ia membawa cecair yang keluar dari salur darah kembali semula ke dalam salur darah.
Sistem limfa ini terdiri daripada salur limfa, kapilari limfa, nodus limfa, limpa dan kalenjar timus.
Sistem limfa ini terdapat di semua bahagian badan kecuali sistem saraf pusat (di tulang
belakang). Peranan Sistem Limfa adalah untuk mengalirkan kembali bendalir interstis yang
berlebihan ke dalam salur darah melalui vena subklavikel. Jika bendalir interstis berlebihan
tidak dikembalikan ke dalam salur darah, tisu badan akan mengembang dan menyebabkan
edeme. Pesakit diabetes, arthritis, kanser sering mengalami penyakit ini. Sistem limfatik ini
juga berfungsi untuk mengumpulkan kelebihan cairan dan protein dari cairan tubuh dan
mengembalikannya ke dalam darah. Selain itu, sistem ini juga mengangkut lemak dari
jaringan sekitar usus halus ke darah.

Perkaitan sistem limfatik dengan latihan yang dijalankan ialah dapat membantu
melancarkan proses pengaliran bendalir limfoma ke seluruh tubuh badan pemain. Hal ini
kerana bendalir ini mempunyai satu aliran sahaja. Di samping itu, sistem ini juga tidak
mempunyai organ yang khusus untuk menjalankan proses pengepaman ke seluruh badan
seperti jantung. Oleh hal yang demikian, senaman amat penting sekali untuk dilakukan bagi
membantu merangsang pengaliran keluar bendalir ini dengan lebih lancar bagi memastikan
tubuh badan seseorang berada dalam keadaan yang baik (Zaihasna, 2013).

5.0 PENUTUP

Setiap orang hendaklah menjaga setiap sistem yang ada di dalam tubuh badannya bagi
memastikan tubuh badan sentiasa sihat dan sukar untuk dijangkiti penyakit. Hal ini kerana
apabila tubuh badan yang sihat akan menjadikan kehidupan seseorang itu tenang dan
harmoni. Oleh hal yang demikian, kita perlulah sentiasa melakukan senaman bagi
memastikan setiap sistem di dalam tubuh berjalan dengan lancar bagi membolehkan kita
menjalani hidup dengan bahagia.
RUJUKAN

Fitri Norlida. (2014). Struktur dan Fungsi Limfatik. Muat turun pada 15 April 2019 daripada
https://www.slideshare.net/fitri91/struktur-dan-fungsi-sistem-limfatik-by-fie

Jabatan Kebajikan Masyarakat. 2012. Senaman & Kesihatan. Muat turun pada 14 April 2019
daripada http://www.myhealth.gov.my/senaman-a-kesihatan/

Norazamaton Aida. (2014). Bab 3 Perkumuhan. Muat turun pada 14 April 2019 daripada
https://www.slideshare.net/sizukaida/bab-3-perkumuhan

Ridhuan As Siddiq. (2011). Anatomi & Fisiologi: Sistem Urinari Manusia. Muat turun pada 15
April 2019 daripada https://www.scribd.com/doc/53516001/ANATOMI-FISIOLOGI-PJM-
3106-SISTEM-URINARI-MANUSIA

Sabrina Tang. ( No date ). Sains PErkumuhan Nota Ringkas. Muat turun pada 15 April 2019
daripada
https://www.academia.edu/35306755/SAINS_PERKUMUHAN_NOTA_RINGKAS

Wikipedia. (2016). Sistem Limfatik. Muat turun pada 14 April 2019 daripada
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_limfatik

You might also like