You are on page 1of 6

PKUK 3033

KONTRAK
Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan oleh Siti
Masidayu Jaafar Shah, Mohd Hanafi Mohd Yasin dan
Mohd Mokhtar Tahar
Mengubahsuai Tingkah Laku Murid
Autisme Yang Suka Keluar Kelas Semasa
Pengajaran
dan Pembelajaran Mata Pelajaran
Pendidikan Islam Menggunakan Kaedah
Peneguhan
Positif Menerusi Pujian dan GANJARAN
Masalah yang dihadapi
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengubahsuai tingkah laku murid
autisme yang suka keluar kelas semasa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Pendidikan Islam. Kajian ini telah dijalankan ke atas seorang murida utisme di
Program Pendidikan Khas Integrasi di sebuah sekolah sekitar Kluang, Johor.
Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini ialah peneguhan positif menerusi pujian
dan ganjaran. Kaedah peneguhan positif menerusi pujian dan ganjaran terhadap tingkah
laku positif yang ditujukan kepada murid autisme ini supaya dapat memberikan
tumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam
berjalan. Menerusi kajian ini, didapati kaedah peneguhan positif menerusi pujian dan
ganjaran dapat mengubahsuai tingkah laku murid autisme dan memberi impak yang
positif semasa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam dijalankan
ANALISIS DATA
• Berdasarkan rajah 1, didapati bahawa kekerapan tingkah laku negatif murid autisme
menunjukkan murid kerap keluar daripada kelas semasa pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Pendidikan Islam semasa pemerhatian A baseline dijalankan selama seminggu. Pada
hari pertama pemerhatian sebanyak 8 kali murid keluar dari kelas, hari kedua dan ketiga
kekerapan murid keluar kelas menurun iaitu 7 kali dan 6 kali.
• Namun begitu, dilihat kekerapan pelajar keluar kelas meningkat semula pada hari keempat
pemerhatian iaitu sebanyak 10 kali. Pada minggu kedua intervensi telah dijalankan,
kekerapan murid keluar kelas adalahmenurun pada hari kelima , keenam dan ketujuh iaitu 6,
4 dan 5 kali. Namun berlaku peningkatan kekerapan keluar kelas oleh murid pada hari kelapan
iaitu sebanyak 6 kali. Namun kekerapan mula berkurang padaminggu ketiga intervensi
diberikan iaitu pada hari kesembilan, kesepuluh, kesebelas dan kedua belas iaitu 3,3, 2 dan 2 kali.
Seterusnya pada minggu keempat iaitu semasa A pemerhatian selepas penarikan
intervensi,kekerapan murid keluar kelas semasa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Pendidikan Islam terusberkurangan dan tidak menunjukkan ada peningkatan iaitu pada hari
ketiga belas, empat belas, lima belasdan enam belas iaitu 2, 2, 1 dan 1 kali. Ini menunjukkan
intervensi yang diberikan memberi kesan kepadamurid tersebut. Oleh yang demikian, murid ini
telah menunjukkan tingkah laku positif semasa pengajarandan pembelajaran mata pelajaran
Pendidikan Islam berjalan. Murid tidak lagi kerap keluar semasapengajaran dan
pembelajaran berjalan. Perubahan tingkah laku ke atas murid masih lagi berkesan
walaupunpenarikan intervensi dibuat

You might also like