You are on page 1of 3

PKES 3023 PENDIDIKAN KESELAMATAN

 Akauntabiliti Keselamatan Bangunan

o Sekolah hendaklah membuat pemantauan secara berkala berkaitan fizikal sekolah


termasuklah pendawaian atau peralatan elektrik dan struktur bangunan mengikut
piawaian JKR.
o Sekolah hendaklah merekod segala tindakan pemantauan, penyelenggaraan dan
laporan termasuklah berkaitan struktur fizikal bangunan sekolah, pendawaian dan
peralatan elektrik, sistem air, sistem pembentungan dan perparitan.
o Sekolah hendaklah mengenalpasti dan membuat laporan tentang sebarang
kerosakan termasuklah pada struktur fizikal bangunan sekolah, pendawaian dan
peralatan elektrik, retikulasi air, paip-paip gas, sistem pembentungan dan perparitan
yang berlaku kepada PPD/JPN.
o Sekolah hendaklah meletakkan tanda larangan di tempat-tempat merbahaya dan
tidak selamat.
o Sekolah hendaklah memastikan kerja-kerja penyelenggaraan mengikut spesifikasi
yang telah ditetapkan.
o Sekolah hendaklah memastikan arahan-arahan penggunaan prasarana di sekolah
dipatuhi oleh warga sekolah.
o Sekolah hendaklah memastikan Pelan Laluan Kecemasan dipamerkan di semua bilik
dan tempat yang mudah dilihat.
o Sekolah hendaklah memastikan sistem pencahayaan mencukupi dalam kawasan
sekolah.

 Garis Panduan Pemeriksaan Bangunan

o Menguruskan bangunan sekolah selamat digunakan dan diperiksa oleh jurutera


bertauliah setahun sekali.
o Memeriksa pendawaian elektrik 1 kali setahun.
o Menjalankan kawad kebakaran 1 kali setiap bulan.
o Menyelia rekod Pegawai Keselamatan setiap hari.
o Mengemas kini stok dalam masa seminggu setelah menerimaa barang sepanjang
tahun.
o Merancang pembangunan dan penyelenggaraan sekolah sekali setahun sebelum 31
julai pada setiap tahun.
o Melaporkan kepada pengetua sebarang masalah berkaitan dengan pembangunan
dan keadaan fizikal sekolah.

You might also like