You are on page 1of 5

VIDEO KORPORAT IPGTHO

(9 min 2 s)

Scene Focus Gambar / Video (V) Teks Suara /Narration Muzik Masa
(s)
1 Logo Logo institusi Nama - Single 14
institusi berter
usan
2 Peta Zoom in kedudukan - Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, 60
kedudukan batu pahat yang sebelum ini dikenali sebagai Maktab Perguruan
Batu Pahat, terletak di tepi jalan raya utama iaitu di
Bangunan induk kilometer 7.75 jalan Kluang - Batu Pahat. Pada
institut asalnya, tapak institut ini merupakan sebuah ladang
getah yang telah diambil alih oleh kerajaan untuk
didirikan sebuah institut perguruan.

Tujuan asal pembinaannya adalah untuk


memindahkan maktab pergurruan Muhamad Khalid
di Johor Bahru yang akan ditutup kerana keluasan
maktab tersebut tidak dapat menampung pembinaan
prasarana baru akibat pertambahan bilangan guru
pelatih.

Kerja - kerja pembinaan institut ini telah dimulakan


pada tahun 1987 oleh syarikat LBH Construction
dengan kos sebanyak RM 20 juta.

3 Kumpulan Kumpulan pertama Pada 13 Jun 1992, institut ini menerima kehadiran 37
pertama guru pelatih kumpulan guru pelatih pertama seramai 133 orang,
yang dipindahkan dari Maktab Perguruan Teknik
Kumpulan pertama Kuala Lumpur.
pensyarah
Sebagai pengetua pertama, Tuan Haji Alias Md
Pengetua pertama Hanafiah dalam ucapan sulungnya, telah mengajak
seluruh warga institut, untuk berpadu tenaga dan
Pendaftaran pelajar fikiran bagi memastikan institut ini menjadi institut
yang unggul dan mampu melahirkan guru – guru

1
Scene Focus Gambar / Video (V) Teks Suara /Narration Muzik Masa
(s)
V - kuliah yang berkualiti pada masa hadapan.

4 Misi V – praktikum Dengan cogan kata “berilmu, beramal, berakhlak”,


IPG Kampus Tun Hussein Onn berhasrat untuk 50
V – kuliah menjadi sebagai sebuah institut perguruan, yang
unggul dan bertaraf dunia bagi memenuhi aspirasi
Kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.

Justeru seluruh warga IPG Kampus Tun Hussein


Onn beriltizam untuk melahirkan guru – guru yang
berilmu, berketrampilan, berfikiran reflektif,
berakhlak mulia dan mengamalkan pembelajaran
sepanjang hayat bagi memenuhi aspirasi
Kementerian Pelajaran.

5 Jenis V – kuliah Sepanjang penubuhannya, IPG Kampus Tun Hussein 50


kursus Onn mengendalikan semua jenis kursus dan
Pendaftaran pelajar program latihan perguruan yang diamanahkan oleh
Bahagian Pendidikan Guru.

Antara kursus yang dijalankan di IPG Kampus Tun


Hussein Onn ialah kursus Perguruan Lepas Ijazah,
kursus persediaan ijazah sarjana muda perguruan,
kursus ijazah sarjana perguruan dan kursus –
kursus dalam perkhidmatan.

6 Kemudahan V - asrama Institut ini menyediakan keperluan – keperluan 45


asrama inftrastruktur dan infostruktur, yang mencukupi bagi
melicin dan menjamin kualiti latihan perguruan,
bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan
kokurikulum serta perkembangan semasa.

Guru – guru pelatih yang menjalani latihan, sama


ada sepenuh masa, ataupun yang mengikuti kursus
dalam cuti, diberi kemudahan menginap di lima blok
asrama, yang disediakan oleh institut ini. Untuk
tujuan tersebut, sebanyak seribu dua puluh buah

2
Scene Focus Gambar / Video (V) Teks Suara /Narration Muzik Masa
(s)
katil disediakan, bagi menampung keperluan
penginapan dalam satu – satu masa.

7 Pusat Kuliah Bagi tujuan perlaksanaan kurikulum, guru – guru 55


sumber pelatih akan mengikuti kuliah di bilik – bilik kuliah,
V- Kuliah dewan, bengkel, makmal dan bilik – bilik khas yang
dilengkapi dengan keperluan – keperluan
V- pusat sumber pengajaran dan pembelajaran seperti komputer, LCD
dan kemudahan capaian internet tanpa wayar.

Pusat sumber pula menyediakan pelbagai


kemudahan dan perkhidmatan, bagi menyokong
perlakasanaan kurikulum. Di sini terdapat lebih lima
puluh ribu bahan dalam pelbagai bentuk yang boleh
dipinjam atau dirujuk. Dengan menggunakan sistem
OPAC, guru – guru pelatih boleh mengakses
berbagai maklumat di samping menggunakan
kemudahan lain seperti bilik kuliah, bilik multimedia,
bilik tayang, dan bilik perbincangan.

8 kokurikulum V- perbarisan Seterusnya bagi menyokong keperluan perlaksaaan 26


sukan KTP aktiviti ko kurikulum, riadah serta aspek kebajikan
pelajar, institut ini menyediakan pelbagai
Masjid kemudahan seperti padang, gelanggang ,
gimnasium, pusat kegiatan pelajar, masjid, kafetaria,
Gelanggang kantin dan kedai.

Kafeteria

Koperasi

9 Program V - kuliah Guru – guru pelatih yang mengikuti program ijazah


sarjana muda perguruan akan menjalani latihan 30
selama 5 setengah tahun dengan jumlah
keseluruhan kredit sebanyak 133, bagi melayakkan
mereka dianugerahi ijazah sarjana muda perguruan
dengan kepujian.

3
Scene Focus Gambar / Video (V) Teks Suara /Narration Muzik Masa
(s)

Guru pelatih yang mengikuti program lepas ijazah,


pula akan menjalani latihan selama setahun,
sebelum mereka layak menerima diploma
pendidikan

10 BIG V – kuliah Tiga bidang penting dalam latihan perguruan yang 36


perlu diikuti oleh setiap guru pelatih ialah kurikulum,
V – Sukan ko kurikulum serta program Bina Insan Guru

Unit beruniform Guru. Bagi memenuhi jumlah kredit setiap program


berkenaan, guru – guru pelatih perlu mengambil
BIG beberapa mata pelajaran wajib, teras serta mata
pelajaran pilihan.

11 Praktikum V – praktikum Bagi menjamin kualiti perguruan di institut ini, guru 70


– guru pelatih bukan sahaja dibekalkan dengan ilmu
– ilmu secara teori malah mereka perlu juga
menjalani beberapa fasa praktikum iaitu latihan
mengajar di sekolah – sekolah. Guru – guru pelatih
akan ditempatkan di sekolah – sekolah bagi
membolehkan mereka mengamalkan ilmu - ilmu
yang dipelajari untuk diaplikasikan di sekolah –
sekolah.

Semasa menjalani latihan praktikum, guru – guru


pelatih akan dibimbing oleh pensyarah – pensyarah
yang berpengalaman serta guru – guru sekolah, bagi
membolehkan mereka menimba sebanyak mungkin
pengalaman sepanjang menjalani latihan.

Sekembalinya mereka dari latihan praktikum, guru -


guru pelatih digalakkan berbincang sesama mereka,
serta membuat renungan terhadap pengalaman yang
mereka lalui, dan seterusnya menjadikan mereka
lebih matang dan berkeyakinan untuk menghadapi

4
Scene Focus Gambar / Video (V) Teks Suara /Narration Muzik Masa
(s)
segala kemungkinan yang berlaku di bilik darjah
mahupun di sekolah apabila mereka ditempatkan
sebagai guru terlatih kelak.

12 Aktiviti lain Pelbagai aktiviti: Guru yang berkualiti bukan sahaja diukur dari aspek 26
Kerohanian, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki,
kuliah aspek keutuhan peribadi serta ketahanan fizikal dan
Perhimpunan, mental juga perlu digilap dan diperteguhkan. Untuk
BIG itu, semua guru pelatih diwajibkan mengikuti
Koir program Bina Insan Guru bagi mengukur ketahanan
Unit beruniform fizikal dan mental mereka.

13 Konvo Konvo Oleh itu, guru – guru pelatih perlulah bersedia, dan 37
berpandangan positif terhadap kerjaya mulia yang
Pelatih terbaik mereka pilih. Demi bangsa dan negara, tiada
seorang insan yang berjaya, melainkan di
belakangnya terdapat seorang guru biasa yang
sabar mendidik. Ini bersesuaian dengan moto IPTHO
iaitu “di sini pendidik bermula”.

14 Hak cipta Teks maklumat Maklumat 6


penerbit penerbitan

9 min
2s

You might also like